Catatan Buku Promosi Kandungan Buku di MPH 3 Feb 08 ini

Promosi Kandungan Buku di MPH 3 Feb 08 ini

  • PDF
(15 votes, average 5.00 out of 5)

Pengalaman Baru :

Ceramah di Kedai Buku ?

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ceramah 

Pihak penerbit buku "Wang Anda dan Islam" menghubungi saya bagi memaklumkan, sempena buku saya masuk ke pasaran kedai-kedai buku bermula di MPH. Pihak MPH  meminta pihak penerbit untuk mendapatkan kerjasqama pengarang untuk menganjurkan satu sesi penerangan ringkas dalam masa 1 jam berkenaan kandungan buku yang baru dipasarkan.

Majlis ini akan dibuat di MPH Midvalley Mega Mall, Bangsar . Di dalam kedai buku MPH.

Semasa menerima permintaan dari penerbit ini, saya agak keberatan menerimanya, kerana saya agak yakin pastinya saya akan berceramah kepada rak-rak buku dan kerusi kosong sahaja. Terbayang juga, saya bercakap seorang diri seperti penjual ubat yang tidak mendapat sambutan.

Bayangan-bayangan ini menjadikan saya merasakan tidak perlu sesi sebegini untuk saya, terutamanya saya bukannya dikenali, sudah tentu tidak akan menarik minat hadirin untuk mendengar.

Pihak penerbit cuba meyakinkan saya dengan menyebut satu banner akan dibuat oleh pihak kedai buku MPH diluar kedai bagi menarik perhatian orang ramai dan ia juga dibuat pada hari minggu. Jika kehadiran mampu mencecah 20 orang pendengar pun sudah sampai target, kerana  itu adalah jumlah kerusi yang akan disusun. Demikian kata mereka.

Bayangkan, berceramah di kedai buku ?..Saya memang kerap berceramah di pelbagai tempat dan suasana, namun berceramah di kedai buku memang ganjil bagi saya dan belum pernah saya laluinya sebelum ini. Dua puluh kerusi itu mungkin sahaja akan kosong.

Dakwah Di Kedai Buku ?

Setelah berfikir mendalam berkenaan hal ini sambil memikirkan permintaan penerbit. Akhirnya saya bersetuju memenuhi permintaan ini. Malah saya semakin bersemangat pula.

Apa sebabnya?

Hampir terlepas pandang saya sebelum ini.

Bukankah ini satu lagi bentuk sesi dakwah dan peluang berdakwah kepada sesiapa sahaja yang lalu lalang dan bershopping di Mid valley Mega Mall. Bukan mudah untuk mendapat peluang menaikkan nama Allah dan Rasulullah s.a.w di sebuah kedai buku besar di pasaraya sebesar Mid Valley, Mega Mall.

Apa perlu saya bimbangkan jikapun saya berdiri dan bercakap seorang diri,  majlis ilmu pasti akan dihadiri oleh para Malaikat dan berpeluang mendapatkan doa Malaikat serta redha Allah. Biarpun manusia tidak meredhainya dan meraikannya.

Nabi s.a.w bersabda :-

إِنَّ لِلَّهِ مَلَائِكَةً يَطُوفُونَ في الطُّرُقِ يَلْتَمِسُونَ أَهْلَ الذِّكْرِ فإذا وَجَدُوا قَوْمًا يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَنَادَوْا هَلُمُّوا إلى حَاجَتِكُمْ

Ertinya : Sesungguhnya Allah telah mewakilkan sekumpulan malaikat berpsuing-pusing di jalanan bagi mencari majlis zikir, apabila mereka berjaya menemui satu kaum (sekumpulan) yang sedang mengingati Allah, mereka akan berteriak (menawarkan doa bagi hadirin) "segera minta apa yang kamu hajatkan"( Riwayat al-Bukhari, no 6045, 2/353)

Menurut Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani (wafat 852 H). Majlis zikir yang disebut di dalam hadis di atas merangkumi seluruh majlis dan sesi yang membawa kepada ingatan kepada Allah samada dengan tasbih, tahmid dan takbir. Bentuk tasbih tahmid dan takbir bukan pula terhad kepada zikir yang meniti di bibir malah termasuk adalah majlis ilmu yang menyedarkan manusia tentang kescuian Allah dan Islam, kebesarannya dan keperluan menuruti hukumnya. (Fath Al-Bari, 11/212)

Saya berharap majlis yang bakal berlangsung di MPH ini tergolong dalam majlis zikir. Berdoa di majlis seperti ini adalah waktu-waktu maqbul berdoa. 

Sudah tentu bukan redha, ramai manusia dan pendengar yang ramai menjadi objektif sebuah ceramah berkaitan Islam. Saya bukan mempromosi novel cinta remaja, tapi saya mempromosi sesuatu ilmu berkaitan hukum dan Islam.

Namun tidak dinafikan jumlah pendengar yang ramai adalah satu bentuk tambahan kelebihan kepada sesiapa yang ingin diberikan Allah, kerana meluasnya mesej yang dapat disampaikannya. Jika ramai yang menurutinya, pastinya bertambah luas pula pahala yang bakal diperolehinya jika ia seorang yang ikhlas dan pandai menyusun info yang disampaikan dengan berkesan. Saya teringat bagaimana seorang pemegang 'gold credit card' mematahkan kadnya di hadapan rakan saya di luar dewan kuliah sebagai tanda insaf, ia dilakukan kesan dari usaha penerangan berkenaan riba, besar dosanya dan kesan kepada dunia serta akhirat yang diberikan dalam slot saya sebelum itu. Hidayah dari Allah, saya hanya berusaha.

Ilmu Kewangan Islam ‘Eksklusif'

Ceramah kewangan Islam biasanya amat berprestij dan dibuat di hotel-hotel lima bintang dengan yuran beratus dan beribu ringgit. Ini menyebabkan ‘target group' mereka semakin mengecil.

Saya kerap kali akan menurunkan sedikit ‘standard' dan ‘prestij' ilmu kewangan Islam yang sering dianggap ‘ekslusif' serta terhad bagi beberapa kerat individu dan kelompok sahaja. Biarlah saya digelar, individu kewangan Islam jenis ‘murah' dan non ekslusif untuk golongan awam, kurang prestij di mata cendiakawan, pengkursus berprestij tinggi dan ahli akademik bertahap angkasa.

Malah ia bertambah buruk apabila persepsi ramai pula menganggap ilmu kewangan dan perbankan ini sukar difahami.

Pagi tadi (23 Jan 08) semasa majlis ceramah kewangan Islam di UKM, Bangi, seorang peserta bertanya

"Ustaz, saya dah ajak ramai rakan untuk hadir tetapi mereka menolak kerana merasakan bab kewangan bukannya bidang mereka, jadi bagaimana mungkin kita dapat menarik minat mereka untuk hadir mendengar bab kewangan Islam sebegini"

Satu soalan yang sukar untuk dijawab dengan satu jawapan muktamad.

Memang benar, menurut pengalaman saya sendiri pun sebelum ini kebiasaannya kursus, ceramah dan seminar Kewangan & Ekonomi Islam yang dianjurkan sukar difahami oleh orang kebanyakkan. Mungkin disebabkan faktor bahasa yang digunakan, kelemahan penceramah untuk memudahkan penerangan atau pendengar yang ‘kosong' ilmu kewangan. Hasilnya ia menjadi majlis tidur dan membosankan.

Namun, saya cuba membawakan bentuk yang mudah samada dalam tulisan buku saya ini mahupun di dalam ceramah. Tidak mudah untuk memudahkan yang susah..

Hasil usaha yang cuba saya gemblengkan untuk memudahkan ilmu berprestij dan eksklusif ini, sambutan dari audien yang hadir amat baik dan menggalakkan walaupun ceramah ini dibuat di kampung dan kawasan hulu, apatah jika dianjurkan di kawasan Bandar. Mereka ibarat baru dilahirkan semula ke alam realiti berkenaan riba dan kewangan semasa. Ada yang panik, terperanjat, susah hati, bimbang dan macam-macam lagi, termasuk juga yang meyalahkan diri kerana tidak punyai ilmu dalam hal ini dari awal.

Justeru tidak wajar saya atau kita merasa dukacita, malu dan sebagainya jikalau saya berceramah di hadapan beberapa orang di MPH ini kelak. Namun mungkin sebagai penceramah, kita akan merasa sedikit keletihan kerana perlu mengulang di banyak tempat disebabkan pendengar yang tidak ramai.

Info Program

Apapun, jika anda punyai masa kosong dan punyai soalan yang ringkas dan perlukan jawapan dari saya, dipersilalkanlah hadir ye. Info majlis seperti berikut :-

Tarikh   : 3 Februari 2008 (Ahad)

Masa     : 2 - 3 petang

Tempat : MPH Bookstores,

Unit JA1, Ground Floor,
Mid Valley Megamall, Mid Valley City,
58000 Kuala Lumpur

Jumpa di sana....InshaAllah.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

23 Jan 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #49 AbuAmmar 2008-04-16 07:19
Apakah hukumnya menggunakan credit card PETRONAS Maybank..

uzar : haram dan riba
Quote
0 #48 ajim 2008-02-12 02:42
84, benar.. tidak terlalu ramai.. tetapi alhamdulillah.. saya lihat yg hadir, masing2 saya lihat ada kesungguhan.. yg sikit akan menjadi bukit.. hehe.. tahniah UZAR..
Quote
0 #47 84 2008-02-04 23:19
Assalamualaikum ...

Dr komen2 pembaca, saya membayangkan promosi dn mjlis zikir ustaz akan sesak seperti org ramai nk tengok konsert, tapi rupenye tidaklah sampai begitu hebatnye.... :P
Pun begitu, saya masih merasa lega kerana sekurang2nya, uzar x bercakap dgn rak buku & kerusi shj...

Akhir sekali, tahniah kerana majlis tersebut berjalan lancar, dan mmg ada pengikut setia perkembangan buku ini ingin mendengar sendiri ulasan penulisnya. Saya harap uzar akan dipanggil lg memberi ulasan bg buku yg seterusnya..... dn harapnya masa itu lebih ramai drpd semalam.... :-)
Wassalam..

UZAR : OK LAH TU, MPH LETAK 10 KERUSI SAJA, ITU KEBIASAANNYA. AZIZI ALI DI AWAL2 DULU BERCAKAP SORANG-SORANG AJA KATA PEGAWAI TRUE WEALTH.

SO KEHADIRAN 50-60 ORANG SUDAH CUKUP BAIK TERUTAMANYA PARKING YANG AMAT AMAT AMAT SUKAR UNTUK DAPAT. 20-30 MNIT BERPUSING-PUSING.

APAPUN, SYUKRAN BAGI MEREKA YANG HADIR..
Quote
0 #46 Mohd Zaini 2008-02-01 07:10
Saya ingat ada ustaz tinggalkan buku itu di Annur bangi tempohari.duit saya tak cukup masa itu.saya pasti akan datang insyaallah.
Quote
0 #45 Ucu Lina 2008-01-31 19:20
Tahniah, kerana ustaz telah berjaya membuka minda saya dalam bidang kewangan Islam.. Bukan senang nak faham konsep kewangan ni,almaklum la saya ni dari backgroun IT..

Semoga ramai yg dapat hadir dlm majlis itu... Dan isya-allah tak de unsur-unsur lagha dlm majlis ini...
Quote
0 #44 zam 2008-01-31 15:55
saya dengan ini tanpa segan silunya akan turut menghadirkan diri ke majlis ynag boleh dikatakan majlis ilmu..juga akan diwar warkan di blogteratakburukzam.blogspot.com/ saya nanti. mau terbeliak tokey MPH tu tengok peminat2 dan pengunjung tetap blog UZAR berhimpun di MPH tu nanti..heheh harap dapat memiliki senaskah buku itu beserta tandatangan ustaz sekali...
Quote
0 #43 terkejut 2008-01-30 20:54
1st time dlm hidup jumpe org berdakwah dlm shopping compleks, tahniah UZAR... yg paling hebat pon hanya jumpe sorg pensyarah(ustz) pakai jubah putih, serban putih tgh beli buku di Plaza Angsana JB, tp UZAR siap bg ceramh hah...semangat saye nak amal sunnah...
Quote
0 #42 Abu Faris 2008-01-30 15:52
Ustaz, nak mintak penjelasan sikit pasal kad kredit. Mengikut buku yang ustaz tulis, hukumnya haram menggunakan kad kredit di luar negara disebabkan masalah pertukaran matawang (m/s 45). Masalahnya sekarang, saya banyak menggunakan kad kredit untuk bayaran hotel, flight dan lain-lain ketika berada di luar negara dengan menggunakan kad kredit Al-Taslif dari Ambank. Adakah hukumnya masih tetap sama walaupun kad yang digunakan adalah kad kredit islam dan saya membayar jumlah bil sepenuhnya secepat mungkin apabila mendapat bil? Adakah cara lain untuk menjadikan ianya halal? Saya masih prefer untuk menggunakan kad kredit di luar negara berbanding wang tunai kerana ianya lebih selamat dan mudah. Harap ustaz dapat berikan ulasan yang lebih lanjut mengenai permasalahan ini. Terima kasih.

UZR : JGN BELI EMAS, PERAK DAN MATAWANG SAHAJA . BELI YANG LAIN, TIADA SBRG MASALAH JIKA GUNA KAD KREDIT ISLAM
Quote
0 #41 ajai 2008-01-29 16:02
assalamualaikum ..

tahniah..majlis ilmu akan jadi semakin dekat dgn masyarakat..
Quote
0 #40 raIHaN 2008-01-29 01:57
Insyallah..saya pun akan cuba hadir..
Quote
0 #39 Faizal 2008-01-27 20:11
Salam! Tahniah. Insha-allah ramai yg akan hadir. Ana pun dah kempen pada rakan2 lain .... biar tokey MPH nanti (Dato' Ng) tgk buku ttg Islamic Finance juga mempunyai pengikut dan pengaruh. Kalau tak UZAR yang lead bidang ni, ana tak nampak buat masa ni org lain yg faqih dan ada masa nak buat mcm UZAR. So UZAR kena teruskan utk maslahat ummah ..

Laka ajrun, amin!
Quote
0 #38 Mohd Yusof Arbain 2008-01-27 07:50
Buku tu sudah berada di MPH ke?

KOMEN UZAR : MENURUT INFO YANG SAYA TERIMA, YE SUDAH ADA
Quote
0 #37 Abu Faris 2008-01-27 07:48
Hajat di hati memang nak pergi dan berjumpa dengan ustaz. Tapi apakan daya, saya berada jauh di perantauan masa tu. Dapat baca buku ustaz pun cukuplah. Saya antara pembeli awal melalui pos. Buku ustaz saya bawa balik ke UAE ni, dan dah habis baca pun. Alhamdulillah, saya cuba menfaatkan ilmu dari buku tersebut. Sekarang ni dalam usaha untuk menukar semua loan, insurance dan juga kad kredit yang saya ada dari konvensional kepada islamic. Mudah-mudahan segala usaha baik ustaz di berkati Allah.
Quote
0 #36 zufar04 2008-01-26 21:00
assalamualaikum uzar...bila agaknya nak datang buat promosi kat alor setar nie....kalau jemput buat ceramah kat alor setar boleh ker....
Quote
0 #35 Izzah 2008-01-26 21:00
Salam UZAR. Tahniah... InsyaAllah saya akan hadir.

p/s: maaf, nak tanya sikit....at paragraph 18 of this article..... 'ahli akademik bertaraf angkasa' @ '.....bertaraf antarabangsa'?
Quote
0 #34 may pahi klate 2008-01-26 16:19
semoga majlis uzar tu nanti berjalan lancar dan dirahmati ALLAH,semoga dengan adanya buku2 ilmiah sebegini ia akan memudahkan umat islam membuat rujukan tentang kewangan islam.ia seolah-olah sinar yang memberi petunjuk untuk keluar daripada kegelapan.........sy, insyaallah akan hadir bersama family untuk menumpang rahmat ALLAH.
salam.
Quote
0 #33 ibnu razi 2008-01-26 02:44
walaupun saya tak dapat pergi itu tak penting yang penting majlis itu gempak punya...insyaallah...i will be find your book
Quote
0 #32 shariffudin khalifa 2008-01-26 02:44
saya akan dtg MID dgn kwn2 saya..dah lama saya tunggukan saat bgini..YA PENTING,saya nak beli buku hasil tulisan ustaz tu nnt,insyaalah. :D
Quote
0 #31 zahirul 2008-01-26 02:42
salaam....

satu penghormatan besar buat uzar maknanya MPH menghormati uzar penulis novel cinta pun jarang dipanggil, apa lagi uzar tak yah risau ramai peminat uzar nanti percya ler INSYAALLAH kita ikhlas sampai ilmu INSYAAALAH ramai ler yang nak berguru dengan uzar......
Quote
0 #30 nisa 2008-01-26 02:37
salam..
wahh, gamatlah mph nanti. . penuh dgn kopiah men & hijab ladies..unlike usual SEKSA patrons.. time nielah patut bawa family shopping kat mid valley, less temptation.. anak2 pun tak terkejut beruk he he..
Quote
0 #29 MC 2008-01-26 02:32
teruskan perjuangan..dakwah xkira dimana2 malah hasan al-banna sendiri pernah dakwah hingga ke disko..yg penting niat ikhlas kerana Allah..jumpa di sana nanti..Insyaallah :-)
Quote
0 #28 amirul faiz. 2008-01-25 07:10
assalamualaikum ustaz.
InsyaAllah sy akan pergi.
dah lama sy menantikan saat ini.
buku berkaitan kewangan dan hukum hakamnya di dalam bahasa malaysia.
terima kasih ustaz di atas usaha ini.
Moga Allah sj dapat membalasnya
Quote
0 #27 UMIAN 2008-01-25 02:26
Dah confirm tak cukup tempat dah tu. Jangankan 20 orang, yang dah kata dak datang dalam ruangan ni saja pun dah lebih dua puluh. Then ada yang nak bawa satu kelas lagi.

Waktu program pulak memang waktu puncak orang sedang memenuhi Mid Valley. Boleh pengsan tokey MPH tengok peminat UZAR nanti.

Rasanya UZAR dah boleh mula belajar jadi celebrity dengan test tandatangan kat buku. Bukan apa Ustaz, nanti sure ramai yang akan minta tandatangan kat buku nanti.

Semoga ianya akan jadi permulaan yang gemilang kepada penulis buku-buku agama dalam mempromosi buku masing-masing.
Quote
0 #26 Guest 2008-01-25 02:22
saLam.
UZAR jgn risau...memang x muat MPH tu. nnti.sbb peminat ramai.ni UZAR je yg tak tahu..Insayaallah sy akan dtg sekeluarga 6 beranak..he he he..
Quote
0 #25 Starscream 2008-01-25 02:22
Assalamualaikum ,

Saya teringat sebuah kisah di Indonesia, seorang ulama memberikan syarahan di dalam sebuah disco.

Nak tau apa 'feedback'nya. Majlis tari-menari dah bertukar menjadi majlis ilmu. Rata-rata pengunjung disco yang beragama Islam ( tapi perangai tak tunjuk imej Islam) menjadi insaf bila dengar syarahan ulama tersebut.

Teruskan Ustaz. Memberi ceramah di MPH menunjukkan ia mengiktriraf kewangan Islam dan ramai nak tahu tentangnya. Semoga umat Islam akan lebih faham dan yang bukan Islam akan tertarik dengan keindahan Islam itu. Tunjukkan kita adalah profesional !!!
Quote
0 #24 amoi 2008-01-24 22:28
Rugi siapa yang tanak datang ke" taman-taman syurga"...
Quote
0 #23 ABU HANNAH 2008-01-24 21:55
INSYA ALLAH KAMI AKAN HADIR...
Quote
0 #22 zamree a rahman 2008-01-24 21:55
OK saya datang confirm..........
Quote
0 #21 Abuqais 2008-01-24 21:54
Tahniah, Tahniah. Saya doakan semoga MPH terkejut besar dengan kedatangan peminat UZAR. Buku pun kena siap banyak-banyak sikit, nanti takut tak cukup peminat merungut pulak. Saya tak pe sebab dah beli. Bukti UZAR ramai peminat, ialah laman webnya dapat maintain nombor 1 Top Blog Ukhwah.com. Kalau saya ada kelapangan, saya pun nak datang meraikan.
Quote
0 #20 ct_aisyah 2008-01-24 21:53
nampak gaya MPH kena buat promosi buku UZAR kat centre court MV, x muat kat MPH tu. ;-)
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 86 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Catatan Buku Promosi Kandungan Buku di MPH 3 Feb 08 ini