Benarkah UZAR Kata DCHL (Lampe Berger) Halal ?

(85 votes, average 4.35 out of 5)

Benarkah UZAR Kata DCHL Halal ?

Soalan

Assalamualaikum Warahmatullah..

Ustaz Zaharuddin,

iye ke halal?
Baru-baru ini saya dijemput ke pejabat kenalan saya terletak di KL. Rupa-rupanya dia promosi kepada saya Lampe Berger / DCHL / RZ Corp. / SYN Network yang menjanjikan pulangan lumayan 5 - 6 angka. Tak pelu menjual barang katanya, tapi kalau join (bayar 2500) boleh mendapat barang sebagai francais / partner kononnya.

Saya memang tidak beminat dan memberi alasan dari sudut shariah berdasarkan artikel Ustaz.

Namun, baru-baru ini salah seorang daripada partner DCHL menelefon saya dan berkata pernah berbincang dengan Ustaz & ustaz bersetuju bahawa MLM DCHL ini mengikut syarak.

Soalan : Betul ke ustaz pernah bebincang/ dialaog dgn diorang? Ustaz kenal ke dengan orang bernama aidil / aidid (tak pasti mana satu namanya) yang mendakwa pernah bekerja dengan Ummu Salamah Consultant sebagai peguam syarie.

Jika benar kenapa ustaz mengatakan Lamp Berger tu mengikut syariah sbb pada pandangan saya terdapat unsur-unsur penipuan, & produk yang diniagakan seolah-olah melindungi tujuan sebenar unuk mendapatkan business partner (downline digelar sebagai business partner).

Wassalam.

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Terima kasih kerana merujuk kepada saya sebelum mempercayai dakwaan sebgini. Terdapat dua soalan dalam email anda ini.

Pertama : Betul ke ustaz pernah bebincang/ dialaog dgn diorang? Ustaz kenal ke dengan orang bernama aidil / aidid (tak pasti mana satu namanya) yang mendakwa pernah bekerja dengan Ummu Salamah Consultant sebagai peguam syarie.

Jawapannya : Maaf saya tidak ingat kerana terlalu ramai yang menghubungi saya dan berjumpa saya bertanyakan seribu satu macam soalan, bagaimanapun seingat saya kemungkinan besar dakwaan itu adalah tidak beanr, kerana saya tidak pernah memberitahu sesiapa yang produk dan plan MLM yang anda sebut tadi sebagai halal serta menepati shariah.

Saya juga tidak pernah mengatakannya haram. Ini adalah kerana saya tidak mengkajinya dan tiada masa untuk itu. Tambahan pula pandangan saya berkenaan MLM telah pun saya tulis sebelum ini. (rujuk Hukum MLM Menurut Perspektif Islam)

Justeru, jika ingin pandangan saya dalam MLM yang anda sertai, fahamkanlah sebaik-baiknya artikel saya dan lihatlah plan MLM anda. Bagaimanapun jangan sesekali menisbahkan 'halal' dan 'menepati Shariah' dengan menggunakan nama saya tanpa semakan sebenar dari saya.

Bagaimanapun anda digalakkan berbincang dengan mana-mana ustaz dan ulama yang anda sukai dan menggunakan nama mereka jika mereka mengatakan halal, ia adalah hak anda. Saya tiada sebarang masalah dengan mana-mana ustaz dan ulama yang mengatakan MLM sebagai halal. Itu hak mereka dan keyakinan mereka dengan ilmu yang mereka miliki. Justeru, orang awam sememangnya boleh berpegang dengan mereka kerana ustaz atau ulama tadi sudah bersedia menanggung apa jua kesannya di dunia dan akhirat. Semoga berjaya.

Walaubagaimanapun dalam perkara yang sudah 'putus' secara sepakat oleh Majlis Fiqh Sedunia dan Ijma (sepakat sepenuhnya) oleh para sahabat serta ulama silam, janganlah anda mengikut kata-kata ustaz dan ulama yang bercanggah dengannya kerana ia besar kemungkinan didasari oleh ilmu yang kurang tepat atau mempunyai kepentingan dunaiwi tertentu, kecuali ia mempersembahkan hujjahnya yang sememangnya boleh dipertimbangkan. 

Perlu diingat juga adakalanya, ada individu yang berjumpa saya di tempat ceramah atau semasa kursus, mereka mengutarakan soalan-soalan ringkas yang bersifat umum kepada saya dan saya menjawab ringkas juga. Malangnya, mereka menyalah gunakan jawapan umum dengan sedikit modifikasi sebagai hujjah kononnya saya mengatakan itu dan ini kepada sesuatu produk atau perniagaan. Ia adalah tidak benar.

Jawapan yang sebenar adalah yang tertulis di web ini, selagi ia belum dicatatkan bermakna saya tiada sebarang pandangan detail tentangnya. Wallahu 'alam.

Kedua : Jika benar kenapa ustaz mengatakan Lamp Berger tu mengikut syariah sbb pada pandangan saya terdapat unsur-unsur penipuan, & produk yg diniagakan seolah-olah melidungi tujuan sebenar unuk mendapatkan business partner (downline diglar sebagai business partner).

Jawapan : Tidak benar, justeru soalan ini tidak berbangkit.

 

AKHIR SEKALI, MUNGKIN ANDA ELOK JUGA MEMBUKA SATU WEB YANG ADA PENGALAMAN TENTANG LEMPE BERGER INI. SILA BUKA WEB INI 

 

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

21 Ogos 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites