Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Komen Ringkas Pakej Rangsangan Terbaru COVID19
  • PDF
(2 votes, average 4.50 out of 5)

Komen Ringkas Pakej Rangsangan Terbaru COVID19 

Oleh

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

stimulus

1. Secara umum, saya berpendapat tawaran dan bantuan yang berjumlah RM 250 billion oleh kerajaan adalah baik dan wajar serta bersesuaian dengan tahap keseriusan bencana yang dibawa Covid 19. Jumlah keseluruhan pakej ini adalah 17 % daripada KDNK. Amerika Syarikat hanya memperuntukan USD 1 trilion untuk rangsangan ekonomi mereka, iaitu 7 % dari KDNK mereka. Namun begitu, jumlah sebenar wang dalam pakej ini adalah RM 150 billion sahaja, kerana RM 100 bil lagi adalah dalam bentuk penangguhan hutang bank sahaja. Apapun, kebersediaan kerajaan Malaysia dalam hal ini, dilihat lebih bersungguh-sungguh dan rela memberikan sebaiknya untuk kebaikan negara. Ini adalah wajar dan benar, kerana impak COVID19 telah menyebabkan pertumbuhan KDNK menyusut lebih 3 % dengan 1 juta rakyat hilang pekerjaan. Nilai RM jatuh lebih 9 % dan FBM KCI jatuh 20 %, pendapat isi rumah turut menurun 12 %. Hasil jualan PKS jatuh lebih 80-90 %. Semua ini menunjukkan tahap keseriusan yang tinggi. Lebih RM 126 biliion digunakan untuk membantu rakyat secara langsung, RM 104 billion digunakan untuk menyokong perniagaan & ekonomi..

2. Sebagai pilihan dan petikan terpilih dari keseluruhan pakej, dari sudut mikro adalah seperti berikut:

  • Subsidi kerajaan untuk membayar RM 600 setiap bagi tempoh 3 bulan sebagai gaji pekerja swasta bergaji RM 4000 ke bawah yang mana prestasi syarikatnya menurun lebih dari 50%, langkah ini adalah bertepatan dengan cadangan banyak pihak untuk membantu syarikat IKS, khususnya yang menunjukkan penurunan ketara akibat Covid 19. Ia bakal membantu syarikat IKS terbabit untuk terus hidup tanpa perlu membuang pekerja atau mengurangkan gaji. Pun begitu, kita berharap kerajaan sudah mempunyai mekanisma bagi melaksanakan tapisan bagi syarikat yang layak ini. Tanpa data dalam bentuk digital lengkap, pelaksanaannya adalah menjadi sangat sukar. Laporan kewangan syarikat yang dihnatar ke SSM mungkin boleh dijadikan panduan. Namun, banyak syarikat IKS yang langsung tidak menghantarnya, untuk mengenalpasti ketulenan mereka mungkin lebih sukar.
  • Pengecualian dan penangguhan selama 6 bulan bagi bayaran sewa PPRT, bayaran bulanan bagi pemilik rumah PPRT, perumahan awam penangguhan bayaran balik PTPTN, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK); bagi saya semua ini sangat sesuai yang kena pada sasarannya di waktu ini.
  • Pengeluaran simpanan persaraan akaun B, bagi saya ia kurang perlu kecuali covid bepanjangan lagi lebih dari bulan April. Ini kerana simpanan warga Malaysia B40 dan M40 adalah masih tidak begitu tinggi dan lebih 50 % kurang dari RM250,000, membenarkan ia dikeluarkan mungkin akan lebih membebankan mereka di masa akan datang.
  • Dana RM 100,000 ke RM 200,000 untuk para petani industri agromakanan juga amat baik bagi merawat keperitanan sewaktu musim covid 19. Namun diharapkan ia tidak habis menjadi modal kerja sahaja untuk bayaran gaji tanpa hasil tulen dalam bentuk hasil dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 4-6 bulan.
  • Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020. Saya menjangkakan tawaran yang lebih baik dari kerajaan, sebagai contoh diberikan diskaun ke atas cukai pendapatan dan cukai syarikat bagi tahun 2019. Ini adalah kerana kesan cukai ini akan sangat dirasai pada bulan Mac dan April tahun ini, iaitu bertepatan dengan masa gawat COVID 19. Sekadar penangguhan tidak meringankan beban sebenar kecuali sementara sahaja sedangkan kesan ke atas pendapatan dan perbelanjaan adalah kekal dan berpanjangan.
  • Beberapa penumpuan terhadap makanan dalam negara seperti dana khas RM 1 bilion, peruntukan simpanan, infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman, Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju. Ini semuanya sesuai sewaktu setiap negara mulai rasa bimbang dengan kecukupan pengeluaran dan pembekalan makanan di negara masing-masing.
  • Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%. Bagi saya, ini tidak begitu memberangsangkan kerana kadar faedah Fixed Deposit pun hanya mampu memberikan 2.4 % di ketika ini. Saya sebenarnya berharap tabung ini mampu memberikan pinjaman TANPA FAEDAH sehingga RM 300,000 buat syarikat pemula (Startup) dan IKS yang terjejas teruk akibat Covid19. Memang ada disebutkan disediakan pembiayaan sehingga RM 300,000 tetapi tidak jelas sama ada ia dengan kadar 3.5 % atau mempunyai kadar lain.

 

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Professor Adjung, UNISZA dan UNISEL

Pengarah Urusan Elzar Group

27 Mac 2020



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 93 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Komen Ringkas Pakej Rangsangan Terbaru COVID19