Tanpa Prejudis, Kebenaran Terserlah: Saksikan..

(24 votes, average 5.00 out of 5)
1

Tanpa Prejudis , Kebenaran Akan Teserlah..Saksikan 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

palestine_wall.jpg

 

1

Ramai antara umat Islam mungkin berasa geram dan sangat ingin mengutarakan pandangan terbuka dan bebas kepada dunia barat khususnya berkenaan konflik antara dunia Islam, Palestin, Negara haram Israel dan USA. Dengan kesempatan sedikit kebebasan media di Britain, kita wajar mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada seorang warga barat dan bekas ahli parlimen Britain yang telah berjaya menyampaikan mesej tersebut. Saksikan beliau mengajar atau ‘membelasah' wartawan Sky TV News dengan fakta dan data.

 

 

George Galloway,  beliau yang merupakan bekas ahli parlimen Britain, merupakan ahli parlimen parti Labour sejak dari tahun 1987, namun pada tahun 2003, beliau dibuang dari parti labour disebabkan pendiriannya yang sentiasa mengkrtiik serangan ke atas Iraq, Lubnan dan sokongannya ke atas Hizbollah, Palestin dan secara Islam secara umumnya.

 

Mesejnya dan ringkas dan pendek tetapi tepat amat baik untuk ditonton oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia, atas dasar tersebut, saya khaskan entry kali ini untuk memberi publisiti untuk umat Islam menonton perdebatannya secara langsung di SKY NEWS, sebuah stesyen TV swasta berpengaruh di Britain.

 

Di dalam petikan temuramah itu, beliau seluasnya menghentam tindakan zalim Israel dan USA secara terbuka. Dia juga membantah tuduhan bahawa Palestin, Lubnan dan Iran sebagai Terrorist.

 

Kelam kabut wartawan jadinya. "What a silly person you are" katanya kepada wartawan yang berat sebelah.

 

Nasihat saya buat semua, MESTI LIHAT!! Dan amat wajar dipanjangkan kepada semua rakan bagi meningkatkan kefahaman berkenaan isu ini. Hanya 9 minit namun saya yakin, ia amat menarik. Beliau juga berjaya menutup kata-katanya di akhir minit tersebut dengan kata yang amat cemerlang.

 

Itulah, apabila mereka berfikir tanpa prejudis, mereka akan terbuka kepada kebenaran. Carilah video-video beliau di Youtube, penuh dengan kritikan yang pelbagai terhadap kejahatan Israel, USA dan pimpinan negara Barat. Beliau juga membantah Draw Muhammad day. 

 

Saksikan di bawah :

 

 

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites