Peratusan Maksimum Untung Jualan Menurut Shariah

(4 votes, average 5.00 out of 5)

Peratusan Maksimum Untung

Jualan Menurut Shariah 

suhaimi ibrahim <designplanet78@yahoo.com> wrote:

assalamualaikum.

boleh terangkan berape % keuntungan yg dibenarkan dalam jual beli  islam.

JAWAPAN :

wa'alaikumussalam,

tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market.

cth..durian di jual di malaysia dgn harga cth RM 10 untuk 3 biji. tetapi di Jepun, ia dijual RM 100 untuk 3 biji.

Halal hukumnya, dalil, hadith nabi yang sohih menernagkan terdapat sahabat yang minta nabi buat harga maksimum atau ceiling bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim krn menghadkan keuntungan halal bagi peniaga. ( Riwayat Abu Daud, Albani : Sohih )

Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan sahaja. Ulama besar tabien yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said ( Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni,  159 )

Walaupun peratusan keuntungan bebas mengikut pasaran, peratusan keuntungan boleh jadi haram jika ia bersifat tipu pelanggan, contoh..pelacong yang datang ke Malaysia tidak berapa faham statistik harga barang di sini, jsuteru, si penjual mengambil peluang menipu dengan menaikkan harag 3 kali ganda dan mendakwa ia adalah harag biasa, sedangkan ia tipu. ini dinamakan "Ghabnun Fahisyh" yang terkeji.

Sekian

ust zaharuddin

15 Jan 07

25 Zulhijjjah 1427 H

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites