Bantah Yahudi : Mahasiswa Boleh Demo,
Sumbangan Tabung Jumaat
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Tahniah, saya tidak pasti adakah ini pertama kali, namun tindakan YB Menteri Pengajian Tinggi membenarkan mahasiswa universiti untuk terlibat dalam bantahan dan demonstrasi aman mengecam serangan Yahudi ke atas Palestin dan dunia Islam layak mendapat pujian. (sumber )
Juga kenyataannya yang memberikan kepercayaan kepada kebijaksanaan mahasiswa untuk menggunakan kelonggaran diberi dengan cara yang betul.
Berbekalkan keizinan menteri, sewajarnya para pensyarah universiti juga turut serta bersama anak-anak murid mereka untuk menyertai bantahan Jumaat ini. Jangan hanya anak murid yang bersemangat tetapi maha guru mereka terperok di dalam bilik sejuk pensyarah, dengan hujjah sibuk dengan kajian ilmiah "untuk naik pangkat".
TABUNG SOLAT JUMAAT
Satu lagi tindakan adalah kenyataan YB Menteri di Jab PM, yang juga wajar diberikan pujian kerana akan menggunakan kutipan jumaat selama TIGA MINGGU BERTURUT-TURUT di masjid seluruh Malaysia esok untuk disalurkan kepada Palestin.
Justeru sesiapa yang tidak mampu berbuat dan mebantu apa-apa, inilah masa anda boleh melakukan sesuatu,iaitu sumbanglah sebanyak mungkin untuk umat Islam Palestin. Saya harap jumlah mencecah RM 1 billion. Sumbanglah wang-wang riba, cepat kaya dan segala wang sumber haram yang masih berbaki, termasuklah sebahagian dividen KWSP yang tidak yakini halalnya. (sumber )
Tahap keganasan Yahudi Israel sudah semakin menjadi-jadi, terutamanya setelah serangan yang dilakukan kepada sekolah yang dikendalikan oleh United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) sehingga 48 orang maut terutamanya kanak-kanak.
Yahudi Israel kini turut dikecam oleh International Committee of the Red Cross yang mengatakan mereka melanggar undang-undang antarabangsa apabila menghalang bantuan kecemasan untuk membantu warga Palestin yang cedera. Jumlah yang cedera meningkat kepada 3,100 orang dan separuhnya darinya adalah wanita dan kanak-kanak.( Sumber )
Sewajarnya mereka patut sedar, Yahudi Israel sejak beribu tahun sebelum ini memang tidak berpegang kepada undang-undang kecuali nafsu mereka semata-mata. Mereka ini ibarat virus, malah penduduk dunia sudah menyedarinya cuma mereka terpaksa tunduk kepada kelicikan Yahudi bermain politik dan menguasai ekonomi.
Sememangnya layak, mereka bertemu dengan Hitler yang memahami Yahudi Israel adalah virus dalam dunia ini. Lalu Hitler memberikan yang selayaknya untuk sang virus, bukan Hitler sahaja malah ramai lagi.
DEMONSTRASI DAN HIMPUNAN
Menurut maklumat yang saya ada, bantahan aman akan diadakan di ibu negara , Kuala Lumpur seperti berikut, tidak kiralah ia anjuran mana skealipun sama ada PAS, UMNO, JIM, ABIM dan lain-lain, turut sertalah :-
Tarikh : Jumaat; 9 Januari 2009
Masa : Lepas solat Jumaat
Tempat : Depan Kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak. KL
ATAU
Anjuran : Aman Palestin
Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Sesiapa yang punyai info di tempat lain dan anjuran mana-mana pihak lain, sila berikannya di ruangan komentar artikel ini.
Saya pernah melihat dan menyertai demonstrasi begini dan apa yang agak kurang tepat adalah pemberi ucapan.
Adakalanya ketika sedang berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika, tetapi pimpinan yang diberi amanah berucap bertutur di dalam bahasa arab, selain bahasa Malaysia. Tiada bahasa Inggeris.
Justeru, pihak penganjur perlulah mencari pimpinan yang boleh menyampaikan mesej di dalam bahasa Inggeris selain bahasa Malaysia ketika bantahan aman dilakukan.
SANGKA BURUK
Saya pasti ramai juga akan bersangka buruk dengan izin demonstrasi oleh Menteri Pengajian Tinggi dan juga tabung Jumaat oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, iaitu dengan mengaitkannya dengan milage politik untuk pilihanraya Kuala Terengganu.
Bagi saya, apa yang baik perlu dipuji, adapun niat di sebaliknya itu terpulanglah kepada individu terbabit dan pengundi KT untuk menentukan.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
8 Jan 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites