Aqidah & Kepercayaan Hantu, Roh Kembali & Destinasi Roh

Hantu, Roh Kembali & Destinasi Roh

  • PDF
(30 votes, average 4.97 out of 5)

Hantu & Bolehkah Roh Kembali ?

 

SOALAN 

Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Persoalan saya, saya percaya kepada kehadiran makhluk jin yang suka menghuni rumah yang ditinggalkan. Tetapi, suara menangis ataupun bayangan pemilik rumah yang telah meninggal dunia itu, adakah kerana roh si mati tidak diterima bumi? Kalau tidak silap, saya pernah terbaca hadis yang mengatakan ada roh yang tidak diterima oleh bumi. Jika benar demikian, ke manakah roh ini pergi?

Jawapan Ust Zaharuddin (Diterbitkan di Majalah-i)

Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

 

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.

Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

Destinasi Roh Selepas Mati.

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.

b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.

c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.

d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith

" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :

" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)

Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #29 doa untuk roh si orang yang bukan Islammayangsari 2012-01-14 20:59
salam ustaz, nak tanya ni...mengapa kita tidak boleh mendoakan ahli keluarga yang dah meninggal ( sperti menghadiahkan al fatihah ) yang bukan Islam. Untuk pngetahuan ustaz, saya seorang mualaf..
Quote
0 #28 Gangguan semasa tidurhamba allah 2011-01-19 00:08
assalamualaikum ustaz zaharuddin, saya ingin bertanya soalan kepada ustaz mengenai perjalanan " ROH " semasa tidur ? ia berlaku semasa baru hendak tidur seperti baru (mengantuk) tetapi masih lagi dalam keadaan yg sedar belum tidur lagi, selepas itu tiba2 berasa seperti Roh macam hendak keluar dari tubuh badan. selepas itu, seluruh badan tidak boleh bergerak dan nafas macam terhenti menjadi sesak tetapi saya melawan rasa mengantuk dgn menyebut tiada tuhan menlainkan allah,allahuakb ar dan bacaan ayat suci al-quran yang lain dan saya pun terjaga dari tidur. perkara ini berlaku mengikut masa tidak menentu dan al-hamdulillah sekarang sudah 3 atau 4 bulan perkara ini tidak berlaku lagi, saya mohon jawapan dari USTAZ ZAHARUDDIN mengapa perkara itu terjadi ? maklum balas dari ustaz saya ucapkan ribuan terima kasih. wassalamualaiku m
Quote
+3 #27 Ganguan semasa tidurhamba allah 2011-01-18 10:58
assalamualaikum ustaz zaharuddin, saya ingin bertanya soalan kepada ustaz mengenai perjalanan " ROH " semasa tidur ? ia berlaku semasa baru hendak tidur seperti baru (mengantuk) tetapi masih lagi dalam keadaan yg sedar belum tidur lagi, selepas itu tiba2 berasa seperti Roh macam hendak keluar dari tubuh badan. selepas itu, seluruh badan tidak boleh bergerak dan nafas macam terhenti menjadi sesak tetapi saya melawan rasa mengantuk dgn menyebut tiada tuhan menlainkan allah,allahuakb ar dan bacaan ayat suci al-quran yang lain dan saya pun terjaga dari tidur. perkara ini berlaku mengikut masa tidak menentu dan al-hamdulillah sekarang sudah 3 atau 4 bulan perkara ini tidak berlaku lagi, saya mohon jawapan dari USTAZ ZAHARUDDIN mengapa perkara itu terjadi ? maklum balas dari ustaz saya ucapkan ribuan terima kasih. wassalamualaiku m
Quote
+4 #26 konfiusfuad 2010-11-10 13:20
salam. malam tadi halaqah tv9 (panelis datuk abu hasan din al-hafiz) kata roh yg baik (jika diberi izin) boleh kembali ke rumah menjenguk warisnya. mereka dikurniai rezeki (disebut DAHD yurzakun)...camana tu?
Quote
+3 #25 adakah roh bertemu rohummu widad 2010-08-18 20:49
Assalamualaikum ustaz.adakah roh boleh bertemu dengan roh sekarang (sebelum hari kiamat) dialam barzakh atau alam roh.cth.roh suami bertemu dengan roh isterinya.harap ustaz dapat memberikan penjelasan.
Quote
-1 #24 sakakamaruzaman 2010-07-29 05:58
Salam Ustaz,

Bagaimana dengan persoalan saka? Anak 'autistic' saya dikatakan ada saka. Ini dikatakan sebab anak saya sukar diubati dan sukar diberi latihan (terapi). Mohon dijawab persoalan ini. Terima kasih.
Quote
0 #23 Jumpa orang yang sakit tenat....reenna 2010-05-27 00:44
saya pernah mimpi orang sakit tenat tapi boleh cakap...waktu tu saya ingat saya dekat satu bilik tapi bilik tu macam saya pernah masuk.....kalau saya cakap pun saya x boleh ingat pun.....macm mana tu ustaz ya....apa maksud tu ya?????????harap ustaz boleh jawab yeee
Quote
-1 #22 rumput yg sujud atau sekadar angin.juriah jinil 2010-05-19 15:15
salam UZAR. pertamanya saya minta maaf kalau ruangan utk soalan ini tidak sesuai dgn topik. Cuma saya nak share satu pengalaman saya pada 17 mei 2010, saya dan sanak saudara mengadakan majlis pengebumian bapa saudara. Ketika doa dibacakan selepas talkin,saya,kak ak & adik telah terlihat rumput bergerak seolah2 sujud pada bumi.Sedangkan rumput2 lain tidak bergerak langsung.Subhanallah subhanallah subhanallah..ketia itu tak terucap dgn kata2 lain melainkan menguji kebesaran Allah.namun saat adik ingin merakamkan kejadian tu dgn menggunakan H/P, tiba2 rumput itu tak bergerak lg.Disini saya ingin bertanya adakah itu sebagai tanda bumi sujud utk memberi penghormatan kepada si mati atau sbg tanda ia juga mendengar doa yg telah di bacakan oleh imam. Sy ada jg bertanya terus kepada imam selapas upacara selesai dan dia menerangkannya serba sedikit.harap UZAR blh menambahkan lg apa tentang perkara ini.Syukran & jazakallah UZAR.
Quote
-1 #21 terima kasih...shazzy 2009-12-04 19:30
terima ksih atas penerangan ustaz yg ringkas tp pdat... mohon ikhlas ustaz dan sume doakan kesejahteraan ayah d sane~~~ amin~~~
Quote
-1 #20 mimpi si arwah kembali ke rumahshazzy 2009-12-04 03:38
asalamualaikum ustaz...
sy ade sdikit kemusykilan terhadap mimpi yg telah sy alami malam hari aidiladha yang lalu. sy bermimpi ayah kembali ke rumah. dalam mimpi tersebut, sy tanye ayah.. ayah bahagia x kat sane?? ayah jawab... ayah tidak lepas 1, ayah balik untuk mohon maaf drpd mak. then, pas2 sy da x ingat ape2 ag. apabila sedar, da subuh.sy bangun u ambil wudhu'. mase lalu di ruang tamu u ambil wudhu', sy nampak ade tlam d tengah rumah. kedudukan tilam 2 sama mcm dalam mimpi sy tmpt ayah duduk atas tilam tuh... dalam mimp 2 jgk ayah pakai jubah putih dan berkopiah. u pngetahuan ustaz, b4 ayah pergi, mak dan ayah mmg ade sdkit pslisihan. adakah mimpi 2 satu kbnaran? tp, sy keliru jgk coz sy pernah dengar org kate, kalo mimpi si mati bercakap, 2 bukan si arwah tp sebalinya adalah jin syaitan. apakah pandangan ustaz terhadap mimp sy ni?? benar atau ianya hanya 1 mainan tidur? kalo ianya benar, apakah yang perlu sy lakukan agar roh ayah sentiasa berada dalam ketenangan d sana??? sy berada dalam dilema. harap sangat ustaz dapat bantu memberi penjelasan yang dapat menenangkan sy. terima kasih...

UZAR : dalam islam mimpi bolehjatuh dalam salah satu antara tiga : 1) yang benar dari Allah 2) gangguan syaitan 3) hasil dari diri yang terlalu fikirkannya sebelum tidur.

apapaun, doakanlah untuk ayah dan bersedeqah untuknya..moga semua dapat diberkati dan dikasihani Allah
Quote
+4 #19 pertanyaan...shazzy 2009-12-04 03:15
sy ade beberapa kemusykilan tentang mimpi. d mane perlu sy mendapatkan jawapannye???
Quote
-1 #18 Roh dan 'Diri'Suhaimi 2009-10-13 16:09
Assalamualaikum Ustaz,
Maafkan saya jika pertanyaan ini lari daripada topik perbincangan di sini..saya selalu terbaca tentang 'Mengenal Diri, Mengenal Allah'...saya amat berminat untuk mendalami ilmu begini dengan niat untuk mendekat diri kepada Allah...dipendekkan cerita saya ingin berguru dengan seseorang dengan satu tujuan untuk 'mengenal diri'. Cuma yang menjadi masalah, saya bimbang jika cara saya ini terpesong daripada akidah Islam. Ustaz boleh rujuk web internatebest.webs.com/.../ (internatebest.webs.com/inginbelajar.htm) jika tak faham maksud saya. Diharap Ustaz dapat menjawab pertanyaan saya kerana saya berasa sangat teruja dan perlukan bimbingan dari orang spt Ustaz.
Quote
0 #17 matiZulkifli 2009-09-15 09:53
Saya tiada pengalaman tentang bab ini sebab belum mati lagi. Tak beranilah nak buat andaian teka-teki nanti silap boleh bawa syirik lebih-lebih lagi jadi murtad.

Paling penting lapangkan dada penuhi dengan ayat suci Al-Quran dan beriman kepada Allahta'ala.

" Sesungguhnya setan ini tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. "
Surah An-Nahl ayat 99
Quote
0 #16 hutangpokoyo ^_^ 2009-04-30 02:58
assalamualaikum ustaz..saya banya terdengar pasal roh dan hantu. cam soalan2 yg ditanya kebanyakan juga menjadi persoalan kepada diri sy sendri...saya dengar la kan..org cakap, kalau kita berhutang, roh kita tak diterima langit ataupun bumi..so, maknanya macam mana tu...? betul ke? atau ada penjelasan lain disebalik apa yg diperkatakan...kitorang kan, kalau nak mintak maaf, mesti cakap..'halalkan sume makan minum aku ek..kalau aku terbehutang tu, halalkanlah ek...''...sekadar bertanya..(^_^) :D
Quote
+1 #15 nk tanye...farah 2009-01-03 20:28
sy ada baca dlm majalah bhw roh mukmin yg berdosa akan tergantung di udara. means bukan di langit atau di bumi. betul ke?
then nk tnye, adakah roh boleh mendengar dan melihat perilaku manusia di dunai dr alam barzakh?
Quote
+2 #14 jamiaratul 2008-06-25 04:32
assallamualaiku m ustaz, bole tak jawap kemusykilan saya ni di jamiratul74@yah oo.com. berkenaan saya bermimpi arwah nenek saya yang meninggal sebulan yg lalu menanggis kesedihan tanpa melihat wajahnya.tq saya dilema mengenai mimpi ini.
Quote
0 #13 slm.. 2008-06-05 17:45
slm..ust..nk tny ckit soalan..cmne plk ade yg mngatakan roh akan blik ke rumah pde mlm jumaat untuk lihat ahli kluarga mereka...???????

UZAR : X BETUL
Quote
0 #12 Hamba Allah 2008-03-21 00:20
Benarkah ,simati boleh bertemu dengan dengan si suami atau si isteri yang telah meninggal di alam barzakh??
Quote
+1 #11 gianni 2008-03-16 19:56
saya ingin bertanya kepada tuan sesuatu yg memusykilkan saya. apakah hukum kita bercakap dengan kubur si mati yg kita ziarah? adakah ia haram? saya confius tentang perkara ni.. ada sesetengah yg kata haram ada pula yg kata tidak., dan satu lagi..apabila kita sedekahkan bacaan2 surah kepada si mati.. apakah impaknya pada si arwah? adakah mereka dikurangkan seksaan kubur dan akhirat? adakah mereka akan kenyang? saya harap tuan boleh berikan saya jawapan yg boleh meleraikan persoanlan2 saya.
Quote
0 #10 khadijah 2008-02-14 14:58
assalamualaikum ...thanx ats pnjelasan yg detail ni..mak kwn sy br meningal br2 ni.dia amat percaya yg roh mak die still ade kt rmh lg dlm tempoh 40 hari lps meningal..sbb tu la ari ke 40 tu kena wat kenduri tahlil..ape hukumnya klau terlalu percaya camtu???bid'ah ke?? :-? sy nk bgtau dia tp sy xde lak hujah2 yg mantap spt di ats..lgpon sy xnk wat dia lg sedih..hope ustaz bleh jwb..thanks again
Quote
-1 #9 linda 2008-01-30 21:34
sy nk tau, sy br kematian tunang sy. ader satu pagi, sy telah bermimpi menemui arwah tunang sy. dia hadir tanpa bercakap sepatah pun. org kata, kalau tak bercakap, insya Allah, betullah dia yg dtg dlam mimpi sy, tapi kalau tidak, itu memang syaitan.
Quote
0 #8 puteri balkis 2008-01-23 06:50
askum kpd sume.aku adalah manusia biasa.nakal,degil dan mengikut kata hati.skrg aku berumur 19taun.aku dikandungkan slama13blan.masa aku kecik,aku kdg2 bingung dgn apa yg aku nampak.kdg2 wat aku jd seram.aku cte kt mak aku yg aku nampak benda yg xmasuk akal,tp mak aku ckp aku ni pnakut.msa aku umr 13taun,aku terasa spt aku berada di alam yg x pernah aku duduki.aku kesakitan,tubuh aku spt digari kaki dan tangan,lalu dihumban ke dalam laut..bersambung,nti aku cte slanjutnye.demi Allah,aku ingin mencari jawapan ape yg sedang aku alami

ADMIN : HMM, MACAM CERITA CERPEN PULA ADA BERSAMBUNG.
Quote
+1 #7 awi5533 2008-01-13 02:23
apakah pandangan ustaz tentang bersuluk.
Quote
+1 #6 zulkifli 2007-12-20 14:57
dalam kubur kalau kena azab roh ke ?atau jasad?sebab roh naik ke langit ketujuh
Quote
-1 #5 NORLAILY 2007-12-04 15:43
:very interesting,ses uatu yg perlu diambil tahu yg saya kira tak ramai umat Islam tidak pedulikan hal ROH ini
Quote
-1 #4 MAMAGEE 2007-09-29 00:01
bagus ulasan tuan ,tapi maaf saya ada kemuskilan sedikit. bagi roh yang beragama Islam pada dasarnya tetapi tidak melakukan pekara yanga wajib macamana pulak.? thanking you in advance
Quote
-1 #3 zaharuddin jemaah 2007-09-25 13:19
alhamdulillah,s atu presentation yg menarik.
Quote
0 #2 zamaria 2007-09-23 08:57
:roll: terimak kasih diatas peringatan tuan
Quote
0 #1 zakaria ngah 2007-09-23 08:57
bagus tk
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 81 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Hantu, Roh Kembali & Destinasi Roh