Utama arrow Soal Jawab & Isu Pilihan arrow Perbincangan Hukum Pelaburan ASB : Kemaskini
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 67 guests online
PDF Print
User Rating: / 213
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 01-01-2008 13:00
Views 101613    
Favoured 32

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB

: Versi Kemaskini 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

ASB?

Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1)  Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a-      Ihya Ulumiddin

b-      Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab  As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1.        Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b-  Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

 " The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram

Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1-   Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2-   Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3-   Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4-   Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Sekian, Wassalam



[1] http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf

[2] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952

[3] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155

Last update: 02-01-2008 09:49

Published in : Soal Jawab, Pelaburan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (152) RSS feed comment
Posted by Auni Aslah Mat Daud, on 05-02-2010 12:35, IP 119.11.23.32, Guest
1. perenggan terakhir
salam 
 
Ustaz, kalau orang yang dah buat loan dari bank konvensional utk ASB dan pinjaman lain (rumah dan keretaa), apa option yang dia ada? Refinance, bayar cash? 
 
jzkk 
 
Auni 
 
 
UZAR : YE, apa sahaja jalan keluar adalah terbaik,
 
» Reply to this comment...

Posted by cantiknyapurple.blogspot.com, on 22-01-2010 16:22, IP 202.190.27.254, Guest
2. Need an update on ASB status
Salam, ustaz. 
Boleh ustaz update status terkini halal/haram ASB?sebab artikel ini kali terakhir diedit ialah pada 2 tahun yang lalu. 
 
Saya baru nak mula beli rumah.ada yg mencadangkan supaya saya panjangkan lagi tempoh pinjaman rumah dari 17 tahun ke 30 tahun. atas sebab lebihan cashflow bulan-bulan tu dilaburkan ke ASB. 
 
saya tahu ASB haram. cuma nak tahu update terkini. 
 
JazakaLLAH!
 
» Reply to this comment...

Posted by bunga, on 17-01-2010 20:07, IP 60.51.41.220, Guest
3. minta kepastian..
assalamualaikum.. 
ustaz,sy ingin tahu % terkini pelaburan ASB dlm konvensional adakah masih mebihi 30% atau tidak..jika tidak melebihi,adakah hukumnya jatuh kepada harus?
 
» Reply to this comment...

Posted by yana, on 11-01-2010 09:52, IP 60.48.148.109, Guest
4. loan mybank utk asb
saya dah buat loan utk pelaburan asb sejak 2 thun yg lalu kerana ekonomi diri dan masa depan saya. Dulu saya dapat tahu ianya harus, tp sekarang haram. saya buntu..saya dah guna duit bonus asb tersebut... ya Allah, tolong perjelaskan keadaan dan apa perlu saya buat sekarang.
 
» Reply to this comment...

Posted by Fairuz, on 23-12-2009 15:42, IP 60.54.190.42, Guest
5. bank konvensional dan asb
Salam Uzar, 
 
Terkejut saya bila membaca tulisan Uzar berkenaan ASB. Ustaz, saya telah membuat pinjaman bank konvensional 2 tahun lepas dgn niat bayaran bulanan pinjaman kepada bank tersebut adalah 1 kaedah simpanan paksaan ke atas diri saya. Jika tidak, tentu habis duit gaji saya tanpa disedari. Ustaz, duit pinjaman itu sy laburkan ke ASB tanpa mengetahui ianya haram kerana pinjaman yang saya buat dengan bank konvensional td ada pinjaman Islamic( Aslah- Bank Rakyat). Sy tak faham apa yang ustaz katakan pinjaman itu adalah riba. harap ustaz dpt memberi penjelasan. Ustaz, tolonglah advice, apa tindakan saya sepatutnya ustaz. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...
» See all 4 replie(s)

Posted by Farid Bahri, on 18-12-2009 21:33, IP 203.82.92.127, Guest
6. ASB....mengapa mesti bergaduh???
Salam semua... 
Mengapa mesti tuding jari pada ASB sahaja?Banyak lagi skim pelaburan lain boleh menimbulkan syak..harap ustaz dapat kemukakan semua hasil kajian ustaz berkaitan semua unit pelaburan yang ada kat Malaysia nie...kemukakan semua hasil kajian terhadap semua bank-bank yang ada termasuklah bank Islam, Tabung Haji dan lain-lain.Tindakan berat sebelah macam nie cuma akan lebih mengelirukan umat Islam yang sedang cuba memperbaiki taraf hidup masing-masing melalui peluang yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.... 
 
Mungkin ASB akan jadi halal bila pihak pembangkang sekarang telah menjadi pemimpin negara, saper tahu?..Harap ustaz dapat mempertimbangkan komen saya ini.Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by fahmi fawwaz, on 17-12-2009 22:33, IP 121.121.129.74, Guest
7. Encik
saya lupa untukberitahu, blog saya ialah pena-alim-corat- coret.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by fahmi fawwaz, on 17-12-2009 22:29, IP 121.121.129.74, Guest
8. Encik
assalamualaikum. Ustaz, saya seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah dan di samping itu baru berjinak-jinak menulis blog. sya memohon kebenaran untuk mengambil mane2 artikel ustaz sebagai petikan dan saya sertakan nama ustaz dan website ustaz sebagai sumber.. 
 
UZAR ; BOLEH, SILAKAN..AHLAN WA SAHLAN
 
» Reply to this comment...

Posted by hafizan, on 10-12-2009 22:23, IP 60.54.21.222, Guest
9. hukum ambil duit dividen asb
assalamualaikum ustaz... saya banyak mendengar pendapat mengatakan mengenai halal dan haram mengenai duit dividen asb.saya nak tahu pendapat mana yang perlu saya pakai dan yang mana betul-betul halal?
 
» Reply to this comment...

Posted by marliana binti adnan, on 27-10-2009 08:35, IP 58.26.75.37, Guest
10. puan
Assalamu'alaikum... 
 
Ustaz, ni pakej yg terbaru... 
 
"Refinance rumah anda dimana anda tetap membayar bulanan kpd bank pd kadar yg sama sebelum hutang rumah anda pd tahun ke 14 dan anda akan dibayar RM 30,000 ke RM 40,000..." 
 
Saya tak berapa faham tentang pakej yg ditawarkan ini. Tp yg pasti, loan/pelaburan yg ditawarkan ini ada kaitan dgn ASB.
 
» Reply to this comment...

Posted by amy, on 27-10-2009 08:12, IP 60.48.231.245, Guest
11. pnjmn melgsaikan loan
Ustz, 
boleh bg pndpt, bgimana pula kalau  
1)sy buat refinance dr islamic loan bg melgsaikan hutang rumah saya . 
2)setelah dinilai harga rumah lebih tinggi dr mula2 beli . 
3)so, utang rumah sudah selesai dan baki selebihnya digunakan utk ASB. 
4) Bagaimana keaadaan rumah tu & bolehkah sy menggunakan duit ASB tuh tanpa menyentuh hasil dividen/bonus nya? minta ustz jelaskan di emel saya....berharap sgt2...terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by baka05, on 19-10-2009 11:09, IP 203.82.92.104, Guest
12. sanggupkah?
pening kepala aku... bila ckp ttg ASB nih, byk lg kemaslahatan yg perlu difikirkan utk people.. 
 
bkn stakat ASB je? ape critical yg perlu dibincangkan? 
 
bila timbul soal duit? byk sgt ceritany... 
 
jgn la menyulitkan keadaan yg smakin sulit.. 
 
ape persepsi org bumi yg non muslim nk msuk Islam terhadap Islam.. 
 
tentu mrk pk, nape la islam ni terlalu complicated?? 
 
bleh terangkan x percanggahan pendapat di kalangan ulama?? 
 
manusia ni ade nafsu.. 
 
ape effort n role the people yg bertggjwb pd isu ni utk utarakan kpd yg berkuasa? 
kalu para ulama kate haram, buatla persepakatan mengatakan ASB haram 
n kalu para ulama kate harus, buatla persepakatan mengatakan harus.. islam ni bkn group tertentu tp sume org.. 
 
jgn la duk menanggung keraguan public ttg ASB.. 
iman ku bknlh spt abu bakar, lg2 ngn cabaran skg.. 
 
tolong la.. 
 
andaikan kite meletakkn diri kita pd kasut si miskin?? 
 
bagaimana sseorg terpksa tdo di masjid? bgaiman sshny sseorg terpaksa tdo di taman rekreasi? 
bagaiman sseorg itu t'paksa tdo di stesen komuter... 
bagaimana sshny mrk yg berhutang ngn ah long demi memberi sesuap nasi pd anak bini.. 
 
ini lah yg berlaku di malaysia n berlaku pada anak bumi.. 
 
ape penyelesaian pihak berwajib? tidak kah kite rs bersalah... 
 
dlm kite hidup selesa, rmai lg di luar sn dlm kesusahan.. 
 
ape kah kite sanggup berkongsi sbhgian besar harta benda kite utk kemaslahatan umum?? 
 
kalu dulu pakai caldina n duk banglo n tetiba kite pakai kancil n duk umh flat DBKL, sggupkah kite membuat pengorbanan itu utk kebaikan sejagat? berat sama dipikul n ringan sama dijinjing... 
 
n itulah kewajipan kite terhadap sesama manusia, n kite leka ttg kewajipan ini..
 
» Reply to this comment...

Posted by Syahrul anwar, on 16-10-2009 21:36, IP 203.82.91.103, Guest
13. Unit Trust Consultant
Salam semua.. hanya nak share info.. 
1.Saya galakan anda buat regular saving dari loan cthnya spt Loan Asb sbb kita akan dikenakan Interst dan anda akan dikenakan penalty jika langgar perjanjian. 
2.Semua Company Unit Trust mempunyai Islamic Fund so anda boleh memilih Company, Fund dan Risiko yg ada. 
3.Semua Company mempunyai Panel Syariah yg akan memastikan pelaburan mengikut kehendak syariah. 
4.Return bergantung kepada apa objektif yg anda inginkan dan kebiasaannya diantara 12% - 15% setahun dan ada yg lebih.. Cthnya salah seorg Client sya mendapat 34% hanya dlm masa 9 Bulan. 
5.Jika anda berminat boleh berhubung dgn saya di syahlyn@gmail.com / 0193877312. 
Saya bertugas di Company Unit Trust No1 di Malaysia dan telah menerimalebih 100 anugerah Kecemerlangan.
 
» Reply to this comment...

Posted by dhiyaulhaq hamzah, on 18-08-2009 11:46, IP 218.111.254.49, Guest
14. GUNA PTPTN untuk ASB/ASN/AS1Malaysia
Salam Ustaz..  
bolehkan saya menggunakan wang pinjaman PTPTN yang berkonsepkan Ujrah untuk pelaburan AMANAH SAHAM 1Malaysia??  
mohon kerjasama ust.. 
salam 
 
 
UZAR : saya tak pasti amanah saham malaysia, tak pernah buat kajian
 
» Reply to this comment...

Posted by dhiyaulhaq hamzah, on 18-08-2009 11:28, IP 218.111.254.49, Guest
15. Amanah saham 1 malaysia
terima kasih ust..saya baru turun dari mahallah nakpegi pos office nak bukak AS 1Malaysia.. tetapi saya teringat ust ada menerangkan pasal hukum ASB dan dari kacamata saya, saya simpulkan bahawa lebih baik menjauhkan keburukan daripada meraih kebaikan daripada sesuatu..namun saya ingin menimbulkan persoalan,adakan ASB/ASN mempunyai hukum yang sama dengan pelaburan dengan AMANAH SAHAM 1MALAYSIA yang diterbitkan oleh PNB baru2 ini..mohon kerjasama ust dalam persolan ini..semoga ia boleh dimanfaatkan oleh bakal2 pelabur AMANAH SAHAM SATU MALAYSIA 
 
Asssalamualaikum.. :? :p
 
» Reply to this comment...

Posted by kirana, on 20-07-2009 18:53, IP 119.40.120.250, Guest
16. keliru..
apakah bank-bank yg halal untuk saya melabur??bagaimana saye nak pastikan bank-bank tersebut adalah halal @haram dari segi syarak..kerana saye kurang faham sistem kewangan islam....terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by riez, on 16-06-2009 17:05, IP 118.101.27.189, Guest
17. ingin tahu di mana ASB labur terkini
1) salam ustaz..sy ingin tahu % terkini pelaburan ASB adakah masih lebih 30% konvensional berdasarkan laporan tahunan 31/12/2008 ASB di link berikut: 
http://www.asnb.com.my/ LaporanTahunanASB_2008.pdf 
 
(jika dilihat bank konvensional hanya 21.93%)
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 27-04-2009 16:37, IP 58.26.182.72, Guest
18. mushkil dan tersepit
salam, ustaz sy dah bt plaburan asb sbyk rm 50,000.. mcam mane ye, sy tkut ada unsur2 haram...harap ustaz blas mlalui email sy
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ismail, on 20-04-2009 15:41, IP 60.53.113.168, Guest
19. bagaimana dengan ASW2020
assalammualaikum ustaz, bagaimana pula dengan ASW 2020 adakah statusnya sama dengan ASB 
 
UZAR : saya tidak pasti berknaan ASW2020, belum pernah buat kajian
 
» Reply to this comment...

Posted by zikrilhakiim, on 04-03-2009 16:03, IP 203.82.91.34, Guest
20. Perbincangan Hukum Pelaburan ASB
salam ustaz..bleh x klu sy copy entry nih dalm blog sy?hrp ustaz benarkan=)
 
» Reply to this comment...

Posted by hakim, on 03-03-2009 22:35, IP 118.100.71.148, Guest
21. isu dividen asb
assalamualaikum ustaz, 
saya ingin bertanya kepada ustaz tentang perkara yang berkaitan dgn pelaburan asb:- 
1) adakah dividen yang diperolehi pada tahun-tahun sebelum ini halal untuk digunakan.. untuk pengetahuan ustaz, dividen yang saya perolehi setakat tahun ii ialah RM 2056.97... 
 
2) pada pendapat ustaz, bank manakah yang sesuai untuk melabur kan dit simpanan saya yang berlandaskan hukum syarak..  
3)bagaimanakah hukum nya saya membayar zakat wang simpanan dengan mengunakan wang dividen itu.. untuk pengetahuan ustaz, tahun 2006,2007, saya telah jelaskan zakat itu... 
 
diharap bantuan ustaz dapat menolong saya yang sedang bingung ini.. tq
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nita, on 25-02-2009 14:50, IP 60.54.227.254, Guest
22. halal haram pendapatan
Assalamualaikum 
Saya adalah kakitangan sebuah institusi insurans konvensional. Adakah pendapatan yang saya perolehi selama ini halal atau pun haram. 
Mohon penjelasan 
 
UZAR : Boleh rujuk jawpaan di bahagian kerjaya di web ini
 
» Reply to this comment...

Posted by inginkan nasihat, on 23-02-2009 11:59, IP 202.76.232.5, Guest
23. loan asb
saya baru je buat loan asb kat maybank jgk...saya baru je tandatangan perjanjian 1 bulan lepas dan duit akn mula di tolak dari akaun saya mulai bulan 3 ni...menurut perjanjian sapa2 yg exit awal sblm 5 tahun pelaburan akn d kenakan penalty...ini akan memudaratkan dan menyusahkan saya kerana saya baru shj mula kerja pertama saya...saya membuka akaun asb utk menjamin masa hadapan saya dan saya tlh mnta pendapat org mengenai pelaburan asb ttp saya tlh terlepas pandang berkenaan loan bank utk asb...berdasarkan keadaan saya skrg apa yg ptt saya buat?adakah saya ptt tggu shngga 5 tahun utk jual saham saya?atau saya ptt jualkan skrg ttp pd masa yg sama akn memudaratkan saya? :sigh
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by nana, on 23-02-2009 10:28, IP 60.51.221.202, Guest
24. keliru...
mmg mengelirukn...pensyarah sy penah bgth yg asb hanya invest kt tempat2 yg halal...sy pon tak penah ragu2 pasal asb..ape2 pon yg kite wat,selagi kite yakin,takpe kan...ini cuma pendapat dr ustaz... 
 
UZAR : Yakin kena ada reserach , ini reserach dan maklumat pun tak de, itu dinamakan 'yakin palsu'. Bukan pendapat peribadi saya kata ASB haram, tetap Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
 
» Reply to this comment...

Posted by aduss, on 18-02-2009 10:30, IP 60.50.211.215, Guest
25. bom
adus aku baru ja wat loan ngan maybank tuk masuk asb, baru ja tahun ni mula, aduss cam na ni, ustaz cam na ni, sapa la nak tlg aku ni...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by enong, on 17-01-2009 22:16, IP 60.52.113.41, Guest
26. ASB-i
Pembiayaan ASB secara Islamic ditawarkan oleh subsidiary bank tersebut (1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar). Sebagai rakyat biasa, saya memegang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan pembiayaan nya pula berlandaskan shariah oleh Perbankan Islam. Mohon penjelasan..
 
» Reply to this comment...

Posted by diyana, on 01-12-2008 17:39, IP 58.27.115.84, Guest
27. ASB
salam ustaz :)  
agreed dgn kenyataan ustaz..masalahnya ramai malay yg still masok ASB, mebi coz ada kenyataan majlis fatwa kebangsaan yg agak bertentangan.  
 
dulu pon sy bertegas nak masok ASB , n keep wondering y my parents tak bagi masok. dah besar ni baru tau yg sesetengah pendapat mengatakan HARAM. alhmdlah..since saya pon was2 sebab ada perchanggahan pendapat, saya amik jalan selamat, xmasok ASB. Skrang ni join unit trust jerk islamik..sapa2 yg berminat leh la emel saya diey_sm@yahoo.com. 
 
i guess thats the better way selain dr ASB
 
» Reply to this comment...

Posted by deira, on 26-11-2008 07:50, IP 202.188.124.60, Guest
28. unit trust
erm bley bg suggestion.. 
unit trust ape y boleh? 
 
UZAR : UNIT TRUST ISLAM SEMUA SENARAINYA BOLEH DI LIHAT DI WEB WWW.SC.COM.MY  
 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by sabsyah, on 21-11-2008 17:26, IP 194.80.178.1, Guest
29. ...
salam ustaz.. 
i really afdmire the info u've posted. thanx to u, i take the responsibility to tell my muslim's clients about it. yang best nye memang dorang pandang HALAL n HARAM ni sbelah mata je..janji MASYUK..!! 
 
in which to me it'e very sad to see people are using it as an excuse nak carik jalan mudah dapat keuntungan..Lupe kah mereka brape lama Nabi Muhammad SAW berjaya menyebarkan ISLAM? 1 year? 2 year? ramai yg lupe tu pasal nak semua nye mudah..yg lebih teruk lg our MALAYs..they juz dun care!!  
 
i meet clients every single day..Allah swt je yg tau how i feel bile berdepan dgn grup 'indenial' nie..mmg d dunia bole jawab dengan bangga nye sebab mulut masih bole berkata2..tp d padang masyar nanti??  
 
zaman penubuhan ASB pun time tu kite kt malaysia pun zaman HIPPIES lg so they juz dun care..yg penting masyuk..betul x? 
 
i really URGE u guys pilih la pelaburan yg halal..skang nie byk OPTION kat sana cume nak kena carik je..UNIT TRUST the BEST substitute for ASB..sabsyah_sbbmutual@yahoo.c om do email me to share sum thoughts.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by fendi, on 24-10-2008 00:11, IP 194.80.178.1, Guest
30. ...
Assalamualikum, 
Saya menyokong penuh usaha ustaza dlm mewujudkan laman web ini. 
Saya sangat berminat dlm urusniaga forex sejak akhir-akhir ini.Segala urusan dlm urusniaga tersebut saya jalankan sendiri. Persoalannya, apakah status hasil pendapatan yang dijanakan melalui urusniaga forex ini menurut kacamata Islam 
Segala feedback dari pihak ustaz saya ucapkan ribuan terima kasih.Kepastian yang hakiki....
 
» Reply to this comment...

Posted by zali3835, on 10-10-2008 17:05, IP 194.80.178.1, Guest
31. ...
Assalamualaikum, 
Ustaz, sekiranya ustaz ada kelapangan dapat mengkaji skim pinjaman perumahan untuk kakitangan Petronas yg hanya mengenakan 3.5% faedah. Jumlah yg kecil kalau dicompare dgn skim lain. Sekiranya tidak halal, adakah boleh dihalalkan dgn aqad yg diselarikan dgn kaedah Islam. Wassalam. 
 
UZAR : Sudah tentu ada seperti Tawarruq, IJarah, Musharakah dan lain-lain. Namun masalahnya perubahaan itu perlu dimulakan dari big boss petronas. Sudikah dia mendengar dan mengubah? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ridzuan, on 18-09-2008 01:04, IP 194.80.178.1, Guest
32. ...
Askum Ustaz, saya inginmemohon kebenaran daripada pihak ustaz untuk mengambil artikel perbincangan di atas untuk disiarkan di blog saya yang berunsur "Pemikiran" di ceriterasuasa.wordpress.com dengan melatkkan nama laman ustaz sebagai sumber.. 
 
uzar : OK
 
» Reply to this comment...

Posted by warga emas, on 08-08-2008 18:53, IP 194.80.178.1, Guest
33. ...
Salam Ustaz... 
 
Saya baru beli rumah dalam pembinaan... belum siap..... 
 
Pakai 2 nama loan dgn kerajaan pakai kaedah konvensional kerana isteri bukan kerja kerajaan...  
 
Masalahnya? 
1. Hukum beli rumah belum siap? 
2. Hukum pinjam duit kerajaan tapi kaedah konvensional? 
3. Macamana nak tukar balik pada islamic banking.. sedangkan perjanjian belum benarkan? 
4. Saya cadang nak jual bila dah siap... rugi pun tak kisahlah yg penting Allah redha 
5. Soalnya jika duit hasil jual rumah tersebut boleh tak diguna atau didermakan sahaja pada masjid? 
6. Perlukan jawapan yg sepatutnya mendapat keredhaan Allah.. tidak bersandar pada fatwa ulamak yg pelbagai? 
6. Mohon ustaz bantu saya ... semoga kita mendapat rahmatnya...amin 
 
» Reply to this comment...

Posted by nisa', on 06-08-2008 21:26, IP 194.80.178.1, Guest
34. ...
ape komen ust tentang keharusan melabur asb yang dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan 
 
uzar : saya dah ulas sejurus fatwa tu kelaur, sila cari di web ini
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Nahsha77, on 23-07-2008 19:26, IP 194.80.178.1, Guest
35. ...
Pendapat dlm pelaburan ASB ni bermacam2. Boleh tak Ustaz semak semula pelaburan ASB terkini dibuat ke mana? Apakah sumber2 yg boleh kita rujuk untuk mengetahui bahawa pelaburan ASB betul2 dilaburkan ke tempat yg haram sebahagiannya? Bagaimana pula dgn simpanan di tabung Haji?Manakah sumber2 yg boleh dirujuk? Jika kita terlalu mengkaji saya rasa tak ada sayu pun pelaburan di Malaysia ni yg betul2 halal.....wallahu'alam....
 
» Reply to this comment...

Posted by Razin, on 29-06-2008 09:14, IP 60.52.101.140, Guest
36. ...
A'kum ustaz.. Ana terima hujah ustaz. Sedih, ramai yg dikelirukan ( tergamak prof zuhdi haruskan sedangkan dia mengaku dia masih 'muallaf' dlm islamic banking ) 
Ttg tabung haji, saya masih teringat tbaca harakah thn brp dah, ttg pelaburannya dlm Times publication yg turut publish injil. Lepas baca tu, terus saya keluarkan duit tbg haji, masuk bank islam dan wadiah maybank. Skrg survey utk long term investment. Syukran ustaz atas info dlm laman web ni. Org mcm ustazlah yg layak didengki, byk ilmu dan dimanfaatkan..baarakallah..
 
» Reply to this comment...

Posted by abu saifullah, on 22-06-2008 10:28, IP 60.52.101.218, Guest
37. ...
akum uzar, ni lah akibatnya sekiranya pemimpin umat Islam tidak kisah tentang halal haram. tak rasa sensitif tentang apa yg dimakan oleh rakyatnya. asalkan boleh hasilkan duit, kemudian bagi alasan maslahat & darurat. Yang paling sy musykilkan, adakah mereka2 yang di dalam AJK majlis fatwa negeri yg memutuskan halal ASN & ASB ini tak perasan atau buat2 tak perasan isu2 atau perkara yg uzar sebutkan diatas... atau pun mereka sendiri telah banyak melabur di tempat tu... yg menyedihkan, rakyat terutama orang kampung yg punyala ramai berduyun2 melabur ASB, kesian dorang sebab hasilnya belum tentu "bersih"... seruan sy buat ahli agama dalam majlis fatwa yang menghalalkan ASB ini agar jujur dengan ilmu anda. jangn hanya kepentingan dunia yg sedikit, anda meleburkan kepentingan ukhrawi yg kekal abadi... buat UZAR, teruskan usaha anda, kami doakan semoga anda berjaya dan membantu kami yg rata2 jahil tentang kewangan Islam ini...
 
» Reply to this comment...

Posted by dr aisyah, on 05-06-2008 09:48, IP 60.52.102.82, Guest
38. ...
salam semua 
saya seorang yg jahil bab2 hukum haram halal dalam sistem kewangan dan perbankan ni, tapi sedang berusaha utk menjauhi sistem bank konvensional. masalahnye saya dah buat housing loan ngan citibank 2 tahun lepas, baru sekarang saya sedar hukumnye haram. kalau terminate loan kene bayar penalty, saya baru 3 tahun kerja takut tak cukup duit bayar penalty. nak tanya UZAR, boleh ke saya tunggu lg 3 tahun sementara nak convert loan tu ke governmt loan. tapi saya rasa tak sedap hati lah bila bayar ansuran bulan2. 
 
saya sedang dirundung rasa bersalah dan gelisah.. minta jasa baik UZAR komen. terima kasih. 
 
uzar : boleh tunggu jika benar-benar tidak mampu. tapi jika mampu cuma susah sikit-sikit sahaja. maka amat merbahaya jika kematian datang dalam tempoh itu dan kita masih lagi terjebak dengan riba.
 
» Reply to this comment...

Posted by siti asmah mohammad pauzi, on 23-05-2008 14:40, IP 60.52.96.99, Guest
39. ...
Assalamualaikum.... 
 
Saya berterima kasih kepada ustaz kerana mewujudkan laman web ini.... Alhamdulillah.. laman web ini telah menjadi tumpuan ramai daripada pembaca-pembaca yang budiman dan beriman. 
 
Sebenarnya dengan tidak sengaja saya telah terbuka laman web ini. Mungkin ini jodoh namanya...Banyak info bermanfaat yg boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan kita. Rata-rata masyarakat islam kita sekarang sudah sedar tentang isu haram dalam produk-produk simpanan dan pelaburan... Alhamdulillah saya ucapkan atas kesedaran kepada mereka-mereka ini. Walaupun begitu masih terdapat segelintir daripada kita yang sudah mengetahui tentang isu ini tetapi masih tetap cuba bertahan menegakkan benang yang basah...  
nahusibillah..... Moga Allah membuka pintu hati mereka. 
 
Untuk makluman muslimin dan muslimat sekalian, kita perlu bijak mencari peluang dalam mengikuti jalan-jalan yang lurus sepertimana yang di minta dalam agama kita. Sekiranya anda berminat untuk melabur, carilah peluang pelaburan2 yg mengikut syariah dan halal. Sekarang di pasaran dah ada banyak pilihan untuk kita, contohnya siri dana-dana islam yg diuruskan oleh pengurus dana terbaik di Malaysia dan Asia iaituPublic Mutual Berhad. Ini sudah terbukti, rasanya sudah ramai yang tahu mengenainya. 
 
Bagi mereka yang masih ragu-ragu dalam melepaskan simpanan dalam ASN / ASB, sedarlah.... Memang anda mendapat keuntungan lebih atau sayang dengan wang yang telah banyak dilaburkan di dalam dana tersebut tetapi sedarlah.......... Kalau dah sesuatu benda itu kita rasa ragu-ragu, cubalah elak atau menjauhinya.... Moga kita dapat mempertahankan iman kita yang senipis kulit bawang nie.. Mungkin anda rasa rugi tapi biarlah rugi sedikit di dunia ini, jangan di sana nanti kita rugi besar yang mana tidak boleh berputar balik. 
 
Mungkin disebabkan sebelum ini masyarakat kita terutamanya yang beragama islam kurang mendapat maklumat atau pendedahan mengenai sumber lain yg lebih baik dan halal untuk membuat pelaburan.... sesetengahnya mengambil jalan mudah mengenai soal halal haram dalam kehidupan seharian kita dan tanpa kita sedari hal ini membuatkan rezeki yang diperolehi tidak mendapat keberkatan Allah. Renungkanlah bersama dalam mempertahankan dan memperkukuhkan ajaran yang di bawa oleh Rasullullah s.w.a kepada kita dan semoga perjuangan kita mendapat rahmat daripada Allah s.w.t  
 
Saya bukanlah warak sangat untuk bagi nasihat tetapi sebagai saudara islam, saya ingin mengingati diri saya sendiri dan mengajak para pembaca sekalian sama-sama kita saling menasihati di antara satu sama lain. Jangan kita bezakan antara kita, sehingga mewujudkan masyarakat yang berpuak-puak dimana boleh mencetuskan kontrovesi atau pergaduhan sesama kita. Kita semua saudara seislam..so kita perlu saling tegur menegur jika ada yang melakukan kesilapan. Tidak salah kalau saudara itu tidak mahu mendengar, tetapi yang penting kita sudah sampaikan sesuatu yang perlu dia ubah untuk keberkatan dalam hidup dia.... Kita pun sudah terlepas daripada tanggungjawab sekiranya kita sampaikan pesanan yang benar kepadanya.  
 
Bagi mereka yang berminat untuk membuat pelaburan, disini saya cadangkan buatlah pelaburan dalam dana-dana islamic seperti Public Mutual dimana terdapat banyak dana islamic yang boleh kita pilih. Fikirlah jaminan untuk pendapatan kita... Selama berpuluh-puluh tahun kita bekerja, kita mesti mahu pelaburan yang bersih dan suci dalam simpanan kita. 
 
Kalau sesuatu perkara itu telah diputuskan haram, buat apa kita nak pertahankan lagi.... Benda HARAM tetap HARAM... Tidak boleh jadi HALAM (Halal + Haram)  
 
Sesiapa yg telah mengetahui akan hal ini, tolong sampaikan kepada mereka yg masih kurang tahu ataupun buat-buat tak tahu.. Maaf sekiranya ada yang terasa tentang ini... 
 
Dan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat pelaburan, disini saya ingin berkongsi dengan anda... buatlah pelaburan dalam public mutual @ etiqa takaful. Anda boleh menghantar email kepada saya ( asmazi_power@yahoo.com) sekiranya anda berminat mengetahuinya dengan lebih lanjut... 
 
Insyaallah.. saya akan cuba membantu anda dalam memberikan jaminan pendapatan, jaminan pendidikan anak-anak, jaminan persaraan, jaminan haji, jaminan simpanan anda..... Insyaallah segala jaminan ini bersih dan halal untuk kita laburkan. Moga ia dapat menyelamatkan rezeki yang anda perolehi... 
 
Sekian, wassalam.... 
 
Siti Asmah Mohammad Pauzi  
Perunding Kewangan Islam  
eTiQa Takaful/ Public Mutual Berhad (Dana-dana Islamic sahaja) 
asmazi_power@yahoo.com
 
» Reply to this comment...

Posted by faiz, on 30-04-2008 07:44, IP 60.52.100.145, Guest
40. ...
assalamualaikum.... 
 
sy sebenarnye keliru yang mane satu betul yang mane satu tidak? 
 
dulu keluar kat paper kate harus.... tapi still, kat internet2, kat blog...kate haram....aduh kelirunye saya.... 
 
Saya pelik, bukankah dalam Islam itu mudah.... jadi kenape bleh jadi keliru sebegini... 
 
Sehingga kini saya pening nak pikirkan ASB ni halal ke haram... 
 
:? :? 
:? :? :?
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by heaven, on 22-04-2008 06:57, IP 60.52.103.190, Guest
41. ...
tahniah ustaz.sy peminat ustaz dalam islamic finance.sy harap ustaz menyokong blog sy. dinar2heaven.blogspot.com  
 
sy mintak izin untuk mcedok ilmu Allah yg dikurniakan pada ustaz.wpun blog sy baru sj upload msh takda apa2 lagi.sy harap blog sy dapat membantu ustaz sebarkan ilmu ustaznull[/Bk][B] dianar2heavenn.blogspot. ilmu comnull 
 
UZAR : SILA-SILA..TAHNIAH BUAT SDR JUGA
 
» Reply to this comment...

Posted by ikhbar, on 13-04-2008 13:37, IP 60.52.96.179, Guest
42. ...
TERIMA KASIH USTAZ ATAS PENERANGAN YANG DIBERIKAN ,YANG HARAM TETAP HARAM, YANG HALAL TETAP HALAL, MENCARI HALAL ADALAH WAJIB UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT ISLAM,DUNIA DAN AKHIRAT.
 
» Reply to this comment...

Posted by ujang46, on 24-03-2008 21:22, IP 60.52.103.244, Guest
43. ...
buat hidayah.. 
 
bg sy,,kedua-dua ada kelebihan dr segi pulangan.asb pun akan bg pulang begitu juga unit trust..sekit byk bergantung kepada prestasi kedua-duanya.tp pd sy unit trust lgi memberikan pulanagn yg memberansagkan berbanding asb..tp perlu diingat.jika melabur dm asb..pelaburan anda dijamin oleh kerajaan berbanding unit trust.sebagai umat islam..kite perlu juga memikirkan kebarkatan wang dr hasil pelaburan.. 
 
disini kelebihan kpd unit trust sbbkan dlm unit trust terdapat panel syariah yg megawal segala pelaburan yg akan dibuat dr hasil wang yg dikumpulkan.lagipun dlm unit trust terdapat pelbagai produk berbentuk islamik yg sesuai kpd umat islam.untuk lebih lanjut emel kpd sya di ujang46@yahoo.com.  
 
IsyaALLAH dgn ilmu yg saya perolehi dan bantuan dr laman web ustaz nie,pertayaan anada akan saya jawab. 
 
"sesungguhnya menolak keburukan itu lbh patut didahulukan dr tujuan mendatangkan kebaikan"
 
» Reply to this comment...

Posted by Nur, on 18-03-2008 22:45, IP 60.52.96.221, Guest
44. ...
Assalamualai'kum ustaz... 
 
Boleh x kite sebar2kan pasal pendapat ust ni kt org ramai dm bentuk risalh ke..what ever la..then tampal kt board masjid.. 
mak cik pak cik kt kg bkn nyer tahu sgt pasal benda2 mcm ni.. 
 
UZAR : YE SUDAH TENTU BOLEH. TAPI MESTI LA DEPA PERCAYA MAJLIS FATWA DARI SAYA YANG KERDIL INI 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by hidayah, on 18-03-2008 06:53, IP 60.52.97.190, Guest
45. ...
sy ada duit yg mmg sy simpan utk investment..tp sy xtau yg mn plg bagus..ASB dgn unit trust mn lg bagus??sy btol2 xtau ape2 psl investment nih..somebody pls comment....
 
» Reply to this comment...

Posted by fahmi, on 16-03-2008 22:38, IP 60.52.98.113, Guest
46. ...
salamun'alayk... 
ust, ade x maklumat2 spt ini disiarkan di TV? akhbar? 
yelar sbb ramai org terutamanya org2 kampung manala tau bab2 ni... masa saham internet tu diaorg taulah haramnya sbb dlu kt masjid ade khutbah, masuk tv, suratkhabar page utama, so yg bab ni diaorg ade yg xtau la.. promosi xkuat... promosi xkuat...
 
» Reply to this comment...

Posted by Julie, on 06-03-2008 19:21, IP 60.52.99.228, Guest
47. ...
Oh..haram rupanya.. baru nak melabur. Tp dividen ASB tu bukan fixed pun kan.. kadang2 6.58%, kadang2 7.01%, kadang2 6.2%.. tu kira fixed ke? Lagipun mungkin dividen tu dah ambil kira kerugian yg ditanggung ASB. Cnthnya tahun ni patutnya rugi,tapi pemegang saham still dapat dividen, sebab masa keuntungan tinggi, pemegang saham takdelah dapat semua keuntungan tu.. kira leverage la gak.. bukan fixed.. kan? 
 
Tapi betul la dah dia melabur tempat yg jelas haram,haram lah.. Ok, tak jadi la melabur dlm ASB. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by moir 86, on 25-02-2008 18:33, IP 60.52.98.149, Guest
48. ...
baru je nak labur dalm ASB tetiba tau haram....cancel!!!so tlng bagi cadangan kat mane tmpt yng sesuai nak invest,,,yg pntg HALAL...kesian nT ank bini makan duit hara..tu yng ramai teens buat masalah tu.... :eek
 
» Reply to this comment...

Posted by Nur, on 20-02-2008 20:41, IP 60.52.97.178, Guest
49. ...
Salam.. 
 
Salam.. 
 
Terima kasih ustaz atas info yang diberi.  
 
Ada sesiapa x yang boleh memberi cadangan dan berkongsi pengetahuan akan opsyen pelaburan HALAL yang lain.  
 
Kita harus lebih proaktif berkongsi penyelesaian kepada permasalahan. ASB adalah HARAM, maka individu yang tahu harap2 boleh berkongsi alternatif dengan yang kurang tahu.. 
 
So anybody? 
 
» Reply to this comment...

Posted by mirako_sensei, on 19-02-2008 13:13, IP 211.25.51.1, Guest
50. ...
kepada kojet,dalam islam kelonggaran dlm khilaf "perbezaan pendapat ulamak", contoh nyer ader ulamak kata myk wangi alcohol xboleh di bwk sembahyang n ader berpendapat boleh mengikut nas dn dalil based on Quran n Hadith..perbezaan khilaf n i'tiqad dlm islam perkara biasa n dibenarkan jika dalil based on hadith n quran.. dlm islam kalu betul i'tiqad kita,dikira mndpt 2 pahala disisi Allah n kalau salah mendapat 1 pahala..sbb dua2 pendapat menggunakan al quran n hadith..tp kalu dlm kes nie atau maner2 kes lain,better if we go for the strong one,that followed by d majority ,meaning dier guna kan maslahat dharurat utk mengharuskan benda yg haram, asbab kalau diharamkan akan terjejas la ekonomi org melayu kt negara nie..contoh mudah nyer arak,benda jelas haramnyer,dan apabila tiba2 ader fatwa dikeluarkan menyatakan dlm keadaan dharurat telah diharuskn (tp klu nk ikut konteks skrg,adakah dharurat for us to invest in asb, rasernyer kat malaysia byk lg bank yg offer HALAL way to invest,spt yg di ckpkn oleh ust zainuddin) wallahu'aqlam...berhati2 lah dlm memilih fatwa mane yg ingin di ikuti,kerana zaman akhir zaman,bukan semua pihak yg mengeluarkan fatwa telus...(di akhir zaman apabila ramai org alim ulamak menjadi bahan tunggangan pemerintah) semau yg betul dr Allah n clap itu dr sayer...
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom