Aqidah & Kepercayaan Orang Teraniaya Ingin Tuntut Balas di Akhirat

Orang Teraniaya Ingin Tuntut Balas di Akhirat

  • PDF
(9 votes, average 4.89 out of 5)

Orang Teraniaya Ingin

Tuntut Balas di Akhirat 

Soalan 

Saya telah dianiya oleh seseorang. Saya boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas orang yang menganiaya tersebut, tetapi saya tidak melakukannya. Ini kerana proses untuk tindakan tersebut mengambil masa yang lama dan ini akan membuang masa dan wang saya.

Pada masa yang sama, saya menyerahkan hal ini kepada Allah. Saya amat yakin, Allah Yang Maha Adil akan membalas perbuatan tersebut, jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti. Persoalannya, saya ingin tahu mana satukah tindakan yang paling wajar. Saya pernah dikatakan bodoh dan menzalimi diri sendiri kerana hanya berdiam diri terhadap perkara ini. Perbuatan saya mendiamkan diri dikatakan tidak secocok dengan perintah Allah yang memerintahkan agar keadilan dilaksanakan di muka bumi ini. Minta penjelasan ustaz.

- Abu Bakar, Klang-

JAWAPAN

Sesorang Muslim berhak mempertahankan haknya di sisi Islam. Ini ternyata dari hadith Nabi SAW : " Sesungguhnya darahmu, hartamu dan maruahmu di antara sesama mu adalah haram (dicerobohi ) sebagaimana haramnya hari kamu ini dalam bulan kamu ini " ( Riwayat Al-Bukhari, no 67 & 185; Muslim, no 1679 )

Hasil daripada hadith ini, para ulama Islam telah mengistinbadkan bahawa :-

a) Penjagaan agama seseorang : Wajib, kesannya sekiranya sesorang mengajak muslim keluar dari agamanya, maka si Muslim wajib mempertahankannya kecuali sampai ke tahap amat terdesak sehingga boleh menggugat nyawa. Itupun hanya dengan pengakuan lidah tanpa disertai hati.

b) Penjagaan Nyawa : Wajib bagi setiap umat Islam mempertahankan nyawa dan ia menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie (Hashiyah Ibn ‘Abidin, 5/481 ; Tuhfatul Muhtaj, 4/124 ; Mawahib al-Jalil, 6/ 323) bagaimanapun hanya HARUS menurut mazhab Hanbali ( Al-Mughni, 10/350 ). Hukum bunuh diri adalah haram menurut nas yang sabit, manakala hukum mempertahankan diri dari di bunuh sesorang juga wajib menurut pandangan yang lebih kuat. Justeru, tidak dibenarkan untuk membiarkan diri di bunuh tanpa melawan.

c) Penjagaan Maruah : Wajib bagi mempertahankan maruah menurut sepakat seluruh ulama. Maka wanita yang cuba dirogol atau di cabul wajib mempertahankan maruahnya sedaya upaya, malah jika ia terpaksa membunuh si pencabul tadi , maka dalam Islam hukumnya tetap wajib jika tidak ia dikira berdosa kerana membiarkan dirinya di rogol. (At-Tasyri' al-Jina'ie al-Islamiy , Abd Qadir Awdah, 1/474)

d) Penjagaan harta : Kewajiban mempertahankan harta diperselisihkan oleh para ulama. Setengahnya mengatakan wajib manakala majoritinya mengatakan ia hanya harus (At-Tasyri' al-Jinaie al-Islamiy, 1/475), kerana si pemilik harta boleh mensedeqahkan hartanya yang diambil tanpa hak.

Selain itu, Rasulullah SAW juga mengajar kita dalam ‘sunnah fe'liyah' nya agar menuntut hak kembali dari perampas hak. Ini ternyata apabila Nabi SAW melancarkan gerakan merampas semula harta umat Islam di Mekah yang di rampas ketika Umat Islam berhijrah ke Madinah. Ini adalah sebab berlakunya peperangan Badar al-Kubra. Sunnah Qawli Nabi dapat di lihat dari hadith : " Sekiranya aku tahu seseorang kamu sedang melihat (mengintai ke dalam rumahku) nescaya akan ku cucuk matanya dan sesungguhnya di jadikan minta izin (apabila datang ke rumah seseorang) itu adalah bagi menjaga pandangan mata" ( Riwayat  Bukhari, no 6505 )

Justeru, dalam kes saudara, oleh kerana ia berkaitan dengan harta, saudara boleh bertindak ke mahkamah dan boleh juga mendiamkan diri dan menghalalkan sahaja harta itu atau mendiamkan diri serta menyerahkan kepada urusan Allah. Bagi saya, tiada masalah bagi mengambil mana-mana kaedah. Asalnya ia dibuat secara bersebab. Sebagaimana contoh diberikan iaitu tindakan membawa ke mahkamah dibimbangi akan mengambil masa dan wang adalah boleh diterima pada hemat saya. Nabi bersabda : " Tiada berkurang harta dengan sedeqah, tiada tidaklah Allah menambahkan bagi seseorang yang memberi ampun (kepada perampas haknya) kecuali ketinggian (maqam)..(Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi ;Al-Muntaqa Min Kitab At-Targhib wa At-Tarhib, no 1462, 2/670)

Sekian

Ust Zaharuddin



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 43 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Orang Teraniaya Ingin Tuntut Balas di Akhirat