Barang Tiruan & Hak Cipta Terpelihara

(8 votes, average 3.38 out of 5)

Jeffrey Iskandar Ahmad <jeffrey@time.net.my> wrote:

Assalamualaikum,
Saya nak tanya soal jawab mengenai muamalat. Apa hukum kalau saya beli atau
jual barangtiruan(immitation) sebagai contoh barang di petaling street.
Jenama terkenal tetapi barang tiruan.

Sekian terima kasih. Aaya amat berharap ustaz dapat email saya balik.

From: zaharuddin arahman [mailto:zaharuddin@yahoo.com]
Sent: Wednesday, October 04, 2006 2:59 PM
To: jeffrey@time.net.my
Subject: Re: Soal jawab pendek ( hukum jual barang tiruan)

wa'alaikumussalam,

jika barang tiruan itu memang jelas tiruannya di mata pelanggannya serta tiada pula penipuan dari sudut harganya (menurut kualiti barang tiruan itu). maka hukumnya harus sahaja.

tapi jika, brg tiruan itu adalah hak cipta terpelihara seperti buku, kaset, vcd dan lain-lain yang halal, maka Kesatuan Ulama Fiqh sedunia telah bersidang pada tahun  1988 dan keputusannya bernombor 43 (5/5) mengitiraf hak cipta, hak nama syarikat dan produk,

Ringkasnya ; Hak cipta terpelihara adalah diiktiraf dalam Islam maka haramlah menjual dan meniagakan barangan demikian apabila ia telah didaftarkan atau di hebahkan sebagai hak cipta terpelihara kecuali setelah mendapat izin tuan milik hak itu. Hak ini termasuklah, karangan kitab Islam atau yang lainnya.

Perbincangan ulama berkaitan hujah mereka yang tidak mahu menerima hak cipta dalam ilmu juga telah dibincagkan panjang lebar dan berakhir dengan terbukti kukuhnya hujjah mereka yang mengiktiraf hak cipta termasuk kitab-kitab berkaitan Islam yang dikarang. 

Jika benda itu tak halal...maka haram jualnya samada original mahupun tiruan.

Tapi jika cetak kaset atau vcd untuk kegunaan sendiri yang tiada tujuan komersial. maka harus .

sekian,

ust zaharuddin abd rahman

4 okt 2006

Jeffrey Iskandar Ahmad <jeffrey@time.net.my> wrote:

Terima kasih banyak2 kerana menjawab dengan cepat. Susulan soalan saya jika saya menyediakan website untuk rakan saya menjual barang tiruan yang menpunyai hak cipta terpelihara. Adakah duit sewa bulanan yang saya dapat adalah haram.

Terima kasih

Jawapan :

Syarat sewaan dalam Islam adalah, mestilah pemilik menyewakan haknya untuk tujuan yang halal sahaja. jika ada yang tidak halal, macam dalam kes kes di bawah, maka harga sewaan dari penyewa itu tidak boleh diterima..ia berdasarkan ayat quran : "dan janganlah kamu tolong menolong di atas dosa dan permusuhan" ( Al-Maidah)

cth mudah , adalah kita sewakan rumah kita untuk dijadikan tempat perjudian. maka hukumnya haram wang sewa dan dapat dosa pula setiap kalai org bermain judi di ruamh sewa itu. kerana nabi sebut dalam hadith sohih " ...sesiapa yang mengajak dan mempelopori benda buruk dan jahat, lalu org menirunya, maka dosa ke atasnya sebgmn org melakukannya"

sekian

ust zaharuddin

5 oct 06



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites