(11 votes, average 4.09 out of 5)

 

Tanyalah Ustaz TV9 : Isu Riba Bank Islam

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 uzar_tv9_tanya

Masyarakat sering terkeliru dengan status bank-bank Islam yang  wujud di seluruh dunia. Khususnya apabila wujud suara-suara yang mengkritik amalan perbankan Islam ini. Dengan mengakui wujudnya bank-bank Islam yang bermasalah di serata dunia, namun untuk menafikan dan menuduhnya sebagai ‘back door’ riba secara general adalah keterlaluan dan menafikan ijtihad dan susah payah ulama fiqh dan usul serta pakar ekonomi Islam sedunia.

Justeru, di dalam rancangan ‘Tanyalah Ustaz’ di TV9 mulai 31 Dis 2010 sehingga 2 Januari 2011. Saya akan berkongsi beberapa pandangan dan ulasan khususnya berkaitan :-

1) Bank-bank Islam adalah mengamalkan back door riba.

2) Bank-bank Islam mengambil untung dari ‘time value of money’ yang merupakan inti kepada riba.

3) Beberapa kenyataan Sheikh Imran Hossein dari Mauritania yang mengkritik perbankan Islam (merujuk kepada klip ini sahaja).

4) Bank-bank Islam menjual melebihi ‘market value’ yang sepatutnya adalah didasari oleh ‘cash market’ dan bukan ‘credit market’. 5) Bank Islam mahal dari konvensional.

6) Bank Islam patut lebih murah dan membantu umat Islam. 6) Bank-bank Islam mengenakan caj ke atas rumah pelanggan yang terbengkalai.

7) Bank-bank Islam menggunakan wang kertas yang  tiada nilai ‘intrinsic’, yang ‘nature’nya adalah riba. Justeru bank-bank Islam juga riba malah berganda.

8) Bank-bank Islam menggunakan banyak ‘hilah’ dalam produk mereka, justeru ia ibarat menyarung kulit lembu kepada serigala.

 

Untuk mengetahui ulasan-ulasan saya terhadap isu-isu di atas yang InshaAllah dihurai secara sederhana ilmiah disebabkan ruang waktu dan batasan sebuah siaran televisyen. Apapun, di harap akan terdapat manfaat dari rancangan terbabit kalaupun tidak banyak.

Tugas saya hanya menyampaikan sebahagian pandangan majority ulama empat mazhab dan kontemporari, sama ada pendengar akan boleh terima atau tidak, itu adalah urusan Allah.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Dis 2010

Kuala Lumpur

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites