Assalamualaikum,
Saya ada mengikuti beberapa siri ceramah ustaz di youtube dan juga web ini. Saya berminat untuk mendengar seberapa banyak ceramah ustaz, jadi bolehkah ustaz berikan info dimana saya boleh dapatkan ceramah penuh ustaz dan apa jua medium untuk saya menuntut ilmu dengan cara tidak rasmi ini dari ustaz.
Saya amat berminat mendengar ceramah ustaz. Saya juga minta ustaz dapat jelaskan beberapa displin menerima ilmu melalui ceramah. Terima kasih
-Pemuda Islam-
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Terima kasih atas minat sdr dan niat sdr yang sebegitu baik. Saya ingin menasihati saudara agar mengambil ilmu dari pelbagai sumber dan penceramah. Namun sdr perlu melihat latarbelakang penceramah tersebut dan jangan hanya terikut-ikut dengan populariti seseorang.
Terdapat ramai penceramah dan ilmuan yang tidak popular di sisi masyarakat namun mampu memberikan ilmu yang amat mantap dan baik kepada pendengarnya.
Terdapat juga penceramah yang tidak begitu mahir dalam menyusun ayat-ayat atau menyelitkan lawak-lawak jenaka, namun isi kuliahnya adalah amat cemerlang.
Justeru, pelbagaikanlah dan janganlah terhenti hanya kepada penceramah satu aliran. Nilailah setiap ceramah dari mereka yang pakar dengan adil. Buangkan isi-isi hodoh yang diungkapkannya, campakkan sikap memaki dan merendah jika ada tersilt dalam ceramah mereka. Cukuplah manfaatkan yang baik darinya. Lihatlah kepada positifnya berbanding yang negatifnya. Janganlah merasa pelik dengan sikap sebahagian penceramah yang kelihatan bukan dari akhlak Islam, ini adalah kerana mereka juga manusia biasa yang punyai kelemahan dan dosa. Manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk.
Firman Allah SWT :-
Ertinya : yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal ( Az-Zumar : 18)
Adapun soalan sdr berkaitan beberapa displin menerima kandungan ceramah :-1) Semak latar belakang penceramah dan kenali bidang apakah kepakaran beliau. Imam Malik Bin Anas berkata :
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون
Ertinya : " Sesungguhnya pengambilan ilmu ini adalah agama, maka telitilah dari mana kamu ambilinya (ilmu) agamamu " ( Siyar A'lam An-Nubala, 5/343)
2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda ingin dengarinya. Ia penting untuk mendapatkan gambaran akan siapakah ia dan sejauh manakah info yang disampaikannya boleh diterima pakai.
3) Mendengar dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh-separuh kerana ia mungkin sahaja akan menyebabkan perkataan penceramah difahami di luar konteksnya. Petikan-petikan di youtube biasanya kurang dari 10 minit, justeru kemungkinan ia di luar konteks adalah wujud dan pelru berhati-hati mengambilnya.
4) Jangan ambil serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh penceramah kepada mana-mana tokoh dan individu lain. Kebanyakkannya dilontarkan secara tidak adil dan salah faham semata-mata.
5) Mendengar satu ceramah dari mula sehingga habis dalam satu masa. Jika anda mendengar sekerat dan sekerat, ia menjauhkan anda dari mendapat kefahaman bermanfaat dari ceramah tersebut.
6) Sebaiknya, dapatkan penceramah yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan hadis secara nasnya. Ia adalah sebaik-baiknya kerana ia akan mendekatkan anda dengan sumber asas. Namun, mempunyai nas tidak semestinya intrepertasinya dan penggunaannya adalah betul dan tepat. Tidak dinafikan terdapat penceramah yang tidak membaca sebarang nas, tetapi semua kandungannya bertepatan dengan al-quran dan hadis. Kesimpulannya, kebijaksanaan anda dalam memilih adalah amat perlu dalam hal ini.
7) Setelah mendapat seusatu ilmu atau kesimpulan dari sesuatu ceramah, janganlah terlalu taksub atau ikut sehingga mengunci fikiran dan minda dari sebarang pandangan ilmuan lain yang berbeza.
8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta menisbahkannya kepada penceramah asal. Ia dengan mudah boleh mengakibatkan salah faham dan kesan buruk kepada penceramah asal. Banyak terjadi, sesuatu dakwaan dinisbahkan kepadanya sedangkan ia adalah hasil ubahsuai pendengar atau anak muridnya.
Saya merasakan itulah sahaja yang sempat untuk saya kongsikan bagi menjawab soalan ini. Semoga ada manfaatnya.

Berikut disertakan:-
001. Maulid Nabawi (Unsur Syirik Dalam Kehidupan)
April 2007, Precint 9, Putrajaya
http://www.mediafire.com/?lebgez91zy3
002. Rasulullah Pakar Ekonomi
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang
http://www.mediafire.com/?em4414mmyxm
003. Penjelasan FOREX
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang
http://www.mediafire.com/?z4tulsxagzz
004. Soal Jawab Pelbagai
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang
http://www.mediafire.com/?hxm8ax4jvjz
005. Pelaburan Internet
10/4/2007, Surau Damai, Jalan 2, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?1gegdvmwd99
006. Halal & Haram (Aurat)
20/4/2007, Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara
http://www.mediafire.com/?oldmjiigggm
007. Usul Fiqh (Isu Semasa)
1/5/2007, USJ12
http://www.mediafire.com/?jryimbttxzm
008. Kuliah Isu Semasa
2/5/2007, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?ipsovmte1jm
009. Soal Jawab Kuliah Isu Semasa
2/5/2007, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?zep40gqowzi
010. Muamalah & Isu Semasa
3/5/2007, Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam
http://www.mediafire.com/?mmgjylmkgst
011. Halal & Haram (Hubungan Sesama Islam)
20/5/2007, Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya
http://www.mediafire.com/?nrx2mewht9b
012. Halal & Haram (Bab Nafsu)
25/5/2007, Masjid Saidina Umar, Damansara
http://www.mediafire.com/?stl3ydgmrh9
013. Pelaburan Haram (Riba)
26/5/2007, Surau Telok Menegon, Klang
http://www.mediafire.com/?9xavqdd1vy9
014. Halal & Haram Pelaburan Saham
9/6/2007, Surau Al-Firdaus, Bandar Sri Permaisuri
http://www.mediafire.com/?imuqfmmnbt5
015. Hak Sesama Manusia
24/6/2007, Masjid Al-Mujahidin, Damansara Utama
http://www.mediafire.com/?bmlmzn3n9tz
016. Mencari Pendapatan Halal
29/6/2007, Surau An Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?s1n4tx1sezq
017. Kaedah & Hukum Jual Beli
29/6/2007, Surau An Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?oj8bmevvbny
018. Halal & Haram (Syubhah)
20/7/2007, Surau Al Furqan, Bandar Baru Selayang
http://www.mediafire.com/?0zjvyxugn1l
019. Usul Fiqh (Mazhab Sahabat)
30/7/2007, Surau Al Muttaqun, USJ12
http://www.mediafire.com/?gfl1mmzw2v3
020. Israk Miraj
2007, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
http://www.mediafire.com/?4xinhilmnms
021. Ceramah Muamalat (Mudharabah & Musyarakah)
18/12/2007, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?tyngdsn9syn
022. Pembentangan Kertas Kerja Muamalah
29/12/2007, Multaqa Ulama Muda, Darul Fuqaha
http://www.mediafire.com/?y9bc41bg4cm
023. Pengajaran Hijrah
11/1/2008, Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara
http://www.mediafire.com/?cmhclai1otg
024. Pendapatan & Ekonomi Islam
12/1/2008, Bangunan MAS, KLIA, Sepang
http://www.mediafire.com/?9nvcmvxn14v
025. Ceramah Muamalat (FOREX & Leverage)
13/1/2008, Surau Mustaqimah, Cheras
http://www.mediafire.com/?2iz2dddjbm4
026. Halal & Haram (Hubungan Sesama Islam)
20/1/2008, Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya
http://www.mediafire.com/?nrx2mewht9b
027. Ceramah Kewangan Islam (Riba, Takaful, Bank Islam, Hedging)
24/1/2008, Fakulti Ekonomi, UKM
http://www.mediafire.com/?yuqyx5j9ucm
028. Forum Ad-Deen (Zakat Jana Ummah Cemerlang)
2/2/2008, Masjid Puchong
http://www.mediafire.com/?swtuhphbxm9
029. Pembiayaan Rumah Cara Islam Bai Bithaman Ajil (Komen ASB bersama Dr Haron Din)
19/2/2008, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?tntzxwoww2j
030. Hubungan Perkahwinan
22/2/2008, Masjid Saidina Umar, Damansara Heights
http://www.mediafire.com/?2lbmth3ud0n
031. Rasuah Konteks Semasa
18/3/2008, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?tujyhmdjmew
032. Maulidur Rasul
21/3/2008, Surau Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam
http://www.mediafire.com/?03ojgtagmy1
033. Ceramah Khas Maulidur Rasul
22/3/2008, Dataran Perumahan Daisy, Taman Subang Perdana
http://www.mediafire.com/?kiwinzmwm4e
Sharekey Folder di Mediafire.com:
http://www.mediafire.com/?sharekey=9438814f86f0a79cd5a101cf914073b4e926eb504c8aaf8c
002. Tanyalah Ustaz - Isu Perbankan Islam Siri 1 - 31 Dis 2010
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Isu Perbankan Islam Siri 1 - 31 Dis 2010
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?kwevnnih5iean4h
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?zwgrbupsxmrs077
Credit to: Syeikh Jazimin Aziz
003. Tanyalah Ustaz - Isu Perbankan Islam Siri 2 - 1 Januari 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Isu Perbankan Islam Siri 2 - 1 Januari 2011
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?cc4rsx8rk4x66l9
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?srn1pmd9fi4ct74
Credit to: Syeikh Jazimin Aziz
004. Tanyalah Ustaz - Isu Perbankan Islam Siri 3 - 2 Januari 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Isu Perbankan Islam Siri 3 - 2 Januari 2011
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?55s6914092g48m3
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?goav7mwi4i51pcs
Credit to: Syeikh Jazimin Aziz
005. Internet Baik dan Buruknya
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Internet Baik dan Buruknya
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?23c8o2xlsw0yru9
006. Ulasan Riba dan menjawab Syeikh Imran Husein
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Ulasan Riba dan Radd Syeikh Imran Husein
Link 2 4Shared: Ulasan Riba dan Radd Syeikh Imran Husein
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?f9uz75cw7259zuj
Credit to: Abu Thalhah
here are the lyrics: shakautu ila Waki` su'a hifdhi wa arshada-ni an tark al-ma`asi wa akhbara-ni bi anna ilman nur wa nur Allah la yu`ta al-`as The great Imam ash-Shafi', he went to his teacher Waki` Complaining about the weakness of his memory. He told him, 'abandon rebellion, for knowledge is a light And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.'
www.zaharuddin.net
19 Ogos 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Quality audio ceramah2 di blog ustaz very poor lah. harap dapat improve, syukran.
pembiayaan yg diluluskan cthnya rm28000,
tempoh bayaran balik 15 tahun,
upah pengurusan pembiayaan rm4200(pembiaya an yg diluluskan x 1% setahun x tempoh bayaran balik)
ansuran bulanan rm178.89 selama 180 bulan.
boleh x ustaz terangkan status rm4200 itu riba atau macam mana?
ustaz, saya minta kebenaran bagi memuat turun ceramah ustaz. semoga ilmu yang di terapkan di dalam ceramah ustaz dapat saya ambil ikitibar..
wasalam
Apakah hukum menyewakan rumah kepada penganut ugama lain? Harap ustaz boleh tolong.
Terima kasih.
saya mempunyai koleksi ceramah ust berbentuk audio(mp3), jadi di sini saya ingin memohon kebenaran drpd ust utk mndgr ceramah ust. kerana ust saya ada berpesan lbih baik agar diminta kebenaran penceramah sblm mndgr,,,bgi mnjamin keberkatan ilmu itu.
Mohon ust benarkan...
Saya sangat setuju dengan apa yang Ustaz nyatakan. Periksa latar belakang setiap penceramah. Ambil yang baik dan ketepikan yang negetif.
Ustaz, saya terbaca di dlam sebuah buku bahawa, seandainya kita menganjurkan pertandingan dan kita menggunakan duit yang dibayar oleh peserta sebagai wang penyertaan, hukunmnya adalah HARAM. Mohon jasa baik ustaz untuk menjelaskan isu ini. Jika ianya haram, adakanh cara di mana kami dapat mengelakkannya kerana ada yang mencadangkan agar kami membenarkan satu pasukan tidak perlu membayar wang penyertaan. Mohon agar ustaz menjelaskan isu ini kerana kami takut akan tersilap kerana pada dasarnya kami menganjurkan pertandingan ini untuk mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan syarikat dan juga rakan niaga yang lain. Semoga kami tidak terjebak di dalam perkara yang Haranm. Terima kasih.
sy nak tanya, bagaimana pandangan uztaz tentang sistem bank hari ini yang ada sistem konvesional dan pada masa yang sama ada sistem islamik.
sistem bank konvesional yang ditawarkan kepada orang bukan islam adalah ada unsur riba dan islamik tiada unsur riba.
walaubagaimanap un...golongan yahudi dahulu pernah dihalau dari tanah suci oleh Allah s.w.t kerana mengamalkan mengambil riba dengan orang bukan yahudi dan tidak mengambil riba dengan golongan sesama yahudi.
adakah 2 sistem ini perkara yang sama di zaman yang berbeza?
saya telah membuat perjanjian dengan seorang hamba Allah unntuk menjelaskan bayaran bulanan kereta saya. Apabila perjanjian angkat sumpah depan pesuruhjaya sumpah telah siap, dia telah menggunakan kereta saya dan hanya tiga bulan kereta saya dibayar kepada bank.Selepas itu, kereta saya tidak lagi dibayar malah kereta saya telah dibuat sewa olenya kepada orang lain hingga kereta saya telah dicuri. Oleh itu bank telah menelefon saya untuk minta bayaran bulanan kerana nama kereta itu masih lagi nama saya. Ustaz, dari segi hukum, hutang ini adakah saya yang tanggung atau Si Polan itu yang tanggung kerana kami telah membuat perjanjian dan ada saksi.Minta perjelasan ustaz kerana bank ingin menyaman saya..fikiran saya dah buntu.Assalaimualaiku m.
Ustaz, saya nk minta Ustaz sekiranya ada upload video rancangan Tanyalah Ustaz "Amar Makruf Nahi Mungkar" yang bersiaran baru2 ini. Saya rasa tajuk ini sangat releven pada masa kini di zaman yang penuh dengan fitnah dan kemungkaran. Saya sendiri pn x sempat nk tengok yang hari ke-2. Cuma sempat yang hari 1 dan last. Semoga video ini dapat menjadi panduan kpd kita semua dan disebar2kan supaya semua orang dapat manfaatnya. Maklumlah saya rasa amat sedikit yang ada keazaman dan mujahadah nk tgk rancangan kuliah agama pkul 7 pagi pada weekend lagi.
Wallahhua'lam.
p/s kalu dah post mohon update dalam FB ustaz. Tq
persoalanya,,ad akah haram membinkan itu?
dan jika anak tadi sudah mencapai umur yang sudah dewasa,adakah patut di ubah?
macam mana pula jika diwaktu akad nikah(bagi anak perempuan) wali hakim tersebut menggunakan nama beserta bin 'ayah' tadi? mintak respon ustaz yer,,,
Saya hndk tnya, apa beza antara conventional microfinancing dan islamic microfinancing yg menggunakan konsep bai al inah? sbb saya tgk kadar byrn balik antra 2-2 ini (mcm bsn) sama sdgkan setahu saya islamic guna kadar keuntungan, brpa yg kt untung bulan tue, i2 yg kita byr... macam mana nk attract non -muslim guna kalau byrn antra dua financing ini sama dan kelebihan dia hanya halal utk muslim shj..ada risk sharing ke dlm konsep ini mcm produk islam yg lain?Minta tlg ustaz betulkn pemahaman saya kalo silap..terima kasih...
I am interested in Islamic Management. Any articles available in English?Examples of topics: Inculcate an Islamic work culture & environment, Islamic time management, conflict solving, work ethics, responsibility & accountability of managers, Rasulullah's leadership role model, etc, etc.
Can Ustaz recommend a complete course material. I am prepared to pay for it.
Wssalam
Faheem Puah Abdullah
adakah ianya mempunyai unsur riba.. harap dapat pejelasan dari ustaz..
Saya seorang peniaga dan penternak kambing. Saya sudah puas mencari info aqiqah seperti hadis berkenaan umur kambing yang cukup umurnya untuk ibadah aqiqah ini. Kerana sekarang ini terdapat banyak baka kambing dari luar negara yang mempunyai saiz besar walaupun baru berusia 6 bulan tetapi sudah jauh lebih besar dari kambing tempatan Pernah terdengar di radio, ceramah daru ustaz zulkifli al bakri yang menerangkan perkara ini. Diharap info aqiqah dari ustaz ini akan menjawab persoalan ini.
Terima kasih
tq.
Saya telah mendirikan rumahtangga selama 17 tahun . Sejak tahun lepas suami saya telah berjumpa semula dengan kawan perempuannya melalui facebook. Saya dapat tangkap kegiatannyanya.Sejak tu saya selalu check hpone suami. Saya sering bergaduh dan minta dia putuskan hubungan dengan perempuan tu & talipon perempuan tu minta tolong dan merayu jgn layan dan contact suami lagi, tapi hampa. Perempuan tu isteri orang.
Sekarang ini saya sudah tidak nampak sms ataupun call dari perempuan tu. Baru2 ini saya ada terbaca message dari perempuan tu difacebook. Suami juga pernah berjanji akan buat apa sahaja utk kebahagian kami dan mengatakan yang di sayang dengan saya dan anak2. Masalahnya saya sekarang antara percaya dan tidak dengan suami. Tolonglah ustaz memberi pandangan dan nasihat yang saya boleh amalkan, kerana saya betul2 tak tahu apa yang perlu saya lakukan, saya sangat2 sayang dengan suami dan anak2 saya. Tolonglah saya ustaz.
Baru2 ini emak saya mendapat pampasan insurans daripada AmAssurance untuk penyakit kritikalnya.Emak saya telah menyertainya lebih dari setahun.Persoalannya
bolehkah duit tersebut digunakan bagi tujuan2 berikut :
1) mengerjakan haji
2) buat ibadah korban
3) bayar zakat
4) bayar hutang arwah ayah saya?
Harap ustaz dapat jelaskan.Terima kasih.
ana berminat dengan penerangan dan pencerahan ustaz dalam sesuatu isu yang membawa aliran pertengahan antara khilaf.. (barakaLlah lak)... cuma ana nak tahu kot2 ada koleksi ceramah yg terkini atau dalam tahun 2010
need ur input regarding the possibilities that the role of Dhaman Al-Ijtimaiyyah be made possible through the formation of Takaful services provided through Public Trustees,manage d by professionals for the benefit of the Ummah, rather that for the benefit of shareholders.
Need ur help ustaz, Tq.
Assalamalaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh ....
Ustaz ,
Saya ingin sangat meminta bantuan kepada ustaz akan bagaimanakah ingin membuat tugasan yang ada kaitan dengan Fiqh Muamalat (RIBA) bolehkah ustaz emailkan kepada saya satu contoh assignment kepada saya sebagai rujukkan satya . Saya hanya perlukan untuk melihat format dan bentuk olahan ustaz sahaja.Saya ingin mengetahui bentuk olahan ayat sahaja.Buat pengetahuan ustaz saya sudah memiliki buku ustaz iaitu "WANG ANDA & ISLAM ," Sekian sahaja terima kasih...Wassalam
UZAR : UTK TAHU FORMAT, SILA PERGI PERPUSTAKAAN UNIVERSITY ..INHSALLAH IA AKAN BANYAK MEMBANTU KHUSUSNYA DENGAN MELIHAT TESIS MASTERS DAN PHD.
kami menubuhkan sebuah koperasi keluarga. Ibubapa kami mahu menyerahkan hartanya kepada koperasi tersebut untuk diuruskan.Hasil/untung daripada pengurusan koperasi terhadap harta tersebut yang akan dibahgi mengikut faraid kepada anak-anaknya. Katanya dengan cara ini harta tak terjual dan akan dinikmati oleh anak cucunya. Bolehkah kaedah sebegini dalam pengurusan harta pusaka? Ada ustaz lain kata ibubapa kami wakafkan kepada koperasi untuk diurus dan selepas diambil kos pengurusan dan sedikit keuntungan, akan dibahagikan hasil itu kepada anak-anak.
Minta pandangan ustaz.
RSS feed for comments to this post