Hutang, Pinjam & Hadiah
Bersulam Dosa Riba
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
(Tulisan ini adalah sebahagian petikan dari buku terbaru yang sedang dalam proses percetakan)

Riba al-Qardh adalah sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract) yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. Riba jenis ini boleh dikira sebagai yang paling popular berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini.
Riba jenis ini bergantung kukuh kepada hadis berikut :
كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ
Ertinya: "Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba." [1]
Walaupun terdapat pertikaian berkenaan tahap ketulenan hadis ini, kandungan hadis terbabit telah menjadi satu kesepakatan atau ijma di kalangan para ulama. Hadis itu mungkin boleh disalah fahami ertinya jika hanya dilihat kepada teksnya, ini kerana jika setiap pinjaman yang membawa manfaat itu riba, maka semua jenis pemberian pinjam adalah haram dan riba, kerana setiap pinjaman walaupun tanpa faedah atau tambah, akan memberikan manfaat buat peminjam, ia juga memberikan manfaat kepada pemberi pinjam dari sudut pahala dan kebaikan akhirat. Namun itu bukanlah kefahaman yang tepat, kerana berdasarkan pelbagai nas dan athar sahabat yang lain[2], manfaat yang dimaksudkan :-
- Terhad kepada manfaat material dan bukan spiritual seperti pahala
- Ia akan manfaat yang diperolehi oleh pemberi pinjam dan bukan peminjam. Justeru jika pemberi pinjam menerima pujian dan terima kasih atas kebaikannya, ia tidak termasuk di dalam manfaat yang haram.
- Ia juga merujuk kepada sesuatu manfaat material yang disyaratkan. Justeru, manfaat yang tidak disyaratkan adalah terkeluar daripada konteks hadis. As-Syawkani berkata :
إِذَا كَانَتْ الزِّياَدَةُ مَشْرُوطَةً فِي العَقْدِ فَتُحْرَمُ اِتِّفَاقًا
Ertinya : Apabila pertambahan itu disyaratkan di dalam kontrak, maka diharakmkan secara sepakat [3]
Itulah tiga panduan asas di dalam memahami hadis berkaitan riba yang berlaku di dalam aktiviti pinjaman dan hutang. Sebagai penjelasan tambahan, Ibn Qudamah berkata:
كُلّ قَرْضٍ شَرَطَ فِيْهِ أَنْ يَزِيدَهُ فَهُوَ حَرَامٌ بِغَيْرِ خِلاَف
Ertinya: "Setiap pinjaman yang disyaratkan padanya memberi tambahan, maka ia adalah haram tanpa sebarang pertikaian." [4]
Ibn Munzir pula berkata :
أَجْمَعُوا عَلىَ أنّ المُسْلِفَ إِذَا شَرَطَ عَلىَ المُسْتَسْلِفِ زِياَدَةً أوْ هَدِيَةً , فَأسْلَفَ عَلىَ ذَلِك , أنّ أَخْذَ الزِّياَدَةِ عَلىَ ذَلِكَ رِباَ
Maksudnya : Telah ijma bahawa apabila pemberi pinjam meletakkan syarat ke atas peminjam sebarang tambahan atau hadiah, maka pinjaman diberikan, sebarang tambahan yang diambil adalah riba. [5]
Al-Bukhari pernah mencatatkan bahawa Nabi s.a.w berkata :
إذَا أقْرضَ فَلاَ يَأخُذُ هَدِيةً
Maksudnya : Apa memberi pinjam, janganlah kamu mengambil sebarang hadiah.
(Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)
Justeru itu, tiada sebarang keuntungan boleh diraih oleh pemberi peminjam melalui aktiviti pinjaman ini. Ini kerana pinjaman adalah satu proses yang dibuat secara sukarela atas dasar bantu-membantu. Ia disebut dalam Islam sebagai Qardh al-Hasan (pinjaman tanpa sebarang faedah riba dikenakan kepada si peminjam).
BEBERAPA JENIS RIBA QARD YANG POPULAR
Beberapa jenis riba Al-Qardh yang popular boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk, iaitu:-
1) Duit berbalas duit yang lebih banyak
Contoh : Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai yang lebih besar seperti RM2500 dalam masa tiga bulan.
Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai semasa pemulangannya akibat jangka tempoh waktu adalah riba al-Qardh. Ini adalah dari jenis time value of money[6] yang diharamkan di dalam Islam.
Bagaimanapun, sekiranya Ahmad memulangkan wang dengan nilai tambah tanpa sebrang paksaan atau syarat oleh Ali, di ketika pinjaman dibuat atau sepanjang tempoh pinjaman, ia adalah halal lagi terpuji di sisi Islam. Hal ini pernah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w apabila baginda membelikan unta yang lebih baik dari apa yang dipinjam dan digunakan oleh Nabi, tatkala itu Nabi meminta sahabat pergi membelikan seekor unta yang lebih baik, lalu berkata:-
فَإِنّ خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُم قَضَاءً
Maksudnya : "Sebaik-sebaik antara kamu (peminjam) adalah memulangkannya dalam bentuk yang terbaik"
(Riwayat Al-Bukhari)
Namun begitu, hukum haram masih berlaku jika peminjam, iaitu Ahmad walau dengan sukarela menawarkan pembayaran semula (repayment) dengan nilai tambah. Islam tidak menerima campur tangan redha manusia dalam hukum yang berkaitan dengan hak Allah swt. Hukuman riba tergolong dalam kategori hak Allah swt. Justeru walau ditawar oleh peminjam dengan keredhaannya, hukum haram adalah tetap serupa, sama ada nilai tambah disyaratkan oleh pemberi pinjam atau peminjam, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan.
2) Duit berbalas duit beserta sesuatu manfaat
Contoh Pertama : Kamil memberi pinjam sebanyak RM1000 kepada Hasan untuk tempoh lima bulan, sebagai balasan Kamil mensyaratkan Hasan untuk membantunya menyiapkan kerja universitinya.
Contoh Kedua : Husin memberi pinjaman sebanyak RM5000 kepada Karim dan disyaratkan ke atas Karim untuk membeli komputer yang sedang dijual oleh Husin atau menyewa sebuah bilik di rumah sewanya.
Dalam contoh pertama di atas, bantuan menyiapkan kerja universiti itu dikira riba kerana tergolong di dalam manfaat lebih yang diraih hasil pemberian pinjaman. Ia diharamkan oleh Islam kerana ia jelas satu tindakan menindas yang mengambil kesempatan di atas bantuan pinjaman yang diberi walaupun tiada sebarang jumlah tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan sebagai bayaran semula.
Manakala dalam contoh kedua, ia tergolong dalam mensyaratkan sesuatu bentuk manfaat, Cuma manfaat kali ini lebih berselindung kerana menggunakan satu kontrak lain, sama ada jual beli atau sewa. Kedua-dua contoh ini hukumnya adalah haram berlandaskan nas berikut (selain nas umum yang dinyatakan sebelum ini):
لاَ يَحِل بَيْعٌ وَسَلَفٌ
Maksudnya: Tidak halal jualan beserta pinjaman bertangguh.
( Riwayat At-Tirmizi) [7]
Al-Baghawi menyatakan erti (سلف ) dalam hadis ini adalah Qardh iaitu pinjam. Imam Ahmad semasa ditanya berkenaan erti hadis ini menerangkan ia membawa maksud, seseorang mmebri pinjam kemudian menjual sesuatu kepadapeminjam dan mengambil keuntungan darinya. [8]
Jelas, tindakan mensyaratkan jual beli, sewa atau apa-apa manfaat lain adalah tergolong dalam riba melalui helah-helah tertentu, namun hukumnya tetap sama, iaitu haram.
3) Manfaat berbalas manfaat yang lebih
Contoh : Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf dengan syarat Yusuf perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak penuh, padahal semasa pinjaman dilakukan, ia tidak penuh.
Dalam contoh di atas, Riba berlaku juga kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman beserta pulangan lebih yang disyaratkan. Ia juga tergolong di dalam ijma' yang disebutkan oleh Ibn Qudamah. Ini kerana manfaat kegunaan kereta dibalas dengan satu manfaat lain yang berbeza dan melebihi manfaat pinjaman.
Sekiranya, dalam kes ini, pemberi pinjam ingin memperolehi sesuatu keuntungan seperti yang disebut di atas, pemberi pinjam tidak boleh menggunakan kontrak ‘pinjam' semasa memberi keretanya, sebaliknya ia mesti menggunakan kontrak ‘sewa' dengan nilai sewa, setangki penuh minyak. Melalui cara itu, transaksi dan keuntungan yang diperolehi adalah halal.
Mungkin ada yang keliru disebabkan hasil dan akibat (end result) bagi kedua-dua transaksi kelihatan sama, walaupun demikian ia berbeza di sisi Allah swt, kerana pemberian pinjaman wang atau manfaat aset yang tidak dikenakan sebarang upah dan tidak diambil peluang meraih sesuatu manfaat bersifat material akan melayakkan pemberi pinjam untuk menerima gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda bergantung kepada tahap keikhlasannya. Sejurus kontrak ditukar kepada ‘sewa' ganjaran sedemikian tidak lagi diperoleh oleh pemilik, sebagai gantinya pemilik meneirma habuan di dunia berbanding habuan akhirat.
Nabi Muhammad s.a.w berkata:
رأيت لَيْلَةَ أسرى بِي على بَابِ الْجَنَّةِ مَكْتُوبًا الصَّدَقَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ فقلت يا جِبْرِيلُ ما بَالُ الْقَرْضِ أَفْضَلُ من الصَّدَقَةِ قال لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إلا من حَاجَةٍ
Maksudnya: "Pada malam aku pergi ke syurga (semasa Israk Mi'raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, "Setiap sumbangan sedeqah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali" lalu aku (Nabi ) bertanya : wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulai daripada sedeqah? Jawab Jibrail : Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki ( mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan."
(Riwayat oleh Ibn Majah)[9]
Inilah juga yang disebutkan oleh Al-Jassas di dalam kitab beliau Ahkam al-Quran :
سَمّاهُ اللهُ قَرْضاً تَأكِيْداً ِلاسْتِحْقَاقِ الثَّوَابِ بِهِ؛ إِذْ لاَ يَكُونَ قَرْضاً إِلاّ وَالعِوَضُ مُسْتَحَقٌّ بِه
Ertinya : "Allah menamakannya sebagai qard (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala kebaikannya, kerana jika ia bukan qard, maka pemberi pinjam layak mendapat ganjaran (material) darinya" [10]
4) Hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.
Contoh : Kamil menghadiahkan wang berjumlah RM100 kepada Hasan hari ini dengan syarat Hasan akan menghadiahkan Kamil wang sebanyak RM120 bulan hadapan.
Ia juga termasuk di dalam kategori riba al-Qardh dan tergolong di dalam kategori pemberian pinjam walau menggunakan lafaz hadiah. Penggunaan helah menukar lafaz dan nama tidak mampu mengubah substance atau rangka asas kontrak yang merupakan pinjaman beserta faedah.
5) Hadiah bersyarat hadiah.
Contoh : Pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan 7 buah dulang hantaran bernilai RM10,000 manakala, pihak wanita bersteuju dengan balasan 9 buah dulang bernilai RM13,000.
Dalam konteks ini, masih berlaku syubhat riba al-Qardh jika sekiranya kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM 10,000 berbalas RM13,000. Namun jika kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga, dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus. Apa yang menjadikannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak.
Semoga kita semua dapat belajar, memahami dan menjauhi diri dari terjebak dalam dosa riba yang amat dikeji oleh Allah swt.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
27 Julai 2009
[1] Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232 ; Nasb ar-Rayah, az-Zayla'ie, 4/60 ; Ramai yang menyebut ia adalah hadis Nabi, tetapi selepas dianalisa, terdapat pelapornya bernama war Bin Mus'ab yang lemah dan di anggap "matruk". Bagaimanapun makna yang terkandung di dalamnya disepakati penerimaannya di kalangan ulama kerana disokong oleh pelbagai dalil lain
[2] Tidak disertakan bagi mengelakkan huraian terlalu panjang.
[3] Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/262
[4] Al-Mughni, 4/318
[5] Di petik dari Al-Mughni, 4/318
[6] Definisinya adalah satu Dollar hari ini bernilai lebih dan satu dollar pada masa hadapan, kerana satu dollar boleh dilaburkan untuk mendapatkan pulangan keuntungan. (Corporate Finance : Theory and Practice, Aswath Damodaran, John Wiley and Sons, New York, USA, 2001)
[7] Tirmizi berkata : Hadis ini Hasan Sohih ; AlHakim berkata di dalam Al-Mustadrak, Hadis ini sohih menurut syarat-syarat yang diletakkan oleh Imam-imam, dan ia disepakati oleh Az-Zahabi ; Albani menilainya sebagai Hasan dan juga Sohih ( Sunan At-Tirmizi, 4/433 ; Al-Mustdarak (dengan Talkhis Az-Zahabi), 2/17 ; Irwa al-Ghalil, no 1306 ; Sohih Al-Jami al-Soghir, no 7644 )
[8] Tuhfatul Ahwazi Syarah Sunan At-Tirmizi, 4/432 ; Naylul Awtar, 6/324
[9] Mungkin ada yang keliru dan tertanya, bagaimana Nabi s.a.w boleh membaca sedangkan baginda adalah seorang yang ‘UMMI' (tidak boleh membaca dan menulis). Ibn Hajar memberikan ulasan dengan mengatakan teradpaat beberapa penjelasan dalam hal ini. Pertama : Ia adalah mu'jizat yang diberikan oleh Allah semasa isra mi'raj sehingga Nabi mampu memahami tulisan tersebut. Kedua : Nabi telah dahulu sebelum itu bertanya kepada Jibrail apa yang ditulis, sesudah itu Nabi bertanya pula apa yang terdapat di dalam hadis, ini bermakna pertanyaan Nabi yang pertama dihazafkan bagi memperolehi sasaran hadis. Ketiga : Nabi memang UMMI tetapi melalui mu'jizat baginda boleh membaca dan menulis ringkas walau tanpa belajar, sebagaimana diriwaytakan Nabi pernah menulis semasa perjanjian Hudaibiyah, namun terdapat ulama yang menolak dengan mengatakan bahawa Ali k.w yang menulis ketika itu. (Rujuk lanjut dalam Talkhis al-Habir, Ibn Hajar, 3/270). Albani pula menilai hadis ini sebagai lemah.
[10] Ahkam Al-Quran, Abu Bakar Al-Jassas, 1/616
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
saya pernah buat loan peribadi dgn sebuah bank di malaysia dgn faedah 5.6% setahun.masa tu saya jahil lg dgn bab2 riba.tp mase buat loan tu saya ada akad dgn pegawai bank tu sebelum saya terima duit loan tu.apakah status pinjaman saya ini.harap ustaz dpt membantu saya.
terima kasih.
Saya ingin bertanya konsep pinjaman wang dalam islam bagaimana? Jika saya ingin menubuhkan koperasi dengan aktiviti pinjaman. Bagaimana hendak buat pinjaman cara islam? Bagaimana koperasi hendak buat keuntungan?
Saya ada membeli rumah 5 tahun yang lalu menggunakan pinjaman konvensional, kini saya sedar dan akan dosa riba. Bagaimanapun rumah terbengkalai tak mungkin saya dpt membuat refinance dari perbankan islam. Oleh itu adakah saya di kira berdosa?
Saya ingin bertanya, saya ada membuat pinjaman Perumahan Kerajaan, harga rumah ialah RM258,800, dicampur dengan insuran air & elektrik serta kebakaran rumah yg menjadikannya Rm270,000 ( Insurans Etiqa Takaful). Dan dibayar dalam tempoh 30 tahun. bayaran bulanan ialah RM1293.00 sebulan. Adakah ianya Riba? Mohon penjelasan dari Ustaz..Terima Kasih.
Minta nasihat dan pandangan Ustaz berkenaan hutang dan belian secara ansuran.
1) Belian perabot atau barang elektrik daripada syarikat Court Mammoth, Seng Hup, etc. Jelas belian cash sekian harga ie. RM1200, sekiranya hutang bayaran ansuran balik 12-36 bulan akan menjadi sekian harga, ie RM1800. Adakah lebih RM600 itu dikira riba?
2) Mereka juga menawarkan bayaran ansuran 0% melalui kad-kad kredit. Adakah ini juga masih dikira riba kerana bayaran ansuran itu dibuat setiap bulan melalui kad kredit tersebut.
3) Belian dan bayaran ansuran dari individu seperti orang pakistan yang menjual carpet, barangan perhiasan rumah yang membenarkan bayaran balik setiap bulan mengikut kemampuan kita dan menetapkan sekurang2nya RM10 setiap bulan dan bayar sehingga habis. Adakah ini juga dikira riba Ustaz?
Terima kasih.
saya bekerja di konsultan pembinaan.sudah jd kebiasaan bila musim perayaan atau selepas habis sesuatu projek pihak kontraktor akan memberi hadiah dalam bentuk wang atau hamper,bolehkah saya menerima hadiah tersebut?bagaimana sekiranya majikan saya mengetahui dan mengizinkannya.
harap dapat penjelasan
kawan saya meminta kredit hp saya rm1 untuk meng'activate' kreditnya kerana tamat tempoh. Saya send kredit saya rm1 dan saya dikenakan cas 50 sen. Selepas kreditnya sudah activate, dia membayar semula kredit saya sebanyak rm2 dan dia juga dikenakn cas 50 sen. hal ini kerana dia ingin membayar rm1 dan cas yang dikenakan kpd saya. Tapi ada lebihan 50sen. dia mengatakan "takpelah 50 sen tu'. dalam kejadian saya hanya berdiam saja.
mohon penjelasan tuan...
Bagaimana jika kita pinjamkan wang pada kawan dengan cas keuntungan serta akad seperti yg dibuat oleh bank islam?
Adakah itu diboleh kan?
Saya faham dengan huraian ustaz yang ke-5 Hadiah berbalas hadiah..tp bagaimana pula pihak wanita mensyaratkan phak laki dengan jumlah RM10,000 dengan tanpa ditetapkan bilangan dulang, maka bagi pihak wanita pula tiada terikat apa2 dari segi jumlah wang atau bilangan dulang..Adakah ini juga dinamakan Riba al-Qadr?
saya ada buat pinjaman melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
berikut adalah contoh jadual pembayaran:
pinjam 1000 :
caj rm 30 utk bayaran balik dlm tempoh 3 bulan.
caj rm 60 utk bayaran balik dlm tempoh 6 bulan
caj rm 120 utk bayaran balik dlm tempoh 1 tahun.
kami diberitahu yg caj tersebut utk pengurusan dan tiada sebarang bayaran tambahan dikenakan sekiranya melewati waktu pembayaran.
sebelum terima duit,kami beraqad dengan wakil AIM dengan menyatakan jumlah pinjaman dan tempoh bayar balik tanpa menyebut jumlah caj.
adakah caj itu riba ??
.
kalau itu riba bagaimana saya boleh menukarkan konsep pinjaman tersebut tanpa ada riba??.
harap ustaz boleh bg pandangan.
wassalam
ada kemusykilan,
tolonglah sya..
sepupu sya telah mengeluarkan cek berjumlah rm10k sebagai bayaran deposit rumah yang sya beli.
sya tidak meminta dn sya menolak kerana tidak mahu meminjam dan tk berupaya untuk membayar pun. apatah lagi sya akan membayar pinjaman rumah itu kelak.
ayat yang beliau gunakan, "ambil sya ada lebih. sya nak bantu je."
ketika itu beliau tahu sya sedang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman 100 percent loan.
ingin melihat kesungguhan beliau, sya nyatakan jika benar tulis nama cek tersebut atas nama pemaju dan bukan nama sya. beliau lakukan dan berikan kepada sya dan sya serahkan kepada pemaju.
sebulan selepas itu beliau meninggal dunia dan warisnya menuntut berdasarkan cacatan si arwah "loan for massita 28 feb".
soalannya perlukah sya membayar semula.sya rasa seperti teraniaya.
UZAR : dosa riba tu dah melekat, maka perlu bertaubat, maka wang yang ada dalam tangan tu boleh diguna untuk haji. tapi ada syubhah dalam cara mendapat wang tu yg pasti menganggu kemaqbulan haji.
1. ade x buku2 yg ustaz tulis mengenai kad kredit?
2. adakah penggunaan kad kredit dikira sebagai qard hasan?
3. dalam buku ustaz ade menyatakan bahawa kad kredit Islam merupakan produk bay' 'inah. mohon penjelasan...
terima kasih ustaz.. jazakallah..
Apa hukumnya pada seorang isteri yg tidak mempunyai pendapatan bergelumang dengan dosa riba daripada suami seperti pinjaman kereta,ruman, insurans, kad kredit dn sebagainya.
Saya telah menerangkan pada suami tentang dosa-dosa riba ini tapi dia seperti tidak mengendahkannya . Apakah hukumnya pada isteri yg tidak mempunyai kuasa dlm urusan kewangan suami.
Setiap kali perbelanjaan menggunakan kad kredit, hati saya meronta2 merasa marah dn benci begitu juga dgn urusan lain. Saya merasa berdosa, tetapi sedar saya tidak berkuasa atas urusan kewangan suami. Tolonglah saya, ustaz. TErima kasih.
UZAR : Teruskan usaha menyedarkannya.Mungkin dia ego kerana yang beritahu dia adalah 'isteri' nya, cuba ambil sumber luar berikan kepadanya. dan banyakakan berdoa
nak tnya kalau saya beli kete, pas tu waktu penjual kete nak bagi kete kat saya, saya kata minyak kete bagi penuh yer before hantar pada saya...adakah itu riba'
UZAR : tidak riba. that's ok
Sekiranya si yang memberi pinjam itu memberikan pinjaman wang kepada saya tanpa ada unsur riba atas pinjaman itu akan tetapi dia mempunyai ciri-ciri peribadi seperti tak menunaikan kewajipan dalam agama,tak bersolat dll,adakah pinjaman ini diredhai dan perlukah dipertikaikan shubhah atas wang yang diberikan itu ( kemungkinan wang pendapatannya datang dari unsur2 haram dsb ).Tolong jwb ye ustaz.trm ksh
UZAR : SELAGI pendapatannya bercampur halal haram, halal untuk pinjam.
Pinjaman kereta diBank Islam atau perbankan Islam di Malaysia, Masih mengamal cara Conventional atau Riba, jika pemimjam gagal membayar, kenderaaan AKAN DITARIK OLEH TUKANG2 TARIK YANG SAMSENG, ADAKAH INI ISLAM????
WALLAH WALLAM.
UZAR : orang tak bayar hutang dengan sengaja Nabi benarkan untuk dihukum dalam sebuah hadis sohih iaitu 'Matlu ghaniyy zulmun' ertinya penangguhan bayaran hutang oleh peminjam yang mampu adalah satu kezaliman"
Antara cara hukuman adalah tarik kereta, rampas harta, rampasa paspport, blacklisted dan sebagainya, Ia adalah sebahagian dari Islam. dalil semua ada, sebahagian besarnay dalail boleh baca dari buku saya dan juga web ini.
* Y Bhg Tan Sri Dato? Azman Hashim (Chairman)
* Y A Bhg Tun Mohammed Hanif Omar
* Y Bhg Tan Sri Datuk Clifford Francis Herbert
* Mr Cheah Tek Kuang
* Y Bhg Dato' Gan Nyap Liou @ Gan Yap Liow
* Mr Ashok Ramamurthy
* Dr. Mahani Binti Zainal Abidin
AmIslamic Management Team
Anuar bin Omar Director/Head, Corporate Finance
AmInvestment Bank Berhad
Maznah Mahbob Chief Executive Officer, Funds Management Division
AmInvestment Bank Berhad
Mohd Effendi bin Abdullah Director/Head, Islamic Markets
AmInvestment Bank Berhad
Seohan Soo Director/Head, Debt Capital Markets
AmInvestment Bank Berhad
Teng Chean Choy Director, Group Treasury
AmBank Group
Our Syariah Committee
Encik Adnan Yusoff
Encik Adnan Yusoff is currently a lecturer at Institute of Liberal Studies, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang, Selangor. He received his first degree in Syariah (Honours) from University Al-Azhar, Cairo, Egypt. Then he obtained a Master of Comparative Law (MCL) from International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur. He is now a course coordinator for Islamic Studies, Institute of Liberal Studies UNITEN and member of discipline Unit UNITEN. His areas of specialisation are Islamic Commercial Law, Islamic Law of Transactions, Islamic Jurisprudence (usul fiqh), Islamic Family Law and Islamic Criminal Law.
minta pendapat ustaz..kalau si peminjam yang beria-ia ingin membayar lebih dari pinjamannya adakah ia termasuk riba kalau kita terima?
Terima kasih Ustaz.
UZAR : Jika anak yatim itu miskin dan faqir, ia dibolehkan, jika tidak,..tidak dibolehkan.
Anak yatim juga tidak termasuk dalam 'kegunaan awam' yang boleh disalurkan duit riba
Persoalannya, skrg sy blm ada kemampuan utk convert.Adakah dosa jika berterusan dgn loan konvensional ini dlm ms yg sama sy blm mampu utk buat urusan converting...Sekian..
UZAR : ye dosa berterusan.
Saya ada membuat pinjaman peribadi daripada sebuah bank tempatan dengan menggunakan sistem Islam. Belum pun sempat potongan gaji saya bermula, saya hendak membuat penjelasan awal. Jadi saya telah meminta penyata baki hutang penjelasan awal daripada bank tersebut. Jumlah hutang pokok saya berjumlah RM1160,00.00 dengan kadar keuntungan yang dikenakan oleh pihak bank sebanyak 7.3% setahun selama 15 tahun. Jumlah keseluruhan hutang saya ialah RM246,314.70.
Apabila penyata baki hutang sampai, jumlah keseluruhan pinjaman saya menjadi RM252,910.79 dan jika saya hendak membuat penjelasan awal, saya dikenakan pula caj penyata penjelasan awal sebanyak RM50.00 dan rebet sebanyak RM124,184.90 menjadikan baki penjelasan saya berjumlah RM128,775.89. Perbezaan dari jumlah pinjaman asal sebanyak RM12,775.89.
Saya telah membuat aduan berkaitan kes ini di dalam akhbar Berita Harian. Pihak bank tersebut telah menjawab balas aduan berkenaan tetapi saya masih tidak berpuas hati. Saya telah menghubungi pegawai yang berkenaan. Beliau telah memberitahu saya bahawa sistem keuntungan bank akan mengambil keuntungan dalam masa 3 tahun awal yang mana bayaran bulanan saya hanya menjelaskan faedahnya sahaja dan tidak pokok pinjaman lagi.
Saya ingin bertanya kepada ustaz, adakah ini sebenar-benarnya sistem perbankan Islam yang diamalkan di mana-mana negara Islam seperti Arab Saudi, Qatar dan sebagainya atau pun prinsip pengiraan ini hanya diamalkan di Malaysia yang dinaungi oleh pentadbiran Bank Negara sebab pada pandangan saya ianya tak ubah seperti sistem konvensional. Kalau benarlah anggapan saya, mengapa mesti kita membuat pinjaman dengan menggunakan sistem Islam sedangkan ianya mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
UZAR : Saya faham soalan dan memang ada bank islam yang buat kiraan dan pembayraan begitu. Saya juga tidak bersetuju dan tidak pasti sama ada ahli Majlis Syariah bank tersebut tahu dan faham implementasi yang dibuat oleh orang bank yang diselianya.
Ada kemungkinan orang bank, implement sesuatu yang di luar persetujuan hali syariah. Apa yang dibuat adalah berbeza. Eloknya laporkan secara bertulis kepada ahli majlis Syariah bank tersebut.
Boleh saya tahu ini bank Islam apa?..boleh saya forwardkn kepada ahli majlis syariahnya juga jika saya kenal/
setahun lepas sahabat saya ada meminjam wang dari saya dalam nilai yen... dan sekarang dia ingin membayar balik dalam nilai ringgit ( sebab dia sekarang dah bekerja di malaysia)..tetapi kadar pertukaran matawang sekarang dan setahun yang lalu dah lain...maka, saya nak suruh dia bayar mengikut kadar matawang ketika dia pinjam atau nilai matawang sekarang?
UZRA : Majlis Fiqh antarabangsa suruh bayar jumlah YEN yg sama regardless nilainya sudah lain.
Saya ada persoalan.. A telah menjanjikan sekiranya mengambil polisi insuran melalui saudaranya, dia akan membantu sebarang urusan yang boleh diuruskan dengan jawatan yang ada padanya menjadikan yang mustahil boleh jadi kenyataan..
UZAR : Polisi insuran konvensional bukan Takaful adalah haram. Jika polisi takaful, ia halal.
Tapi janjinya itu ada syubhatnya kerana yang menjanji tahu ia mustahil untuk dicapai tapi disenyapkan.
RSS feed for comments to this post