Awasi unsur syirik jika guna kayu koka |
Oleh Dato' Dr Haron Din
Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka.
Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin.
Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?
Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor
Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.
Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.
Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.
Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.
Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.
Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.
Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.
Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam bersabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)
Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.
Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.
Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen yang pembeli atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.
Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.
Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.
Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.
Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan yang termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.
Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.
Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.
Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.
Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.
Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.
Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.
Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.
Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.
Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."
Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."
KOMEN SAYA :
Kayu Kokka & Masalah Aqidah
Ramai bertanya kepada saya berkenaan keajaiban kayu kokka. Sebenarnya saya telah lama menyatakan berkenaan kayu kokka ini sejak dari Jordan, saya juga sempat bertemu dengan penjual utama kayu kokka semasa berada Jordan. Selepas perbincangan, penjual ini mengakui bahawa tiada sebarang hujjah yang boleh dipakai untuk mendakwa kesohihan dakwaan sejarah kayu ini.
Saya juga telah berusaha mencari apa jua hadith dari beratus buah kitab-kitab hadith berkenaan kayu ini, malangnya tiada satu pun hadith berkenaannya.
Saya juga sempat bertanya kepada Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqar ketika menziarahi beliau di rumahnya di Mesir pada tahun 2004. Beliau menyatakan sesiapa yang mempercayai kayu ini adalah orang-orang yang jahil. Itulah yang disebut oleh Syeikh Atiyyah.
Selain itu, saya juga sempat berbincang dengan Syeikh Prof. Dr Abd Malik As-Sa'di (Ulama Iraq yang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah Jordan), beliau mengatakan pemakai cincin kokka, rantai, tasbih dan lain-lain dengan kepercayaan akan kehebatan ghaib kayu yang boleh mendatangkan kesan baik atau menolak keburukan, ia termasuk dalam kategori tangkal yang membawa hukum syirik.
Dari sudut hukum jual beli
Ringkasnya, penjual kayu ini juga kerap mewarwarkan 'kuasa ghaib' kayu ini, menurut hukum Shariah sebegini adalah haram tanpa syak lagi kerana telah berfunsgi seperti bomoh yang meramalkan hal ehwal ghaib.
Penjual kayu ini juga samada secara sedar atau tidak telah melakukan penipuan apabila menyebut kayu kokka sebagai kayu yang sama dengan Bahtera Nabi Nuh a.s ( padahal tiada saiapa yang pernah menjumpai bahtera ini, sebarang dakwaan kosong tidaklah boleh dipakai) demi untuk meyakinkan pembeli akan kehebatannya, sedangkan tiada satu hadith yang menyebutnya dan kajian saintifik juga tiada yang boleh dipakai dalam hal ini. Apabila perkara tidak sabit kebenarannya ini dijaja bagi menjual kayu ini, ia akan tergolong dalam kategori pembohongan dalam jualan. Nabi SAW bersabda :-
Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli, Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat ) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap ( ketika promosi ) mereka akan sentiasa berbohong. (Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Al-Bukhari & Muslim ; Al-Baihaqi)
Demikian juga halnya dengan majoriti penjual kayu ini di ketika mereka berkempen, ada yang akan mendakwa kononnya ia adalah kayu yang sama dengan tongkat Nabi Musa a.s serta boleh menghadang Jin dan Syaitan. Semuanya tidak berasas di dalam Islam. Bagi saya, kayu ini sebenarnya lebih banyak membawa keseronokan kepada Jin dan Syaitan kerana lebih mudah merosakkan aiqdah umat Islam dengan kewujudannya.
Selain itu, sebahagian pihak penjual menaikkan harga kayu ini hanya kerana kehebatan ghaib kayu ini. Jika harganya berdasarkan kualiti dan kecantikannya sebenar sahaja, tentu ia dibenarkan oleh Shariah. Bagaimanapun jika ia dinaikkan kerana kuasa ghaib dan khasiat yang tidak boleh dibuktikan oleh kajian sains, ia tidak dibenarkan oleh Shariah kerana gharar.
Kayu atau orang yang bermasalah?
Ada yang bertanya serta memberikan pandangan kepada saya bahawa yang salah adalah kepercayaan itu dan bukannya kayu itu pada fizikalnya. Benar, saya bersetuju dari satu sudut bahawa kayu itu sendiri sudah hukumnya adalah neutral, demikian juga hukum bagi kubur. Bagaimanapun yang menjadi masalah adalah pemuja kubur, sudah tentu kubur dan jenazah yang dikuburkan itu tidak salah, tetapi yang salah adalah pemuja. Demikian juga halnya kayu kokka. Dalam Islam, jika sesuatu yang neutral itu menjadi sebab utama kepada syirik, ia turut akan diharamkan sebagai sadd az-zara'i (menutup ruang kemungkinan berlaku syirik).
Justeru, hukum memakai dan membeli kayu ini dengan tujuan hiasan semata-mata, tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya adalah harus. Bagaimanapun, amat wajar dijauhi juga, kerana apabila sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun seseorang memakainya hanya untuk kecantikan dan hiasan, berita keajaiban itu akan bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika seseorang memakainya.
Islam menolak semua jenis tindakan yang bermain di sempadan syirik seperti menyimpan patung di dalam rumah, membina kubur dan dalam kawasan masjid dan banyak lagi (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)
Kempen
ANTARA DAKWAAN PENJUAL KOKKA adalah :-
- Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun.
- Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.
- Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia. (Sapu sedikit sudah cukup).
- Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah.
- Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita.
Sumber : http://www.freewebs.com/adeqanuar/kayukokka.htm
Bayangkan begitu karut dakwaan penjual kayu kokka ini, sehingga minyak kayu kokka dianggap boleh menjadi minyak pengasih. Sedangkan hukum minyak pengasih adalah syirik dalam islam sebagai disebut oleh nabi SAW ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradhawi ).
Tangkal atau Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.
Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya : Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu') :
Ertinya : Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.
Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.
Moga Alah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
15 Jun 2007
video ini dirakamkan sekitar hujung tahun 2004
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Saya baru balik dari SOLO dan banyak membeli tasbih koaka dan gelang kaoka utk dihadiahkan pada rakan2 dan keluarga.
Saya juga memakai gelang kaoka setiap masa walaupun waktu ke tandas.
Tujuan saya memakai gelang ini kerana saya sukakannya dan memakainya bagi tujuan perhiasan (Kerana kaoka tidak akan berbunyi sewaktu kita menggerakkan tangan seperti perhiasan2 yg lain - tabarruj).
Selain dari itu bilangan biji kaoka yg saya jadikan gelang ini adalah dalam jumlah 33.
Jadi mudah utk saya menjadikannya tasbih untuk berzikir ketika di mana2 sahaja.
Apa pendapat ustaz?
wAllahu a'lam.
pernah jga terdengar yg jin takut dengan kayu kokka, tapi kawan saya pernah menggunakan kayu kokkanya utk menghalau jin yg merasuk seorang pelajar wanita di asramanya, tapi langsung x memberi kesan walaupun sedikit.
selama sy menggunakan tasbih kokka nie, hanya sekali sy gunakan utk test betul atau tidak cerita2 mengenai kokka ni, dengar crita kokka nie boleh mengubati penyakit. Masa tu sy sakit tekak teramat sangat bila nak telan air liur, jadi sy cubalah gunakan tasbih nie dengan mencelup dalam air, kemudian membaca Al-fatihah dan beberapa ayat Al-Quran serta selawat, kemudian meminum air tersebut, tp tidak mendatangkan apa2 kesan, maka ternyatalah mmg benar kayu kokka tidak boleh memberi apa2 manfaat/kebaikan..
Lepas tu sy teringat akan sebuah hadith yg mana nabi SAW memberitahu mafhumnya, "madu adalah ubat pelbagai penyakit" kmudian sy pun membeli madu dan minum sbgai ikhtiar utk mengubati sakit sy tu berdasarkan hadith nabi, x lama slpas tuu sakit sy pun hilang... dengan ini terbuktilah bahawa janji Allah dan Rasul-Nya adalah benar... wassalam
Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.
oleh tuan guru haron din.
Justeru, hukum memakai dan membeli kayu ini dengan tujuan hiasan semata-mata, tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya adalah harus. Bagaimanapun, amat wajar dijauhi juga, kerana apabila sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun seseorang memakainya hanya untuk kecantikan dan hiasan, berita keajaiban itu akan bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika seseorang memakainya.
oleh UZAR
copy n paste dari atasnya
harap ustaz membenarkan saya yer...
?
Kalian tau tak apa itu syirik...syirik tu bukan hanya untuk orang jumpa bomoh berkhidmat kepadanya, termasuk percaya kuasa keatas barang dan benda lebih dari Allah...
Setiap umat Islam memang percaya kepada Allah tetapi tiada keyakinan terhadap Allah pun sudah jadi syirik, mengapa saya taip begitu sebab kalian masih tak sedar sebab itu saya beri nasihatnya...
saya beri contoh ramai percaya kepada Allah berdoa untuk penyembuhan penyakit doa demi doa setiap hari setiap bulan setiap tahun masih tak sembuh-sembuh termasuk makan herba atau ubat hospital, lepastu tiada jalan lain pergi jumpa dukun,bomoh,ima m,ustaz dan tok syeikh untuk berubat...bukankah bomoh dan dukun minta tolong daripada jin??? kalau jumpa ustaz,imam dan tok syeikh bukankah mereka minta tolong daripada Allah? Itu maknanya anda tiada keyakinan terhadap Allah lagi maknanya diri kalian sudah jadi syirik menaruh kepercayaan kepada orang lain seperti dukun bomoh dan lain-lain sedangkan ketepikan Allah itupun sudah syirik. Lepas syirik adalah murtad kerana tiada keyakinan terhadap Allah lagi...
Jadi apa yang perlu buat adalah sedarkan diri sendiri jangan asyik melencong ke jalan kepentingan dunia lebih daripada akhirat....
a. khasiat gelang megnetik
b. khasiat gelang kayu koka
c. khasiat vitamin
d. khasiat air ecpi
e. khasiat sayuran
f. khasiat madu lebah
UZAR : berdasarkan apa yang diterangkan. Benar ia adalah SYIRIiK YANG AMAT JELAS, jika mati sebelum bertaubat...amat amat bermasalah. Buanglah kayu itu
UZAR : Jangan pakai lagi dan bykkan beristoghfar dan taubat atas kesalahan lalu
Baik, saya nak bertanya.
Di dalam artikel Ustaz, sedikit ada menyentuh dengan air za'faran. Jadi, bagaimana pula saya yang sebagai pengamal hampir kesemua produk Tok Guru (tokguru.net/)? - ada di antara produknya mengandungi ekstrak za'faran. Adakah saya masih boleh terus mengamalkan produk-produk tersebut?
Lagi, saya ada banyak simpanan produk yang berasaskan buah kokka. Jadi, apa perlu saya buat terhadapnya, ya Ustaz?
Diharap, mendapat sedikit sebanyak panduan dan pendapat Ustaz. Terima kasih saya dahulukan.
ada seorg kwn saya membantah apabila saya mengatakan bahawa memakai gelang magnetik itu haram. melalui pembacaan saya terdapat hadith yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melarang pemakaian gelang yang bertujuan perubatan, dan mengatakan itu perbuatan sia2. Boleh ustaz jelaskan addakah dakwaan itu benar?
terima kasih
UZAR : SILA CARI DI BAHAGIAN IBADAT. SAYA TELAH ULAS
moralnya...wahai umat Rasulullah..janganlah anda mengikuti seseorang hanya kerana imej berserbannya..tetapi ikutlah berlandaskan ilmu yang berakarkan al-quran dan assunnah. ikutlah ilmu sunnah walaupun ianya diajar oleh seorang wahabi, walaupun seoarang bangsa kurdis. walaupun seorang yang berkulit hitam dan bibir tebal. Kokka ini menyesat dan melemahkan umat islam... wajib kita jauhinya. banyak lagi sunnah yang nabi ajar kita patut ikut. bukan benda mengarut ini. wallahualam.
Apabila seorang insan yang lahir tidak mendapat didikan asas agama yang betul, maka perkara-perkara syirik amat mudah diterima dan diamalkan. Mereka tidak ada kebolehan berfikir untuk memahami apa itu syirik dan bagaimana untuk membezakannya. Mereka juga tak dapat membayangkan betapa azabnya api Neraka kerana kesalahan tersebut.
Kita tak pernah bertanya diri sendiri, tahukah kita baca Al Qur'an? Betulkah tajwidnya? Kalau tajwid tak betul adakah sah solat kita? Adakah kita meng'aplikasi'kan hukum halal, haram, sunat, makruh dan harus dalam kehidupan seharian kita?
Kalau tak tahu kenapa tak jumpa ahli agama? Kita hanya cari mereka jika ada urusan wajib sahaja.
Kita nak salahkan siapa jika umat Islam melakukan perkara syirik? Adakah anak kita diberi peluang belajar agama? Ia bermula dari rumah, saya salahkan ibu bapa yang tersilap arah mendidik anak.
Cuba kita renungkan perkataan berikut; jurutera yang tahfiz, doktor yang tahfiz, prof yang tahfiz, dll. Dan yang bagusnya jika kita tanya anak-anak; bila dewasa nanti nak jadi apa? Nak jadi ulama'.
Alhamdulillah.
Boleh kah kita membelinya dan menggunakannya?
1) Menggunakan tangkal dan ini dikatakan amalan yang membawa syirik seperti dalam hadist.
2) Menyerupai perbuatan Hindu / Sikh. Larangan menyerupai / meniru agama lain juga terdapat dalam hadist sahih.
3) Menyerupai wanita. Menurut hadist lelaki menyerupai wanita antara yang terlaknat.
Saya katakan lagi, jika orang ini mati sedang gelang kokka masih di pakainya, maka ditakuti matinya dalam keadaan su'ul-khatimah. Na'uzubillaa-hi min zaalik.
Tolong betulkan saya ustaz...
Ingatkan setelah Sultan Melaka memeluk Islam beratus tahun dulu dan majotirti orang melayu telah memeluk Islam, tiadalah lagi unsur animisme dalam pemikiran dan fahaman.
Malangnya, percaya sungguh kepada batu, kayu, geliga , air ludahan dan sebagainya. Ketawa besar orang dari Chennai kalau tahu hal ini. Sama saja katanya....
Belajar yang ilmiah tak mahu, yang karut marut juga nak diamalkan.
Kesimpulannya, setiap tumbuhan yang dicipta Allah itu ada khasiat tersembunyi. Manusia perlu gunakan sedikit akal yang diberi (ilmu manusia umpama setitis air di lautan) untuk mencari khasiatnya. Janganlah taksub, ditaksubkan malah menaksubkan orang lain pula.
Kes guru quran (hormati ilmu Al-qurannya) yang jual kayu kokka tu, inilah salah satu kejadian depan mata tentang siasah orang yang kononnya ada gelaran agama. Ambil kesempatan.. (tak hormati amalannya). Orang yang dahlah kayu, lagi mengkayukan orang lain pula. malanglah masyarakat Melayu Islam yang penuh dengan amalan kekayuannya.
Hati-hatilah kita dengan kesesatan dalam masyarakat sekeliling.
(ada kawan Indon (oooops maaf dari Indonesia) kata tahi hidungnya sangat mujarab bisa menyembuhkan penyakit lambat kahwin dan susah dapat kerja. Tapi mujarab untuk orang Melayu di Malaysia saja. Sesuai untuk wanita Melayu yang masa mudanya pentingkan karier dari berkahwin dan pelajar Melayu yang pencapaian CGPAnya tak ada mutu sebab suka berpoya masa di kolej. Dengan mencampurkan sepalit tahi hidungnya dengan sesudu madu lebah, disapukan ke muka selama 3 bulan hasilnya, yang wanita akan cepat dapat jodoh (walaupun tak cantik, suara kasar perangai tak senonoh, hisap rokok dan terlebih sosial. Dan yang menganggur cepat dapat kerja walaupun selekeh masa temuduga dan tergagap-gagap jawab soalan baik dalam bahasa ibunda mahupun bahasa Inggeris. hal kenegaraan langsung tak ambil peduli.Tapi kalau tanya pasal muzik kumpulan Dewa19 siap boleh menyanyi lagi.
Cubalah tahi hidung ini...dari indon (oops maaf dari Indonesia) lagi. Tentu mujarab. Boleh juga diniagakan secara internet atau MLM. Keuntungan berkali ganda)..... tak percaya? iklan satira saja.
Salam Maal Hijrah.
...Penjual kayu ini juga samada secara sedar atau tidak telah melakukan penipuan apabila menyebut kayu kokka sebagai kayu yang sama dengan Bahtera Nabi Nuh a.s (petikan artikel pihak tuan).
komen saya-penjual kayu koka bukan menipu tetapi menfitnah nabi-nabi termasuk ada yang menfitnah kayu koka adalah asal kayu tasbih nabi Muhammad. juga dari tongkat nabi musa.
?Sesiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka.?[14]
[14] Al-Imam al-Nawawi, Muqaddimah Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Bab Taghliz al-Kizb ala Rasulillah, hadith no. 3.
banyak lg kesyirikan2 yg mereka lakukan, termasuk bertawassul pada roh wali. mereka ini adalah org2 yang melampaui batas, malah ramai dari kalangan 'ustaz-ustaz' yg menjual kayu kokka ini. apabila kami melarangnya..mereka menuduh kami dengan "ko ni wahabbi, ini tak boleh, itu tak boleh, kerja ko nak sesatkan orang sahaja. ustaz aku yang alim pun pakai kayu kokka!'. walhal kita melarangnya berpandukan Quran dan sunnah. mereka lebih suka bertaqliq buta.
KOMEN UZAR : TU BUKANKHASAIT SECARA GHAIB TETPAI KHASIAT BAHAN KIMIA MENURUT HUKUM ALAM
saya nak tanya berkenaan lelaki yang memakai gelang sama ada gelang kokka atau gelang bermagnet yang popular sekarang ni.kedua2 nya didakwa baik untuk kesihatan.betul ke saya dengar haram lelaki memakai gelang?
terima kasih.
KOMEN UZAR : PERLU BUKTI DARI FAKTA KAJIAN SAINTIFIK, BARU BOLEH PAKAI
RSS feed for comments to this post