Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Pelaburan arrow Hukum ‘Perfume’ Beralkohol & Senarai Pelaburan Islam Alternatif
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 94 guests online
Print
User Rating: / 91
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 06-02-2007 09:50
Views 73884    
Favoured 25

Hukum ‘Perfume' Alkohol & Senarai Pelaburan Islam

SOALAN

hamka rashid < This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it > wrote:

salam..
1.   mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..

2.   hukum ASB? setahu saya PUM memfatwakannya haram, tapi Datuk Mahmud Zuhdi kata boleh (jika saya tidak silap, kalau salah tolong betulkan statement ini), jadi boleh tak ustaz senaraikan alternatif tempat lain yang halal untuk melabur..
syukran

JAWAPAN SOALAN PERTAMA ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)

Jawapan seperti berikut :-

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris  melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

 

 JAWAPAN SOALAN KEDUA (SENARAI PELABURAN ISLAM ALTERNATIF)

 

2) Hukum ASB dan alternatif pelaburan lain, anda boleh rujuk di web saya http://www.zaharuddin.net/ di bahagian soal jawab agama semasa, atau terus ke pautan berikut :-

Sila buka satu demi satu menurut turutan :

a) Hukum ASB 1 

b) Hukum ASB 2

c) Hukum ASB 3

Pelaburan Islam alternatif yang telah di 'COP' HALAL:-

a) Anda boleh buka akaun pelaburan di mana-mana Bank Islam di Malaysia, cuba buka senarai bank dan perbankan islam yang menawarkan tabung pelaburan Islam Mudarabah di pautan berikut:-

Senarai Bank-Bank Islam dan Khdimat Perbankan Islam di Malaysia

 

b) Anda boleh melabur di luar negara di Tabung Pelaburan yang Menuruti Shariah di (PELABURAN ISLAM LUAR NEGARA 1atau ( PELABURAN ISLAM LUAR NEGARA 2 )

c) Anda boleh membeli saham-saham atau melabur di saham amanah islam di tawarkan oleh mana-mana Bank Islam, Institusi Kewangan dan lain-lain Syarikat yang menawarkannya dengan syarat ia diktiraf sebagai Saham Amanah Islam. Selain itu boleh juga membeli ‘Islamic bond' atau Sukuk' yang diiktiraf menepati Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti, untuk info lanjut sila buka:-

Adapun, untuk mengetahui cara membeli, terpaksalah anda membuat sedikit usaha mencari nombor syarikat-syarikat dan institusi terbabit. Dengan ini saya harap, tiada lagi individu yang mempertikaikan tiadanya alternatif untuk pelaburan yang memenuhi syarat-syarat Shariah. Jika anda keliru dan was-was untuk menggunakannya walaupun ia telah di sahkan halal oleh Majlis Penasihat SC atau Institusi-institusi yang menawarkan itu, anda bolehlah membaca artikel saya bertajuk " Haruskah guna sesuatu dengan tanda 'halal" atau "islam" tanpa selidik?" atau terus buka di pautan :-

BOLEHKAH GUNA TANDA HALAL DAN BANK ISLAM TANPA SELIDIK LAGI?

 

Sekian,

Ust Zaharuddin

6 Feb 2007

18 Muharram 1428 H

 

Last update: 07-03-2007 09:51

Published in : Soal Jawab, Pelaburan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (17) RSS feed comment
Posted by hamba Allah, on 28-12-2009 22:32, IP 60.53.238.67, Guest
1. salam..
ustz mohon izin copy jwpn hukum prfume bralcohol..terima kaseh
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 28-12-2009 22:01, IP 118.101.126.53, Guest
2. ???
salam...ustaz..ape hukum pakai krim/pmbrsih muka yg mgndungi kndungn alcohol spt cetyl alcohol dsb...dan apakah hukumnya memakai pndakap gigi??? 
:?
 
» Reply to this comment...

Posted by mafizah, on 19-06-2009 10:04, IP 203.82.79.103, Guest
3. Kilang Minyak Wangi Halal 100% Bumiputer
Salam, 
 
Ada kilang minyak wangi dari pati tumbuhan di melaka...besar juga kilangnya...minyak patinya di proses dan diekstrak sendiri dari bunga dan herba... saya baru lawat tempohari.... 100% milik bumiputera ...pastinya halal... websitenya disini http:// sutraessential.blogspot.com/
 
» Reply to this comment...

Posted by zubaidi, on 01-06-2009 09:38, IP 202.188.123.196, Guest
4. guest
asalamualaikum, baru2 ni sy ade menerima email yang mberi tahu bahawa kebanyakan minyak wangi beralkohol itu sememangnya haram kerana telah dicampuri bahan bernama lard atau tallow (lemak khinzir) ini kerana ia dapat memelihara bau daripada cepat hilang dan kekal lama. Ia dinyatakan dari seseorang yg telah pergi ke kilang pemprosesan minyak wangi tersebut.  
 
Jadi alangkah baiknya kita bertukar kepada minyak wangi tanpa alkohol sahaja. Bagi penggunaan denatured alcohol utk tujuan disinfectant luka mcm dettol tidak mengapa. 
 
Betulkan sy jika terdapat pendapat yang bercanggah....
 
» Reply to this comment...

Posted by thinker..., on 20-10-2008 20:52, IP 194.80.178.1, Guest
5. ...
Salam ustaz... Syukran untuk semua penjelasan ustaz.. 
Buat semua pelawat, hormatilah guru kita..jangan pentingkan diri sendiri dengan permintaan yg tidak patut seperti 'tolong cepat' 'mesti sebelum'... klu nak cepat..pegi kedai buku, research sendiri..
 
» Reply to this comment...

Posted by faizal, on 15-05-2008 20:27, IP 60.52.103.122, Guest
6. ...
Tentang denatured alcohol, saya rasa tuan perlu memberikan lebih penjelasan, denatured alcohol atau alkohol terubah suai tidak dihasilkan melalui proses fermentation/peraman. Tidak boleh di mkn/minum krn berbahaya. Alkohol yang haram dan najis adalah alkohol fermen. 
Kebanyakan minyak wangi di pasaran adalah menggunakan alkohol denatured. 
 
Boleh terus diperbincangkan... 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Nandradin, on 14-05-2008 15:41, IP 60.52.101.67, Guest
7. ...
Assalamualaikum ustaz.. 
 
Berkenaan Pelaburan ASB, dlm surat khabar Harian Metro beberapa bulan yang lepas (tidak ingat tarikh) ada menyiarkan kenyataan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah sepakat menyatakan Hukum pelaburan ASB adalah Harus dan saya telah yakin sehingga lah timbul semula pertanyaan ini yang membuatkan saya was was. So nak buat macam maner..... 
 
UZAR : Sila rujuk artikel ASB yang ada di web ini
 
» Reply to this comment...

Posted by hamzah, on 26-04-2008 08:31, IP 60.52.102.149, Guest
8. ...
heran jugak..orang yg bertanye dalam web ni slalu malas utuk mebaca dan mencari sendiri jawapan dlam blog ni..siap mintak cepat.. 
heran2.. 
kurang ajar dan pemalas..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by NUHAASRI, on 25-03-2008 15:00, IP 211.25.51.1, Guest
9. ...
APAKAH HUKUM PELABURAN SUNSHINE.KERANA IA MERUPAKAN PELABURAN YG TERKINI MENDAPAT PERHATIAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.HARAP DAPAT JAWAPAN SECEPAT MUNGKIN. TQ 
 
UZAR : jawpaan sece[at mungkn adalah ..TAK TAHU.. sekian 
 
» Reply to this comment...

Posted by zawawi, on 18-02-2008 21:03, IP 60.52.100.131, Guest
10. ...
assalamualaikum wbkt Ustaz, 
 
Minta team UZAR buat kajian tentang google adsense, apakah hukumnya pendapatan kita daripada komisen yang kita dapat?. Sekian, harap maklum
 
» Reply to this comment...

Posted by Firdaus, on 20-12-2007 06:59, IP 60.52.98.119, Guest
11. ...
ustaz boleh usha blog saya adakah saya menjalankan bisnes tak halal http:// firdauspenang.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul fakhri, on 07-12-2007 19:27, IP 60.52.97.151, Guest
12. ...
Assalamualaikum.. 
 
Saya ingin bertanyakan satu soalan... 
adakah cash88.com itu haram?....ia adalah satu cara untuk mendapatkan duit dengan hanya 'klik' iklan sponser-sponser yang berdaftar.... 
dan ia tidak mengenakan sebarang bayaran... saya telah membaca tentang cash88 ini, ia cuma satu syarikat pengiklanan seperti dalam TV, cuma yang membezakannya dalam TV itu kita boleh tengok percuma...tapi cash88 in kita cuma perlu klik dan perlu membuka iklan itu selama 20-30 saat...setiap satu iklan kita mendapat 20 point..dan point ini kita boleh tunaikan menjadi duit....
 
» Reply to this comment...

Posted by adiff, on 28-11-2007 12:43, IP 60.52.99.25, Guest
13. ...
saya ingin tau tentang satu program membantu ahli yang menyertai untuk menyelesaikan hutang di mana ahli diminta membayar sejumlah wang. Program ini dikenali sebagai HIBBAH. 
 
Apakah hukumnya.null 
 
KOMEN UZAR : IA RIBA MENURUT PANDAUAN YANG DIBERI OLEH SAHABAT NABI IBN ABBAS. BERI HADIAH TAK BOLEH HARAP ORANG BERI HADIAH PADA KITA SEMULA , TERUTAMANYA HARAP LEBIH PULAK TU,. IA RIBA
 
» Reply to this comment...

Posted by Saifulnizam, on 18-11-2007 22:13, IP 60.52.102.175, Guest
14. ...
Nak tanya pendapat tentang marketiva (FOREX) halal ker? 
Sesiapa ader infor leh forward kt 
saifulsyn@yahoo.com.my
 
» Reply to this comment...

Posted by zazkia, on 07-11-2007 18:01, IP 60.52.98.235, Guest
15. ...
Assalamu'alaikum wr.wb 
 
Saya ada tugas dari guru agama saya tentang perbankan menurut hukum islam,nah itu menurut ustadz bagaimana hukumnya? 
 
tolong jelaskan karena untuk dibuat makalah dan tolong di jawab secepatnya karena untuk hari jum'at 9 november 2007
 
» Reply to this comment...

Posted by wan, on 20-09-2007 15:13, IP 60.52.96.27, Guest
16. ...
apakah di kira sbg zakat pembrian kpd adik kandung yang masih belajar?
 
» Reply to this comment...

Posted by kikucio, on 04-09-2007 10:51, IP 58.139.249.66, Guest
17. ...
adakah perniagaan UPTREND2U haram@halal?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom