Buku Pertama Sudah Terbit
Tajuk : "Wang, Anda & Islam"
( semua pembelian online melalui web ini telah ditutup)
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt sampai jua masa terbitnya buku pertama saya setebal 258 muka surat. Sebagaimana yang kerap dinyatakan oleh pelbagai penulis-penulis popular termasuk guru saya Syeikh Prof. Dr Md ‘Uqlah El-Ibrahim (Ulama Jordan). Buku pertama biasanya memberikan satu perasaan yang luar biasa buat penulis. Sama juga seperti artikel pertama di siarkan di akhbar atau majalah.
Masalah Penerbit
Buku ini sepatutanya telah terbit sekitar Julai 2007 yang lalu, tetapi oleh kerana penerbit ketika itu berkeras tidak mahu memasukkan teks Arab bagi Ayat Quran, Hadis, kata Ulama dan Kaedah Fiqh. Maka persetujuan dan usaha bersama selama 3 bulan sebelum itu terpaksa dibatalkan.
Bagi saya lafaz dan teks arab adalah amat penting kerana tanpanya saya anggap buku saya mengecut nilai ilmiahnya sebanyak 30%.
Saya tahu tentang penguasaan syarikat ini di pasaran buku, tetapi apa boleh buat, itu pendirian mereka dan itu juga pendirian saya. Lalu kami bersepakat untuk tidak bersetuju.
Biasanya pihak penerbit sebegini akan menampilkan rasional-rasional berikut untuk menjustifikasikan tindakan mereka : -
1) orang kurang agama akan gerun lalu tak jadi beli kerana banyak teks arab,
2) akan ada orang akan bawa masuk tandas,
3) lebih laku lagi dan boleh merentas pelbagai jenis latar belakang,
4) ulama besar pun setuju tak letak arabic text dalam buku mereka
Rasional yang diberikan sebegini mungkin rasional bagi mereka, tetapi maaf, bagi saya ia "tidak rasional". Ia lebih bersifat keputusan komersial dari melihat aspek ilmiah dan lain-lain.
Tidak mengapalah, apapun saya hormati pendirian masing-masing. Terpulang kepada masing-masing serta itu juga hak mereka kerana itu adalah syarikat mereka.
Saya juga ingin menerbitkan buku tentang "fiqh solat" sekarang ini, sebuah lagi buku kewangan berbahasa Inggeris, kini sedang dalam pencarian mencari penerbit yang bagus dan boleh menerima pendirian saya.
Adapun dalam hal buku ini, apabila pendirian saya ditolak, saya dengan segera mencari penerbit lain, dan Alhamdulillah dapat juga hasrat untuk menyempurnakan hasrat realisasikan kumpulan ilmu di web ini ke sebuah buku.
Web saya ini mungkin tidak mampu bertahan lama, maklumalah kita manusia ada pasang surut kesihatan. Kandungannya juga semakin bertambah hari demi hari yang menyebabkan sukarnya rujukan dilakukan dengan cepat dan pantas.

Komen & Isi Buku
Justeru saya kira, membukukan sebahagian besar isi kandungannya terutamanya yang melibatkan hal ehwal kewangan dan perbankan Islam yang masih kurang diulas dewasa ini adalah cara terbaik bagi memastikan ilmu ini dapat dinikmati secara lebih tersusun dan lebih lama dan boleh kekal di perpustakaan dan milik anda (jika anda beli).
Terus terang saya katakan anda sebenarnya boleh menikmati 75 % ilmu di dalam buku ini secara percuma di web ini, cuma versi buku lebih baik dari sudut struktur ayat selain terdapat beberapa tempat yang saya edit dan tambahan isi dan ulasan, juga beberapa pemotongan yang dikira perlu.
Berikut adalah testimoni dua orang tokoh akademik yang sempat meneliti buku ini :-
1) "Buku ini membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas kepada pembangunan amalan perbankan dan kewangan Islam yang halal dan tanpa riba.
Penulis menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan amalan perbankan dan kewangan Islam yang bersumberkan kepada khazanah warisan para Ulama silam dan sarjana Islam semasa serta penyelesaiannya menurut Muamalat Islam. Buku ini adalah sumber rujukan yang bernilai kepada para sarjana berkenaan, pengamal perbankan dan kewangan Islam, penyelidik dan pelajar."
Prof. Dr Joni Tamkin Borhan
Fakulti Shariah & Ekonomi,
Universiti Malaya
2) "Buku karangan Ustaz Zaharuddin ini merupakan bahan bacaan penting bagi umat Islam di Malaysia pada masa kini terutamanya bagi memberikan perspektif yang benar dan jernih mengenai sistem muamalah Islam dalam konteks kewangan dan perbankan semasa.
Amat mendukacitakan selepas hampir 24 tahun industri perbankan dan kewangan Islam bertapak di Malaysia, masih ramai umat Islam yang tidak menggunakan perkhidmatan ini.
Kalau Laporan Bank Negara Malaysia tahun 2006 dijadikan ukuran, industri perbankan dan kewangan Islam hanya mampu menguasai 12 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran perbankan dan kewangan negara.
Fenomena yang mendukacitakan ini berkait-rapat dengan kedangkalan kefahaman umat mengenai aspek halal dan haram dalam aktiviti bermuamalah.
Justeru, kehadiran buku ini dlihat sebagai salah satu wahana penting yang diharapkan mampu mendidik umat mengenai sistem muamalah Islam sebenar, sekaligus merangsang perkembangan industri muamalah yang halal di Negara ini."
Dr Asyraf Wajdi Dusuki,
Pensyarah Jabatan Ekonomi, UIAM
3) "Al-Fadhil Ust Zaharuddin Abd Rahman ialah ahli dalam bidang Fiqh Al-Muamalat khususnya berkaitan perbankan dan kewangan. Pandangannya telah banyak membantu banyak pihak agar lebih memahami bidang yang penting ini. Saya percaya kehadiran buku ini boleh memberikan sumbangan yang sangat positif untuk orang ramai memahami hukum Syarak dalam bidang tersebut. Saya harap sumbangan ilmiah akan berterusan demi kebaikan umat agar mereka lebih mentaati hukum hakam yang Allah SWT perintahkan"
- Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis

Kandungan Buku
Bab 1 Mengapa perlu tahu tentang Halal dan Haram dalam Kewangan
Bahagian Pertama: Dalil dan Nas
Bahagian Kedua: Zuhud dan Salah Faham
Bab 2 Pengenalan kepada Ilmu Fiqh Mu'amalat
Bahagian Pertama: Kaedah asas dalam Fiqh Mu'amalat
Bahagian Kedua: Kontrak-kontrak dalam Mu'amalat Islam
Bahagian Ketiga: Rukun dan syarat jual beli dalam Islam
Bab 3 Unsur dan elemen haram dalam kewangan
Bab 4 Riba dan hukumannya
Bahagian Pertama: Erti riba
Bahagian Kedua: Jenis riba
Bahagian Ketiga: Hukuman riba dalam Islam
Bahagian Keempat: Riba dan bentuknya dalam konteks semasa
1. Riba dalam pinjaman
2. Riba dalam akaun simpanan dan pelaburan
3. Riba dalam kad kredit
4. Riba dalam insurans konvensional
5. Riba dalam jual beli perhiasan emas dan perak
Bab 5 Gharar dan Judi
Bahagian Pertama: Pengertian gharar dan dalil pengharaman
Bahagian Kedua: Jenis gharar dan tempat berlakunya
Bahagian Ketiga: Gharar dan judi dalam bentuk semasa
Bab 6 Perbezaan Perbankan Islam dan Konvensional
Bahagian Pertama: Hubungan perbankan Islam dan kepatuhan hukum Syariah
Bahagian Kedua: Tugasan majlis penasihat Syariah
Bahagian Ketiga: Proses pengesahan halal perbankan Islam dan Takaful
Bahagian Keempat: Produk perbankan Islam
Bahagian Kelima: Contoh dan bentuk produk kewangan Islam
1) Mudarabah
2) Musharakah
Bahagian Keenam: Produk Takaful (Insurans Islam)
Bab 7 Unsur Haram dalam Perniagaan dan Kerjaya Semasa
Bahagian Pertama: Kerjaya peguam dan pegawai pemasaran produk pinjaman riba
Bahagian Kedua: Menipu dalam pendapatan harta
Bab 8 Isu-isu Perbankan dan Takaful
Bahagian Pertama: Isu modal bercampur
Bahagian Kedua: Adakah perbankan Islam mahal dan zalim?
Bahagian Ketiga: Penasihat Syariah dan pertembungan kepentingan
Bahagian Keempat: Terima logo halal atau Islam tanpa kaji
Bahagian Kelima: Ubah lafaz akad bagi halalkan riba
Bahagian Keenam: Pinjaman kakitangan
Bahagian Ketujuh: Kesilapan dalam implementasi qardhul hasan
Bahagian Kelapan: Denda lambat bayar di bank Islam mirip konvensional?
Bahagian Kesembilan: Status pemilikan aset sebelum menjual
Bab 9 Harta Haram dan Cara Mengurusnya.
Bahagian Pertama: Cara melupus
Bahagian Kedua: Sedekah dengan harta haram
Bahagian Ketiga: Menggunakan harta haram untuk membina masjid
Bahagian Keempat: Adakah harta haram dapat dibersihkan dengan zakat sahaja?
Bahagian Kelima: Cara melupus wang haram daripada pelaburan haram.
Bab 10 Hutang menurut Islam
Bab 11 Isu Syariah dalam Jualan Langsung (Multi Level Marketing)
Bahagian Pertama: Pengertian MLM
Bahagian Kedua: Para ‘Ustaz' dan MLM
Bahagian Ketiga: Beberapa keraguan Syariah dalam MLM
Bahagian Keempat: Syarat minimum Syariah bagi sesebuah MLM
Bahagian Kelima: Bentuk skim MLM alternatif dan menepati Syariah
Bahagian Keenam: Fatwa majlis ulama Indonesia berkenaan MLM
Bab 12 Beberapa Isu Kewangan dan Pelaburan Semasa
Bahagian Pertama: Pelaburan Swisscash
Bahagian Kedua: ABB Fund, Eaindex, Winlifund dan Arabic Fund: Kajian Kes
Bahagian Ketiga: Pelaburan mata wang dinar emas
Bahagian Keempat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bahagian Kelima: Beberapa bentuk urusniaga saham dan hukum Syariah
Bahagian Keenam: Hukum urusniaga dengan syarikat Yahudi: Makan, beli, jual
Demikianlah tadi beberapa kandungan asas buku ini.
Cara Pembelian
Buku pertama saya kini sudah boleh dibeli atau ditempah. Ia keluarkan oleh True Wealth Sdn Bhd syarikat yang dimiliki oleh Jutawan Azizi Ali.
Proses Pembelian Buku ini.
Individu yang berminat boleh mendapatkan buku ini dengan cara-cara berikut:-
1) Kedai Buku : Anda boleh mencari buku ini dari mana-mana kedai buku yang biasa menjual buku keluaran Azizi Ali mulai Januari 2008 dengan harga RM 29.90 ( harga ditetapkan oleh penerbit dan bukan saya). Kedai buku yang dimaksudkan adalah MPH, Borders, Times, Kinokuniya dan lain-lain kedai buku di seluruh Malaysia, Singapore and Brunei.
2) Halaman web penerbit buku : http://www.millionairesplanet.com/ Namun, kerana buku ini baru sahaja siap dan dihantar stok pertamanya di premis penerbit pada 24 Disember 2007 (Isnin). Justeru saya tidak pasti bilakah mereka akan mula memuatkan info buku ini di web mereka.
3) Ceramah & Kuliah Saya : Hadir ke kursus atau ceramah saya. InshaAllah biasanya saya akan membawa buku ini. Jualan secara terus dari saya menawarkan harga diskaun, iaitu hanya RM 22 senaskhah. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai sahaja.
4) Membeli dengan cara tempahan ;
ditutup
Akhirnya
Semoga buku ini diterima oleh Allah SWT sebagai amalan kebaikan dan soleh saya di akhirat kelak dan tergolong dalam jenis ilmu yang dimanfaatkan serta sedeqah jariah.Ameen.
Sabda Nabi saw :-
إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة من صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له
Ertinya : Apabil amati anak Adam, terputus amalannya kecuali dari tiga ( sumber) iaitu Sedeqah Jariah, Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai dan anak soleh yang mendoakan mereka ( si mati)" ( An-Nasaie 3591)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
21 Disember 2008
2 Zulhijjah 1428 H (Malaysia)
3 Zulhijjah 1428 H (Mekah)
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
saya br sahaja membyr duit utk buku ust.
wpun sy pelajar kejuruteraan,tp bg saya soal halal dan haram sangat lah penting
buku ni sbg panduan harian mengenai riba.saya tgk kt MPH harga ni 29.90, so decide beli online je la..murah ckit.berjimat cermat...
semoga ust. akan berjaya di masa2 akan datang.tahniah di atas penerbitan buku ini.
wassalam
UZAR SILA HANTAR SURAT JEMPUTAN BY FAX KE 0361964850 DAN SEBELUM TU PERLU EMAIL DULU UTK PERSETUJUAN TARIKH DI tibyan2008@gmai l.com
Untuk pengetahuan saya merupakan perpustakawan UTHM di unit perolehan. Ketika sedang merekod pembelian bahan, tiba2 saya terpandang buku ustaz, dan alhamdulillah kini perpustakaan UTHM mmepunyai naskah tersebut...teruskan usaha ustaz untuk memartabatkan kewangan Islam
uzar : alhamdulillah, uthm singakatn bagi apa ye..maaf
UZAR : tak de apa, kerana mereka tak sudi dengan terbitkan penulisan saya. Mungkin krn kurang kualiti agaknya dan tidak meet their standard. so saya hanya boleh say 'no' le.
sekadar pendapat
UZAR : NO TO PTS.. TELAGA BIRU BUKU AKAN DATANG INSHAALLAH..
UZAR : IYE KE..APA KEHENDAK ASAL NYE?..
wassalam.
saya telah buat bayaran untuk dapatkan buku ustaz. ustaz boleh cek emel untuk bukti pembayaran.
harap ia diposkan secepat mungkin. teruja pula nak baca berkenaan muamalah islam ini dan lebih memahaminya.
by www.zaidirazali.com
UZAR : SAYA TAK DAPAT TOLONG ANDA DI SINI, PERLU EMAIL KE TIBYAN, BUKAN KE WEB INI
UZAR : YE SESUAI
Mcm mana kami di Brunei boleh mendapatkan buku ni? (maklumat yg diberikan hanya utk malaysian i.e harga buku & cost penghantaran bagi non-malaysian, dll)
Terima Kasih
UZAR : BOLEH EMAIL TEMPAHAN DULU, TEHNA PIHAK KAMI AKAN RUJUK PEJABAT POS UNTUK MENGETAHUI HARGA POS SAMADA BY AIR OR SEA. SELEPAS ITU PEMBAYARN DIBUAT DAN BUKU DIPOS.
EMAIL KE tibyan2006@gmai l.com
Saya asli Indonesia tinggal di Jakarta. saya punya buku bagus bertema "HIDUP ADALAH SEOLAH-OLAH", tebal halaman 382 hal. Saya ingin terbitkan di Malaysia, bagamana caranya dan siapa yang berkenan menterbitkan yaa. silahkan hubungi saya di email: elcepress@yahoo .co.id, buku ini membahas tentang masalah hati, akal dan adat istiadat yang sudah menjadi salah kaprah. terima kasih.
as requested.
sudah di fax semula sebentar tadi.
UZAR : TELAH DITERIMA DAN AKAN DIHANTAR INSHAALLAH
Tahniah dan terima kasih kerana mengarang buku yang sangat bernilai ini. Saya dah berjaya beli buku ni di Borders, Queensbay Mall, Penang ahad lepas.. taksabar nak tunggu ustaz re-open jualan kat web ni aritu..kat Borders mahal sikit dari harga kat web ustaz ni tapi tak kisahlah... sangat2 berbaloi dapat beli dan baca buku ni..
Sesiapa yang belum baca buku ni lagi, cepat2 lah cari... memang perlu dibaca supaya kita mendapat keberkatan didunia dan akhirat.
Wassalam!
Maliki.
www.my-unit-trust.com
UZAR : DAH ADA DAN BOLEH BELI SKRG
Mohon pandangan ustaz,
Saya mendapat ijazah pertama dalam bidang Syariah di luar negara, kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat sebagai memenuhi minat saya, dan saya telah pun menyempurnakan pengajian Teknologi Maklumat dengan jayanya.
Saya berminat mendalami ilmu dalam bidang islamic banking, namun saya tak tau bagaimana ingin bermula.
Saya amat berbesar hati sekiranya Ustaz dapat membantu saya dengan memberi judul beberapa buku rujukan sebagai permulaan saya memahami asas perbankan islam.
Saya telahpun mendapatkan buku ustaz ini dan mendapati ianya amat menarik sekali. Jauh berbeza dengan pembelajaran fiqh muamalat yang saya belajar dulu, kerana perbincangan yang dibawa ustaz lebih bersifat kontemporari.
Mohon bantuan dari Ustaz.
Jazakallah
Bila agaknya cetakan kedua siap di cetak
Kalau Kat shah Alam kat mana boleh dapat buku ni...
UZAR : DALAM HUJUNG BULAN INI. UNTUK CEPAT, DAPATKAN DI WEB SAYA INI SAJA
Saya ingin beli buku ini dalam kuantiti yang banyak. Minimum dalam 50 buah buku. Kalau masa Kursus Solat nanti, dah available ke buku-buku ini ya?
Saya boleh bayar terus di sana dan ambil.
Wassalam.
UZAR : SAYA TAK DAPAT PASTI LAGI SAMADA BUKU NI DAH SIAP ATAU BELUM CETAKAN KALIKEDUANYA 2 MAC NANTI. TAPI JIKA LIHAT TARGET PENERBIT MEREKA KATA SEMPAT. INSHAALLAH
UZAR : DI MID VALLEY DAH HABIS STOK PADA 3 FEB LAGI..KENA TUNGGU HUJUNG BULAN BARU SIAP CETAKAN KEDUA. MAAF SEMUA
sy nk tnye ust ttg hukum menggunakan ayt pengasih..boleh ust tlg jelaskan secara terperinci adkah ianya amalan yg syirik atau sebaliknya?hukumnya?
UZAR : AYAT PENGASIH ADALAH TIDAK BENAR..TAPI MUNGKIN TIDAK SAMPAI KE SYIRIK. NAMN PERLUKAN KAJIAN LANJUT
Ana menyokong enta sepenuhnya, semua tulisan dan buku enta akan ana beli, ana juga bercadang untuk ikuti seminar kewangan islam yang enta anjurkan, dan banyak juga belajar dari tulisan2 enta khusus dalam bidang ekonomi...semoga kita semua diberi kekuatan oleh ALLAH swt, barakallahu fika...( ana ada nak bincang dengan enta tentang tesis ana..tp xtau nak contact enta macamna..) Salam
UZAR : ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH. BOLEH HUBUNGI ANA MELALUI EMAIL DI YAHPPGROUP ATAU CALL AJA UIAM, SAMBUNG KE KULIAH EKONOMI
saya nak tanye. buku "wang, anda dan islam " ada stok lagi ? kalau sampai stok baru . infom le .. nak beli
pandangan saya
Quote:
bangun la solat subuh berjemaah .. berkat ... rezeki mudah masyuk...
Tapi skrg saya nak tanya satu persoalan. Katalah saya hendak menjual beg kpd kawan saya A dgn harga RM30 sebuah. Kawan telah ambil beg dan bawa balik rumah dengan tujuan nak tunjuk anak dia dahulu. Tiada akad jual beli lagi krn dia belum kata nak beli dan belum bagi duit pd saya lag. Esok nya dia jumpa saya kata dia dah jual kepada anak kawan dia B, dgn harga RM35.
Persoalannya adakah keuntungan yg diambil oleh kawan saya itu dikira RIBA' krn antara saya dan dia belum lagi berlaku akad jual beli sedangkan dia sudah menjual beg itu kpd kwn dia dgn harga yg lebih tinggi? Harap ustaz dapat jelaskan. Terimakasih
UZAR : UNTUNG KAWAN ANDA BUKAN RIBA, TAPI IA TERMASUK KATEGORI HARAM IAITU JUAL BENDA YANG BELUM DIMILIKI LAGI. IA DILARANG OLEH NABI KERANA TIADA SEBAB SI PENJUAL BOLEH DAPAT UNTUNG, KERANA IA TIDAK MENAGNGGUNG SEBARANG LIABILITI KE ATAS BARANG YANG DIJUAL KERANA IA BUKAN MILIKNYA. IA TELAH JUAL BARANG MILIK ORANG LAIN. NAMUN IA BOLEH JADI HARUS, JIKA IA CALL ANDA DULU SEBELUM JUAL DAN ANDA APPOINT DIA JADI WAKIL PENJUAL, JSUETRU BEZA HARGA TU BOLEH JADI UPAH DIA TOLONG JUAL.
Saya sebenarnya pengujung setia laman web ustaz. Saya excited sgt nak dapatkan buku tulisan ustaz tu. Tapi bukanlah di waktu yang terdekat ni. Agak2 boleh tak ustaz letakkan buku ni di kedai buku POPULAR di bandar Taiping. Saya pasti ramai orang mendapatkannya termasuklah diri saya. Taiping ni bandar tumpuan termasuklah dr bagan serai, kuala kangsar, changkat jering, simpang 4, selama etc.. Gerenti laris macam goreng pisang panas!!
So... I'm looking forward........
UZAR : SEPENGETAHUAN SAYA, BUKU SAYA TU DAH SAMPAI DI SANA, JIKA TIADA BERMAKNA IA DAH HABIS.
RSS feed for comments to this post