Aqidah & Kepercayaan Sembunyikan Keislaman dalam Keluarga Hindu, Bolehkah tidak solat dan makan di rumah ? (Mac 2006-2)

Sembunyikan Keislaman dalam Keluarga Hindu, Bolehkah tidak solat dan makan di rumah ? (Mac 2006-2)

  • PDF
(9 votes, average 4.33 out of 5)
Untitled Document

Jawapan : Pertamanya, tahniah diucapkan kepada saudara kerana telah memeluk Islam, satu-satunya agama yang di iktiraf Allah di atas muka bumi ini.

Berkenaan perihal merahsiakan keislaman saudara dari keluarga demi menjaga kesihatan si ibu yang menderita sakit kanser yang sudah tiada harapan pulih lagi bolehlah dianggap berbuat baik kepada si ibu di saat-saat akhir.

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa sememangnya di tuntut oleh Islam sebagaimana firman Allah : “ Abdikan dirikan kepada Allah dan janganlah kamu mensyirikannya dengan sesuatu apapun, dan berlaku baiklah kepada kedua ibu bapa mu( An-Nisa : 36 ) “ Dan telah kami wasiatkan manusia agar berlaku baik kepada kedua ibu bapanya” ( Al-Ankabut : 8 )

 

Bersikap baik kepada kedua ibu bapa walaupun mereka tidak beragama Islam adalah dituntut, walaupun demikian perlu di ingat bahawa PENGABDIAN dan ketaatan kepada Allah mesti lebih diutamakan jika ibu bapa mengajak kepada kekufuran dan melakukan perkara kufur. Justeru, tidak diharuskan meninggalkan hal yang wajib, dan melakukan dosa kerana ingin mentaati ibu bapa. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/57)

Ia di tegaskan di dalam firman Allah : “ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil kedua ibu bapa dan saudara kamu sebagai pemimpin atau wali ( dilebihkan dari Allah SWT ) jika mereka lebih mengutamakan kekafiran di atas keimanan, sesiapa yang mengutamakan mereka (dalam perihal yang membawa kepada kufur) dari kalangan kamu, itulah orang-orang yang zalim” ( at-Tawbah : 23 )

 

Ia juga amat jelas dalam firman Allah yang lain : “ Jika kedua ibu bapamu memaksumu untuk mempersekutukanKU dengan sesuatu yang tiada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya..” ( Al-Ankabut : 8 )

Justeru, menurut kefahaman saya : adalah harus untuk saudara merahsiakan keislaman saudara daripada keluarga hanya jika saudara pasti ia sememangnya akan membawa keburukan yang besar, bagaimanapun jika saudara berbuat demikian demi untuk mendapatkan redha dan tidak menyinggung keluarga sehingga tidak menunaikan solat maka ia adalah suatu kesilapan besar, walaupun saudara mengqadhakannya selepas itu. Ini kerana solat adalah tiang agama dan sempadan di antara kufur dan iman. Qadha solat hanyalah khas bagi orang yang tertinggal solat kerana tidur, lupa dan sebab-sebab yang tidak sengaja. Saudara sepatutnya menunaikan solat di masjid atau di surau, ia lebih baik, malah dapat terhindar dari pandangan keluarga.

 

Merahsiakan keislaman juga, seeloknya ada bertempoh dan bersifat sementara, dan bukan selama-lamanya. Islam adalah lebih baik dan elok didedahkan kepada ahli keluarga yang lain agar mereka dapat menghormati pegangan saudara yang baru, malah mungkin mampu mengajak mereka pula kepada Islam.

Adapun persoalan makan makanan yang di masak oleh ahli keluarga yang dibimbangi bercampur antara halal dan tidak halal. Pada hemat saya, adalah harus untuk saudara memakan masakan keluarga saudara seperti masakan ikan, sayur dan lain-lain.

Bagi masakan binatang yang perlu disembelih, seperti ayam. Elok jika saudara mampu menghindarkan masakan yang pasti tidak disembelih, bagaimanapun, hari ini, terdapat begitu banyak ayam-ayam yang di sembelih di jual di pasaraya-pasaraya, justeru jika keluarga saudara membeli binatang-binatang yang telah di sembelih, maka harus untuk saudara makan bersama keluarga.

 

Saudara perlu mencari ilmu Islam sebanyak mungkin ketika ini agar dapat menjawab sebaik mungkin bila di tanya oleh keluarga dan rakan apabila saudara mendedahkan keislaman saudara nanti. Saudara juga tidak dibenarkan untuk menyembah berhala atau patung ketika ini atau melakukan upacara keagamaan Hindu. Cuba mencari jalan untuk menghindarkannya setiap kali diajak (ketika tempoh rahsia). Wallahu a’lam.
 


Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 15 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Sembunyikan Keislaman dalam Keluarga Hindu, Bolehkah tidak solat dan makan di rumah ? (Mac 2006-2)