Peraduan Spot Nombor Kereta & Menang

(34 votes, average 4.53 out of 5)

Peraduan Pemandu Berhemah

Dengan Spot Nombor Kereta

spot nombor & menang ?
 

Soalan 1

Apa pandangan ustaz dengan peraduan berhemah di jalan raya, dengan penyertaan dan nombor kereta di spot dan seterusnya menangi hadiah perhargaan. Bolehkah saya menyertainya.

Soalan 2

Minta pendapat tentang rxxxxxxxxx.com. Details ada dalam laman web di atas, rasa macam tak clear je menda ni.. tapi ramai orang islam yang join juga..

Saolan dari : kuehraya@yahoo.com

Jawapan

Setalah merujuk web syarikat yang menawarkan peraduan ini, info ringkas peraduan itu adlaah seperti beirkut :-

Gambar Hiasan

Jawapan :

Masalah  Pertama :

Setiap pengaktifan kad perlu membuat pembayaran, dan ianya hanya aktif selama 7 hari sahaja. Dalam masa seminggu itu, peserta berharap kepada nasib agar nombor plat keretanya di spot bagi mendapatkan penghargaan.

Masalah Kedua :

Walaupun nombor platnya telah dispot oleh mat spot, elemen nasib berulang apabila di beritahu (oleh pegawai syarikat) bahawa satu soalan akan dikemukan kepada peserta, siapa cepat jawab dia menang. Ini bermakna, jika anda di spot sekalipun, ia masih tidak pasti samada berjaya atau  tidak.

Masalah Ketiga :

Setelah menelefon pejabat syarikat terbabit bagi mendapatkan penjelasan. Mereka menerangkan, pendaftaran melalui SMS dicaj biasa oleh operator. Tetapi apabila diterima, pengumuman mingguan akan dibuat melalui sms kepada kita, dan caj RM 3.00 akan dikenakan untuk seminggu.

Hukum Shariah

Dari sudut Shariah, RM 3.00 seminggu uitu dilihat sebagai yuran pertaruhan untuk dispot bagi memenangi penghargaan yang terdiri dari hadiah bulanan RM 25,000 atau hadiah harian RM 500, RM 200 dan lain-lain. Malah unsur perjudian bertambah besar apabila mana-mana nombor yang spot perlu menjawab soalan terpantas untuk menang.

Justeru, dari sudut hukum Islam, peraduan sebegini adalah haram walaupun ia adalah halal dari sudut undang-undang Malaysia.

Sekian

www.zaharuddin.net 

1 Julai 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites