Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Perbankan arrow Modal 'Kotor' Permulaan Bank Islam & Takaful ?(22 August 06)
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 75 guests online
Modal 'Kotor' Permulaan Bank Islam & Takaful ?(22 August 06) PDF Print
User Rating: / 23
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 25-09-2006 23:50
Views 12242    
Favoured 23

Adakah Modal Perbankan Islam Haram ?

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Dalam arus pesat pembangunan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya, terdapat beberapa isu yang masih lagi dipertikaikan oleh masyarakat yang mana ia perlu ditangani segera oleh para ilmuwan Islam (Ulama). Antara isu yang kerap ditimbulkan adalah berkenaan modal permulaan bagi bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful, terutamanya yang berasal daripada syarikat induk beroreintasikan konvensional. Saya kerap mendengar, ramai yang mempersoalkan "kesucian" modal bank-bank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam. Ini menyebabkan mereka kerap bertanya : adakah Bank-bank Islam dan Takafuk benar-benar bersih dengan modal yang kotor?

Respon ringkas yang dapat saya berikan tehadap soalan ini adalah seperti berikut:

a) Wang itu sendiri adalah "tidak haram" dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi "haram"  disebabkan oleh jalan untuk memperolehinya yang haram (tidak selari dengan kehendak Syariat). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz, hlm 265).

b) Modal dan keuntungan asal yang didapati oleh syarikat induk kepada bank Islam bukan kesemuanya berasal daripada perniagaan yang haram. Sebahagiannya adalah datang daripada individu-individu dan organisasi-organisasi kerajaan dan swasta. Justeru, wang modal dari sumber yang halal telah bercampur dengan haram. Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa modal permulaan bagi bank-bank Islam dan Takaful telah disahkan bersih dan halal oleh syarikat induk. 

Jika dilihat di sisi  Shariah, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama, di mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim dari mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan Ibn Taimiyah menetapkan bahawa adalah harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram jika majoriti modal itu datang daripada sumber yang halal.

Imam Ibn Nujaim pula berkata: "Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatannya adalah halal, maka tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama mana tiada sebarang tanda yang jelas menunjukkan ia adalah haram. Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya adalah haram, maka tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali setelah disahkan kebersihannya(halal). (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair, hlm 125). Imam Ibn Quddamah pula berkata: "....Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu adalah daripada sumber/modal yang halal, maka ia adalah halal." (Al-Mughni, 4/334)

Ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat bahawa adalah DIBENARKAN SECARA TOTAL untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian yang halal dalam modal tersebut adalah majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal, ms 116).

Dalil-dalil mereka amat banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19) :-

  • a) Rasulullah SAW telah bertransaksi dengan para sahabatnya dari kalangan penduduk Mekah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak-puak Kafir. Tidak pernah di dengari sebarang tegahan Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka adalah dari sumber haram.
  • b) Telah sabit bahawa Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah dari kalangan arab badwi yang syirik tatkala itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
  • c) Semasa Nabi SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi dari kalangan penduduk Madinah dan arab-arab Badawi yang menghalalkan perkara-perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka adalah haram, sudah tentu baginda akan menegah dari awal lagi.
  • d) Taqir (pengakuan) Nabi dengan membiarkan para sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah suatu dalil.
  • e) Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, sudah tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.
  • f) Para sahabat Nabi juga berurusan dengan perompak-perompak Madinah di zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali, 2/164)
  • g) Jika muamalah seperti ini dihalang, sudah tentu keadaan yang amat sukar akan berlaku kerana di akhir zaman seperti ini, sememangnya amat sukar bagi mencari sesebuah syarikat yang 100 % halal pendapatannya ( Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas, hlm253 )

Oleh yang demikian, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank-bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful. Tidak dinafikan bahawa adalah menjadi suatu keperluan yang besar bagi pihak bank untuk memastikan bahawa hanya bahagian yang halal sahaja digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan Bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya.

Akan tetapi, jika masih terdapat sebahagian kecil/minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat bahawa ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya. Berikutan itu, bank Islam bolehlah membersihkan modal yang ragu tadi dengan membayar kembali pinjaman itu selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan.

Jika anda berpandangan bahawa semua cara di atas adalah tidak dibenarkan juga, maka bagaimana mungkin sebuah bank atau syarikat konvensional beralih kepada sistem Islam tanpa bantuan modal atau kewangan yang mencukupi.  Oleh itu, selari dengan Maqasid Shariah, ia harus dibenarkan bagi membolehkan proses pertukaran sistem konvensional kepada sistem Islam dialkukan, walaupun pada permulaannya sebahagian daripada modal yang jelas haram terpaksa digunakan untuk tujuan itu.

Selain itu, Ulama  silam juga telah membincangkan berkenaan  hukum menggunakan keuntungan yang didapati dari perniagaan halal, bagaimanapun modalnya adalah wang curi atau haram. Dalam hal ini, Imam Malik, Imam As-Shafie, Imam Abu Yusof dan Sheikh Zufar Huzayl bersetuju bahawa pencuri tersebut berhak mendapat bahagian keuntungan daripada pelaburannya walaupun modal asalnya adalah haram, tetapi ia wajib memulangkan kembali wang yang dicuri (wang yang digunakan sebagai modal perniagaannya atau pelaburannya) kepada yang berhak. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, 2/241; Rawdah at-Tolibin, An-Nawawi, 4/211; Al-Hawi, al-Mawardi, 7/337). Berdasarkan ijtihad ini, kita berpandangan bahawa bank Islam harus mengambil keuntungan daripada perniagaan/ pelaburan yang dijalankan walaupun pada modal yang digunakan untuk tujuan tersebut terdapat bahagian yang haram.

Isu ini harus difahami dengan jelas, terutamanya apabila kekeliruan mengenai perkara ini menyebabkan bank Islam dituduh sebagai tidak Islamik dan lebih buruk lagi, meletakkan bank Islam sama darjat dengan bank-bank konvensional.

Last update: 16-10-2006 20:36

Published in : Soal Jawab, Perbankan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (7) RSS feed comment
Posted by zura, on 01-03-2009 15:51, IP 60.51.209.154, Guest
1. salam
ust, boleh ke ust jelaskan lebih terperinci atau klasifikasikan modal-modal yang haram yang disalurkan ke institusi kewangan Islam seperti Bank Islam dan Takaful
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 23-07-2008 19:23, IP 194.80.178.1, Guest
2. ...
Assalamualaikum, boleh x saya dapatkan penjelasan jawapan kepada soalan daripada fatieyhah (28/11/2007, saya perlu tahu demi kehidupan di akhirat kelak. terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Ari, on 10-04-2008 00:11, IP 60.52.102.20, Guest
3. ...
Ada seorang kawan ingin bertanya beliau telah terpilih menang cabutan bertuah berupa wang daripada sebuah perniagaan yang berasaskan judi. Kemenangannya bukan disebabkan beliau membeli nombor tiket cabutan bertuah tetapi dipilih secara rambang melalui nombor telepon miliknya. Apakah beliau boleh menggunakan wang tersebut? Jika tidak, bagaimanakah beliau boleh membersihkan wang tersebut atau bagaimankah wang itu boleh dimanafaatkan pada sesuatu (Tak kan nak buang kut)?
 
» Reply to this comment...

Posted by ustaz, on 28-01-2008 08:50, IP 211.25.51.1, Guest
4. ...
askm ustaz. saya ada polisi dgn mcis ins (malaysian coprative insuran socity) yg menjalankan konsep kerjasama dan mereka mempunyai panel syariah sendiri. adakah syt ini juga haram. malah panel syariah telah mengesahkan bahawa mcis tidak terlibat dlm perniagaan yg haram. malah mcis juga merupakan salah satu pelabur dalam bank islam. mcmane ni?
 
» Reply to this comment...

Posted by fatieyhah, on 28-11-2007 10:26, IP 60.52.99.25, Guest
5. ...
tapi ustaz adakah institusi perbankan islam kini diketegorikan sebagai halal 2 haram?
 
» Reply to this comment...

Posted by PenngunaMuamalatIslam, on 05-11-2007 00:08, IP 60.52.99.19, Guest
6. ...
Terima kaseh atas penjelasan ustad itu, semoga thread ini menggalakkan kita mengunakan Muamalat Islam utk mengukuhkan ekonomi umat sejagat tanpa ragu2 lagi!
 
» Reply to this comment...

Posted by shiha, on 20-10-2007 19:26, IP 60.52.102.128, Guest
7. ...
Salam.. 
 
MasyaAllah.. begitu teliti sekali Ulama Islam dalam menangani isu - isu sebegini.  
 
Sebagai layman, ilmu - ilmu sebegini amat penting untuk saya memilih urusan kewangan saya dan keluarga.  
 
Alhamdulillah, suami juga amat prihatin dengan isu - isu kewangan kami dan setakat ini, kami hanya berlanggan dengan bank - bank dan syarikat kewangan yang Shariah Compliant.  
 
Ilmu yang ustaz sebarkan ini dapat meyakinkan lagi saya akan kehalalan institusi - institusi tersebut. Terima kasih dan wasalam.
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom