Aqidah & Kepercayaan Mimpi Nabi Tapi Pelik : Benarkah ?

Mimpi Nabi Tapi Pelik : Benarkah ?

  • PDF
(19 votes, average 4.95 out of 5)

Mimpi Nabi Tapi Pelik : Benarkah ? 

mimpi
 

Soalan 

Assalamualaikum,

Ustaz, saya pernah bermimpi Rasulullah menurut kata hati saya inilah, tetapi masalahnya badannya agak gemuk dan pernah juga perbuatannya dalam mimpi tu macam tak beradab, tak elok dan ada yang macam bercanggah dengan amalan Islam. Tapi apa yang saya tahu, ada hadith yang mengatakan jika mimpi Nabi maka memang nampak nabi yang sebenarnya. Macam mana pula jika mimipi Nabi begini dan dia ajar satu perkara yang bercanggah dengan Islam?. Adakah ia khusus untuk kita atau bagaimana, mohon ustaz menerangkan. Terima kasih

Jawapan

Pada asasnya, memang benar, terdapat hadith sohih yang menyebutkan :-

وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي

Ertinya : Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 ) 

Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-

من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ

Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )

Dalam mentafsirkan hadith ini, para ulama telah terbahagi kepada tiga kelompok. Apabila saya utarakan tiga pendapat ini, inshaAllah jawapan kepada soalan anda akan terjawab.

Kumpulan pertama : Antara yang tergolong dalam kumpulan ini adalah pakar tafsir mimpi Muhammad Ibn Sirin, Al-Qadhi Iyadh dan lain-lain,

Mereka berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi SAW.

Ini bermakna, hadith di atas tidak ‘mutlaq' kepada semua bentuk wajah yang dilihatnya. Ia hanya benar-benar wajah Nabi jika sifatnya sama dengan apa yang diriwayatkan.

Bagi para sahabat Nabi, apa yang dilihat mestilah sama dengan wajah Nabi yang diketahui mereka.

Dalil yang diutarakan oleh kumpulan ini adalah hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disebut oleh Ibn Hajar Al-Asqolani iaitu seorang lelaki telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW, lalu ia menceritakannya kepada Ibn ‘Abbas r.a, Maka Ibn Abbas bertanya : "Sifatkan apa yang kamu lihat" Maka, ia berkata : "Aku menyebut hasan Bin Ali, lalu aku menyerupakan dengannya" . Ibn Hajar berkata sanad hadith ini adalah baik. (Fath al-Bari)

Jika di ambil pendapat kumpulan ini, mimpi yang sebagaimana anda tanya tadi adalah mimpi yang tidak benar kerana tubuh baginda SAW tidak gemuk dan tidak mungkin ia melakukan perkara ‘aib dan tidak bersopan. Ia juga bukan Nabi SAW kerana mustahil Nabi akan menyuruh sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan Al-Quran.

Kumpulan Kedua : Antara ulama kumpulan ini adalah Imam An-Nawawi, Al-Mazari dan lain-lain.

Kumpulan ulama ini berpendapat hadith di atas umum bagi semua orang samada yang pernah melihat Nabi semasa hidup (seperti sahabat) atau yang tidak pernah (seperti kita semua). Semua jenis mimpi Rasulullah SAW adalah benar sebagaimana maksud hadith tadi.

Hasil dari pendapat ini, apa saja yang dilhat dalam mimpi dan mendapat ilham atau apa jua perasaan bahawa ia adalah Nabi SAW, maka benarlah mimpi itu dan itulah Nabi SAW.

Imam Ibn Hajar ketika mengulas pendapat Imam Nawawi ini berkata perlu diingat bahawa Muhammad Ibn Sirin adalah Imam dalam bab ta'bir mimpi manakala pandangan Al-Qadhi ‘Iyadh pula adalah sederhana dan baik.

Berdasarkan kepada pendapat ulama kumpulan ini, mungkin benarlah anda telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi itu.

Kumpulan ketiga : Antara ulama dari kumpulan ini adalah Ibn Juzay dan Syeikh Mustafa Az-Zarqa, ( Al-‘Aql wal Fiqh Fi Fahmi Al-Hadith An-Nabawi, hlm 25 )

Syeikh Mustafa Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa seluruh pandangan ulama, ia mengatakan memang secara zahirnya kelihatan hadith di atas seolah-olah menjamin semua wajah Nabi (sebagaimana ilham seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu adalah wajah Nabi yang sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran para ulama, jelaslah hadith tadi tidak memberi jaminan untuk semua.

Malah jaminan benarnya Nabi yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para sahabat baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi.

Adapun, bagi individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak termasuk dalam jaminan hadith « syaitan tidak boleh meyerupaiku »

Ini kerana kita tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin sahaja Syaitan membentuk  satu wajah yang tidak kita ketahui lalu mendatangkan perasaan atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi.  

Syaitan memang tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya menyerupai sebuah wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan kita tidak mengetahuinya.

Lebih merbahaya apabila gambaran itu memberi mesej dalam bentuk cakap atau tindakan yang tidak sesuai dengan watak sebenar baginda SAW.

Syeikh Mustafa Az-Zarqa juga menegaskan, jika seseorang merasakan ia mimpi Nabi di zaman ini, maka ia tiada jaminan apa yang dilihatnya adalah Nabi SAW, ia terbuka untuk benar atau salah. Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi biasa yang terbuka kepada permainan jahat Syaitan, monolog dalamannya ataupun mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah Nabi sebenar, tapi tidak termasuk dalam jaminan hadith tadi. ( Al-Aql wa al-Fiqh, hlm 27)

Ini samalah macam mimpi buruk yang dialami seorang sahabat Nabi:

يا رَسُولَ اللَّهِ رأيت في الْمَنَامِ كَأَنَّ رَأْسِي قُطِعَ قال فَضَحِكَ النبي  وقال إذا لَعِبَ الشَّيْطَانُ بِأَحَدِكُمْ في مَنَامِهِ فلا يُحَدِّثْ بِهِ الناس

Ertinya : "Wahai Rasulullah aku telah nampak dalam mimpiku seolah-olah kepalaku dipenggal. Maka Nabi SAW tertawa mendengarnya lalu berkata : Apabila Syaitan mempermainkan seseorang darimu ( dengan mimpi-mimpi begini) dalam tidurmu, maka janganlah kamu menceritakannya kepada orang lain" ( Riwayat Al-Bukhari)

Nabi juga menyebut :

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ من اللَّهِ وَالْحُلْمُ من الشَّيْطَانِ فَمَنْ رَأَى شيئا يَكْرَهُهُ فَلْيَنْفِثْ عن شِمَالِهِ ثَلَاثًا وَلْيَتَعَوَّذْ من الشَّيْطَانِ فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ

Ertinya : Mimpi yang baik ( dari orang soleh) adalah dari Allah SWT dan mimpi (buruk) adalah dari Syaitan, barangsiapa yang telah melihat sesuatu (mimpi) yang tidak disukainya, hendaklah ia meniup ke kirinya 3 kali dan beristi'azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan), kemudian mimpi  itu tidak akan memudaratkannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)

Kesimpulan

Setelah melihat kepada tiga kumpulan ulama ini, saya kira pandangan ketiga adalah gabungan kedua-dua kumpulan di atas, huraiannya adalah paling dekat dengan hati, minda dan keyakinan saya. Wallahu ‘alam. Justeru menurut pandangan saya, mimpi anda tidak benar dan ia bukannya gambaran Nabi SAW dan arahan tadi juga tidak benar sama sekali.

Hadith jaminan benarnya nabi di dalam mimpi tadi juga tidak terpakai dalam hal mimpi yang anda sebutkan itu. Wallahu'alam.

Perlu difahami, setiap orang mampu mendapat mimpi Nabi SAW tetapi dengan ia hanya benar jika bertepatan dengan sifat yang terdapat dalam hadith-hadith sahaja. Selain dari itu ia bukan nabi dan tiada percanggahan dengan hadith nabi tentang sesiapa yang melihatkau dalam mimpi maka ia telah melihatku.

Sekian

U.Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

29 Jun 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

-1 #23 sarandwijaya 2012-03-28 02:12
assalaamu alaikum,...afwan hanya memberi masukan saja,mengenai tafsir mimpi dan pengalaman Ruhani...hendaknya menanyakan kepada ahli nya,para ulama arif billah,sehingga terbimbing,..terlalu luas alam ma'na dan samudera ilmu tiada bertepi...hendaknya...kalo kita mau menyelam bertanyalah atau belajarlah kepada ahli yg sdh pernah menyelam dan dpt mengajarkan kita mngenai penyelaman...salam :-)
Quote
-1 #22 mimpi btemu nabi SAWDayang Kirana 2012-02-04 11:46
Assalamualaikum Ustaz..Saya pernah bermimpi bertemu dengan Nabi SAW..Sebanyak 2 kali dalam tempoh 3 minggu..mimpi pertama-seorang lelaki yg berpakaian putih dan bersinar tp hanya membelakangkan sy..Yg ke 2- masih seorang lelaki ttp bwajah x sy ingati.kali ni datang bsama 2 org lelaki lain yg diperkerkenalka n kpd sy sebagai Abu Sufyan dan Uwais Qarni..sbelum tu mmg x tau sapa Uwais Qarni..beberapa hari kemudian,,,mela lui satu buku sy baru tau Uwais Qarni merupakan seorang wali Allah..untuk tambahan-mimpi itu blaku pada bulan Ramadhan..apakah mimpi itu boleh dipercayai dan bukan mainan tidur?
Quote
0 #21 ABCQori 2012-01-28 10:03
saya ada pertanyaan, :-? ..
kawan saya bernaza,jika dia mengeluarkan air mani dgn sengaja sbnyak sekali dia akan berpuasa 3 hari..adakah syarat naza kawan saya itu dterima@sah dan patutkah dia berpuasa..??
Quote
+3 #20 Kepada komentar bernombor #15Fathullah MF 2012-01-26 10:22
merujuk kepada komentar bernama "sakiah" di komen bernombor #15..

salam saudara/i,
mengapa perlu terus jatuh hukum ke atas seseorang yg jahil dan hanya bertanya dan meminta pandangan dari seseorang yg pakar? lihatlah bagaimana ustaz dr zaharuddin menjawab soalan dari hambaNya yg jahil dan inginkan kepastian..

manakala kamu pula terus-terusan menjatuh hukum bahawa si penyoal itu sesat dan sebagainya.. utk mendidik dan membimbing seseorang haruslah dgn nada yg sopan dan bijak mengatur ayat agar tidak tguris hati apabila ditegur atau diberi tunjuk ajar.. niat kamu mmg betul, tapi cara kamu agak keterlaluan..

ingatlah, Islam tidak pernah mengajar kekasaran.. Askum.. ;-)
Quote
-1 #19 mimpiblueberry 2011-06-21 13:42
Assalamualaikum ,

saya pernah bermimpi seornag lelaki dtg berjumpe dengan ayah dan arwah mak saye..kemudian, saya bermimpi org yang sama. keluarga saya dtg ke rumahnye dan die berjumpe dengan keluarga saya. apekah maksud di sebalik mimpi tersebut?
Quote
+1 #18 mimpiblueberry 2011-06-21 13:39
Assalamualaikum ,

Saya ingin bertanyekan..saye pernah bermimpi seorang lelaki datang berjumpe dengan ayah dan arwah mak saye..selepas itu, saya bermimpi keluarga saye dtg ke rumahnye.. die berjumpe dengan keluarganye.apekah maksud di sebalik mimpi tersebut?
Quote
+1 #17 Mimpi Rasulullah sawlina 2011-05-12 21:40
Assalam mualaikum..saya bermimpi Rasulullah sedang hendak berhijrah ke madinah bersama Abu Bakar dan Omar mengiringi pemergian mrka . Sedangkan saya didalam sebuah rumah mengintai dari belakang pintu..krn saya takutkan Omar yg garang...

Sebelumnya saya bermimpi ...saya di dalam bas yg burk di padang pasir dan bas bergerak agak laju dan bahaya...lalu saya keluarkan tangan dan kepala meminta tolong sambil menjerit "Rasulullah tolong" kemudian datang seorang lelaki menunggang kuda putih dan berserban hitam menutup mukanya dengan serban krn pasir berterbangan di padang pasir akibat mengejar saya dengan pantas...sambil cuba menyelamatkan saya.

Tuan apakah benar mimpi saya tersebut dan apakah maknanya yea?
Quote
+1 #16 Mimpi tak nampak Nabi SAWKamil Ariff 2010-09-23 04:28
Salam, Ustaz, saya bermimpi dalam tidur ada orang seolah memberitahu saya kedatangan nabi, saya cuma memandang kekanan tetapi tidak nampak nabi dan tidak ada manusia, yang ada cuma beberapa objek yang tidak dapat saya ingat apakah objek berkenaan. Saya terjaga dan terasa macam keadaan berlaku dalam sedar. Kemudian saya lupa. Mimpi ini berlaku antar jam 1 petang ke 2 petang(waktu rehat kerja). Cuma pada waktu malam ni baru saya terkenang dan terperanjat. Apa yang pasti sy tidak melihat Nabi S.A.W. Cuma sy keliru makna mimpi tersebut. Harap ustaz berikan pandangan.
Quote
-5 #15 JANNGAN MENGAIBKAN BAGINDA S.A.Wsakiah 2010-08-13 02:59
:-?
'saya pernah bermimpi Rasulullah menurut kata hati saya inilah, tetapi masalahnya badannya agak gemuk dan pernah juga perbuatannya dalam mimpi tu macam tak beradab, tak elok dan ada yang macam bercanggah dengan amalan Islam.'
KAMU SEDAR APA KAMU CAKAP????? HATI KAMU YG MNYATAKAN ITU BAGNDA S.A.W, SUUNGGUH KAMU SEST, MNYIIMPANG.. MIMPI YG BENAR ADLH MIMPI YG MNUNJUKKAN TU MMG BAGGINDA, CTH ADA KELIBAT YG MBERITAHU KAMU BAHAWA TU ADLH BAGINDA, XSLH KLU SY NYATAKN KAMU DA JAUH SESAT DARI AQIDAH, KAMU HINA DI SISI ALLAH.. INSAFLAH..
Quote
+4 #14 Mimpi berjumpa Rasulullah sawAhmad Rifaie 2010-07-18 15:11
Salam,ustaz.
Dalam kes tadi,di mana dia berjumpa seorang lelaki dalam mimpinya, yg menurut kata hatinya adalah Rasulullah saw dan menjelma dalam keadaan buruk sifatnya serta tidak beradab, memang secara logiknya itu bukanlah sifat-sifat yang ada pada Rasulullah saw dan itu merupakan jelmaan syaitan.
Bagaimana pula jika dia bermimpi berjumpa seorang lelaki dengan berpakaian putih bersih,wajahnya bercahaya dan menurut kata hatinya itu adalah Rasulullah.Adakah kita perlu mengatakan itu adalah Rasulullah saw? Adakah dengan berpakaian jubah putih bersih dan wajahnya bercahaya,adala h cukup untuk kita mengatakan itu adalah Rasulullah saw?
Tidak,kita tidak boleh mengatakan itu adalah Rasulullah saw,sesungguhny a syaitan boleh tipu kita dengan menjelma sebagai lelaki soleh,wajah bercahaya,berju bah putih bersih.Dan kita tidak pernah hidup sezaman dengan Rasulullah saw dan kita tidak tahu bentuk dan keadaan wajah Rasulullah saw yang sebenarnya.
Jadi kedua2 keadaan di atas kita tidak boleh ambil sebagai rujukan untuk kita mengenal Rasulullah saw dalam mimpi.Kita tidak boleh menilai dalam bentuk fizikal sahaja.
Jadi di sini saya akan bagitahu macam mana nak mengenal Rasulullah saw dalam mimpi bahawa itu adalah benar-benar Rasulullah saw dan bukan jelmaan syaitan.
Jika kita bermimpi berjumpa Rasulullah saw, Rasulullah saw akan mengenalkan dirinya dengan berkata "Ana Muhammad Rasulullah SAW". Sebutannya lancar dan tidak tersekat-sekat.Dan ini adalah benar-benar Rasulullah saw.Sebabnya syaitan tidak boleh mengaku dirinya adalah Rasulullah saw,jika syaitan cuba untuk mengaku, bahawa dirinya adalah Rasulullah saw,syaitan akan terbakar dan binasa.
Manakala syaitan juga boleh menipu dengan mengaku dirinya adalah Rasulullah dengan sebutan yang tersekat-sekat,iaitu dengan memperkenalkan dirinya dengan berkata "Ana Muhammad,,,,,,R asulullah SAW".Sebutannya tidak lancar dan tersekat,Sesung guhnya itu adalah sebutan syaitan yang hendak mengelirukan kita.Dan itu bukan Rasulullah yang sebenar.
Quote
0 #13 mimpi airGuest 2010-06-20 10:40
sy juga ada mimpi yg sme mcm anda.Sudh 1 tahun lbih. Masalah dengan sy, sy sering trima musibah selepas mula mendapt mimpi air,laut,mengai l...jika boleh sy ingin berkongsi sma dengn saudara...ini email sy: kazumasaki_tk@y ahoo.com
Quote
0 #12 mimpimuhamad syahmi 2010-04-08 20:28
Bismllah..
Assalamualaikum ustaz,sy ingin bertanya berkaitan mimpi..
sy pernah bermimipi dengan seorang guru yang alim dan apabila sy bertemu dgn nya sy menangis..
dia telah meletakkan tangannya keatas kepala sy serta mulutnya terkumang kamit jd apakah mksud dgn mmpi ini?
Wallahua'lam..
Quote
0 #11 mimpi peliksya233601 2010-02-02 17:30
salam ustaz
sy tlah b'mimpi ada seorg prmpuan yg sgt cntik tlh mmbawa ajaran agam yg baru.semua umat islam di kwsn tu pd asalnya xpecaya akan ajaran yg disampaikan,ttp i,day by day,rmai yg convert,until a.sy takut.rasa mcm dajjal versi perempuan plak.sy mohon pandangan ustaz

UZAR : mimpi kosong sahaja tu, abaikan
Quote
0 #10 mimpisolehah 2009-12-24 21:03
assalamualaikum ustaz...
saya pernh bermimpi rasullah....wajahnya sangat kacak dengan muka penuh senyuman serta berpakaian putih serta berserban...dan dalam mimpi itu juga baginda bercakap.. saya tidak pernah menceritakan mimpi ini kepada sesiapa kerana mana mungkin orang seperti saya yang penuh dengan dosa dapat mimpi sebegitu...saya selalu memikirkan samaada mimpi itu benar atau tidak sampai sekarang..
Quote
0 #9 mimpinak tanya 2009-10-05 11:41
salam ustat,

baru2 ni saya ada bermimpi izzazil(penghul u syaitan) perasan sayalah dan dia tidak berkata apa2.. dan saya dapat melaungkan takbir 2x kemudian kalimah lailahaillah dlm keadaan payah untuk disebut, kemudian dia hilang lalu saya terjaga dan jantung berdegup laju..

tubuhnya besar dan tinggi.. dan saya terasa macam kecik jerr pada waktu tu..

adakah itu ada membawa2 apa2 maksud yg tertentu.. sebelum itu saya termimpi depan umah saya ada bukit kubur cina, kemudian datang seorang pompuan cina bawak kertas apa ntah suruh join berarak sekali dikubur tersbut..
Quote
0 #8 ....zulkifli 2009-05-20 03:59
Assalamualaikum ,
Adakah mimpi kalian terhadap nabi betul-betul itu nabi? manakah kalian tahu itu nabi? Dalam mimpi adakah anda tanya 'encik ni siapa boleh saya kenal? manatau mimpi kalian itu mungkin syaidina Umar bin Khattab, Muhammad Ali ataupun Muhammad Sabu berpakaian rasulullah, adakah nabi itu gemuk? Sedangkan nabi kita mengamalkan makanan yang sihat berpuasa bertafakur, adakah kalian makan ikut cara sunnah? sedangkan pagi petang malam masuk tidur asyik makan lepastu tidur adakah itu sunnah? macamana nak kata nabi tu gemuk? itu hanya bayangan sahaja.
Quote
0 #7 mimpilina din 2009-02-16 16:45
saya mimpi berenang keseberang sungai dan bejsya...apa tafsirannya hanya sekadar ingin tahu

UZAR : WALLAHU'ALAM, saya bukan pakar tafsir mimpi
Quote
0 #6 assalamualaikum sahz 2008-12-10 20:36
ustaz sy bnyak brmimipi yg pelik tapi klau bleh nk tnya secra pribadi..bagaimna caranya?

uzar : email zaharuddin@yaho o.com
Quote
0 #5 nik 2008-11-07 12:19
Assalamualaikum , ustaz;
Sepanjang 10 tahun kebelakangan hidup saya (saya hampir 30 thn), ada 3 jenis mimpi yg saya mimpikan berulang2. wpun cerita berbeza tetapi berkaitan perkara sama. Pertama, selalu bermimpi air (banjir, sungai, hujan, pantai, air deras atau air tenang, dalam atau cetek ke kaki) Samada saya berenang atau menyelam atau berlari dlm hujan atau saya menangkap/mengail banyak ikan besar dan kecil.
Kedua, mimpi ini saya tak pernah cerita kpd org, dan sering bermimpi spt ini wpun cerita berbeza iaitu mimpi mengambil wuduk, ingin solat di masjid, then cuba tapi tak dapat solat hingga waktu hampir habis, cuba wuduk lagi then terkejut dari tidur- mimpi ni sering juga.
Ketiga mimpi belajar di sekolah/universiti tetapi ketinggalan. Tidak tahu tentang kelas/kuliah, tidak hadir n tidak bersedia menghadapi peperiksaan.

Sekadar unuk mengingat, mungkin ada kekurangan pada diri ni, jika ada tafsiran yang memperbaiki diri saya, kerana selalu sangat bermimpikan ini.
Terima kasih
Quote
0 #4 SAIFUL 2008-08-06 08:34
SALAM USTAZ..SAYA PERNAH BERMIMPI JPE NABI MUHAMMAD S.A.W SEBANYAK 2 KALI KLU XSILAP..TP USTAZ SAYA KATA KLU MIMPI JPE NABI JGN CITER KT ORG..TKUT ORG SALAH ANGGAP..TP APE2 PUN KATA USTAZ TU SAYA TEPI KAN..KERANA MIMPI INI MENCERITAKAN SESUATU..SUSAH SAYA NAK SAMPAIKAN..MUNGKIN LEBIH BAIK SAYA SAMPAIKAN DARI MULUT SAYA SENDIRI..
Quote
0 #3 girlz 2008-06-15 15:23
Ustaz, saya sering bermimpi...dan mimpi itu menjadi benar..sehingga saya takut akan bermimpi lagi..apa pendapat ustaz
Quote
+1 #2 Hmm 2008-04-21 23:03
Assalamualaikum wbt,

Saya ada kemusykilan berkaitan dengan mimpi yang dialami yang sering
berulang2 yang membuatkan saya tertanya-tanya sekiranya ada maksud
tersirat di sebalik mimpi tersebut. Di dalam mimpi tersebut, saya
sering diganggu oleh makhluk halus (jin/iblis/syaitan-tak pasti),
kadang2 bersama keluarga dan untuk mengatasi gangguan2 tersebut, saya
cuba melindungi diri dan keluarga saya dengan bacaan ayat kursi dan
surah al-ikhlas berulang2 kali. Akan tetapi, gangguan2 tersebut lebih
hebat seperti mengejek/mengacah yang bertujuan seolah-olah ingin
membuatkan saya menghentikan bacaan ayat-ayat suci tersebut sehingga
adakalanya saya tersasul dalam bacaan kerana cemas, lalu digelakkan
oleh 'mereka'..huhu. Kadang-kadang saya dpt mengatasi gangguan2
tersebut dan adakalanya gagal. Setelah terjaga dari tidur, saya
menjadi tertanya-tanya dan agak cemas sedangkan setiapkali sebelum
tidur, saya pasti membaca ayat kursi, surah al-ikhlas, selawat,
tasbih dan doa tetapi masih terganggu dgn mimpi2 sedemikian, malah
berulang kali. Untuk pengetahuan ustaz, mimpi2 tersebut dialami tidak
mengira masa, adakalanya siang, adakalanya malam.
Saya akui mimpi itu hanya mainan tidur, namun saya berharap ustaz
dapat menjelaskan sekiranya ia mengandungi maksud tersirat yang ingin
menyatakan sesuatu.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Quote
0 #1 Mikael 2008-02-13 16:03
Salam..adakah mimpi jumpe baginda dapat dijamin syurga ustaz? saya xpasti tntg hal ini,sebab saya x jumpe hadis lagi dalam bab ini...

sekian,,,

Si Was-Was...
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 77 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Mimpi Nabi Tapi Pelik : Benarkah ?