Siapa Bangkai Bernyawa Dalam Islam?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Sempena 10 Ramadhan yang terakhir tahun ini, saya kira mungkin ada sedikit manfaat yang boleh pengunjung web zaharuddin.net perolehi dari petikan video kuliah pendek selama 9 minit ini. Ia merangkumi serba ringkas tanggung jawab yang mesti kita lakukan agar tidak digelar sebagai bangkai bernyawa menurut Islam.
Harapan kita semua, keluarnya kita dari Ramadhan ini akan menjadikan kita lebih sedar tugasan hakiki kita sebagai hamba Allah.
Sebenarnya, saya sendiri tidak ingat pada tarikh bila rakaman ini dibuat. Mungkin sekitar awal tahun 2005.
Ia menyentuh tanggungjawab sebagai Muslim untuk mengerakkan fungsi nasihat menasihati. Selain itu beberapa cabaran ringkas yang menghalangi individu yang ingin melaksanakannya.
Semoga ada manfaat,
Dari hamba yang masih belajar,
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
20 Ramadhan 1428 H
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Persoalan kedua,hmm...bukan ciptaan Allah ada hikmah. Mari kita renung dengan cara positif. Jika orang baik melihat orang yang melakukan dosa, bukankah yang baik itu akan menjadikan dosa itu sebagai pengahalang mereka dari melakukan dosa. Manakala apabila orang yang membuat dosa itu tentu akan terdetik hatinya untuk melakukan dosa lagi apabila tersedar akan keaadaannya dan tentu ingin menjadi orang yang baik jugak. Perbuatan dosa menjadi ujian kepada yang orang baik, dan yang baik itu menjadi sinar hati kepada orang yang membuat dosa.
Soalan orang kafir tu tanya ialah:
1. dimana keadilan tuhan. contohnya kisah seorang soleh yang beribadat berpuluh tahun, tapi akhirnya masuk neraka jugak sebab atas dosa last skali. sedangkan ada seorang pelacur buat maksiat berpuluh tahun, tapi masuk syurga sebab bagi minum anjing. mana keadilan tuhan?, cmane nak jawab.
2. kenapa tuhan x jadikan semua manusia beriman padanya, soleh padanya, sedangkan dia berkuasa berbuat sedemikian. Kalau begitu beruntunglah siapa yang lahir sahaja jadi malaikat, rugi siapa lahir jadi syaitan.
Bagi saya, jawapan yang pertama ialah masuk syurga atau neraka tu semua atas rahmat Allah, bukan amal kita yang menentukan.. tapi bila orang tanya ?kalau macam tu tuhan tidak adil?? dan ?kalau begitu tak payah beramal sebab masuk syurga dengan rahmat, bukan amalan? . yang ini saya tak boleh jawab..
Persoalan yang kedua pula saya tak tahu nak jawab bagaimana.
saya tertarik dengan kisah, ada seorang india bertanya kepada Harun Din, ?tuhan tidak adil sebab orang islam yang amalan baiknya sedikit, tetapi jika mati dalam mengucap kalimah syahadah dan tiada dosa syirik, pasti masuk syurga akhirnya, tapi orang bukan Islam jika beramal soleh dari kecil sampai mati, x buat kejahatan, pasti masuk neraka selamanya, ini tidak adil?. Maka Harun Din jawab dengan tersenyum, ?jika kamu seorang petani miskin, tuan kamu bagi kamu cangkul, benih dan sebidang tanah, tuan kamu kata, ?kamu bertani pada tanahku, cukup bulan aku bagi upah?, tetapi kamu gunakan cangkul dan benih itu untuk bertani pada tanah orang lain, bukan tanah tuan kamu, dan pertanianmu membuahkan hasil, bila cukup bulan kamu minta upah dari tuan kamu, adakah tuan kamu akan memberi upah??.. dengan jawapan ini sahaja orang india itu berfikir dan akhirnya dia masuk Islam..
Saya suka jawapan harun Din ini, dia tidak mendatangkan dalil Quran dan Hadis, tapi dia beri jawapan akal.. sehingga Allah izin orang india itu menerima Islam?
ada tak buku2 yang membahaskan tentang perbahasan ini jika orang bertanya kita macam ini, dan jawapan yang tepat dan kena dengan akal penerimaan orang bukan Islam dan orang yang jahil Islam.
sekian.. maaf ustaz mengganggu. maaf bertanya saya yang jahil ini..
UZAR : HUKUMNYA ADLAAH SAH
uzar : alhamdulillah ..moga mampu diberi kekuatan
KOMEN : BUKAN
yaya dok hstel ,yaya x heran klu org slt celam-celum tp yaya heran sgt klu sbg org islm y xsolt lgsg.
rsa xsng hati tgk dorg terus2an cm2..
bla xde kwn y ln yaya advised akk2 bek2.yaya ckp yaya xdbyr tok nsht akak tp yaya rsa trpgil tok tgr akk ats dasar k/syg sbg shbt..yaya ckp ilmu agma yayapn xtggi tp xkn nk tgu jd ustzh bru ble advise org..
rsa lega hti ni bla dh jlnkn t/jwb sbg sedare ssma islm..y ptg jgn malukn dorg dpn org ln..jgn pgirkn dorg slg xmudrt pd kt.yela tya dri kt smda kt ni mdh dpngruhi @mpgruhi..jgn kt nk ajk dia wat bek,kt plak y ikt dia...smbil2 doakn mga2 hti dorg terbuka
Ustaz ape hukumnya kalau makan hidupan laut contohnya ikan yang telah mati dalam air.adakah ia tergolong dalam bangkai?adakah ia boleh dimakan atau tidak boleh?
minta penjelasan ustaz...
wsslm..
saya nak tanya apa hukumnya telan air mani suami....
KOMEN UZAR : AIR MANI BUKAN DICIPTA UNTUK DITELAN TETAPI UNTUK DIBIARKAN KE RAHIM UNTUK PERSENYAWAAN.
JUSTERU, HUKUM MENGGUNAKAN SESUATU BUKAN PADA TEMPATNYA, ISLAM MENGGANGAP SEBAGAI ZALIM DAN MESTI DIJAUHI.
SEKIAN
Apa pandangan ustaz tentang kewujudan PEKIDA yang merekrut anak-anak muda dengan slogan Amar Makruf Nahi Mungkar,tetapi kebanyakannya lebih menjadi kaki pukul,samseng,m elepak di waktu maghrib.Lebih buruk dari baik.Kadang-kadang menyampah pun ada dengan sikap mereka ini.Sikit-sikit angkat geng.
KOMEN UZAR : NO KOMEN KERANA SAYA TIADA INFO JELAS TENTANG PEKIDA
Namun sebagai ingatan buat diri saya juga, haruslah ada/wujud ruhul jihadi fid dakwah sekiranya anda ingin menyampaikan oleh mereka yg sudah dan sedang diproses oleh tarbiyah islamiyyah melalui buku yg dihasilkan oleh mereka kerana mereka adalah generasi yg merendah diri utk diproses dgn proses pendidikan islam yg betul dan mereka org yg amat berhajat kepada perubahan didalam umat ini kepada bentuknya yg asal.
oleh itu, sebagai adab kpd maklumat yg anda perolehi itu, hendaklah anda juga memiliki perasaan yg sama iaitulah inginkan bahan-bahan ilmu yg penuh dgn kesedaran islam yg tulen supaya masyarakat tidak terkena fitnah dunia dan fitnah kekeliruan di dalam beragama.
Sekiranya, anda mengambil mudah persoalan ini, berkemungkinan anda mungkin tergolong dikalangan golongan yg lagha juga kerana aulawiyat yg tidak jelas di dalam penyampaian anda itu....,
harus diingat..., secara konsepnya didalam penyampaian dakwah itu ialah memupuk kesedaran yg tinggi kepada tugas asasi umat ini ialah mentaabudkan diri hanya kepada Allah hingga jahiliyah itu jahiliah tidak berada dihati umat kerana apa yg saya rasakan ialah, anda memiliki qudrah dr Allah yg anda mampu menyampaikannya dgn baik..., sertailah ia dgn hati yg inginkan redho allah jua.
maaf jika bahasa yg saya gunakan menyebabkan anda tersinggung.
wallahualam...,
"Siapa Bangkai Bernyawa Dalam Islam? " fiqah awlawiyyat siri 7
tidak dapat didengar sepenuhnya hanya dapat di dengar pada 3 minit permulaan sahaja.
di harap dapat diedit semula supaya dapat diambil munafaat dari tazkirah berikut
Saya cuma curious. Camne ne ye kita sini sebelah malam, tapi sebelah sana.. tanah arab, europe or US sana sebelah siang...? Camne yg dikatakan serentak? Or pada hari yg sama, tapi mengelilingi bumi mengikut malam. Wallahwa'lam.
Berdakwahlah cara Nabi Muhammad saw iaitu dgn lemah lembut dan penuh kebijaksanaan. cara tu penting.
Kadang perkara yg nak disampaikan tu baik tapi cara kita menyebabkan org benci pada kita. contoh yg mudah ialah banyakkan ikram.
Jangan byk keluarkan fatwa. ambil hati mereka dgn ikram kita. belikan hadiah utk famili. belanja minum. sambil2 tu berdakwahlah.
Minta UZAR semak status hadith ini.
UZAR : RIWAYAT TU AT-TABRANI , TIRMIDZI ; AL-HAITAHMI KATA DALAM PERAWINYA ADA AL-QASIM ABU ABD RAHMAN, IA DIANGGAP THIQAH OLEH IMAM BUKHARI TAPI IMAM AHMAD KATA DHOIF. ( MAJMA AZ-ZAWAID, 1/125) ; AT-TIRMIDIZ KATA HASAN GHORIB. ALBANI MENILAINYA SEBAGAI SOHIH.
jazakallah sb upload video nie..dpt ana manfaatkan di rumah.
Harap dapat respons..wslm
semoga ALLAH terus mnolong UZAR dan sntiasa mmanjangkan masaNYA utk UZAR agar terus dpt membantu hamba2 ALLAH yg mencari2 nur dan rahmatNYA...
moga ALLAH temukan kita dgn lailatul qadr...
AMIIN...
RSS feed for comments to this post