(6 votes, average 4.83 out of 5)

 

 

 

Konsep Sederhana (Wasatiy) & K-FIQH 2012

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

FIQH_KONTEMPORARI_uncut

Hasil dari Pertemuan Sebahagian Para Ustaz & Da'i Malaysia yang dianjurkan sejak 26 Mei 2011 yang lalu, telah beberapa kali pertemuan ( sekitar 6-7 kali) dan hasil perbincangan yang berlangsung, fokus perbincangan kami lebih kepada membincangkan kaedah untuk memperkenalkan satu kefahaman ilmu-ilmu Islam berteraskan displin yang sederhana pada penghayatannya namun jitu pada prinsipnya.

Menyedari umat Islam yang cintakan kebaikan dan Islam kini sedikit keliru disebabkan begitu banyak sumber yang wujud, dari pelbagai medium seperti internet, buku, majalah, blog, facebook, ceramah, fatwa dari dalam dan luar Negara, maka menurut observasinya, didapati lambakan sumber-sumber ilmu sebegini, yang sebahagiannya masih mentah (raw), belum sedia dijamah oleh orang awam tapi telah dijamahnya lalu mengakibatkan kelencungan dalam pola pemikiran dan pendekatan serta kefahaman.

Atas kesedaran dan tanggungjawab serta kepercayaan sebahagian masyarakat terhadap sebahagian besar di antara kami adalah menjadi kewajiban atas kami untuk membantu menyebarluaskan pendekatan kefahaman ilmu-ilmu Islam yang kami yakini sesuai serta baik (jika bukan yang terbaik) pada penilaian ilmu kami yang serba sederhana.

 

PENDEKATAN WASATIY?

Hari ini, semakin banyak pihak yang cuba menisbahkan nama ‘sederhana’ dan wasatiy kepada mereka dan kumpulan mereka. Bagi kami, terpulanglah kepada niat dan ilmu masing-masing, Cuma pastinya semua kita berhak untuk menyebarluaskan kefahaman atas penilaian ilmu masing-masing dengan cara yang terbaik lagi tersusun. Terpulanglah kepada mad’u untuk memilih dan menerima mana yang terlebih baik.

Dalam menentukan dan menta’yinkan pendekatan wasatiy yang dimaskudkan oleh kami, kami cenderung untuk bersetuju dengan model wasatiy yang dijelaskan dengan lebih terang lagi jelas oleh Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, yang sama antara lainnya menentukan sikap seperti berikut:-

Asas Wasatiy di ambil firman Allah swt :-

كَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

Ertinya : Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. (Al-Baqarah : 143)

 

Wasatiy yang kami yakini adalah kesepaduan yang positif dalam segenap aspek lapangan kehidupan, sama ada dari sudut aqidah, amalan fizikal dan spriritual, individu dan kumpulan.

 

Kami meyakini bahawa ghuluw atau ekstremism dalam agama bakal merosakkan individu atau kumpulan, sebagaimana disebut Nabi

إياكم والغلو في الدين فإنه أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين

Ertinya : Jauhilah melampau (ghuluw) dalam agama, kerana telah binasa mereka yang sebelummu disebabkan melampaunya mereka di dalam agama ( Riwayat IBn Majah dan An-nasaie dengan sanad yang sohih)


Pendekatan atau pemikiran wasatiy yang ingin disebarluaskan ini hampir semuanya diambil dari kefahaman ulama salafussoleh dan kontemporari iaitu:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Itulah antara yang sama-sama kami cenderung kepadanya, walau menyedari mungkin ada sebilangan kecil hal cabang yang kami turut berbeza pendekatan dan kecenderungan hukumnya, namun prinsip asas dan umumnya adalah sama dan sepakat di antara kami.


Kami sepakat kami perlu berakhlak dalam mengendalikan perbezaan idea, pendekatan dan analisa hukum.

Kami sepakat jiwa yang luhur, ikhlas lagi bersih amat penting dalam melahirkan ilmuwan yang soleh dan masyarakat yang baik.

Kami sepakat bahawa guru-guru kami memainkan peranan penting dan memberi bekas terhadap cara gaya dan pendekatan dakwah kami, justeru carilah ramai guru agar tidaklah kita terikut hanya dengan satu acuan dan pendekatan, agar kita mampu melakukan perbandingan yang lebih adil. Membuka minda tidak tertutup.

Kami sepakat bahawa hal yang asas dan prinsip khususnya di dalam bab aqidah dan ibadat tidak boleh bersifat anjal dalam banyak perkara.

Kami juga yakin dan seakat bahawa kemahiran, penghayatan dan kedalaman seseorang ilmuwan di dalam ilmu Usul Fiqh (khususnya dalalah al-alfaz) dalam memahami Al-Quran & Al-Hadis mampu memberi kesan yang besar kepada pendekatannya, sama ada di dalam bab aqidah, ibadah, siyasah, muamalat dan lainnya. 

Kami juga sepakat lagi menyedari bahawa ilmu kami adalah sederhana, namun dengan pertemuan kerap di antara para ustaz dan dai’ ini diharap mampu menampung sebahagian besar kelemahan kami di antara satu sama lain, seterusnya mampu mencipta persepakatan , menambat ukhuwwah dan memudahkan jalan untuk menggerakkan dakwah kepada ummah yang kini semakin ramai yang mendambakan bimbingan dan ilmu.

Justeru, melalui KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 (K-FIQH 2012) ini, kami amat berharap dapat membentangkan ‘blue print’ utama untuk membantu masyarakat dari segenap latarbelakang dari sudut mendapat kefahaman yang baik terhadap pelbagai aspek ilmu Islam.

Setakat keupayaan masa yang ada antara topik yang akan dibentangkan adalah

 

  1. Aqidah dan pendekatan ilmunya
  2. Ibadah
  3. Kefahaman teks Al-Quran dan Al-hadith
  4. Kewangan dan ekonomi
  5. Penyucian jiwa (Tazkiyatun Nafs)
  6. Politik (Siyasah)
  7. Gaya Hidup
  8. Pendidikan
  9. Kefahaman khazanah silam (turath)
  10. Dakwah

 

Melalui KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 ini,  InshaAllah, kami akan membentangkan hasil keputusan dan kajian yang dipersetujui bersama, bagi manfaat ummat. Mendaftarlah sementara tempat masih ada, pendaftaran dibuka hari ini.

 

Sekian

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Disember 2011



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites