Zakat wang Simpanan di Tabung Haji

(8 votes, average 4.50 out of 5)

ZAKAT WANG SIMPANAN DI TABUNG HAJI 

Assalamualaikum Ustaz,
Benarkah wang simpanan yang disimpan didalam institusi Islam (contoh Tabung Haji) tidak perlu dikeluarkan zakat kerana telah diuruskan oleh institusi tersebut?
Harap dapat penjelasan dari ustaz
Terima kasih dan wassalam

Hayatey Baharum

JAWAPAN

wa'alaikumussalamm

ye, demikian yang disebut di awal-awal penyimpanan dibuat.

Penyimpan memberi izin kepada tabung haji untuk menguruskan zakat simpanannya, justeru tiada zakat lagi perlu dikeluarkan oleh penyimpan.

Tetapi yang menjadi sedikit masalah Shariah di sini adalah, hal ini juga pernah diberitahu kepada saya oleh Dato' Dr Haron Din tahun lepas, iaitu pihak tabung haji tidak memberi pilihan kepada penyimpan jika pihak penyimpan ingin membayar zakat sendiri, hal seperti ini sebenarnya tidak tepat menurut Shariah dan boleh menyebabkan zakat yang dikeluarkan itu menghadapi masalah sedikit dari sudut Shariah, hilang keikhlasan selain si penyimpan tidak dapat menyalurkannya kepada penerima yang diyakini dan dirasakan lebih dikenali dan lebih utama untuk diberikan.

Sekian

ust zaharuddin

http://www.zaharuddin.net

16 jAN 07

26 zULHIJJAH 1427 h

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites