Kursus Solat Buat Pertama Kali di UK

(5 votes, average 3.40 out of 5)

 

Kursus Penghayatan Solat  

Pertama di United Kingdom

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Kursus Penghayatan Solat yang kerap saya anjurkan di Malaysia, kini buat pertama kalinya akan dianjurkan di United Kingdom. Namun demikian penganjur memberitahu kepada saya ia hanya mampu memuatkan maksimum 60-70 peserta sahaja disebabkan bilik seminar yang kecil.

solatscotland1.jpg 

Justeru, bagi sesiapa yang berada di UK dan sekitar Eropah yang ingin :-

1) mengaudit semula solatnya sama ada berdasarkan mazhab Syafie,

2) juga berkenalan dengan dalil-dalil berkaitan solat agar solat dapat diupgrade status solatnya kepada ibadah dengan ilmu dan bukan hanya dengan ikutan

3) menghayati tuntutan solat dan punca kegagalan khusyu'

4) berbincang dan bersoal jawab secara live

Anda dialu-alukan untuk segera mendaftar kepada individu yang tercatat email dan nama mereka di poster.

postersolat3.jpg

Tiada nota disediakan, kecuali sebuah buku bertajuk "Formula Solat sempurna" yang boleh anda tempah semasa daftar. Saya akan menghuraikan buku tersebut. Namun ia adalah optional.

Kursus dibuat di dalam bahasa Malaysia.

Saya hanya ingin berkongsi ilmu, keputusan di tangan anda.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

6 januari 2009



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites