Ketagih Maksiat & Nazar Murtad
Soalan
Saya pernah melakukan satu perbuatan yang ditegah oleh agama ke atas diri saya. Saya telah mencuba dengan pelbagai cara untuk menghentikannya, sehingga saya sanggup mengucapkan, "Sekiranya aku melakukannya lagi, aku akan murtad". Namun saya masih melakukannya kerana ketagih. Saya ingin tahu, apakah kedudukan sumpah saya itu dari sudut syarak? Dan apakah hukum saya melakukan perbuatan itu sekadar untuk menghilangkan ketagihan?
- ingin tahu.
Jawapan Ust Zaharuddin:
Anda tidak menjelaskan apakah kesalahan yang anda ketagihi itu, justeru saya tidak dapat menilai sejauh mana besar atau kecil dosa tersebut dan sukar juga untuk memberikan komen lanjut terhadap ketagihan anda.
Perkataan anda tadi tidak dianggap sumpah, kerana syarat sumpah di dalam Islam yang sah hanyalah dengan mengguunakan kalimah Allah SWT, sifat-sifat Allah, dan nama-nama Asma al-Husna seperti "Wallahi", atau "Wabillahi" atau juga "Demi Allah", "Demi Tuhan yang Maha Pemurah", (Rujuk Ikhtilaf Aimmah Al-Ulama, Ibn Hubayrah, 2/364; Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 4/2440)).
Perlu diingat apa-apa sumpah atau nazar ke arah maksiat wajib untuk di tinggalkan. dan perlu ia membayar kifarah berdasarkan hadith " Sesiapa yang telah bersumpah dengan satu sumpah, dan kemudian ia melihat bahawa meninggalkan adalah lebih baik, maka hendaklah ia memperbuat yang terlebih baik dan dikehendaki ke atasnya untuk membayar kafarahnya" ( Riwayat Muslim dan Tirmidzi )
Juga Nabi pernah ditanya tentang seseorang yang bernazar untuk melakukan maksiat seperti berkata "Demi Allah aku akan minum arak dan membunuh seseroang" maka tidak harus baginya untuk menunaikannya secara Ijma', demikian menurut hadith : " Tiada nazar dalam hal maksiat" ( Riwayat Muslim dan Abu Daud) . Manakala berkenaan kifarah dalam hal ini, mazhab Syafie mengatakan tiada kifarah. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 3/357)
Justeru, "nazar maksiat" atau "sumpah" anda untuk murtad tadi adalah tidak harus di dalam Islam dan nazar itu terbatal dan anda tidak dikenakan kafarah kerananya (Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 2/390) . Selain itu terdapat implikasi yang bahaya terhadap aqidah anda. Justeru saya menasihatkan anda agar bertawbat, mengucap dua "kalimah shahadah" kembali dengan penuh insaf dan faham, serta tidak lagi bermain-main dengan kalimah "murtad" walaupun dengan tujuan baik seperti untuk menghilangkan ketagihan maksiat.
Saya yakin, ucapan anda itu merupakan bukti keazaman untuk meninggalkan kesalahan dan penyesalan terhadap kesalahan yang di lakukan, tetapi ia mestilah dibuat tanpa mengggunakan ayat sedemikian lagi, sekarang anda perlu terus melakukan taubat dengan diringi amal soleh bagi memantapkan azam menjauhkan diri dari ketagihan perkara maksiat itu, sekadar azam dengan menggunakan kata-kata sememangnya kurang kukuh sebagai benteng dari ketagihan. Tingkatkan ilmu dan hadiri solat berjemaah dan kuliah ilmu, benteng iman akan bertambah kuat dengannya.
Manakala amalan orang sekarang yang bersumpah dengan al-Quran adalah juga sah malah menurut kebanyakan mazhab tetapi yang pentingnya bukanlah memegang al-Quran itu tetapi lafaznya dan menyedari ia sedang bersumpah dengan kalam Allah. Walaubagaimanapun "trend" dengan memegang al-Quran ini boleh menjadi kurang sihat pada hemat saya, kerana ia di bimbangi menyerupai amalan orang-orang Kristian yang memegang bible.
Sekian
Oktober 2005
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
soalan saya :
bolehkah Ustaz terangkan apakah cara utk saya berhenti drpd dosa ini dan bagaimanakh utk menebus dosa2 saya yg lpas??
beberapa tahun dahulu, saya telah bernazar tapi nazar saya tu tidak ada SEBAB. saya lafaz begini ustaz "MULAI ESOK, SAYA TIDAK AKAN MELIHAT MANA-MANA WANITA BUKAN MUHRIM LAGI".. itu sahaja lafaz.
sampai sekarang saya tak mampu lakukan.. soalan saya
1. SAH TAK NAZAR SAYA TERSEBUT?
2. SEKIRANYA SAH,SAYA MEMANG TAK MAMPU LAKUKAN, BOLEH TAK USTAZ TERANG KAEDAH UNTUK GANTI NAZAR TERSEBUT.
saya pernah dengar, untuk ganti nazar tersebut, saya kena puasa kafarrah selama 3 hari berturut-turut, tapi bagaimana dengan niatnya ustaz.. saya amat mengharapkan jawapan daripada Ustaz. terima kasih.. salam
Sahabat saya telah bernazar, sekiranya dia tidak dapat mengahwini teman wanitanya maka dia tidak akan berkahwin sehingga berusia 30 tahun. Dan sememangnya dia gagal berkahwin dengan wanita tersebut kerana halangan keluarga dan disebabkan usianya yang masih remaja pada ketika itu.
Soalan saya:
Sekiranya dia menemui wanita yang dirasakan sesuai untuk dijadikan isteri sebelum usianya 30 tahun, adakah dia perlu meneruskan nazarnya itu? Usianya kini dalam lingkungan awal 20-an.
Melalui kefahaman saya berdasarkan artikel ini, meninggalkan nazar tersebut adalah lebih baik baginya dan dia hendaklah membayar kifarah.
Sekian..
UZAR : YA BETUL, dia boleh langgar nazar tu, tapi kena bayar kaffarah
uzar soalan saya simple jer, saya pernah bernazarkan akan menzakatkan 10% pendapatan saya kepada org susah, atau org yang memerlukan pertolongan( dengan tangan saya sendiri), akan tetapi masa itu saya masih belom bekerja, kini saya telah setahun setengah bekerja tetapi saya masih boleh mampu melakukan nazar tersebut,ini kerana saya sendiri pon dengan pendapatan yang ada iaitu dibawah paras empat angka ( masih 3 angka)masih belom mampu menyara diri sendiri.. tapi niat saya mmg ikhlas uzar... tapi saya sendiri pon masih belom berkemampuan melaksana apa yang saya nazarkan.. jadi apakah pilihan yang saya ada untuk menyelesaikan persoalan saya buat masa skrg nie uzar???
UZAR : BILA MAMPU WAJIB DITUNAIKAN sesegera mungkin. Tapi benda yang wajib, tak seusai menjadi nazar kerana ia telah wajib, macam ada orang nazar untuk solat lima waktu. tatkala itu jika tak nazar pun dah wajib dah.
sy cuma nak kan kepastian dr ustaz..selama 13 thn sy mendirikan rumahtangga sy abaikan pelajaran agama kadang sembhyag pun ambik ringan x ditunaikan. (suamipn x smbhyang) sy rasa nk sembhyg bila perlu sahaja. tapi dengan anak2 saya paksa mereka untuk belajar sy hantar pergi kls mengaji. ada hati sy untuk belajar tetapi masa tidak mengizinkan saya..adakah sy boleh dikatakn seorang yg murtad?? tolong la sy uztaz..sekian.
saya pernah bernazar kalau saya dapat kerja saya akan membagi 1/2 dari gaji yang diterima untuk orang yang berhak menerimanya. waktu itu sya melamar di migas yang saya kira itu kerjanya dipertamina ternyata itu bukanya untuk kerja melainkan adalah pendidikan di migas cepu yang biayai oleh pertamina atas permintaan mentri bumn.waktu itu kalau saya jebol di migas sy akn melakukan nazar sy dan ternyata itu hanya pendidikan d1 di migas bukan kerja.tapi pada waktu itu juga saya mendapatkan gaji(uangsaku).apakah sy harus membayar nazar saya dengan 1/2jumlah unag saku sy dulu atau uang saku tempat saya bekerja sekarang.
UZAR : Bayar di tempat kerja sekarang..dahulu dikira wangsaku semasa pendidikan sahaja.
Ustaz, terimakasih atas penerangan yang diberikan. Cuma saya keliru sedikit dengan penjelasan ustaz bagi perenggan ke 3 dan ke 4.
Mula2 Ustaz kata sumpah atau nazar ke arah maksiat kena bayar kifarah(perengg an 3) tapi lepas tu yang saya faham dalam perenggan 4, ustaz kata tak perlu bayar kifarah pulak.Yang mana satu sebenarnya. Harap ustaz dapat bagi penjelasan.Terimakasih.
UZAR : Nazar jika dilanggar kena bayar kifarah, tapi naza maksiat tidak boleh ditunaikan..dan sebahagian ulama kata wajib bayar kifarah..tetapi mazhab syafie kata tak perlu..
so jika nak ikut mazhab syafie, tiada kirafah atas nazar maksiat
bagaimana sekiranya orang yang bersumpah murtad tadi tetap melakukan maksiat dengan niat untuk melepaskan ketagihan tersebut tetapi telah mengabaikan sumpahnya itu sebagai terbatal? adakah beliau juga akan murtad?
KOMEN UZAR : NAMPAKNAY ANDA TIDAK FAHAM TULISAN DI ATAS. YANG TIDAK DIHARUSKAN ADLAAH ANDA NAZAR JIKA BUAT SATU BENDA, ANDA AKAN LAKUKAN MAKSIAT. ITULAH NAMANYA NAZAR MAKISAT.
UNTUK KES ANDA, KALAU ONANI, ANDA AKAN BERPUASA, BERPUASA BUKAN MAKSIAT IA TAAT. JUSTERU WAJIB ANDA LAKSANAKAN NAZAR ANDA.
ustaz zahar, macammana kiraan kaffarah itu..
contoh seperti kes diatas iaitu bernazar tetapi tidak dapat tunaikannya..
sekian..
KOMENUZAR : NAZAR MAKSIAT MEMANG TAK BOLEH DITUNAIKAN DAN IA BATAL
saya pernah bernazar utk pose sekiranya saya berjaya masuk ke sekolah berasrama,tapi saya mmg dapat tawaran itu,tapi saya tolak,saya masih perlu membayar nazar saya atau tidak??
Ustaz,bagaimana pula dengan seseorang itu berniat nazar jika dapat apa yang dikehendakinya, tetapi setelah didapatinya,bel iau terlupa apa yang telah dinazarkan itu.
Cth:Apabila dapat beli kereta sekian sekian,niat nazar nak berpuasa 3 hari.Tapi bila sudah dibeli beliau ingat kepada nazar tetapi lupa apa yang dinazarkannya.
Adakah harus dikenakan denda?
KOMEN UZAR : WALLAHU 'ALAM, JIKA LUPA BETUL-BETUL..GANTIKAN SAJA IA DENGAN APA-APA YANG SESUAI..SEPERTI BERI DUIT RM 200 KE MASJID. ATAU LAIN-LAIN.
RSS feed for comments to this post