Aqidah & Kepercayaan Tarikh Lahir & Wafat Nabi Muhammad

Tarikh Lahir & Wafat Nabi Muhammad

  • PDF
(21 votes, average 4.67 out of 5)

Tarikh Sohih Lahir & Wafat

Nabi Muhammad SAW

Soalan

Saya mendapat pelbagai tarikh berkenaan dengan lahir dan wafatnya baginda nabi saw. Menurut ustaz, bilakah tarikh lahir dan wafat nabi SAW berdasarkan riwayat yang paling tepat ?

Soalan melalui system sms 33221

Jawapan

Menurut kemampuan, ilmu dan rujukan yang saya ada, Baginda SAW lahir pada hari Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) dan berdasarkan riwayat yang terkuat, ia adalah dalam tahun Gajah  ( Al-Hakim dengan sanad yang terdapat unsur 'tadlis' pada Abi Ishak tetapi terdapat dua riwayat yang saling menguat antara satu sama lain sehingga naik ke taraf hasan Lighayrihi ; As-Sirah An-Nabawiyyah As-Sohihah, Dr Akram, 1/96)

Malah bukti-bukti sejarah yang disulami dengan pelbagai riwayat-riwayat juga membuktikan baginda lahir dalam tahun Gajah.

Para ulama telah berbeza pendapat dalam menentukan tarikh tepat lahirnya baginda SAW. Ibn Ishak menyatakannya pada 12 Rabiul Awwal (Sirah Ibn Hisham, 1/171 , tanpa sanad). Bagaimanapun, ini adalah pendapat yang paling kuat menurut Prof. Dr Akram Dhiya Al-'Umari.

Wafat

Menurut Imam Ibn Hajar, tarikh wafatnya Baginda SAW pula adalah jatuh pada  hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, tatkala baginda berumur 63 tahun. ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150). Iaitu setelah baginda geirng selama 10 hari menurut riwayat Sulayman At-Tamimi yang dikeluarkan oleh Al-Bayhaqi dengan sanad Sohih .

Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. ( Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)

Baginda telah meminta isteri-isteri baginda untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul. ( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226 )

Wallahu'alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Julai 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #18 nabi muhammadadam 2012-02-08 22:17
di manakah nabi wafat ustaz..?? ;-)
Quote
0 #17 mrfadli 2011-02-11 08:36
Quoting Roslan:
Kalau disemak dengan Islamic Finder 12 Rabiul awal Tahun Gajah tersebut bukannya hari Isnin. Hari Isnin ini memang telah disepakati tetapi bagaimana tarikhnya? Sila jelaskan


Assalamualaikum ,

Mungkin kita boleh mengikut laman web ini untuk menghalusi perrbincangan tentang tarikh kematian tersebut: alfiqrah.wordpress.com/.../29
Quote
+2 #16 Fitnah & HinaanHamba Allah 2010-06-17 20:27
Salam Ustaz,
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa fitnah dan hinaan manusia. Pernah bersuara dan bertemu 4 mata utk membersihkan nama, namun dikecam dan terus dihina. Bahkan, dituduh bermuka-muka.Dugaan ini ternyata mengecewakan saya. Lebih parah, saya terus dikecam dan dihina....
Quote
0 #15 pening kerana situs anti-Islamibnyusoff 2010-05-28 17:57
ustaz,adakah baginda wafat kerana efek racun itu atau kerana memang sakit?sebab pernah terbaca yang jews tu kate racun tu takkan beri efek kalau baginda betul2 seorang nabi Allah(saya tanya because pernah terbaca hal ini dalam situs anti-Islam faithfreedom.com).
Maaf kalau soalan ini agak kasar ke apa,tapi sebab saya tak tahu nak jawab macam mana kepada persoalan yang ditimbulkan oleh golongan2 anti-Muhammad dan anti-Islam itu..
Quote
0 #14 Saya yg mencari..Fahmy 2010-02-03 20:50
salam sheikh..
saya ini manusia jahil..
saya juga takut kalau2 kata2 saya akan mejauhkan diri saya dari tuhan..
jadi saya mohon perlindunga dari Allah semoga saya ini sentiasa dlm rahmatnya..
adakah logik tarikh lahir dan tarikh wafat jatuh pada tarikh yg sama..
Quote
+3 #13 Tarikh NikahLisa 2010-01-28 23:26
Salam UZAR,
Saya ada persoalan yg meragukan saya, ia mengenai tarikh nikah dlm islam.
Harap UZAR dapat membantu.

Dalam islam, adakah kriteria tertentu untuk melangsungkan akad nikah?
contoh nya - mestilah pada masa bulan sedang mengambang iaitu pd tarikh 13,14,15,16 dlm bln islam.

atau, adakah idea ini hanya kepercayaan org tua-tua sahaja?
sekiranya saya dan keluarga percaya, adakah ini termasuk dlm syirik? jika tidak, apakah hukumnya?
apakah yang akan terjadi dalam sesuatu perkahwinan itu apabila mengikut kepercayaan ini?
bagaimana saya ingin meyakinkan orang-orang tua itu?

sekian, terima kasih.

Lisa
Quote
0 #12 pendapat yg masyhurIzwan 2009-11-18 17:21
Salam UZAR.
sy ada pernah blajar sirah dlu. ada ust bgtau pendpt yg masyhur di kalangan ulama 9hb rabi awal (berkemungkinan lbh rajih kot). ttpi hal ni dlm bab khilafiah kan ust. x jejaskan agama ssorg. yg penting kecintaan kita kpd nabi saw dan mengamalkan sunnahnya itu lebih sahih. wallahu a'alam...
Quote
0 #11 maksud???izyan syafiqah 2009-10-12 05:25
apa maksud tawaf afdhat dan membca talbiat
:-?
Quote
0 #10 Tarikh lahir Nabi: Hisab vs Ru'yahal-muhami 2009-03-23 22:26
Hari Isnin disepakati sebagai hari kelahiran Nabi SAW. Walaupun jika dikira mengikut kaedah hisab hari Isnin itu tidak jatuh pada 12 rabiulawal. Namun jangan dilupa, kaedah hisab bukanlah kaedah penentuan muktamad bagi perkiraan tarikh berdasarkan tahun qamariyyah. Kaedah ru'yah itulah yang lebih muktamad. mungkin berdasarkan ru'yah, generasi terdahulu mendapati Isnin itu jatuhnya pada 12 rabiulawwal. Kita yang datang terkemudian tak boleh mengubah ketetapan tarikh tersebut dengan kecanggihan kaedah hisab yang kita ada kerana hisab bukan segala-galany
Quote
0 #9 tarikh lahir nabimohd riduwan 2009-03-23 07:03
boleh th secara terperinci tahun dalam masihi, terima kasih
Quote
0 #8 khalis 2008-03-21 23:15
bagus..
Quote
0 #7 salam saigon 2007-12-08 02:56
kita sebagai org islam---cari jln penyelesaian cara islam dan agama kita,insyallah selamat dan betulah.
Quote
0 #6 Guest 2007-12-02 19:01
saya sarankan cari riwayat yang lengkap!!! :sigh: :sigh: :sigh:
Quote
0 #5 mohd nadzim 2007-09-30 19:57
Akum.

Saya terdapat sedikit kemusykilan mengenai ajal,rezeki dan jodoh diturunkan sewaktu malam lallatulqadar.saya pernah terbaca satu buku dimana bayi dalam kandungan berusia 4 bulan allah telah mengarahkan malaikat meniupkan roh bersama rezeki ,ajal dan jodoh pada waktu itu.sekian
Quote
0 #4 wan 2007-09-29 00:01
sekolah satu sesi mungkin akan lebih bahaya kerana lepas sekolah pelajar akan pegi mana
Quote
0 #3 insan serba kekurangan. 2007-09-19 13:30
Assalammualaiku m. en, roslan bertanya tidak salah tetapi adanya lebih baik lagi kita tingkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW...wallahu'alam...
Quote
0 #2 dhaif lg hina 2007-09-10 04:13
wahai en.roslan..percaye la pada sumber hadith yg sohih bkn pd islamic finder tu...skang mcm2 cr israeliyat yg cube dterapkan..wallahu'alam..
Quote
+1 #1 Roslan 2007-08-26 16:56
Kalau disemak dengan Islamic Finder 12 Rabiul awal Tahun Gajah tersebut bukannya hari Isnin. Hari Isnin ini memang telah disepakati tetapi bagaimana tarikhnya? Sila jelaskan
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 77 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Tarikh Lahir & Wafat Nabi Muhammad