Written by uzar, on 10-02-2010 08:00
Views 28949    
Favoured 63

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

flowerred2.jpg

 

Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

 

JAWAPAN

Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)


 

Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-
 

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

 

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

 

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

 

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.

 

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)

 

 

Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-

 

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.  Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

 

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

 

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar

 

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya.. 

 

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

 

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua. 

  "Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?

Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh  atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

  7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.

 

 

Sekian

Ust Zaharuddin

26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007

 

(DISIARKAN SEMULA DI MUKA HADAPAN WEB PADA 12 FEB 2009 )

Last update: 11-02-2010 02:36

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (37) RSS feed comment
Posted by LIZA, on 30-03-2010 14:17, IP 119.11.8.39, Guest
1. Doa orang alim lebih dimakbulkan?
Asslamualaikum ustaz 
Saya ada sedikit kemusykilan. Bagaimana kalau membeli atau mencari bunga-bungaan untuk sesuatu tujuan seperti mandi bunga dan menyuruh sesorang yang dikatakan lebih alim membaca atau berdoa untuk sesuatu tujuan dengan harapan orang tersebut doanya lebih dimakbulkan Allah? 
 
Terima kasih atas response dr ustaz. 
 
UZAR : beli bunga untuk tujuan syirik , maka hukumnya haram.  
 
mandi bunga saya tak pasti tapi bagi saya ia lebih kepada khurafat. kalau org alim dan soleh nak tolong doa, tak perlu mandi bunga. boleh buat dari rumah dia sahaja.
 
» Reply to this comment...

Posted by pelajar jepun, on 16-02-2010 00:41, IP 60.239.167.63, Guest
2. kerja di kedai jual daging x sembelih?
salam ustaz 
 
brdasarkan hadis yang UZAR tunjukkan dalam point 6, kita dilarang mnjual arak juga kerna dilarang untuk meminumnya. 
 
maka adakah sama hukumnya jika kita kerja di kedai makan yg mnjual daging yg tidak disembelih (walaupun sedikit jumlahnya)? 
 
mohon pendapat UZAR..saya dahului dgn jzkk..
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul, on 15-02-2010 18:16, IP 203.82.92.29, Guest
3. slamat kembali ke tanah air ya ust
assalamulaikum ustaz zaharuddin, 
SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR  
kebetulan 14 feb. pulak ustaz pulang.kami akan setia menanti rancangan 'TANYALAH USTAZ' jumaat,sabtu,ahad nanti,insya Allah..semoga dpt bkongsi dan tambah ilmu lg buat manfaat kami semua.. 
allah hummabafik fik
 
» Reply to this comment...

Posted by Kiah, on 15-02-2010 13:37, IP 60.50.200.113, Guest
4. ayah saya membenci ibu saya
Assalamualaikum Ustaz, 
 
saya mahu bertanyakan pandangan ustaz mengenai menangani isu ibu bapa saya. 
 
Untuk pengetahuan ustaz, bapak saya TERLALU BENCI dgn ibu saya. reason yang diberikan sangat tidak logik diterima akal.  
 
sudah bertahun2 dia tidak bercakap sama ibu saya.kalau ada pun mesti dalam nada tengking.masalahnya, bapa saya tanak melepaskan ibu saya dgn alasan nanti ibu sy tuntut harta seperti mana arwah isteri pertama dia buat. 
 
t'lalu banyak pengorbanan ibu saya kepada bapa saya tetapi tiada satu pun diingati oleh bapa saya.berpuluh ribu duit mak saya abis tlg ayah saya m'bayar hutang serta projeknya.tetapi ayah saya telah HARAMKAN duit nya kepada ibu saya.duit belanja rumah semua ibu saya yang setelkan termasuk makanan.jika saya minta duit belanja pada ayah saya dia akan haramkan jika saya kasi duit itu kepada mak saya. saya kesiankan mak saya, kami ada mencadangkan mak utk menuntut fasakh.tetapi dia tanak sebab kesiankan ayah saya yang dah tua.ayah saya skarang berumur 74 manakala ibu saya 62. 
 
saya cuba menasihati ayah saya tetapi setiap kali itu saya akan ditengking atau hendak dipukul. 
 
bukan itu sahaja, ayah saya putuskan silaturahim antara saudara2 sebelah dia serta mak saya serta tidak mengizinkan kami berjumpa dengan semua saudara mak saya.jika dia layan kami baik tidak apa. oleh sebab kerana takut saya selalu menipu ayah saya bila hendak pergi sebarang majlis di sebelah pihak ibu saya. 
 
Apa pandangan ustaz? bagaimanakah mahu memberi kesedaran kepada ayah saya?berdosakah saya kerana menipu ayah saya semata mahu berjumpa dengan sanak saudara emak saya? 
 
Ustaz,saya sudah tidak tahan tinggal dirumah yang tidak aman ini.sangat sakit bila melihat ayah melayan ibu saya macam sampah.ayah saya juga gemar memburukan ibu saya pada orang2 kampung serta kawan2nya.hatta kepada anak2nya juga!masalahnya apa yang diceritakan semuanya direka oleh beliau!kini abang2 saya pula benci kepada ibu saya.(abg2 merupakan anak ayah saya dgn isteri pertama) 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by sufielmidany, on 15-02-2010 06:03, IP 91.144.37.34, Guest
5. Saranan pada semua
Mengapa perlu jadikan satu hari yang khas buat mengingati pasangan masing-masing, jika sepatutnya setiap hari kita perlu mencintai dan mengasihi mereka! 
 
P/S: saranan untuk pasangan yang sah di sisi syarak sahaja!
 
» Reply to this comment...

Posted by wan, on 14-02-2010 16:35, IP 210.48.222.5, Guest
6. Tidak sambut tetapi memberi hadiah
Salam ustaz, bagaimana pula dengan orang yang kata diorang dah biasa bertukar-tukar hadiah ni, cuma kebetulan sekarang bagi terjatuh waktu valentine day, bukan ke itu pun maksudnya mereka ni value @ appreciate valentine ni??saya nak explain kepada kawan saya yang katanya dia tidak menyambut valentine day ni tetapi saling bertukar2 hadiah pada waktu ni..selain tu, bagaimana hukumnya pula kalau kita beli barang-barang yg special edition bersempena valentine ni untuk dijadikan hadiah.terima kasih. 
 
UZAR : skdr beli utk ambil peluang tawaran diskaun, tiada masalah . lagiun diskuan byk kerena tahun baru cina, bukan krn valentine. 
 
Jika hadiah ti diberi sempena valentie ia tetap aharam, jika disimpan dan diberi sempena lain-lain..ia bergantung kpd 'sempena' apa
 
» Reply to this comment...

Posted by Mursyid, on 14-02-2010 05:38, IP 41.153.213.201, Guest
7. Mohon Keizinan
Assalamualaikum.. 
Ust..ana ingin memohon keizinan daripada ust supaya ana dapat menggunakan artical ust ni dalam blog ana agar dapat disebarkan kepada sahabat-sahabat ana..syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by Singa, on 13-02-2010 20:05, IP 85.143.2.100, Guest
8. Sambut Valentine Secara Islam?
Saya ingin bertanya, apakah pendapat ustaz tentang adanya pihak-pihak yang cuba "mengislamkan" sambutan valentine ini dengan mengadakan program-program seperti Ceramah Mengenai Cinta bersempena Valentine, mengedarkan risalah-risalah mengenai Cinta Dalam Islam dsb. 
 
Ada yang mengatakan, ianya boleh dan wajar kerana setidak-tidaknya ia mengelakkan para hadirin tersebut dari terlibat dalam sambutan Valentine yang menyalahi syarak tersebut. 
 
Namun saya berpendapat, memandangkan sambutan Valentine inipun sudah menyalahi akidah, maka biarpun kita "menghiasnya" agar mematuhi syarak Islam pun ianya tetap menyalahi akidah. Bagaimana pandangan ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by zul, on 12-02-2010 21:35, IP 124.82.108.70, Guest
9. boleh bagi kebenaran?
Salam Ustaz, 
 
Mohon kebenaran untuk dikongsikan bersama rakan. 
 
TERIMA KASIH
 
» Reply to this comment...

Posted by ali, on 12-02-2010 12:24, IP 67.173.182.73, Guest
10. menjual arak
Salam ustaz, 
memandangkn ustaz ad menulis bahawa haram menjual arak itu, bagaimana pula bagi orang2 yg bekerja di kedai2 yg menjual arak seperti 7-eleven, tesco n etc? adakah gaji mereka itu dikira haram juga? jazzakallah
 
» Reply to this comment...

Posted by Iman, on 11-02-2010 17:59, IP 203.82.80.119, Guest
11. Syukran
Salama Ustaz. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by myzal, on 11-02-2010 12:30, IP 60.48.126.57, Guest
12. mr
Salam 
 
bagaimana dgn sambutan tahun baru cina atau lain perayaan.adakah haram jika menyambut atau melawat kawan berbangsa lain.adakah juga haram dengan mengucapkan selamat tahun baru cina kepada penganutnya. 
 
sekian terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by yg keliru, on 11-02-2010 01:57, IP 91.72.142.178, Guest
13. tidor sambil berzikir
Salam UZAR, 
 
Apa pandangan UZAR tentang org yg membaca surah2 al quran sehingga tertidur. Persoalannya, jika ia di galakan bagaimana pula jika waktu ia tertidur pembacaannya tidak lengkap sehingga boleh lari dari maksud asal. Sekiranya tidak digalakan berlaku seperti dinyatakan apa kah kaedah teraik untuk kita berzikir sebelum tidur. 
 
Wallahuallam
 
» Reply to this comment...

Posted by pali, on 23-02-2009 01:39, IP 70.185.96.107, Guest
14. Pasca Valentine day & Status fatwa
salams, maaf agak terlewat beberapa hari untuk bertanya.  
 
1.Selepas beberapa hari Valentine disambut, saya lihat banyak stok-stok coklat untuk Valentine dijual pada separuh harga/murah. Hati ni tengok benda murah mula la rasa nak beli, tapi takpe ke beli barang-barang yang dibuat khusus untuk Hari Valentine ni? Seolah-olah macam tak secara lansung membantu penjualan pulak. Pandangan ustaz macamana? 
 
2. Meskipun majlis fatwa telah mengharamkan sambutan Valentine, adakah perkara ini boleh diambil secara OPTIONAL? Kerana kebanyakan fatwa seperti YOGA pun ramai yang pandang sebelah mata je, kata mereka, yang penting NIAT. Siap bagi hadith lagi. Adoii.. saya kepeningan. 
 
UZAR :  
 
1) Ya boleh beli jika untuk makan sendiri. 
 
2) Hukum halal haramn tidak optional..semuanya wajib dijauhi jika haram. Secara undang-undang Malaysia ia optional. secara undang2 Islam. ia dipertanggungjawabkan di akhirat
 
» Reply to this comment...

Posted by asma', on 22-02-2009 21:36, IP 124.82.19.51, Guest
15. pengetahuan baru
Assalamualaikum.. 
Terima kasih saya ucapkan entry ini memberikan pengetahuan baru untuk saya. Saya tinggal di kawasan majoriti bukan islam dan sentiasa mandapat makanan dan minuman daripada jiran yang bukan Islam terutama jika ada keraian atau majlis yang tidak saya penuhi undangan mereka.. biasanya air tin yg mengandungi peratusan arak yang rendah dan shandy ( ramai org islam kat sini minum )dan makanan ringan dan kek yang tiada logo halal yang sepatutnya saya akan beri kepada kawan sekerja yg bukan islam..
 
» Reply to this comment...

Posted by faiz b azizan, on 22-02-2009 11:11, IP 115.132.192.203, Guest
16. niaga di hari jumaat
Slm ustaz.. sememangnya jelas lelaki haram berniaga ketika masuk solat jumaat.. tapi bagaimana pula wanita yang berniaga dan menjual kepada orang lelaki yang tak tunaikan solat jumaat.. dosa tak wanita tersebut?
 
» Reply to this comment...

Posted by Kak Ros dari Pulai Perdana, JB, on 17-02-2009 23:20, IP 60.50.217.77, Guest
17. Hari Valentine
Assalammualaikum.. 
Saya cuba nak buat sedikit penambahan untuk maklumam semua. Mengikut penjelasan dari Ustaz Ariff dalam kuliahnya, Hari Valentine diraikan kerana kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol yang mana St. Valentino adalah salah seorang yang bertanggungjawab. Mengambil sempena namanyalah Hari Valentine diraikan di seluruh dunia. Wallahu'alam.
 
» Reply to this comment...

Posted by ntah, on 15-02-2009 17:21, IP 202.184.124.12, Guest
18. solat
ustz,sy de sorg mmb,die xpnh solat seumur idop die,tp puase ble rmadan,tp ayh die g truk,xpnh solat n xpnh puase walhal da dkt umo 60,mk die mmg baik n byk wt ibadat..sy cube gak ajar die solt ngan wt bacaan solat dlm rumi sbb die kurg leh bce jawi...de x cdgn dr ustaz yg leh sy gtau die.. :cry 
 
UZAR : Saya tak baca mesej sdr kerana terlalu banyak singkatan, biasanya saya delete sahaja terus. kali ini bagi peluang terbit
 
» Reply to this comment...

Posted by ayee, on 15-02-2009 10:22, IP 203.82.91.34, Guest
19. perayaan tahun baru cina dan hari gawai
assalamualaikum ustaz, 
 
untuk pengetahuan ustaz, bapa ssaya adalah melayu manakala ibu saya asalnya adalah berbangsa cina dan masih lagi mempunyai adik bradik cina.bolehkah kami meraikannya bersama mereka (bertandang ke rumah mereka pada hari tahun baru cina) ? 
begitu juga dengan hari gawai yang diraikan oleh orang iban di mana ipar saya adalah berbangsa iban dan telah menganut agama islam? bolehkah kmk meraikannya ?
 
» Reply to this comment...

Posted by putera, on 14-02-2009 21:26, IP 60.49.10.97, Guest
20. musykil
salam ustaz..sy ada kemusykilan sedikit tentang seorang sahabat sy satu rumahtidak pernah solat langsung..sy ada juga tegur supaya solat bersama tetapi tidak diendahkan..adakah sy turut berdosa jika gagal membantu sahabat sy disebabkan berada satu rumah...apa perlu saya lakukan? 
 
UZAR : Teruskan usaha mengajak mereka setakat yang mampu.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ronin, on 14-02-2009 17:59, IP 60.50.155.121, Guest
21. komen
Assalamu'alaikum ustaz. Saya setuju dgn artikel ustaz ini. Namun saya ade persoalan pada sambutan perayaan yang lain yang spesifiknya adalah hari jadi. Kerana hari jadi ini asal usulnya adalah sambutan pagan. Jadi apakah hukum menyambut hari jadi?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Zainun, on 14-02-2009 02:02, IP 60.48.69.43, Guest
22. Berkongsi...
Ustaz dan rakan-rakan semua, ni ada artikel yang juga berkaitan dengan soal ini. Harap dapat membantu sedikit sebanyak :) : http://www.harakahdaily.net/ index.php?option=com_content&task=view&id=12326&Itemid=50 
 
Ini pula antara kisah menarik berkenaan dengan soal ini juga :) :http://www.harakahdaily.net/ index.php?option=com_content&task=view&id=6446&Itemid=71 
 
p/s: Ustaz, seperti yang saya tanyakan di ruang chat sebelum ini, saya ada 1 artikel (yang berkaitan dengan soal Hari Valentine ini) yang mahu saya taip dan kongsikan bersama rakan-rakan di sini. Tetapi, artikel itu agak panjang. Jadi, adakah saya perlu terus taipnya di ruangan komen ini, atau emel kepada Ustaz? Harap, Ustaz dapat maklumkannya ya. :) 
 
- Zainun 
 
UZAR : Tak mengapa, tak perlu hantar krn artikel berkenaan Valentine terlalu banyak, malah fatwa juga ada. Saya hanya sebutkan ringkasan shj.
 
» Reply to this comment...

Posted by aasyiq5, on 13-02-2009 19:59, IP 77.100.27.12, Guest
23. Arak kepada bukan Islam
Salam, Ustaz. Sekadar mahukan penjelasan. Berdasarkan hadis yang disebut dalam bahagian akhir artikel ni (menjual atau menghadiahkan arak kepada bukan Islam), jika kita mengalami situasi, diberikan hadiah sebotol arak (atau menang dalam pertandingan yang hadiahnya sebotol arak), maka adakah arak itu perlu dibuang atau adakah dibenarkan jika arak itu diberikan kepada golongan bukan Islam? Mohon penjelasan dari ustaz. Jzkk. 
 
UZAR : Berdasarkan dalil dan kaedah Islam. Kita buang sebagaimana nabi arahkan pecahkan tong2 yang dimiliki oleh umat Islam ketika itu dan buangkannya. Mudarat arak bukan hanya terkena kepada umat Islam, malah juga orang bukan Islam. Ia adaah mabuk dan membawa jenayah tidak kira apa jenis bangsa dan agama si peminum itu.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Wan Iryani Wan Ismail, on 13-02-2009 19:20, IP 137.158.152.207, Guest
24. Kebenaran untuk post topik ni
Salam Ustaz 
 
Saya mohon kebenaran untuk copy dan paste entry ini untuk kefahaman sahabat2 yg lain. 
 
Terima Kasih Ustaz. 
 
wassalam. 
 
uzar : BOLEH
 
» Reply to this comment...

Posted by san_bu, on 13-02-2009 10:42, IP 60.53.88.66, Guest
25. pendekatan 'win-win'
Ustaz, boleh tak kalau saya katakan, kita boleh join perayaan mereka atas dasar menghormati. Tapi bukanlah buat apa yang ternyata bercanggah dengan ajaran Islam especially yang berkaitan dengan ritual agama etc Sebab pokok pangkalnya pada hati. Kalau hati kita tak berubah, saya rasa tak ada masalah. Mungkin saya ada kawan baik berbeza agama dan adat.  
 
Tapi sebagai menghormati kawan, saya tak menghalang apa yang menggembirakan dia dan tak terpengaruh dengan anutan dan kepercayaannya. Saya rasa dengan cara begitu, Islam akan dilihat lebih 'mesra' dan tiada tekanan. Ini mungkin membuka hatinya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam kerana melihat akhlak dan keteguhan penganutnya.  
 
Begitu juga valentine yang saya rasa semata2 hari meraikan kasih sayang. Tanpa perlu saya buat segala karut marut ritual mereka atau perkara2 yang dilarang dalam Islam mengenai hubungan lelaki dan perempuan. Saya anggap ia sebagaimana hari ibu, hari bapa etc Apa pendapat ustaz dalam hal ini? Salah tak pendapat saya jika saya katakan seorang muslim tu tak akan dengan mudah bertukar agama, hanya kerana menghadiri perayaan agama lain?
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 13-02-2009 09:49, IP 219.95.106.62, Guest
26. Minta Pandangan
Assalamualaikum w.r.t 
 
Katakanlah saya bekerja dikilang pembuatan kertas A4. Pada satu hari saya kena buat penghantaran/ attend complaint dari Kilang Carlsberg. Jadi terdetik di hati saya, bolehkah saya kerja kilang pembuatan kertas A4 ni sebab ia juga supply ke Carlsberg. Minta pandangan ustaz atau mungkin dah dikeluarkan artikel pasal perkara ini untuk saya rujuk. 
 
UZAR : Boleh kerja di kilang kertas secara umumnya, wp adakalanya ia supply ke kilang carlsberg dalam salah satu bisnesnya.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by aziz, on 12-02-2009 18:58, IP 203.121.40.10, Guest
27. MUSYKIL
assalamualaikum ustaz, 
baru 2 ini saya telah mendengar beberapa kwn saya yang memakai tali getah dileher yang mereka katakan mampu untuk mengembalikan tenaga. Sedihnya saya apabila mendengar perkara ini kerana, terang-terangan akan jatuh syirik jika mempercayai benda lain selain Allah SWT. apakah pandangan Ustaz akan perkara ini. walaupun org yang pakai itu pada mulanya menyerahkan kepada Allah, tanpa sengaja akan mengatakan rantai itu membawa kepada kekuatan/lesihatan kepada mereka.
 
» Reply to this comment...

Posted by ustzul, on 12-02-2009 11:55, IP 124.13.74.172, Guest
28. Valentine menyesatkan....
Sebenarnya apa yg berlaku umat islam tak faham mengenai sambutan, hanya sikut2 shj. tapi bila dah jelas ada yg boleh terima & ada yg tidak.. 
 
Biodata saya
 
» Reply to this comment...

Posted by Zainun Mat Deris, on 12-02-2009 10:41, IP 60.52.59.24, Guest
29. Soalan
Terima kasih Ustaz di atas perkongsian yang bermakna ini. :) 
 
Moga-moga, umat Islam akan lebih prihatin kepada 'garam-garam' (dakyah) ini semua.  
 
Kekadang, hairan juga saya dibuatnya. Soal ini sering sahaja berlaku, sedangkan penerangan tentangnya sudah pun agak meluas. 
 
Ustaz, saya nak tanya. 
 
Pada pemahaman saya, perayaan yang bersangkut dengan agama lain sememangnya adalah dilarang. Tetapi, bagaimana pula perayaan yang bersangkut dengan adat kaum-kaum tertentu (kaum yang tidak beragama Islam)? 
 
Harap, Ustaz dapat memberikan pandangan. 
 
Terima kasih. :) 
 
- Zainun Mat Deris - Rahsia Clicbank Terbongkar!!! -  
 
UZAR : Yang berkait dengan adat tidak mengapa dengan syarat tiada unsur yang haram di masukkan
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ummi rohani, on 25-11-2008 17:00, IP 219.93.152.34, Guest
30. birthday celebration
Assalammualaikum w.b.t 
Ustaz, 
Anak saya telah dilahirkan pada tarikh 14 Feb 1996 bersamaan 24 Ramadhan 1417. Ketika kelahirannya ramai kawan-kawan yang datang menyatakan anak saya ialah anak kasih sayang. Setiap kali tiba ulang tahun kelahirannya saya akan pergi membeli kek dan pekerja di kedai kek mesti tanya " u mau valentine kek " dan cepat-cepat saya menyatakan saya mahu birthday kek. 
 
Ada satu peristiwa saya celebrate birthday anak di KFC pada tarikh tersebut yang memang hari jadinya.Beberapa orang kenalan yang tidak tahu hari itu adalah hari jadi anak saya menyapa " hai, sambut valentine ke?".  
 
Ustaz,tak salah kan saya meraikan hari jadi anak yang kebetulan tarikh kelahirannya sama dengan hari valentine? Harap dapat ustaz jelaskan. 
Terima kasih ustaz. 
 
UZAR : Sambutan hari jadi adalah neutral dan bergantung kepada cara sambutannya. Jika sambutan itu disalah fahami sbgi sambutan valentine, maka hendaklah disambut secara tertutup di dalam rumah sahaja.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by KAMAL ARIFIN BIN AHMAD CASBY, on 28-09-2008 17:07, IP 84.71.80.120, Guest
31. ...
Laman web Ustaz Zaharuddin telah banyak membantu saya memahami ajaran Islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by penanya, on 08-09-2008 18:43, IP 81.79.146.30, Guest
32. ...
Cadangan saya, bila menjual bunga tu, jangn tanya sebab apa dia beli bg elakkan kita tahu tujuan pembeli, ok ke? :p 
 
UZAR : AGAK OK JUGALAH, NAMUN SUKAR UNTUK BUAT-BUAT TAK TAHU DI KETIKA SUDAH TAHU
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Jannah, on 18-03-2008 11:25, IP 211.25.51.1, Guest
33. ...
ustaz, blh ke saya nk buat sambutan harijadi anak saya?adakah harus atau makruh sbb takde dalam ajaran islam.  
 
Saya sambut cuma nk tgkp gambar dan ada kngn bsama anak ketika dia setahun umurnya. bkn utk tujuan lain.adakah elok bt atau mengelakkan benda tu lagi afdhal? :roll  
 
UZAR : TIADA MASALAH
 
» Reply to this comment...

Posted by rohana, on 03-02-2008 21:31, IP 60.52.96.237, Guest
34. ...
assalamualaikum ustaz.  
ustaz, bagaimana pula hukum menjual bunga kepada orang yang kita tahu mahu menggunakannya untuk tujuan bomoh. 
 
UZAR : IKUT MAZHAB MALIKI DAN HANBALI : HARAM, IKUT MAZHAB SYAFIE DAN HANAFI : MAKRUH
 
» Reply to this comment...

Posted by -star-, on 02-02-2008 18:10, IP 60.52.97.165, Guest
35. ...
Assalamualaikum ustad, 
 
apakah hukum menyambut hari perayaan agama lain, 
saperti pergi ke majlis terbuka sperti yang sering dianjurkan kerajaan malaysia pada setiap tahun. 
 
saya mushkil kerana ade yg mengatakan tidak boleh. 
 
boleh ustad trgkan masalah ini?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by pengembara, on 19-10-2007 11:10, IP 211.25.51.1, Guest
36. ...
Assalamualaikum ustaz, 
 
ustaz, adakah haram jika kita mengiktiraf perayaan agama lain? 
 
contohnya, mengucapkan selamat hari perayaan pada mereka. 
 
atau memberikan pengiktirafan cuti sempena perayaan mereka?  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Cikipang, on 05-10-2007 18:51, IP 60.52.96.227, Guest
37. ...
:) Terima kasih kerana banyak manfaat yang telah saya peroleh darpada laman web Ustaz Zaharuddincikipang@yahoo.com
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
SEO by Artio