(0 votes, average 0 out of 5)

PENGHINA NABI : HUKUMAN 10 TAHUN, PUAS HATI ATAU MUHASABAH

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

 

54278753 2318746791498324 5567765984992821248 o

10 tahun penjara bagi penghina Nabi Muhammad salla allahu 'alaihi wasallam dan Islam..ِAlhamdulillah..that's not bad at all. Namun begitu saya bimbang jauh di lubuk hatinya, kemungkinan kebenciannya & kelompok bersamanya terhadap Islam semakin bertambah lagi dan bukannya mengurang, ini perlu difikirkan. Muslim tidak hanya boleh merasa puas hati dengan hukuman ini.

Ada yang terfikir, sukar kita jumpa orang Islam yang sibuk hina agama lain secara kebencian dengan membabi buta. Mungkin ada yang kelihatan seperti 'hina' tetapi itu biasa dalam keadaan ucapan atau debat yang berlatarbelakangkan diskusi dan debat ilmiah & bukannya penghinaan jenis sembrono yang jelas berniat hina, caci dan merendahkan tanpa ilmu. Hal ini menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam di negara yang mana Islam merupakan agama persekutuannya ini. Hatta di kalangan orang Islam yang culas dalam mengamalkan ajaran Islam, turut tidak puas hati.

Apakah mungkin yang menjadi sebabnya ??

Selain dari membantah dan lapor polis serta kecam penghina agama Islam yang mana sebahagiannya telah pun dijatuhi hukuman yang agak setimpal (contohnya 10 tahun penjara), adalah baik kiranya kita, selaku Muslim untuk mengamati firman Allah swt ini:

وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ (97) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ (98) وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Ertinya : Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahwa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (salat) ( al-Hijr : 97 -98 )

Allah swt mengajar NabiNya dan semua kita bermuhasabah dan memperbanyakkan sujud agar tambahnya kualiti spiritual yang tentunya meningkatkan kualiti dan prestasi Muslim dalam kehidupan dunia juga. Itu diperlukan setiap kali hal penghinaan terhadap Islam berlaku, sebagaimana firmanNya di atas, bukan sekadar lahirlah kecaman dan kemudian masih berada di takuk lama.

Antara yang turut mesti dimuhasabahkan adalah mengenalpasti punca mengapa ada non-muslim bersikap demikian?

BENAR..sebaik manapun sikap dan pencapaian Muslim, pastinya akan tetap wujud pembenci yang memusuhi Islam, sepertimana yang berlaku di zaman hayat Nabi salla allahu 'alaihi wasallam. Namun tugas kita sebagai sama ada sebagai pendakwah kepada si pembenci ATAU pembantah dengan kekerasan terhadap si pembenci, mana satukah yang lebih utama?

Pilihan terhadap salah satu di antara kedua-dua itu perlukan 'dhawabid' dari bimbingan nas dan dalil dari quran dan sunnah agar umat Islam benar-benar mengikut cara sepatutnya sebelum mengisytiharkan diri sebagai pembantah dengan cercaan dan kekerasan, DEMIKIAN juga jika dipiilih pendekatan dakwah mereka yang mencerca.

Baginda dulu pernah menolak cadangan menghempap bukit ke atas pencerca dan yang menghalaunya dengan katanya :

بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
Erti: "Bahkan aku berharap agar Allah swt akan mengeluarkan dari tulang-tulang sulbi (keturunan) mereka orang yang mahu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apapun"

KIta tidak mahu, munculnya lebih ramai pembenci Islam adalah KERANA sikap KITA SENDIRI, kita, cara dan sikap kitalah rupanya yang menjadi punca kebencian itu...SUDAH TENTU, kita juga tidak mahu, membiarkan sahaja onon-muslim mencerca Nabi dan Islam tanpa tindakan lalu MENJADI PUNCA bercambahnya penghinaan bak cendawan. Jadi bagaimana untuk mengimbanginya??. Perlu muhasabah yang dalam.

Alangkah baiknya jika kita mendapat peluang bertemu kepada pesalah di dalam penjara lalu dilaksanakan proses perbincangan agar mereka lebih faham akan Islam sebenar.

Macam-macam lagi soalan muhasabah diri yang patut kita fikirkan. Saya turut bersama..

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites