Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Pasca COVID, Bantu IKS Mikro Turunkan Harga Iklan Media
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

BANTU IKS DENGAN TURUNKAN HARGA PENGIKLANAN MEDIA

Boleh dikatakan, kita di ambang krisis ekonomi peringkat global. Pada waktu sebegini, salah satu aspek yang dijangka boleh membantu adalah jika pemegang taruh syarikat media massa elektronik, billboard, digital board dan cetak termasuk TV, radio, akhbar, majalah untuk memberikan kos iklan HARGA RUNTUH sempena PKP COVID-19 ini. Bayangkan ada siaran TV mengenakan RM 20,000 hanya untuk 5 minit ke udara. Bill board mengenakan RM 150,000 untuk 6 bulan. Radio pula mengenakan purata RM 30,000 sebulan untuk lima kali siar selama 30 saat setiap siaran. Ada radio popluar yang mengenakan sehingga RM 100,000 untuk sebulan. Manakala digital Billboard menenakan purata RM 15,000 untuk sekadar 15 saat iklan.

Ini penting agar lebih banyak IKS boleh terus berkembang melalui iklan dan meningkat potensi menjana lebih banyak jualan kepada IKS. Biasanya syarikat IKS tidak punyai bajet iklan dan marketing yang besar, khususnya bagi syarikat yang baru dalam 3-4 tahun permulaan serta belum punyai jualan yang stabil. Itu juga merupakan halangan terbesar bagi kebanyakan syarikat IKS, kewujudan mereka tidak disedari dan tidak diketahui, lalu barangan mereka tidak laku.

Pihak media juga tidak akan rugi, ia juga merupakan tanggungjawab sosial untuk membantu ekonomi setempat selain mengejar keuntungan. Malah mereka masih boleh mendapat pendapatan besar melalui volume tempahan yang banyak, walau hasil per iklan mungkin lebih rendah dari biasa. Namun saya lihat, ini tidak berlaku, 'airtime' dan ruangan iklan masih terlalu mahal dan tidak dimampui oleh IKS kecuali sedikit,

Mungkin boleh dimulakan dengan semua media yang dimiliki oleh kerajaan seperti TV1, TV2 dan semua radio di bawah naungan RTM.

Sekadar mencadang.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Professor Adjung
Fakulti Perniagaan & Pengurusan
UNiSZA & UNISEL

15 April 2020



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 9 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Pasca COVID, Bantu IKS Mikro Turunkan Harga Iklan Media