Soal Jawab & Isu Pilihan Subuh Tapi Masih Belum Mandi Wajib : Sah Puasanya ?

Subuh Tapi Masih Belum Mandi Wajib : Sah Puasanya ?

  • PDF
(57 votes, average 4.74 out of 5)

Masuk Waktu Subuh Dalam Keadaan Berhadas

Besar atau Junub : Sahkah Puasanya ?

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

SOALAN

 

Assalamualaikum,Ustaz. 
 
Saya nak tanye, semalam saya melakukan onani selepas berbuka puasa dan sampai sekarang saya belum mandi wajib.. 
 
Sah ke puasa saya hari ni, Ustaz sekiranya saya tak mandi sampai buka puasa nanti @ sampai hari yang seterusnya?? 

 

- soalan melalui ruangan komentar - 
 

Subuh terlepas dah ni

JAWAPAN

Jika apa yang anda soal ni benar-benar berlaku. Hukumnya seperti berikut :-

1) Anda berdosa yang amat besar kerana anda tidak menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh, jika anda mati tatkala itu, mungkin mati dalam keadaan sangat hina dan terkutuk kerana berada dalam hadas besar serta meninggalkan solat dengan sengaja. 
 
2) Onani juga adalah satu dosa walaupun ia bukanlah satu dosa besar, justeru jika anda tidak mandi sehingga waktu berbuka, dosa memang amat besar  kerana ia bermakna anda juga tidak menunaikan solat semua waktu di siang harinya, iaitu Zohor dan Asar. Bertawbatlah.  
 
3) Dari sudut hukum puasa pula, puasa anda adalah sah jika telah berniat untuk berpuasa sebelum menjelang azan subuh, walaupun pahala puasa amat terganggu kerana tidak menunaikan solat. 

 

SOALAN KEDUA DAN KETIGA YANG BERKAITAN :

Assalamualaikum

 

Ustaz, adakah sah puasa seseorang sekiranya dia masih belum mandi wajib sehingga terbenam matahari?? 
 
Assalamualaikum,Ustaz.  

Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?  

 

JAWAPAN

Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.

Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )

Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

26 September 2007

14 Ramadhan 1428 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #69 mndi junub setelah beronani pada waktu petangedy 2012-03-10 17:02
asslamualaikum...saya sentiasa beronani pda waktu petng dan mandi wajib pada waktu pagi hari berikut,,tpi klaw saya mndi trus pada waktu ptng tersebut selepas beronani,,,adak ah ia sah mandi wajib saya sah??
Quote
0 #68 mndi junub setelah beronani pada waktu petangedy 2012-03-10 16:59
assalamualikum, ,,,sah kah klaw saya beronani pada waktu petang dan mandi wajib terus dan terus menunaikan solat fardu asar? adakah ia sah???
Quote
+5 #67 soalansayala 2012-02-18 18:02
saya ada satu soalan?

sesudah keluar air mani saya terus mandi wajib...selepas selesai mandi saya dapati masih ade sedikit air mani masih ada...adakah sah mandi wajib saya itu ustaz
Quote
-1 #66 cukur kening dan bulu kaki..??manusia biasa 2011-10-30 11:49
..????
Quote
+1 #65 cukur kening dan bulu kaki..??manusia biasa 2011-10-30 11:48
apa hukum ny ustaz kalo kita mencukur bulu kening dan bulu kaki..?? sbb saya ragu2 tentang hal ini.. blh ka beri kan hukum ny yg sebetul ny...
Quote
0 #64 time kasehfree time access 2011-10-16 11:37
ooo..br saya tau...terima kasih ustaz.....sila layari blog saya freetimeaccess.blogspot.com/
Quote
+4 #63 perkahwinan di sepadan.kuriku 2011-08-16 14:06
salam ustaz. sy nak bertanya. saudara sy telah berkahwin di sepadan thailand. lengkap dgn surat konsult. tetapi setiap kali sy nasihatkan dia utk daftar di malaysia, dia takut. isterinya mengandung sebelum mereka bernikah. adakah sah perkahwinan itu dan adakah ank itu nanti dapat di bin kan atas namanya? harap ustaz dpt membantu.
Quote
+1 #62 Sharecx 2011-08-08 05:50
As Salam Ustaz, sy mohon share ilmu ini dalam blog saya ya. Terima Kasih Ustaz :)
Quote
+11 #61 mandi junub setelah waktu zuhurmohd iman 2011-08-06 16:54
assalamualaikum uztaz. bagaimana seseorang itu sedang berpuasa tetapi berjunub sehingga masuk waktu zuhur akibat kelalaian yang tidak disengajakan. Namum telah mandi junub setelah masuk waktu zuhur bagi menunaikan solat zuhur. mohon ustaz jawab dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan. :

a) adakah puasa masih sah
b) wajib tak ke gantikan puasa
c) adakah dikenekan kifarah.

terima kasih ustaz.
Quote
0 #60 kongsi artikellyafrina 2011-08-01 15:33
askum ustaz...

saya mohon izin utk kongsi artikel ni dlm blog saya..
Quote
+3 #59 NafkahNis 2011-06-24 18:24
Assalamualaikum ustaz!
Saya nak tanya, bagaimanakah pemberian nafkah oleh suami kepada isteri yang bekerja? Adakah boleh suami meminta wang gaji isteri samada untuk keperluan rumah apatah lagi untuk keperluan dirinya sendiri?
Quote
+1 #58 as,salam...mi 2011-03-25 15:14
saya nk tanya ....apaila kita menjual rumah yg masih ada baki di bank yg belum dijelaskan......
contoh..jual rumah dapat baki di bank rm 50,000
tolak bayaran bulanan 10 tahun yg telah di byr oleh penjual tersebut lebih kurang 30,000....jadi haruskah sipenjual tadi mengeluarkan zakat jualbeli. kalau kena byr, mcmnakah pengiraan ....
Quote
+2 #57 syarat sah solatkhairul fahmi 2011-02-25 21:59
assalammualaiku m uztaz, saya nak tanya sedikit soalan.
bila seseorang lelaki itu sudah baligh tetapi belum berkhatan,adaka h lelaki itu cukup sah untuk menunaikan solat? :D
Quote
+5 #56 Mandi Wajib x basah Rambut?Insan Biasa 2010-11-26 10:04
Salam Ustaz...
Saya ingin bertanya, adakah sah mandi hadas/wajib selepas bersetubuh seseorang wanita itu kalau dia tidak membasahkan rambutnya?
Terima kasih.
Quote
+2 #55 auratsyamsiyah 2010-10-03 05:35
assalamualaikum ustaz..saya ada beberapa soalan tentang aurat..
1.suami saya yg bru ialah saudara baru,bagaimana keadaan aurat anak perempuan saya(anak tiri dia) dgnnya,adakah b
atal air sembahyangnya dgn anak saya ?
2.aurat anak saya dgn anaknya yg blum msk islam
3.aurat anak saya dgnnya jika saya sudah bercerai dgnnya..
4.aurat saya dgn anak tiri saya (anak suami saya yg blum islam )
5.bolehkah jika kita pasang cd mengaji quran sepanjang malam utk orang yg sedang sakit @nazak.pada siangnya anak2 baca yassin.
6.apakah alamatnya seseorang yg sakit teruk, matanya asyik pandang ke atas..
7.aurat anak saya dgn abg ipar saya ..
8.aurat saya dgn suami mak saudara saya..

tkasih ustaz.. :-? :-)
Quote
+6 #54 MujahadahLuqman 2010-09-16 03:58
Salam..bukan mudah untuk mengawal nafsu, sesungguhnya berjihad menentang musuh itu lebih mudah jika di bandingkan jihad menentang nafsu..jgn putus asa..cuba dekatkan dri dgn org2 alim..jgn biarkan diri berdua2an bersama teman lelaki, masalah ini hmpir terjadi kepada semua remaja yg belum berkahwin..teruskan berdoa dan bermujahadah..insyaAllah Allah akan mempermudahkan dan memberi jalan keluar kepada masalah ini..Allahua'lam
Quote
+3 #53 RAGU RAGU TENTANG HUKUMAAAA 2010-09-09 17:07
APAKAH PERLU BAYAR KAFARAH SEPERTI SUAMI YANG MEMBUAT HUBUNGAN DENGAN ISTERINYA?
Quote
0 #52 komen pada soalan yg x dijawapnoni makaroni 2010-09-04 15:16
perkara terkutuk yg macam mana?sesungguhnya solat itu dapat menjauhkan kita daripada perkara2 maksiat dan mungkar.sekiranya masih x dapat nk halang kita daripada perkara mungkar mungkin solat kita tu belum sempurna...alluahalam.
Quote
+1 #51 Subuh Tapi Masih Belum Mandi Wajib : Sahnona makaroni 2010-09-04 15:08
kalo xder air...kena tayamum n boleh solat.Lepas tu kalau jumpa air kena mandi wajib dgn air la mcm biasa . . . . .wallahualam.
Quote
+1 #50 .....Failasuf 2010-09-03 00:57
mengeluarkan mani dengan sengaja samada onani/bersetubuh disiang hari, Batal Puasa.
Quote
-3 #49 daging kanggarohananni 2010-08-24 17:01
adakah daging kanggaro halal dimakan? mengapa?
Quote
0 #48 Nifas vs puasa.Syarifuddin 2010-08-24 08:20
Salam ustz. Bilakah seseorang isteri wajib berpuasa slps bersalin...? Adakah sebaik shj kering darah nifas (tak kira slps berapa hari), ato slps 40 hari ato slps 2 minggu (walopun nifas kering awal)...?
Quote
0 #47 sah tp dosa besaryan 2010-08-24 04:58
dalam article ni uzar dh trgkn dgn jelas..hukum puasanya sah..tp dosa besar sbb tak solat subuh
Quote
+2 #46 mimpi basah dalam bulan ramadhanPekopon 2010-08-23 19:49
persoalan sy same dgn Amin007...sesudah sy solat subuh sy tidur...smasa tidur itu sy telah mimpi basah...kemudian sy segera mandi wajib..krn takut trbatal puasa sy, sy tidak mengalirkn air ke dalam lubang hidung sy..sy hanye menyapu luar hidung shj...adakah sah mandi wajib sy itu??? harap ustaz dpt terangkn masalah ini...
Quote
+2 #45 melewatkan mandi hadasiman 2010-08-16 18:13
ustaz, masalahnya adalah: melakukan hubungan suami isteri pd malam hari, selepas sahur menyambung tidur hingga terlepas waktu subuh dan terus mandi biasa dan pergi kerja.. tetapi melaksanakan mandi hadas sebelum waktu zohor lebih kurang dalam jam 1.00 thgari..adakah sah puasa pada hari itu jika mandi hadas sebelum waktu berbuka..
Quote
+1 #44 kemusyikilan melancap di bulan puasamuhammad farid jalaluddin 2010-08-14 20:07
Asalamualaikum ustaz,
Saya ingin bertanye tentang kemusyikilan melancap di bulan puasa dengan sengaja, adakah ia membatalkan puasa, ataupun tidak mambatalkan puasa
Quote
+2 #43 Mandi wajib 2 kalifuad 2010-08-11 04:00
Assalamualaikum ,
Sekiranya telah bersetubuh kemudian belum mandi wajib, selepas itu beronani, adakah perlu mandi 2 kali untuk menghapuskan hadas besarnya?
Quote
+2 #42 kemusykilan????saudara musykil?? 2010-08-11 01:49
salam ustaz..
sy nak bertanya mengenai mandi hadas..adakah sah solat sekiranya sebelum mandi hadas kite mengambil wuduk terlebih dahulu dan kemudian baru mandi hadas dan terus solat.adakah sah solatnya?
Quote
0 #41 dosa besarishah 2010-08-06 07:13
nama pun dah zina tetap lah berdosa tak kira lah bulan apa.
Quote
0 #40 nk tahu sgt2 ..orang .. 2010-07-24 09:51
ustaz , bgaimanakah cara mandi wjib dan niat bg org yg sudah beronani ?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 115 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Subuh Tapi Masih Belum Mandi Wajib : Sah Puasanya ?