Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Morarorium 6 Bulan Dikecualikan 'Accrued Interest/Profit'?
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

MORATORIUM 6 BULAN DIKECUALIKAN 'ACCRUED INTEREST/PROFIT' ? 

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

 

mora mof

Alhamdulillah tahniah atas keputusan yang baik ini. Dengan itu, rasmi moratorium akan hanya memanjangkan tempoh pembiayaan dan TIADA caj dikenakan atau TIADA accrued profit [iaitu secara dasarnya cuma ada yang berpendapat 'accrued profit' masih berlaku cuma additional charges iaitu caj tambahan sahaja yang dikecualikan].

Oleh itu, jika sekiranya bayaran bulanan pinjaman kereta anda adalah RM 1,000 sebulan, dengan pengangguhan 6 bulan ini, ia akan tetap disambung sebanyak RM 1,000 sebulan tanpa perubahan walaupun tempoh bertambah.

Itu terpakai bagi setiap produk yang menggunakan Hire Purchase (biasanya pembiayaan kereta berdasarkan Konvensional dan Islamic) lalu ia akan jadi seperti rescheduling biasa. Justeru nota BNM sebelum ini menyebut terdapatnya accrued interest dan profit dengan kenaikan 2 % adalah DIPINDA. Islamic banks juga terselamat dari kesukaran melakukan perubahan pada kontrak jika profit terakru.

Bank yang paling terkesan dengan pengumuman ini kerana paling banyak produk berasaskan HP adalah Public Bank yang punyai portfolio sebesar RM51.77 billion, diikuti Maybank, AMMB dan Hong Leong Bank. Public bank mungkin terpaksa menyerap kos sebagai 'modification loss' sebesar RM 2-4 billion..! untuk porduk Hire Purchase sahaja.

PRODUK SELAIN HIRE PURCHASE ?

Namun tiada kejelasan LAGI berkenaan pinjaman konvensional & Islamic yang tidak menggunakan Hire Purchase Contract, contoh seperti produk Pinjaman perumahan, korporat, term loan, personal financing dan lain-lain, saya tidak pasti adakah terangkum dalam pengecualian ini atau tidak. Setakat ini kelihatan ia tidak TERANGKUM. Wallahu 'alam. Kita tunggu pengumuman seterusnya kelak, dan teruskan berharap dan berdoa untuk rakyat.

Cuma bagi mereka yang sudah Opt Out dan berhubungan dengan Bank, kerana tidak mahu terjebak dalam profit terakru sebelum ini, mereka pula dikira sedikit kerugian tidak mengambil peluang dari moratorium ini. Harap bank fleksible untuk membenarkan kembali mereka untuk mengambil Moratorium semula.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
5 Mei 2020

Dijemput untuk mengikuti pelbagai info bermanfaat bersama saya di pelbagai platfrom berikut:

1] MyClaaz (Untuk sesi Private Consultation on Shariah & Bisnes) : https://myclaaz.com/app/#/tutor/8
2] Instagram : https://www.instagram.com/drzaharuddinrahman/
3] Telegram Group : https://t.me/DrZaharuddinGroup
4] Facebook :
a] https://www.facebook.com/DrZaharuddin/
b] https://www.facebook.com/DrZaharuddinAR/
5] Linkedin : https://www.twitter.com/DrZaharuddinAR
6] Website : www.zaharuddin.net
7] Youtube Channel : http://www.youtube.com/c/DrZaharuddinOfficialChannel



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 5 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Morarorium 6 Bulan Dikecualikan 'Accrued Interest/Profit'?