Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam

(14 votes, average 4.86 out of 5)

Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam

Oleh : Zaharuddin Bin Ab. Rahman
www.zaharuddin.net


Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.

Rencana ini menyentuh tentang para pengkaji ilmu Islam dari kalangan bukan Islam (orientalis) dan hasil tulisan mereka  yang mana karya-karyanya terdapat seribu satu jenis racun yang mampu melemah dan menyeleweng fahaman sebenar Islam.

Penulisan ini dibuat dalam bentuk separa ilmiah, bertujuan memberi maklumat mudah kepada golongan awam dan professional Islam terutamanya yang sering bergantung kepada rujukan buku berbahasa Inggeris.

Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas:-

1. Beberapa jenis kumpulan Orientalis
2. Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa dakwaan jahat mereka.
3. Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya.
4. Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca.
5. Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam
6. Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka.

Jenis kumpulan Orientalis

 

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka

Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas:

Bil

Nama

Tajuk Buku

Catatan

1.

A.J Arberry

  • Islam Hari Ini (Islam Today)
  • Pendahuluan Sejarah Tasawuf
  • At-Tasawuf
  • Terjemahan Quran (1948-1950)
  • Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di Universiti Cambridge.
  • Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam

 

2.

A. Geom

  • Buku: Al-Islam

 

Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain & USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir

3.

Baron Garra de Vaux

 

 


Salah seorang pengarang Islamic Encyclopedia ·

Berbangsa  Perancis dan sangat musuhi Islam

 

4.

H.A.R Gibb

 

  • Pengarang utama Islamic Encyclopedia
  • Cara Islam (Inggeris & Arab)
  • Pendekatan Baru Dalam Islam (Inggeris&Arab)
  • Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)
  • Islam & Masyarakat Barat
  • Whither Islam 1947

Warga British, Orientalis terbesar. Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir.  Profesor  di Universiti Hartford, USA· Karya-karyanya sangat bahaya kepada Islam

 

5.

Goldziher

  • Pengarang utama Islamic Encyclopedia
  • Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab)
  • Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law)
  • Halangan Muhammad

Pengasas gerakan meragukan kesahihan hadith. Dianggap pakar dalam bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah selepas Baginda SAW wafat. Tokoh utama oreintalis , terlalu benci kepada Islam

 

6.

John Maynard

Majalah Persatuan Pengajian Timur (1924)

 


7.

S.M. Zweimer

 

Dunia Islam (pengasas majalah ini)

b. Islam Mencabar

c. Demi ‘Aqidah

d. Al-Islam (1908-1911)

Berasal dari Amerika Syarikat ,  Missionari, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam

8.

Aziz ‘Atiyyah Suryal

 


Menulis beberapa buah  kitab tentang Perang Salib .

Rakyat Mesir beragama  Kristian. Belajar di Universiti Amerika, sangat benci kepada Islam.· Terlalu banyak menyelewengkan ajaran Islam.

 

9.

G.Von Grunbaum

 

Islam di zaman pertengahan

b. Perayaan Muhammad

c. Usaha Menerangkan Islam yang Moden

d. Pengajian Sejarah Keilmuan Islam

e. Al-Islam

f. Kesatuan & Kepelbagaian dalam Tamadun Islam

Rakyat Jerman berbangsa  Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat. Profesor  di Universiti Chicago. Terlampau banyak menyerang Islam.

 

10.

Phillip Hitti

a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arab

b. Sejarah Arab (History of Arabs) yang mengandungi tuduhan bahawa Nabi tidak siuman

c. Al-Islam

d. Sejarah Syria

e. Asal usul Agama Duruz ·

 

Rakyat Lubnan beragama Kristian. Professor  Pengajian Timur Universiti Brenston, Amerika Sayrikat. Penyelia tidak rasmi kepada Kementerian Luar Amerika . Sangat benci kepada Islam dan enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan atau keutamaan

 

11.

Carl Brocklemann

The History (Jerman, Inggeris)

 


12.

A.J Weinsink :  

Aqidah Islam (1932).

Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab-kitab agama dan falsafah sebelumnya. Tetapi sesetengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)

 

13.

Kenneth Gragg

a. Ketua Editor Majalah The Muslim World

b. Dakwah al-Makzanah (956) ·

 

Berasal dari Amerika. Sangat benci dan  menentang Islam. Mengajar di Universiti Amerika di Qaherah beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua Jabatan  Kristian di Universiti Hartford

 

14.

L. Massignon

 

a. Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam

b. Salah seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam.

 

Berbangsa Perancis, Orientalis terbesar keluaran Perancis. Penasihat Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal Timur Afrika. Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionari Perancis di Mesir. Pernah menjadi askar Perancis selama 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama. Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah dan  Tasauf Islam.

 

15.

D.B. Macdonald

 a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan  Teori Perlembagaan Dalam Islam

 b. Pendirian Agama & Hidup Dalam Islam (1903-1908)

Berasal dari Amerika, dan di antara orientalis yang paling memusuhi Islam

 

16.

M.Green

 


Setiausaha Majalah Middle East

17.

Majid Qadrawi

Bukunya bertajuk "Perang & Damai Dalam Islam" (1955)

Penganut  Kristian dari Iraq, · Ketua Jabatan Pengajian Timur Tengah Universiti John Hopkins, USA· Ketua Ma'ahad Timur Tengah untuk Penyelidikan & Pendidikan di Washington·

 Terlalu membenci Islam

 

18.

D.S Margoliouth

a.  Perkembangan Baru Dalam Islam

b. Muhammad & Kelahiran Islam

c. Universiti Islam

 

Berbangsa Inggeris

 

19.

R.A Nicholson

a.  Antara pengarang Ensaiklopedia Islam

b.  Para ahli Sufi Islam

c.  Sejarah Sastera Arab.. (1910-1930) ·

 

Berbangsa Inggeris. Sangat bencikan Islam· Menafikan Islam agama wahyu· Mendalami bidang Tasawuf Islam.

 

20.

Henry Lammens

a.  Antara pengarang Ensaiklopedia Islam

b.  Al-Islam

c.  At-Toif

d.  Majalah Kesatuan Pengajian Timur USA (1925) ·

 

Berbangsa Perancis. Tersangat merbahaya. Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan .· Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat terhadap Fatimah az-Zahra .

 

21.

Joseph Schacht

a.  Antara pengarang Ensaiklopedia Islam

b. Usul Fiqh Islam

c.. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) ·

 

Berbangsa Jerman. Menghasilkan  banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh.  Mendakwa asas syariat Islam adalah cedokan undang-undang Rom

 

22.

Rudi Paret

a. The Quran

b. Der Koran ·

 

Menuduh Nabi SAW mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup dan ilmu tentang Isa dan  Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran

 

23.

Karl Heinrich Becker

 


Pengasas Majalah Islam

24.

Jetson Phiit

Majd al-Islam (Kemuliaan Islam)

Menghentam Islam melalui bukunya

 

25.

Richard Bell

"Al-Quran & Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris)

 

Profesor Bahasa Arab di Universiti Edinburgh

26.

Lord

 


Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran Yahudi dan mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. Seperti  ‘Alif Lam Mim' dan lain-lain.

 

27.

Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Orientalis)

 


Berbangsa Arab

28.

W.C. Smith

"Islam in Modern History

 


29.

Montgomery Watt

a. Sirah Nabi di Mekah ,

b. Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina)

c. Mohammad, Prophet & Statesman

 

 


30.

Dr C.G Pfander:

‘Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq)' 

Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat penyelewengan dalam Injil.  Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut Kristian yang semakin ramai membanjiri majlis, kecewa dengan Pfander.· Kelemahan hujjah Pfander ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke 3 debat. Syiarnya selepas itu, "Kiranya Syeikh (ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu." (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi)

 

31.

George Sale

Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris

 


32.

Hamilton Jobb

‘Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam'

Banyak melakukan penyelewengan maklumat dan menyelewengkan pendapat ulama dalam bukunya.

 

33.

William Muir

 


Cuba meragukan Bahasa al- Quran dan  menuduh ianya tidak terjamin dari kesalahan

34.

Louis Gardeih

‘Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian'

Mendakwa Saidina Uthman yang menyusun surah dan ayat quran

35.

Z.P Bodly

 


Menuduh kotor isteri-isteri Nabi. Dakwaan bohong yang mengatakan Nabi mempunyai hubungan dengan Rahib Kristian dan juga dakwaan bohong Nabi dipengaruhi Paderi Waqas B. Sa'adah dan Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)

 

36.

Cofan, Renan, Jano

 


 


 

   

Berikut pula adalah beberapa nama buku bahaya hasil karya para Oreintalis dan yang terpengaruh dengannya.

Antara Karya Orientalis yang boleh dibaca

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-

1. Prof T. W Arnold -  The Preaching of Islam
2. Stanley Lane Poole - Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)
3. Stanley Lane Poole - Moors in Spain
4. Dr Aloys Sprenger - Pendahuluan kitab ‘Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah karangan' Al- Hafiz Ibnu Hajar
5. Edward William Lane - Mu'jam Arabic-English Lexicon
6. A.J Weinsink - Mu'jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6, iaitu  Musnad Ad-Darimi , Muwatto' Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke bahasa Arab  Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan  kata pengantarnya oleh  Syeikh Mohd Rashid Ridha
7. G.B Strenge - Land of the Eastern Caliphate

Antara karya bekas Orientalis yang telah memeluk  Islam.

1. Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
2. Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)
4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)

Beberapa Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis

Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam.

Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut :


1. Prof. Ahmad Amin

Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha' Syar'ie)

Kitabnya bernama ‘Fajr al-Islam' · Majoriti kandungan kitab ini adalah tentang  Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya Abu Hurairah r.a. lemah dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak mempunyai Hadith, menuduh Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan Sahabat Nabi, menimbulkan keraguan terhadap Imam Bukhari.· 

2. Abu Rayyah Adwa':  

Tulisan bertajuk ‘ala As-Sunnah · Mempertikaikan Abu Hurairah

3. Ismail Adham.

Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H) . Mengisytiharkan hadith sahih dari kitab-kitab sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu' (rekaan)

4. Prof. Ali Hasbullah:

Buku bertajuk :  Usul At-Tasri' Al-Islami . Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat'ie.· Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.

5. Syeikh Ali Abd Raziq   

Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ). Menuduh tiada politik dalam Islam. Kitab ini dikecam hebat oleh ulama Islam semasa. Antara ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit al-Mut'ie dan Syeikh Khudar Hussain. Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd ‘Amaroh

6. Prof Khalid Muhd Khalid :

Bukunya bertajuk  ‘Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)' dan ‘Ad-Demoqratia Abadan' · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Min Huna Na'lam' (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk ‘Ad-Dawlah fil Islam'- Bab Maslahat

7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor  Undang-undang )

‘Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami' (Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang perlu disemak & diperbetul, majoriti karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi' Nizom al-Hukm fil Islam- Al-Qaradhawi) · Bab Maslahat, mendakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.

8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang & dekan Kuliah Undang-undang di Universiti  Az-zaqaziq) Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

9. Sai'd al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia).

Dalam kebanyakan artikel karya mereka. Tiada ruang untuk dinyatakan di sini. Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil. Di makumkan juga, pihak SIS ini sering mendapat bahan kajian ilmiah yang boleh meragukan tentang Islam dari sumber-sumber dari Orientalis Barat.

13. Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Dia juga pernah mengaku dalam satu forum terbuka bahawa dia sengaja membawa isu-isu pelik berkaitan Islam untuk melariskan majalah yang dia menjadi pengarangnya.

14. Dr. Kassim Ahmad ; Semua hal berkaitan hadith. Menafikan hadith secara total.  Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia.

Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh muslimin dan muslimat yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan berhati-hati.

Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil kelemahan diri dan gangguan syaitan.

Sekian,
Irbid,
1 July 2003

Senarai Rujukan :



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites