Fatwa Az-Zuhayli : Malaysia Negara Islam ?

(37 votes, average 5.00 out of 5)

Fatwa Sheikh Prof. Dr. Wahbah al Zuhaily Tentang Malaysia Negara Islam?

( Pengarang kitab fiqh moden terbesar al fiqh al Islami wa adillatuh dan tafsir moden terbesar al tafsir al munir )
(( Baca Jawapan Asal  ))

Soalan : Saya seorang warganegara Malaysia , telah mendengar pelbagai pandangan mengenai adakah Negara Malaysia termasuk di dalam definisi Negara Islam. Saya harap tuan dapat memberi jawapan.

Jawapan Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli ( SYria): Sekarang ini kebanyakan Negara Arab dan Islam dilabelkan dengan label Negara Islam. Namun hanya dari sudut politik. Realitinya tidak demikian. Kerana sifat sebenar Islam dan pelaksanaan syariat hilang ( tidak wujud ) pada realitinya. Boleh jadi, penamaan (pelabelan ) ini diterima kerana kebanyakan penduduknya orang Islam dan kerana syiar-syiar Islam ditegakkan di negara itu. Maka bolehlah dinamakan (Negara) "Islam" namun secara simboliknya sahaja bukanya realiti.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites