Tak Setuju Hukum Leverage Forex : Ulasan UZAR

(50 votes, average 4.26 out of 5)

Bantahan Hukum Leverage

Forex : Ulasan Saya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Dalam jawapan hukum forex trading yang saya sediakan sebelum ini, telah saya nyatakan secara jelas di ruangan bawah sekali seperti berikut :-

Semua pemain forex, nota dan jawapan saya inin adalah jawapan yang dipermudah agar ia boleh difahami orang awam. Jika terdapat kesilapan teknik carajual dan beli, boleh dimaklumkan kepada di ruangan komentar kerana info tentang tatacara di atas juga saya perolehi dari yang terlibat. Saya tiada masa untuk membuat pembacaan dan kajian sendiri di ketika ini. Sekian

Leverage : Untung Atas Angin?

Hasilnya Alhamdulillah saya mendapat beberapa komentar melalui pelbagai cara. Namun dari banyak-banyak info yang saya tuliskan, hanya satu isu sahaja yang cuba diulas oleh pemain-pemain forex tegar, iaitu bab Leverage. 

Mereka mendakwa pandangan saya tentang leverage adalah kurang tepat, sebahagian mereka dalam ayat mengutuk menyuruh saya kerja bank terlebih dahulu untuk faham (agak lucu juga permintaan ini), dan disamping menyatakan saya tidak faham.

Tidak mengapalah, memang kita semua sedang belajar. saya tidak menafikan saya juga sedang belajar dari hujjah mereka. 

Namun perlu diingat, leverage yang saya huraikan bukan secara umum tetapi adalah leverage dalam bab forex trading yang terbabit sahaja. Justeru perlu dibaca dalam konteksnya.

Hakikatnya, saya memang mengharapkan respon mereka untuk memahamkan saya dengan lebih mendalam kerana saya sebenarnya tidak punyai masa dan sukar untuk menyemak sendiri kerana saya tidak pernah terlibat sertai apa yang mereka sertai. Justeru saya bergantung kepada penerangan mereka yang terlibat.

Hujah Forex Trader & Ulasan Saya

Namun, setelah membaca guru-guru dan ahli rujuk FOREX trading yang berhujjah menolak artikel asal saya berkenaan leverage, nampaknya hujjah mereka GAGAL MENGUBAH FIKIRAN DAN KEPUTUSAN AWAL SAYA, malah saya semakin yakin dengan hipotesis awal saya, namun masih terbuka untuk perbincangan ilmiah jika ada hujjah atau fakta kukuh diberikan selepas ini. Mari kita sama-sama menyelusuri hujjah mereka dan pandangan Islam tentang ‘ijtihad' mereka ini.

Hujjah FOREX TRADER 1 : Menyamakan leverage dengan deposit beli rumah dan jual sebelum bayar penuh.

Anda hanya perlu membayar 10% deposit (adakalanya zero deposit) dan selebihnya anda meminjam daripada bank. Selepas selesai segala urusan guaman dan lain-lain, anda mempunyai kawalan terhadap rumah tersebut sama ada untuk menyewa, mengubah suai malah menjualnya kembali.

Sekiranya rumah tersebut bernilai RM 100,000 , maka dengan RM 10,000 sahaja ia sudah mencukupi untuk anda memiliki rumah tersebut. Inilah yang dinamakan leverage dan konsep ini adalah sama digunakan dalam saham (short selling), pasaran hadapan dan options.

Sumber  

Respond UZAR

1)        Menyamakan pembelian rumah secara deposit dengan leverage gandaan 1:100 dalam forex trading adalah perbandingan yang kurang tepat.

Ini kerana bagi pembelian rumah itu perjanjian jual dan beli (S &P) telah ditandatangani antara pembeli dan penjual. Menurut Fiqh Islam dengan termeterainya aqad itu, pembeli sudah memiliki penuh hak ke atas rumah tersebut walaupun ia masih tidak membayar penuh lagi harga rumah, Islam mengiktiraf pembelian secara bayaran tangguh yang dinamakan Bai' at-Taqsit .

Lalu dalam tempoh bayaran masih belum dilunaskan itu pembeli sememangnya dibenarkan untuk menjualnya kepada pihak ketiga dan mengambil untung. Bai at-Taqsit adalah harus menurut majoriti sahabat nabi s.a.w, tabien, ulama silam dan kontemporari (Al-Umm, 3/15; Nailul Awtar, 5/173, Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi, hlm 259)

Ia berbeza dengan leverage, tiada jual beli termeterai. Hanya pinjaman dari pihak syarikat forex kepada pesertanya.  Ini terbukti apabila seorang ia disebutkan seorang blogger bab pelaburan yang kerap dirujuk oleh pemain forex trading menyatakan dalam webnya, takrif leverage sebagai :

The use of credit or borrowed funds to improve one's speculative capacity and increase the rate of return from an investment, as in buying securities on margin.

sumber : disini 

Borrowed fund, beerti ia dipinjamkan oleh syarikat. Justeru isu penting di sini ; dalam hal jual beli rumah, ia jenis leverage yang harus kerana asasnya kontrak jual beli dan asset telah menjadi milik pembeli.

Isu dalam konsep pinjaman dari proses leverage

Dalam hal leverage forex, ia hanya PINJAMAN DARI SYARIKAT FOREX KEPADA AHLINYA. Oleh kerana ia hanya pinjaman, wujud pula isu hukum kedua di sini iaitu  :-

a-   Pertama : Tiada pemindahan sebenar wang ke akauan peserta sebelum dijual.

Katalah wang asal si pemain forex hanyalah USD 100, maka di leverage sehingga menjadi USD 100,000 melalui kontrak pinjaman.  Masalah di sini adalah pemilikan ke atas wang yang diberi pinjam tadi tidak dibuat dalam bentuk yang sebenar, tapi hanya atas angin sahaja, tiada sebarang jumlah sebenar yang wujud. Justeru. Tiada sebarang ‘transfer of real money' berlaku dalam account pemain forex, hasilnya tiada pemilikan fizikal (hakiki) dan 'hukmi' ke atas wang, tetapi ia telah dijual sehingga mendapat untung.  Inilah yang saya maksudkan bercanggah dengan dalil larangan menjual sesuatu yang belum menjadi sebenarnya samada secara hakiki atau hukmi.

Ia dinyatakan dengan terang oleh forex trader dalam ruang komentar di artikel saya iaitu :-

Saya seorang pemain forex (demo account shj,bknnya real). Berkenaan dengan leverage itu, saya bersetuju dengan kenyataan "broker memberi pinjam untuk pelaburan forex", tapi yang saya faham pinjaman itu bukannya secara kekal.  
 
Maknanya duit dalam akaun kita masih sama (kalau deposit 1k, maka akan tertulis 1k, bukannya 100k).
 

Jelas dari ayat ini menunjukkan pinjaamn itu bukan pemindahan dan bukan wang sebenar, ia hanya wang HANTU yang tidak dimilki secara sah hakiki atau hukmi oleh si forex trader.

Ia berbeza dengan kes jual rumah tadi, kerana pemilikan dan aqad "sell & Purchase" telah termeterai. Pemilikan secara hukmi telah terpindah kepada pembeli walaupun ia belum membayar sepenuhnya.

JIKA PEMAIN FOREX masih berdegil dan mendakwa pemindahan sebenar telah berlaku, baiklah boleh abaikan ulasan pertama saya ini, namun pinjaman akan tersangkut dalam isu seterusnya di bawah.

b-   Kedua : Jika benar pinjaman dimiliki dengan sah , mengapa jika tiada risiko?

Pihak pemain forex memberikan komen di ruangan komentar saya dengan kata mereka :-

Dengan USD 100 trader boleh berjual beli dengan kuasa USD 100,000. Jika berlaku kerugian dalam urusniaga, jumlah maksima yang  trader rugi hanya USD 100. USD 100,000 tersebut lansung tidak terusik

Ini tanpa sengaja sebenarnya adalah seolah satu pengakuan tentang hukum haramnya leverage forex dalam bentuk sebegini, ia menunjukkan bahawa jumlah USD 100,000 yang KONONNYA telah dipinjamkan kepada pemain forex dan masuk ke dalam pemilikan trader hanyalah omongan kosong.

Jika benar-benar ia tepat mengikut hukum Shariah, sepatutnya jumlah pinjaman USD 100,000 telah masuk sepenuhnya dalam milik si trader dan jika berlaku kerugian sepatutnya semuanya terkesan dan bukan hanya USD 100 modal asal sahaja. Bila ia disebutkan tidak terkesan, ini bermakna, si trader sebenar TIDAK MILIKI USD 100,000, kerana itu ia tidak hilang kerana ia bukan wang miliknya.

Hasilnya, pinjaman yang dikatakan dalam leverage ini hanyalah bayang-bayang sahaja, dan trader menjual sesuatu yang bukan miliknya yang diharamkan oleh baginda Nabi s.a.w. Ia juga BERBEZA DENGAN LEVERAGE RUMAH TADI

c-    Ketiga : Isu Memberi Pinjaman Dengan Syarat Menjual

Isu seterusnya dalam bab syarikat FOREX memberi pinjam wang melalui leverage sehingga USD 100,000 adalah;

Syarikat forex sebenarnya memberikan ‘pinjaman bersyarat' iaitu dengan mengikat pinjaman USD 100,000 yang diberikan hanya dikhaskan untuk berjual beli matawang melalui syarikat mereka.

Maka ini adalah haram kerana riba iaitu si pemberi pinjaman mengambil manfaat atas si peminjam (pemain forex) dengan mensyaratkannya mesti jual beli guna mereka,. Jika pemain FOREX ingin menyatakankannya halal, sepatutnya sebagai peminjam kita bebas menggunakan wang yang diperolehi untuk apa jua tujuan yang kita sukai malah kita boleh keluarkan semua wang pinjaman yang diberi melalui leverage itu.

Namun dalam hal pinjaman leverage ini, semua kemudahan tersebut pastikan TIADA!. Inilah bercanggah dengan nas

كل قرض جرّ نفعاً فهو الربا

Ertinya : Setiap pinjaman yang (mensyaratkan) manfaat kepada pemberi pinjam adalah riba. (Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232 ; Nasb ar-Rayah, az-Zayla'ie, 4/60 ) [1]

Dalam konteks di atas, syarikat forex telah mensyaratkan manfaat baginya.

Lebih dahsyat dari ityu, ia juga bercanggah dengan dalil ini :-

نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة

Ertinya : "Nabi s.a.w melarang dari menjalankan dua urusniga dalam satu" ( Riwayat Abu Daud, 2/246 ; Al-Hakim, Ibn Hibban ; Al-Hakim & Ibn Hazm : Sohih ; Ahmad : Perawinya Thiqat , Majma Az-Zawaid, 4/84)

Para ulama hadis dan fiqh berbeza pandangan dalam menghuraikan erti hadis ini TETAPI mereka bersepakat bahawa yang termasuk dalam kategori haram dari hadis di atas adalah memberikan pinjam sambil mensyaratkan membeli aset darinya. Contohnya si pemberi pinjam berkata :-

"Saya pinjamkan duit USD 100,000 ini kepada kamu dengan syarat kamu mesti beli computer saya"

Sebagaimana di sebutkan oleh Imam Al-Mawardi

محل النهي البيع الذي شرط فيه قرض

Ertinya : "tempat yang haramnya adalah setiap jualan dan mensyaratkan pinjaman ( atau sebaliknya)" ( Al-Hawi, hlm 431)

Iaitu menggabungkan aqad pinjam dan aqad jual beli, ini disepakati haramnya oleh ulama. (Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Al-Mughni, 6/334; Majmu' al-fatawa, Ibn Taymiah, 4/39)

Inilah yang berlaku dalam leverage forex atas dasar pinjam dan syarat mesti jual dan trader tiada kebebasan untuk tiba-tiba keluarkan duit USD 100,000 itu untuk digunakan bagi perkara lain. Mereka diberi pinjam dengan syarat melaksanakan jual beli melalui syarikat pemberi pinjam sahaja. 

Hujjah FOREX TRADER 2 : Qiyas Kepada fadhilat Lailatul Qadr & Pahala Solat Jemaah

Seorang individu yang kerap dirujuki oleh forex trader berkata bahawa asas leverage boleh dilihat dalam beberapa bentuk ibadah khusus, ia berkata :-

Malah dalam Islam, sudah disebut dalam Quran, ada satu malam yang ganjaran ibadah pada malam itu adalah lebih baik dari beribadah 1000 bulan. Seorang yang bersolat berjemaah mendapat pahala 27 kali ganda. Inilah antara contoh leverage dalam ibadah.

Ulasan UZAR

Itu adalah pandangan penulis blog itu secara umum di dalam ibadah, tiada sebarang masalah dalam hal ibadah yang disebut khusus kelebihannya oleh Allah dan RasulNya, NAMUN jika terdapat mana-mana forex trader cuba menggunakan hujjah ini serta menyamakan atau men'qias'kan leverage dalam ibadah itu dengan leverage dalam forex.

Maaf saya katakan, hujah sebegini adalah terlalu amat lemah dan sebenarnya tidak relevan dalam isu yang sedang dibincangkan ini.

Dianalogikan dan disamakan gandaan pahala dengan gandaan duit ?

Bagaimana boleh disamakan gandaan pahala yang ditentukan khas oleh Allah swt dengan gandaan leverage menggunakan duit pinjaman bersyarata tanpa hak milik jelas bagi gandakan untung duit sedangkan ianya bentuk transaki yang bertentangan dengan hukum Shariah, Adakah ia sama dan apakah illatnya ???

Ia terlalu lemah dan malah salah dalam penggunaan, terutamanya apabila bab fadhilat dan pahala tidak boleh dianalogikan dan` diqiyaskan menurut sepakat ulama Usul Fiqh, kerana tiada illah yang bersifat muta'adi dalam hal fadhilat dan pahala. Percubaan qiyas fadhilat bagi satu amalan ibadah khusus yang disebut secara specific oleh Nabi kepada satu ibadah lain adalah tertolak menurut ulama Usul Fiqh kerana ia adalah fadhilat yang dari jenis tidak ‘ma'qul al-ma'na' (Syar al-Talwih ‘ala at-Tawdih, 2/122; Al-Mahsul, Ibn Arabi, 1/95)

Apatah lagi ingin diqiyaskan kepada leveraging oleh forex trader. Ia amat-amat tertolak.

Ia disebutkan dengan jelas di dalam kitab Usul Fiqh

القاعدة المستقلة المستفتحة التي لا يعقل معناها , فلا يقاس عليها غيرها لعدم العلة فيسمى خارجا عن القياس تجوزا , إذ معناه أنه ليس منقاسا ; لأنه لم يسبق عموم قياس ولا استثناء حتى يسمى المستثنى خارجا عن القياس بعد دخول فيه ; ومثاله : المقدرات في أعداد الركعات , ونصب الزكوات ومقادير الحدود والكفارات وجميع التحكمات المبتدأة التي لا ينقدح فيها معنى , فلا يقاس عليها غيرها ; لأنها لا تعقل علتها

Hujjah FOREX TRADER 1 : Jika tidak boleh leverage lebih dari 1:1, maka hanya bank yang boleh buat

Ulasan UZAR 

Ia bukan hujjah yang perlu dibincang dan tidak ada kena mengena dengan perbincangan hukum, jika tak mampu untuk berforex dengan duit sendiri iaitu 1 : 1. maka jangan berforex, ketidakmampuan individu untuk menyertai forex tidak mengubah hukum leverage 1:20, 1:100, 1:1000  yang bermasalah di atas. Ini kerana forex bukan makanan asasi yang akan mati tanpanya.


Kalau sebelum ini saya utarakan jawapan oleh Syeikh Taqi Uthmani, kali ini say acpy paste pula soalan dan jawapan dari Prof. Dr Monzer Kahf, pakar ekonomi Islam

Question 

I have heard that online trading with broker either in currency or stocks is prohibited on margin, but why is that so, as it is on spot, and borrowing money is not prohibited, so if one borrows money to buy currency without paying interest, as the brokers offer Muslims interest-free accounts for Muslims, instead they charge a small commission for the service on each open position, as otherwise the interest is payable if the position is not closed before 5 pm EST. Thus, for Muslims the commission is charged even if the position is opened after 5 pm EST, but there is no physical delivery of the borrowed money, as its through the broker, and the trader doesn't receive it, but is liable for it and all risks of profit and loss are of the trader, and it makes it easier as a trader may open a position and close within 10 minutes, if he has taken a quick profit, so otherwise, if he waits for delivery and return,it may take days, so due to the development of technology, if we can trade online, with convenience, what's wrong with it? Because when we open a position, we actually borrow money on contract, but don't get a physical delivery, as it will take time, what I don't get in my hands, but is really given to me through contract, so is it not acceptable and online trading through margin is haram? Then how Muslims can make money, because otherwise one does need 100,000$ actually to buy those stocks or currencies, but in this way, the problem is solved, so is online trading on margin haram?

Answer

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.


For trading currencies, please refer to the answer given to brother ‘Arqam' in this session.

Trading currencies on margins is not permitted in the Shari`ah.

Trading stocks (only those stocks that satisfy the known criteria for permissibility of owning and trading) on margins, if no interest is involved, then it is permissible.

I am afraid that this commission you mentioned hides interest charge, I therefore, need more information about the commission structure and component t to make sure that it does not hide any interest

open : http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=Ta4O7M

.
 

Question

Is online forex trading allowed? The procedure of a normal interest-based trade is: you buy one currency against dollar (electronically through a broker) for instance buy pound and sell dollar. Your account is in dollars and you deposit $500 and get to trade on a margin. Each trade is for 100000 currency units- in our case we buy 100000 pounds for $500 margin.

You don't get a physical delivery, but you are liable for the payment and will enjoy all the risks and benefits. You realize your profit or loss by selling back the pounds you bought. If the buy and sell takes place the same day, you don't get charged any interest. If you don't close your position, everyday you are charged $5 per 100,000 currency units. To normal customers, these trades have no commission or charges. Now, for Muslim investors, what the companies do, instead of charging daily interest, they charge a $20 per trade( buy and sell ) as a commission.

This commission allows the investor to have a grace period of 3 days for closing the trade instead of 1 day in the normal scenario. However, after the 3rd day, everyday the commission is charged for all open positions.

1. Please tell, whether or not the procedure for Muslim investor devised by these companies is halal?

2. Can we only day trade (buying and selling the same day) so no interest is involved.

3. What does Islam says about trading forex on margin? In what circumstance would a Muslim be allowed to perform margin-based trade?
  

Answer by Prof Dr Monzer Kahf

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.


Online forex trading is essentially forbidden because of the requirement of full delivery or both currencies at the time of the contract. This requirement is mentioned in a correct saying of the Prophet. Consequently, any contract in which you pay an amount that is smaller than the exact value of the other currency (margin) is not permitted.

Also, any contract that has a time lag in the delivery of either currency is not permitted. This leaves out, as permissible, day trading and spot trading if they are done with full cash payment.

Allah Almighty knows best.


Sekian

Zaharuddin Abd rahman

http://www.zaharuddin.net/

13 Jan 2008

4 Muharram 1429 H

1.22 pagi


 


[1] Ramai yang menyebut ia adalah hadith Nabi, tetapi setelah dianalisa, terdapat perawinya bernama Sawwar Bin Mus'ab  yang lemah dan di anggap "matruk". Bagaimanapun makna yang terkandung di dalamnya disepakati penerimaannya di kalangan ulama kerana disokong oleh pelbagai dalil lain



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites