Penasihat Shariah & Intitusi Kewangan(28 August 06)

(5 votes, average 5.00 out of 5)

Penasihat Shariah & Intitusi Kewangan

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

(Artikel ini diterbitkan oleh Metro Ahad, 27 Ogos 2006)

 

Ilmuan Shariah atau yang kerap juga digelar "Ulama" sememangnya mempunyai peranan yang amat besar di dalam memastikan perkembangan Islam di dalam sesebuah Negara. Demi memastikan kehadiran, idea dan cadangan penyelesaian mereka dirasai, dihargai dan dilaksanakan oleh pihak yang berwajib; para ulama kini berdepan dengan cabaran getir untuk menaik tarafkan ilmu masing-masing agar mampu menanggapi masalah semasa dengan lebih berkesan dan seterusnya mampu memberikan penyelesian mantap bertepatan dengan Al-Quran dan As-sunnah, seterusnya tampak ‘cantik' dengan logik aqal. Tidak dinafikan sepatutnya, aqal yang waras tidak akan sesekali bertentangan dengan nas (al-quran dan as-sunnah yang qat'ie), tetapi kegagalan para ulama dalam memberikan penjelasan yang cemerlang pastinya akan menampakkan seolah-olah ada hukum yang ditetapkan Allah secara putus di dalam Al-Quran bertembung dengan logic aqal.

Amat banyak sekali bidang yang perlu difahami dan dilihat oleh ulama ini. Jika dilihat dari senarai panjang bidang-bidang ini, antara salah satu bidang yang amat penting dan popular di kalangan masyarakat tetapi amat paling ulama yang berkemahiran di dalamnya adalah bidang Kewangan dan Perbankan Islam.

Kekurangan ini bukan sahaja di rasai di Malaysia malah juga di seluruh dunia. Nama-nama ilmuan Shariah yang cekap lagi mahir dalam bidang ini mungkin sukar untuk melepasi jumlah 20 orang di seluruh dunia. Benar, sememangnya ramai nama-nama ulama ‘gah' tetapi tidak semua berani dan berkemampuan untuk memberikan fatwa tepat dalam bidang kewangan moden disebabkan kewujudan instrument kewangan moden yang sentiasa berkembang dan amat asing dari sebarang bentuk transaksi di dalamkitab-kitab Fiqh silam. Keadaan ini menyebabkan ijtihad-ijtihad kontemporari diperlukan.

Penasihat-penasihat Shariah bagi bank-bank dan Takaful di Malaysia khasnya, seringkali dilihat begitu ‘gah' dan hebat. Bagaimanapun, saya suka mengingatkan bahawa banyak nama-nama yang ‘gah', di tambah dengan gelaran-gelaran besarnya seperti Profesor, prof. Madya, Doktor, ustaz, Dato' dan pelbagai lagi tetapi amat sukar mencari mereka yang benar-benar mempunyai kemampuan dalam mengeluarkan fatwa berkenaan kewangan yang meyakinkan. Justeru, di ruangan ini saya suka berkongsi pandangan dengan para  penasihat-penasihat Shariah di industri kewangan Islam dengan beberapa fakta seperti berikut :-

Bagaimanapun jika para penasihat Shariah ini menjalankan tugas sambil lewa dan melepas batuk di tangga sahaja, pastinya mereka akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah kelak serta tidak layak mendapat tawaran dari hadis di atas tadi. Imam AN-Nawawi juga menyebut bahawa telah sepakat (ijma' selurh ulama bahawa hadihs ini adalah untuk para ilmuan yang benar-benar layak sahaja, adapaun yang tiada kelayakan tidaklah merkea layak untuk mengeluarkan hukum ( Syarah Sohih Muslim). Hal ini boleh menjadi semakin serius apabila pihak Bank juga akan menggunakan nama penasihat-penasihat ini bagi meyakinkan pelanggan mereka.

Sebagai akhirnya, semua ilmuan Shariah yang terpilih sebagai Penasihat Shariah di institusi kewangan perlu mengukur ilmu masing-masing sebelum dengan senang hati menerima jawatan Penasihat Shariah ini. Jika tidak, banyak implikasi negatif akan lahir darinya. Saya tahu, kebanyakan mereka menerima jawatan seperti ini dengan niat ‘mahu belajar' dan akhirnya menjadi pakar. Jika demikian niatnya, suatu kesungguhan WAJIB di perlihatkan untuk memperbaiki ilmu dalam diri dan bukannya ber'main-main' sambil belajar.  Apa yang saya tulis ini tidak ditujukan khas kepada mana-mana Penasihat Shariah, tetapi ia adalah secara umum berlandaskan keluhan-keluhan rakan-rakan pegawai Shariah di institusi kewangan Malaysia. Bukan sebuah, tetapi banyak buah.

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites