(0 votes, average 0 out of 5)

ASYIK PRODUK BERACUN & UBAT HALAL: CADANGAN KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Saya ingin mencadangkan dua perkara kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :-

1. KKM membenarkan logo halal diletakkan pada ubat-ubatan. Ketika ini saya difahamkan hanya ubatan biasa tanpa surat doktor yang diluluskan untuk diletakkan logo halal JAKIM, namun ubatan-ubatan terkawal yang hanya boleh dibeli melalui 'prescription' doktor tidak dibenarkan oleh KKM untuk diletakkan sebarang logoHalal walaupun kiranya JAKIM telah atau boleh meluluskannya status kehalalannya.

Saya kira, jika KKM dapat mula memperkenalkan kebenaran itu, syarikat-syarikat pembuat ubatan besar akan mula menimbangkan dengan lebih serius setiap bahan dan keperluan mereka melepas piawaian halal. Ia sekaligus mampu membantu industri halal sedunia dan juga Malaysia.

2. Kes seperti dalam gambar agak kerap berlaku, namun saya tidak pasti bagaimana proses sampling dan ujikaji dilaksanakan oleh KKM terhadap pelbagai produk ubatan alternatif, kosmetik, supplement malah makanan yang didakwa punyai nutrient khas.

Justeru itu saya ingin mencadangkan KKM menyediakan jabatan khas yang lengkap makmal canggih yang bertindak selaku badan paling berautoriti yang boleh menerima pelbagai jenis sampel yang dihantar oleh mana-mana pihak, sama ada orang ramai, pihak pengeluar atau mungkin mangsa.

Produk ubatan alternatif, kosmetik, supplement malah makanan yang didakwa punyai nutrient khas SEMEMANGNYA PERLUKAN testing kesihatan dan keselamatan bagi penggunaan dan pemakanannya. Hasilnya, kita perlukan KKM bukan hanya respon kepada aduan sekali sekala tetapi menyediakan fasiliti bagi semua pihak untuk mendapatkan penegesahan 'SELAMAT' bagi produk-produk yang dijual kepada awam.

Kita juga harap kos bagi testing tidak begitu tinggi boleh disediakan oleh KKM agar lebih ramai boleh menggunakan khidmat ini dan lebih selamat orang awam dari menjadi mangsa atau sudah terlambat kerana keracunan.

Kita juga tidak mahu borang panjang lebar tidak mesra pengguna yang perlu diisi seperti pelbagai penegsahan makanan yang sedia ada.

Setahu saya KKM memang ada khidmat nasihat pelabelan makanan tapi bukan dari aspek menentukan status keselamatan penggunaan sesuatu produk. (rujuk linkhttp://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=249)

Sekian terima kasih

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

* Pohon maaf sekiranya khidmat tersebut telahpun ditawarkan tetapi terlepas dari pengetahuan saya. Apapun, adalah baik jika sama-sama dapat diwarwarkan khidmat tersebut dengan meluas jika ia telahpun wujud



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites