Aqidah & Kepercayaan Cakra Alam, Korea Dan Magis

Cakra Alam, Korea Dan Magis

  • PDF
(8 votes, average 4.00 out of 5)

Cakra Alam, Korea Dan Magis

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

power letrik ?
 

Setelah sekian lama ditanya berkenaan hal Cakra Alam, malangnya saya tidak pernah berkesempatan untuk membaca ataupun melihat apa jua info berkaitannya. Semalam, heboh di media dan alam internet berkenaan Pusat Perubatan Cakra Alam yang diterajui oleh Mohd Arief.

Info yang paling menarik adalah paparan youtube, rakaman dari rancangan khas siaran stesyen television Korea.

Ia jelas memperlecehkan  dan menelanjangkan ‘kehebatan' ketua pusat perubatan tersebut.

Apapun, saya masih ragu-ragu kepada kedua-dua pihak. Masih menanti laporan dari siaran 360 oleh stesyen tv Malaysia yang dikatakan pergi menemuramah sendiri tuan punya Pusat Perubatan.

Namun setelah melihat sedutan ringkas temuramah ini. Tiada jawapan konkrit diberikan oleh pengamal berkenaan;

Saksikan

 

BAGI STESYEN TV KOREA

Saya ragu dan masih tidak mampu memberikan sebarang kata putus untuk kebenaran apa yang ditayang oleh stesyen KOREA itu,

Ini kerana terdapat kemungkinan petikan video kaki angkat turun dan kasut yang di scanned itu adalah kaki orang lain dan kasut orang lain.

Tiada sebarang bukti bahawa kasut yang di scanned adalah kasut yang dipakai oleh ‘sang ustaz'

Tiada bukti juga, gambar video kaki bergerak adalah kaki sang ustaz semasa pertunjukan dilakukan.

Namun tidak dapat disangkal, pertunjukkan oleh tetamu stesyen TV itu agak menyakinkan, kemampuannya membakar kertas dan hilang, menghidup lampu dan lain-lain teknik biasa sang pengamal, mampu dilakukannya dengan mudah.

Inilah yang menyebabkan ramai penonton video stesyen TV akan mempercayai penipuan TELAH BERLAKU. Saya juga tanpa dinafikan, agak terpengaruh dengan info yang dipapar oleh stesyen TV ini. Sebagaimana juga ramai yang lain.

Namun, paparan video juga boleh ditokok tambah dengan cammera trick !

Berikut adalah videonya :-

Pertama

http://uk.youtube.com/watch?v=p9hgWWQC3e0 

Kedua

http://uk.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE

BAGI SANG PENGAMAL

Saya tidak pernah mengkaji berkenaan ajarannya dan cara perubatannya, lalu saya tidak berkelayakan untuk menentukan kesohihan caranya atau tidak.

Ada pihak yang berusaha mempertahankan pengamal dan pusat ini dengan memaparkan video ‘sang ustaz' sedang mengubat menggunakan lampu tanpa berkasut.

"Nah kali ini mungkin benar-benar tidak ada penipuan lagi" Mungkin itu harapan pihak pusat perubatan Cakra Alam.

Namun tidak semudah itu untuk membawa keyakinan, ini kerana tanpa kasut dengan mudah sahaja cara lain digunakan untuk menghidup dan mematikan lampu.

Saya BELUM mahu menuduh penipuan dibuat oleh ‘ustaz' tersebut, namun ingin melihat  jika dia merasakan stesyen TV itu telah menghinanya dan menjatuhkannya tanpa sebenar, kita menunggu dia menyaman stesyen tersebut. Jika boleh.

KESIMPULAN

Tidak dapat kita nafikan, terdapat individu yang diberi kelebihan oleh Allah untuk mengubat ( dengan izin Allah) melalui cara-cara yang unik dan luar biasa.  Yang penting wajib kita pastikan tiada sebarang unsur syirik, tangkal, pemujaan, jampi mantera pelik-pelik yang dibaca.

Kita juga sedar, bahawa Jin dan Syaitan boleh digunakan untuk tujuan mewujudkan keadaan luar biasa. Justeru pemantauan cara dan amalan mana-mana pengubat tradisional adalah AMAT PENTING.

Sekali lagi saya amat-amat berharap pembaca dapat membaca dan menyebarkan panduan yang pernah saya tulis sebelum ini berkait hal penyelewengan aqidah dan kepercayaan yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita.

Buka artikel ini UMAT ISLAM DALAM BAHAYA AQIDAH

JIka benarlah penipuan memang berlaku, ingin saya nasihatkan umat Islam di Malaysia khususnya agar menjadi lebih prihatin dengan kepelbagaian penipuan dalam hal yang boleh melibatkan aqidah. Selain penipuan yang berkait dengan penipuan wang dan harta serta maruah.

JAKIM pula memberikan fatwa yang mengelirukan ( kemungkinan besar kesilapan typo sehingga tidak dapat difahami ertinya) di dalam web soal jawab agama berkenaan Cakra Alam

Jawapan JAKIM (dipetik dari web JAKIM pada 26 Nov 2008, mungkin akan berlaku sebarang perubahan selepas ini)

Menggunakan perubatan secara cakera alam adalah dilarang kerana ia mengandungi ciri-ciri ajaran Islam ( sumber )

Adalah boleh difahami jawapan itu ?????

Sebagai ingatan semula. Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ 

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791 )

Akhirnya, pihak disarankan lebih aktif memantau kewujudan pusat-pusat perubatan tradisional, begitu banyak jenis perbuatan yang belum diputuskan hukumnya oleh Majlis Fatwa antaranya seperti bomoh tulang yang mengurut dari jauh, mengubat dengan aura dan macam-macam lagi.

Jika benar, penipuan dilakukan, setiap sen yang diperolehinya adalah haram di sisi Islam. Malah lebih bahaya jika kesan kerosakan aqidah pula berlaku kepada para peserta.

CUKUPLAH...

Bagi para ustaz, cukup-cukuplah dengan aktiviti pelik sebegini. Nama dan gelaran 'ustaz' semakin hari semakin busuk akibat hal-hal penipuan.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan ustaz-ustaz yang kemaruk skim cepat kaya..tiba-tiba diharamkan, semua hilang.

Kemudian ustaz yang kemaruk skim piramid.

Kemudian ustaz yang jadi bomoh dan akhirnya ditangkap cabul, rogol pesakit dan lain-lain.

Kemudian ada ustaz yang ditangkap rasuah.

Ada ustaz pula yang sibuk dengan bisnes kayu kokka, serta menjaja khasiat ghaib kayu tersebut, menggunakan namanya untuk mempengrauhi pembeli. 

Saya teringat bertanya kepada seorang doktor di Ireland,

"adakah para doktor boleh terlibat dengan bisnes ubat?"

"boleh memang boleh tetapi dianggap tidak beretika" jawabnya

Jika demikian, bagaimana pula dengan ustaz ? Fikirkan bersama... dan saya tidak terkecuali. Jual buku tulisan sendiri tu lain le...itu penyebaran ilmu. 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

26 Nov 2008


Petikan berita UTUSAN MALAYSIA

TV Korea dedah penipuan 'bomoh' dalam YouTube

Oleh WAN SYAMSUL AMLY

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tahukah anda telur yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan tradisional di negara ini sebenarnya sudah menjalani beberapa kaedah saintifik yang mengubah isi kandungannya.

Ia didedahkan oleh sebuah rancangan televisyen di Korea yang mendakwa kaedah perubatan yang digunakan pengamal perubatan tradisional itu hanyalah permainan sains dan ia boleh dijawab menerusi eksperimen yang membuktikan penipuan itu.

Sebuah rancangan daripada Korean TV Channel yang dipaparkan dalam laman YouTube menunjukkan beberapa eksperimen sains dapat mendedahkan taktik penipuan pengamal perubatan tradisional terbabit.

Pengamal perubatan yang berstatus 'ustaz' itu menggunakan telur sebagai kaedah perubatannya.

Telur itu dilurut pada badan pesakit atau mana-mana bahagian yang dikatakan sakit dan didakwa boleh menyerap 'racun.'

Pengamal perubatan terbabit kemudiannya membaca 'mantera' dan selepas itu memecahkan telur tersebut.

Kemudiannya mimik muka pengamal perubatan itu terus berubah selepas memecahkan telur itu apabila mendapati warna telur itu berubah seolah-olah terdapat darah di dalamnya.

Dengan nada selamba dan penuh keyakinan, pengamal perubatan tersebut kemudiannya mendakwa pesakit berkenaan telah diubati dan 'racun' yang tersimpan dalam badan 'mangsa' telah 'dikeluarkan' menerusi telur itu.

Bagaimanapun berdasarkan rancangan dalam 'Korean TV Channel' itu membuktikan telur itu sebenarnya sudah melalui beberapa proses sains yang menyebabkan terdapat cecair merah di dalamnya.

Kelihatan agak pelik tetapi tiada apa yang mustahil dalam sains, dengan kaedah tertentu kandungan telur itu boleh ditukar warnanya.

Beberapa lagi 'penipuan' yang dikesan dan didedahkan menerusi rancangan dari Korea itu ialah pengamal perubatan tersebut menyalakan lampu kalimantang dan alat penguji arus elektrik (test pen) menyala apabila diletakkan pada tangan atau dahinya.

Rancangan itu membuktikan penipuan pengamal perubatan terbabit apabila salah seorang krew penerbitan meminta pengamal perubatan itu membuka kasut dan memberi lampu lain untuk dinyalakan, beliau gagal melakukannya.

Selain itu, telur yang didakwa boleh menyerap racun tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila dipecahkan setelah ditukarkan dengan telur lain.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #8 Dr.Abdul Kalam 2012-03-07 03:12
Cakra Alam kini hidup kembali ! Sekarang bini dia pula menipu ! Awas jangan tertipu !

Pusat Perubatan Tradisional Al-Hikmah

No. 23, Tingkat 1, Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
(Berdekatan Sek. Men. Aminuddin Baki & Kelab Belia dan Sukan Kg Pandan. Bersebelahan Stesen Minyak Petronas)

Tel: 03-9282 5296 / 03-9284 1642
019-328 0707
Fax: 03-9283 3641

pusatrawatanalhikmah.blogspot.com
Quote
0 #7 Auramohd 2011-05-27 11:09
Assalamualaikum Ustaz...
Saya sebelum ini ada berubat dgn salah seorang pengamal aura / cakra ...Sebelum saya berubat dengannya saya tidak tahu dia menggunakan aura-aura.Saya tidak pasti sama ada perubatan tersebut secara islam atau tidak.Ada saya dengar kata perubatan aura / cakra ini adalah Syirik kerana cakra-cakra ini asalnya dari agama Hindu..Apa pendapat ustaz?Saya kini telah menjadi takut kepada mensirikkan Allah kerana telah mempelajari ilmu-ilmunya kerana dia telah menawarkan kpd saya yang mana mampu berubat orang seperti mana dgnnya.Saya perlu membayarnya dgn sedikit bayaran.Tetapi sebelum saya mempelajari saya ada bertanyakan sama ada ia secara islam atau tidak.Dia menyatakan secara islam.Jadi saya teruskan sahaja.Tetapi setelah membuat sedkit kajian di internet baru saya tahu ia adalah syirik.
Adakah saya telah mensyirikkan Allah? Astagfirullahal a'zim..Saya sekarang dalam dilema... :sad: Saya minta penjelasan ustaz sangat-sangat..Harap ustaz dapat bantu saya.
Quote
+1 #6 mungkin ada kebenarannya..dolly 2009-04-05 02:47
sy rs memang ada kebenarannya yg perubatan yg dijalankan oleh ustaz arif tersasar drpd ajaran islam.krn sy pnh berubat dgn beliau d pusat rawatan cakera alam d cheras..n beliau pnh memberikan sy beberapa azimat yg didakwa mampu mengubati penyakit sy(penyakit rabun n was was).tp akhirnya sy sedar yg itu sume adalah syirik krn sy tahu tentng hukum hakam agama..sy sgt kecewa krn sy ingtkn beliau adalh seorg pengamal perubatan yg bagus..habis duit sy mcm 2 je..penipu!
Quote
+1 #5 Ustaznahrafqifahs 2008-12-16 23:28
Aslm.Jika dilihat dari klip video tersebut, dapat kita lihat bahawa minda masyarakat kita masih lagi terbatas, mudah untuk menerima sekiranya jelas pada pandangan mata.

Pengasas (Arief - sudah tidak layak digelar ustaz lagi) hanya menggunakan teknik silap mata yang sudah diketahui oleh ahli silap mata. Jelas dapat dilihat pada riak wajah Arief, kelihatan pucat dan teraba-raba, bila diminta dan ditanya (sambil memegang hidung - satu cara pengecaman orang berbohong).

Dapat dilihat juga bila pengakuan Arief disiarkan melalui 360, lihat raut wajah beliau, memang pucat dan berselindung - sekali lagi beliau memegang hidungnya. Setahu saya, telur ayam kampung lebih kecil daripada telur yang digunakan yang mengandungi darah. Kertas yang dibakar tersebut adalah tisu yang ditabur dengan bahan reaktif seperti magnesium.

Masyarakat kita mudah menolak dan melarang sekiranya anak-anak didedahkan dengan silap mata seperti Fuyoo Magic, sedangkan silap mata yang dibawakan oleh Arief yang berselindung dengan perubatan Islam itu, ramai yang percaya!! Yang sangat dikesali, bukan main besar rumah kediaman Arief hasil dari kesusahan orang lain!! Itulah balasan Allah, Dia berikan kepada Arief segala pangkat, segala puji-pujian dan kemewahan, sehinggakan Arief merasakan dirinya kebal, dan sekarang ini, Allah bukan sahaja menunjukkan kebenaran ini kepada masyarakat Malaysia sahaja, malah satu DUNIA sudah tahu akan tipu daya orang yang tidak layak untuk digelar dan dihormati sebagai USTAZ ini!! Aslm.

Rujukan:
1. JAKIM-Cakra alam satu ajaran sesat.Link Text (baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/14c3ac2a617c6986482573810013128d?OpenDocument)
Quote
0 #4 jawapan BAHEIS2mujahidhisyam 2008-12-10 08:11
tak pasti jawapan tersebut salah taip atau apa, sebab katanya "Menggunakan perubatan secara cakera alam adalah dilarang kerana ia mengandungi ciri-ciri ajaran Islam". atau sepatutnya 'kerana tidak mengandungi ciri2 ajaran islam.'???

cuma suasana di M'sia, masyarakatnya terlalu mudah mempercayai title ustaz dan hal2 berkaitan mistik tanpa mencari bukti yang boleh menguatkan.

untuk pihak berwajib pula, mungkin lebih baik jika isu pengharaman sesuatu disertai dalil yang kukuh dari nas yang jelas. sekurang2nya dapat mendidik m'kat ke arah berfikiran kritis.
Quote
0 #3 http://www.menj.orgmenj 2008-12-04 21:00
Mungkin pihak-pihak berwajib harus memantau dahulu kaedah perubatan Cakra Alam ini sebenarnya, adakah ia benar-benar asli atau hanya suatu bentuk penipuan. Saya hairan kerana hanya sekarang isu ini timbul tapi pusat perubatan ini sudah beroperasi sejak sekian lama.
Quote
0 #2 http://www.rohaizad.comrohaizad 2008-11-27 22:20
Ustaz, saya juga telah membuat beberapa catatan berkenaan isu ini. Saya pelik kerana seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan perkara ini.

Jika benar apa yang didakwa oleh ustaz Arif, beliau kena mengambil tindakan kepada orang Korea itu yang telah memfitnah beliau.

Semua bukti sudah ada di depan mata. Malah keaslian dan ketulenan video itu juga boleh disiasat. Tiada masalah di sini kerana ilmu kemajuan dan teknologi yang dianugerah oleh Allah boleh membantu.

Tidak perlu takut sebab berani kerana benar. Ini adalah ulasan saya:
rohaizad.com/.../...
Quote
0 #1 Jawapan BAHEISShahmuzir 2008-11-27 17:39
Assalamu'alaikum...

Dalam jawapan BAHEIS tu, dikatakan:

Quote:
Menggunakan perubatan secara cakera alam adalah dilarang kerana ia mengandungi ciri-ciri ajaran Islam.

Kenapa ia dilarang kerana menganndungi ciri2 ajaran ISLAM, dan bukannya kerana bertentangan ciri2 ajaran ISLAM?

Jika pendedahan stesen TV tersebut benar, maka malulah kita kerana pengamal tersebut:

1) Seorang Muslim
2) Bergelar 'Ustadz'
3) Rakyat Malaysia dan tinggal di Malaysia

:sigh: :sigh: :sad:
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 78 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Cakra Alam, Korea Dan Magis