Aqidah & Kepercayaan Benang Hitam Di Tangan Bayi

Benang Hitam Di Tangan Bayi

  • PDF
(16 votes, average 4.56 out of 5)

HUKUM BENANG HITAM DI TANGAN BAYI

Soalan
MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut


Jawapan OLEH DATO' DR HARON DIN


Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: "Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada'ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.'"

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? "Lelaki itu menjawab, "Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan."

"Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu." (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).
Dalam hadis lain (mafhumnya): "Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

"Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang." (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.


Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): "Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT."

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a'lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1335)

Komentar Saya :

Perkara karut dan syirik seperti ini sememangnya amat banyak dalam masyarakat. bagi saya, ia adalah salah satu punca kerapuhan iman umat Islam yang akhirnya dengan mudah tertarik kepada harta haram dan seks bebas.

Media tidak terkecuali mempelopori kesyirikan dan kekarutan ini melalui cerita yang ditayangkan. Selain itu, apabila ada sahaja kisah orang meninggal, maka media akan temuramah si ibu bapa atau keluarga berkenaan perkara pelik yang dilakukan oleh si mati sebelum menemui ajal, alalu didedahkanlah konnnya si mati sebelum itu muram,   ada juga yang kata, dia tak pernah mandi awal, tiba-tiba pagi semalam mandi awal, rupanya tanda nak mati dan lain-lain. INI SEMUA KHURAFAT KARUT SERTA BOLEH MEMBAWA SYIRIK.!

Baca juga bentuk-bentuk kepercayaan karut dan syirik seperti rama-rama masuk rumah, tangan gatal tanda dapat duit, sebelah mata bergerak tanda nak mati dalam tempoh tertentu, cawan pecah tanda perkara buruk akan berlaku dan banyak lagi.

Sila baca sebahagiannya di sini. Masalah Kepercayaan Umat Islam

ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

www.zaharuddin.net

INFO HUKUM 

taip UZAR TANYA diikuti soalan anda, sms ke 33221 untuk bantuan sms kaunseling ringkas dan hukum. caj 50 sen dikenakan bagi setiap balasan SMS. Penghantaran sms hanya dikenakan caj oleh syarikat telefon dengan kadadr biasa sms iaitu 15 sen.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #12 izinfamori 2010-08-20 06:45
Assalamualaikum ustaz, mohon kongsi artikel ini di FB saya. Syukran ustaz.
Quote
0 #11 benang hitam dipakai oleh golongan jinRaz 2010-02-04 17:55
saya pernah meminta penjelasan seorang bomoh tentang benang hitam. bomoh itu berkata ada golongan jin bergelang hitam yang suka mengganggu bayi kecil pada waktu malam. bayi di pakaikan benang hitam agar menyerupai golongan jin berkenaan. ternyata bila dipakaikan bayi itu tidak menangis kerana tidak lagi diganggu oleh jin tersebut.
Quote
0 #10 dilemaShazana 2009-09-14 19:14
Assalamualaikum ustaz,
Bagaimana cara yg lembut utk memberitahu ibu bahwa penggunaan benang hitam di tgn bayi adalah khurafat? Pernah saya dan suami mempertikaikan perkara sebegini tetapi ibu menganggap bantuan beliau tidak diperlukan. Tolong la ustaz. Terima Kasih.

UZAR : print artikel ini dan beritahu ini fatwa dari Dato Dr Haron Din.
Quote
0 #9 sebagai hiasanAfidatusshimah Binti Mazlan 2009-09-13 07:23
Assalamualaikum ..
Maaf ye ustaz..sy ade sedikit kemusykilan. Berdasarkan artikel ustaz ini ada menyatakan tidak boleh mengantung kulit siput. Namun, sekiranya ia sekadar hiasan tanpa berniat yang membawa khurafat, adakah ia di benarkan syarak?. Itu sahaja. Syukran.
Quote
0 #8 Ayat Pendinding / Syarat TubuhUmmi Umar 2009-04-25 21:52
Assalamualaikum ustaz,

Saya dapat tahu seseorang telah memakai ayat pendinding atau syarat tubuh di dalam keluarga saya. Biasalah orang lama-lama dulu berubat. Menurutnya, bidan yang mengurutnya yang memberi ayat2 tersebut ( tujuan pemakaian adalah untuk menjaga alat sulit wanita ) WallahuAklam.. Dan dia mengakui telah mengamalkannya.... Namun kini sudah mula meninggalkannya .

Soalan saya, bagaimanakah caranya untuk dia berhenti atau bertaubat ? Adakah Cukup dengan beristifhfar dan solat taubat atau dia perlu berjumpa dengan orang yang beragama untuk "membuang" kerana dibimbangi sudah ada pendamping bersamanya di kalangan jin atau toyol dll?

Bagaimana Ustaz? Ada juga berubat dengan menggunakan namanya berbinkan nama ibu untuk mengetahui sama ada seseorang itu ada pendamping ataupun tidak. Adakah ia dibenarkan dalam Islam?

Sekian. Trima kasih ustaz.
Quote
0 #7 nurlisa 2008-06-06 22:22
Assalamua`laiku m,

Ustaz, persoalan saya ini berkaitan dengan pemakaian gelang suasa untuk kanak-kanak lelaki. apakah hukumnya dalam islam ustaz? saya jadi serba salah gelang tersebut hadiah dari emak saya buat cucunya, manakala suami saya tidak membenarkan saya memakaikan utk anak saya, kerana katanya haram bagi seorang lelaki memakainya...anak saya berusia 6 bulan. boleh ustaz jelaskan lebih terperinci.........
Quote
0 #6 rafina 2008-01-02 23:45
assalamualaikum ..
ustaz,saya nak tanya fasal pemakaian benang ini juga. baru2 ini ketika anak saya berumur 1thn 6bln,dia selalu meragam..asal pukul 12 mlam je nangis.tiap-tiap malam berlarutan selama seminggu..bukan setakat menangis biasa,melalak-lalak seperti ternampak sesuatu yang menakutkan.sebagai ikhtiar saya balik kampung dan berjumpa dengan orang alim dikampung saya.orang itu memang terkenal dengan alimnya,tempatn ya hanyalah disurau..masanya dihabiskan dengan beribadat selain melakukan kerja2 kampung.tiap2 tahun dia juga bawa jemaah menunaikan haji.berbalikkepada cerita saya tadi,setelah berjumpa dgn orang alim tu dia membaca ayat2 suci alquran dan dia memberitahu bahawa anak saya terkena gangguan makhluk halus.kemudian dia melakukan rawatan dgn membaca ayat2 suci alquran (memang jelas kedengaran) pada anak saya.kemudian dia memakaikan benang hitam itu.dia cakap tak ada apa2..tak perlu risau.habis tu macamana ustaz?
Quote
0 #5 riza 2007-11-10 05:34
ok gak la
Quote
0 #4 am0i 2007-11-05 23:29
Artikel yg sgt bagus. Teringat masa kecik2 ayah pakaikan kat adik benang hitam..masa tu kita tatau apa..astaghfirullah...mg Allah ampunkan dosa ibubapa ku ameen
Quote
0 #3 maisarah 2007-10-31 22:37
Assalamualaikum ..

Ustaz..
Mengenai pemakaian benang...
Saya mempunyai pengalaman memakai benang sebagai pendinding daripada perbuatan orang dan gangguan jin berulang kembali...

Disini tujuan pemakaian benang adalah salah satu daripada kaedah perubatan untuk membuang dan menghalang jin yang menggangu saya berulang semula.... walau bagaimana pun saya berniat apa yang saya lakukan ini hanyalah kerana Allah dan walau apa pun saya pakai saya tetap memohon perlindungan dari Allah..

Saya ingin mendapatkan nasihat ustaz.. adakah saya perlu membuang benang yang dipakai... walaupun dihati saya... masih lagi berpegang apa yang dilakukan hanya untuk berubat kerana Allah....

Saya pernah mendengar.. kita perlu berusaha dan berikthiar untuk mengubati penyakit (walau apa pun cara.. termasuk berjumpa bomoh dan memakai benang) ....selagi tujuan kita berubat hanya kerana Allah dan sembuhnya penyakit itu adalah kerana izin Allah.. adakah pemahaman ini betul disisi Islam....

Jika apa yang dilakukan tetap syirik.. maka saya perlu melakukan taubat.. tetapi adakah taubat saya diterima kerana... antara dosa2 yang tidak diampunkan ialah syirik....

Bantulah saya untuk keluar daripada kekeliruan ini....


KOMEN UZAR : IKTIHAR ADALAH WAJIB MENERUSI USAHA FIZIKAL DAN DOA DAN LAIN-LAIN YANG TERMASUK DALAM PERKARA HALAL SAHAJA.

GUNA BENANG DAN PERCAYA ADALAH SYIRIK DAN TIDAK TERMASUK DALAM USAHA DAN IKHTIYAR YANG DITERIMA ISLAM
Quote
0 #2 Abu Dzar 2007-10-19 19:09
Assalamualaikum wbt.,

Kalau untuk tujuan perubatan, terlalu banyak alternatif yang boleh digunakan selain memakai gelang.

Lagi pula gelang tersebut agak mahal juga harganya kalau dibandingkan dengan perubatan alternatif.

Sebenarnya memakai gelang bagi lelaki sekarang ini menjadi budaya berbanding tujuan perubatan.
Wassalam
Quote
0 #1 Suraya 2007-09-05 19:53
Assalamua`laiku m,

Ustaz, persoalan saya ini berkaitan dengan gelang juga tetapi bukan gelang yang dijampi. Gelang ini merupakan gelang yang telah diletakkan dengan magnet atas tujuan terapi kesihatan.

Di website ini terdapat contoh gelang yang saya maksudkan. edymium.com/.../product.asp Persoalannya ialah, bolehkan orang lelaki memakai gelang tersebut? Ini kerana ada beberapa pendapat yang saya perolehi, ada yang kata boleh atas tujuan perubatan dan ada yang kata tidak boleh kerana menyerupai perempuan.

Pandangan daripada ustaz saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.

UZAR : Jika ternyata secara saintifik ia boleh bawa kebaikan perubatan. Ia harus bagi orang sakit yang memerlukan dan bentuknya juga mestilah tidak menyerupai gelang wanita.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 82 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Benang Hitam Di Tangan Bayi