Buku Baru Saya : Formula Solat Sempurna
( PEMBELIAN MELALUI WEB INI SUDAH DITUTUP SEJAK 25 JUN 2008, SEBARANG PEMBELIAN PERLU DIBUAT MELALUI WWW.TELAGABIRU.NET.MY)
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Setelah berniat untuk menerbitkan buku ini sejak awal tahun 2005. Sempena menyambut Mawlidur Rasul pada tahun ini, buku ini adalah hadiah untuk umat Islam yang memahami bahasa malaysia. Amat wajar untuk kita mengingati dan kembali memahami akan ibadat yang cukup istimewa buat ummat Muhammad s.a.w iaitu solat.
Satu-satunya ibadah khusus yang diambil terus oleh Nabi s.a.w semasa isra dan mi'raj. Tiada ibadah khusus lain sepertinya.
Pada tanggal 18 Rabi'ul Awwal 1428 H bersamaan 26 Mac 2008, buku ini siap sampai di bilik stor penerbitnya (Telaga Biru Sdn Bhd) dan siap dipindahkan ke dalam kereta saya untuk mula disebarkan kepada semua rakyat melalui proses jual beli.

Inilah satu buku untuk mengubah cara solat anda yang biasanya didasari ilmu ikut-ikut sahaja kepada ibadat atas dasar ilmu. Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.
Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata :
من عمل في غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح
Ertinya : Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan (Jami' Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)
Malah Nabi s.a.w bersabda :-
ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فقال رسول اللَّهِ فَضْلُ الْعَالِمِ على الْعَابِدِ كَفَضْلِي على أَدْنَاكُمْ
Ertinya : Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang darinya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu, lalu Nabi memberi respon, Keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi dari orang yang beribadah (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah dari kalangan kamu(sahabat) : ( Riwayat Tirmizi, no 2685, 5/50 ; Tirmidzi : Hadis Ghorib, Albani : Sohih)
Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa nabi membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)
Justeru, buku ini insyaAllah dapat membantu kita semua menunaikan ibadat dengan ilmu dan tidak lagi dengan ilmu sedikit yang dipelajari di zaman kanak-kanak dahulu.
Bagi melengkapkan ilmu ini, pendaftaran untuk kursus solat terakhir masih dibuka sehingga 28 Mac 2008.
Info Buku
Berikut adalah info buku :-
Tajuk : Formula Solat Sempurna.
Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman
Halaman : 174 mukasurat.
Jenis kertas dalam buku : Glossy berkualiti tinggi berwarna dan bergambar.
Tambahan Lain : Beserta glossary, index dan bibliografi.
Harga Runcit yang ditetapkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd : RM25.90
Petikan Belakang Buku :-
"Formula Solat sempurna ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan amalan-amalan sunat dalam solat berserta rukun dan syaratnya.
Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang dikira terbaik dari hasil nukilan ijtihad para ulama hadis dan semasa.
Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, Hinggakan mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam pengajian ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid dari Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan puncda kehilangannya dewasa ini.
Agak sukar ditemui sebuah buku yang merawat pelbagai isu solat dalam bentuk komprehensif, padat beserta dalil sebegini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menuruti mazhab Syafie atau lainnya."
Harga Istimewa Pembelian Melalui Pengarang
KHAS BUAT Semua peserta kursus solat pada 30 Mac 2008 ini, anda boleh membeli buku ini terhad satu naskhah seorang peserta pada harga sangat istimewa iaitu RM18.
Selain peserta kursus solat terakhir pada 30 Mac ini, anda boleh membeli secara online dari web ini, berikut adalah skim harga masih lagi istimewa bagi pembeli melalui zaharuddin.net
Harga buku : TUTUP
Harga pos setiap naskhah : TUTUP
: TUTUP
Lagi Diskaun Pembelian.
Bagi mereka yang ingin membeli secara banyak, berikut adalah skim tawaran saya :-
1) Pembelian 30 hingga 99 naskhah : RM )
: RM hah )
2) Pembelian 100 naskhah ke atas : RM
: RM
CARA PEMBELIAN
Terdapat tiga cara pembelian iaitu :-
1) MELALUI INTERNET PEMBAYARAN BANK-IN / INTERNET BANKING
No akaun :
TUTUP
Selepas membuat bayaran, sila email TUTUP dengan info berikut:
- Nama
- Alamat E-Mail anda
- Nombor transaksi (PENTING)
- Alamat untuk menghantar buku anda
- Scan bank-in slip pembayaran anda (sekiranya menggunakan bank-in)
- Maklumat perkhidmatan online banking yang anda gunakan (sekiranya menggunakan online banking)
- ATAU FAX KE TUTUP
2) Di tempat-tempat tertentu saya berceramah.
3) Di kedai-kedai yang menjual buku terbitan telaga biru sdn bhd.
4) Di pejabat saya di Kuliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan, UIAM, Gombak.
Justeru, objektif penulisan ini adalah untuk mengajak umat Islam mendekati solat mereka dengan lebih terperinci agar mereka mampu menunaikan solat dengan lebih berilmu berbanding sebelum ini.
Ia juga membentangkan pandangan mazhab Syafie sebagai asas di samping mempersembahkan sebahagian dalil-dalil yang disebutkan oleh mazhab Syafie, keutamaan sentiasa diberikan kepada mazhab Syafie sebagai meraikan mazhab di negara ini.
Namun adakalanya saya memberikan sedikit input tambahan berkenaan pandangan sahabat nabi dan ulama-ulama dari mazhab lain bagi memperkukuh perbincangan. Kebiasaannya saya mengutarakannya dalam perkara-perkara sunat sahaja. Sebagai contoh, ada beberapa pergerakan yang tidak dianggap wajib atau sunat oleh mazhab Syafie tapi ia dianggap sunat oleh mazhab lain, saya bentangkan sebagai motivasi untuk kita memantapkan lagi ibadah solat. Demikian juga sebaliknya.
Terbukti dari seluruh kursus-kursus yang telah saya anjurkan, ramai orang di Malaysia dan Brunei mengganggap solat mereka telah sempurna serta berpaksi kepada mazhab Syafie, namun rupanya mereka tidak pun menunaikan ibadah solat seperti yang tercatat di dalam kitab mazhab Syafie yang muktamad. Namun demikian, ia bukanlah satu isu yang besar kerana kebanyakkannya hanya melibatkan hal-hal sunat atau tidak sunat pun, ia sememangnya tidak menjejaskan solat, cuma objektif dari buku ini adalah untuk memperkemas dan mempercantikkan solat kita
Hadiah Buat Orang Dewasa
Agak ramai individu menyangka buku sebegini adalah untuk kanak-kanak sahaja. Padahal si ibu dan ayah sendiri pun solat masih tunggang langgang. Lebih malang tiada siapa yang ingin membantu sang ibu dan ayah. Kem solat dan buku solat kanak-kanak memang banyak, bagaimana pula untuk si ayah dan ibu?
Inilah dia satu buku rahsia solat sempurna sesuai untuk pembacaan dewasa bagi menyemak tatacara solat mereka. Buku ini tidak menyalahkan mana-mana fatwa dan mazhab. Saya hanya mencadangkan dalam buku ini seperti berikut :-
"bagaimana jika buat begini berdasarkan dalil ini dan tafsiran ulama berikut", mungkin dengan niat ikhlas kita, akan dapat pahala sunatnya itu, tetapi jika tak buat pun, tiada masalah besar".
Saya sama sekali tidak mendabik dada mengatakan saya mengetahui yang terbaik serta menafikan ilmu para ustaz dan ilmuan Shariah yang lain, ia hanyalah usaha kerdil saya setelah menelaah beberapa puluh kitab ulama silam dan moden bagi memperolehi ilmu yang ingin disampaikan dalam bentuk yang termudah.
Bagi saya, jumlah buku rujukan utama sebanyak itu sudah mencukupi. Kuantiti buku tidaklah begitu penting, kualiti setiap kitab yang dirujuk adalah lebih penting. Justeru saya terpaksa memilih beberapa buah kitab Fiqh silam dan kontemporari yang dikira berkualiti tinggi untuk digali ilmunya dan dikongsi bersama.
Saya tidak mampu untuk mengkaji semua kitab yang ada di pasaran dan ilmu kita memang sedikit dan saling memerlukan, namun jangan dijadikan alasan belum khatam 1000 kitab lalu kita tidak boleh untuk memberikan sesuatu kefahaman. Jika anda mampu menghasilkan sebuah lagi buku dalam bab solat sebegini untuk membantu orang ramai, saya amat mengalu-alukan dan menyokong usaha anda.
Semoga ia tergolong dari kalangan amal-amal saya yang soleh serta diterima oleh Allah swt. Didoakan juga pembacaan anda memberikan manfaat yang terbaik buat dunia dan akhirat anda sekalian. Ameen.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
26 Mac 2008
Kandungan buku
Bahagian Pertama : Pendahuluan
- 1) Latar Belakang Penulisan
- 2) Manhaj Penulisan
- 3) Persoalan taqlid mazhab dan campur mazhab
Bahagian Kedua : Maklumat Asas Berkaitan Solat
- 1) Tempat-tempat tidak digalakkan solat padanya
- 2) Syarat sah solat
- 3) Rukun- rukun solat
- 4) Perkara yang membatalkan Solat
Bahagian Ketiga : Tatacara Solat Dari Takbir Ke Salam
1) Berwudhu
2) Menghadap qiblat
- a. Dalil
- b. Kiblat ketika musafir
- c. Musafir tidak mengetahui qiblat
- d. Tersilap ijtihad dalam menentukan qiblat bagi musafir
- e. Ahli rombongan punyai kiblat berbeza
3) Meletakkan Penghadang di hadapan ketika solat
- a. Hikmah dan falsafah
- b. Dalil
- c. Kesimpulan
4) Berdiri Tegak
- a. Falsafah berdiri tegak
- b. Dalil
- c. Jarak di antara dua kaki ketika berdiri.
- d. Kesimpulan
5) Niat
- a. Falsafah Niat
- b. Dalil
- c. Waktu berniat
- d. Kandungan asas niat
- e. Perbincangan niat secara berlafaz
6) TakbiratulIhram
- a. Falsafah takbiratul Ihram
- b. Dalil
- c. Arah pandangan mata ketika solat
- d. Memejamkan mata ketika solat
- e. Mengangkat tangan semasa takbiratul ihram
- f. Keadaan tangan dan jari ketika takbiratul ihram
- g. Lafaz takbir : cara betul & salah
7) Tangan Bersedekap Ketika Berdiri
- a. Dalil serta perbezaan ijtihad tentangnya
- b. Kesimpulan hukum yang dipilih.
8) Membaca Doa Iftitah
9) Membaca Surah Al-fatihah
- a. Dalil
- b. Membaca isti'azah
- c. Membaca Basmalah : Kuat atau Perlahan
- d. Bacaan Al-Fatihah di belakang imam
- e. Kesalahan di dalam bacaan al-Fatihah
- f. Menyebut 'Amin' di akhir al-Fatihah
- g. Saktah sebelum dan selepas Al-Fatihah
10) Membaca Surah Pendek
- a. Bagi Imam
- b. Bagi solat sendirian
- c. Jenis surah
- d. Kaedah dan cara bacaan
- e. Mestikah membaca mengikut tertib?
- f. Bacaan surah di rak'at ketiga dan keempat
11) Ruku' dan Bacaannya
- a. Dalil Ruku'
- b. Bacaan semasa ruku'
- c. Megangkat tangan sebelum dan selepas ruku'
- d. Tomakninah ketika ruku'
- e. Jari ketika ruku'
- f. Keadaan belakang dan kepala
- g. Kedudukan lengan
- h. Doa dan bacaan Al-Quran ketika ruku'
12) I'tidal dan Bacaannya
- a. Dalil
- b. Bacaan semasa berdiri
- c. Bacaan tambahan terbaik
13) Sujud
- a. Lutut atau tangan mencecah bumi dahulu
i. Tangan dahulu
ii. Lutut dahulu
- b. Tujuh anggota sujud dan kedudukan jari kaki
- c. Hidung anggota sujud ?
- d. Keadaan dahi semasa sujud
- e. Kedudukan tangan ketika sujud
i. Merenggangkan lengan dari tubuh
ii. Mengangkat siku
iii. Merapatkan jari-jari
iv. Ijtihad Imam Syafie berkenaan cara sujud wanita
- f. Meletakkan wajah di antara kedua tangan
- g. Bacaan ketika sujud
- h. Kelebihan doa semasa sujud & bolehkah doa perihal dunia?
- i. Wanita tidak merengangkan tangan?
- j. Faedah kesihatan semasa sujud
14) Duduk antara dua sujud
- a. Cara duduk Iftirash
- b. Kedudukan tangan
- c. Cara duduk yang ditegah
- d. Bacaan ketika duduk
- e. Cara dan bacaan ketika bangun.
- f. Duduk istirehat sebentar sebelum bangun.
15) Sujud Kedua
16) Duduk Tasyahhud / Tahiyyat Awal
- a. Hukum tasyahhud awal
- b. Kedudukan kaki
- c. Bacaan tasyahhud awal
- d. Masalah angkat dan goyangkan jari.
i. Isyarat jari
ii. Hikmah dan sebab menaikkan jari telunjuk
iii. Boleh diangkat dua jari?
iv. Perlukah digoyangkan jari?
v. Waktu jari diangkat
vi. Jari dibengkokkan sedikit
- e. Melihat jari telunjuk ketika tasyahhud
- f. Mengangkat tangan ketika berdiri.
17) Tasyahhud Akhir
- a. Hukum tasyahhud akhir
- b. Cara duduk tasyahhud
- c. Bacaan ketika tasyahhud
- d. Hukum selawat atas nabi ketika tasyahhud
- e. Doa tambahan terbaik selepas tasyyahud
- f. Lafaz "sayyidina" semasa selawat
18 ) Salam
- a. Hukum salam
- b. Pergerakan kepala ketika salam dan bacaannya.
19) Menyapu Dahi Dan Hidung Ketika Solat Dan Sesudahnya
- a. Hadis berkaitan
- b. Sapu muka sebelum tamat solat
- c. Kesimpulan
20) Mengangkat Tangan Dan Membaca Doa Selepas Solat.
21) Bersalaman Secara Berjemaah Selepas Solat
Bahagian Keempat : Zikir & Doa Nabawi
- 1) Bacaan ketika waswas
- 2) Zikir menggunakan jari jemari
- 3) Wirid Selepas Semua Solat Fardhu
- 4) Zikir Subuh & Maghrib
Bahagian Kelima : Khusyuk Dalam Solat
Hakikat Khusyuk
Fadhilat Khusyuk
Tuntutan Khusyuk Dalam Solat
Kaedah Mendapatkan Khusyuk
Faktor Utama Gagal Perolehi Khusyuk
Usaha Tambahan Bagi Mendapatkan Khusyuk
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Alhamdullillah saya telah pun membeli buku Formula Solat Sempurna karangan Ustaz. Sungguh bagus isinya untuk dibuat panduan bagi pengukuhan solat kita semua. Izinkan saya membuat sedikit komen di mana tujuannya adalah untuk memantapkan lagi buku tersebut.
Pertama, adalah elok jika Ustaz dapat menambah panduan atau cara cara berwudhuk yang sempurna kerana wudhuk adalah elemen terpenting sebelum solat itu hendak di laksanakan. Berwudhuk juga adalah perkara wajib jika kita hendak solat.
Kedua, kalau boleh Ustaz terangkan juga perkara yang selalu menjadi amalan umat Islam ketika bersolat seperti, lafaz sebelum solat, doa qunut dan sebagainya.
Sekian dan Wassalam
Saya terdgr ttg buku ustaz dlm segmen Tafsir Al-Quran radio IKIM.FM oleh Ust Zahazan Mohamed. Beliau ada mengupas sec ringkas mengenai umat Islam hari ini yg byk mengikut2 & kurg faham kenapa sesuatu ibadah itu dilakukan. Cthnya dlm bab solat bagaimana kedudukan tgn ketika bersedekap lps takbiratul ihram, beliau menyebutkan ttg buku Ust ttg kaedah solat yg sbnr mengikut kajian dari ijtihad ulama2 terdahulu terutama dari mazhab yg 4.
Slps mendgr segmen tersebut sy tergerak hati utk mencari & membeli buku ust. so, firstly, sy search di internet utk mdpt imej buku tersbut. Rupa2nya sy pernah ternampak buku tersebut di kedai buku, cuma x tergerak hati utk membeli.
Terima kasih kpd Ust krn menghasilkan buku ini dlm usaha utk berkongsi bersama ilmu & penemuan dr kajian Ustaz. Terima kasih juga kpd Ust Zahazan krn memperkenalkan buku ini. Smga lbh rmai ummat Islam memahami rahsia & kaedah solat yg sbnr spya kita lbh menghayati, khusyuk & tawaddu' menunaikannya. AMIN.
Untuk mereka yang ada kat luar negara macam mana ye nak dapatkan buku ustaz ni.Boleh pakai kredit kad ke?Wassalam
UZAR : BOLEH HUBUNGI TELAGABIRU SDN BHD DI
+603-6275 4070 / 6276 8057
Facsimile
+603-6275 4110 / 62754727
Email
admin@telagabir u.net.my
faruq@telagabir u.net.my
Saya dah pun memiliki buku ini. Terima kasih kepada rakan saya yang membeli dan saya terbaca seterusnya membuat keputusan untuk memilikinya sebagai rujukan.
Terima kasih atas usaha Ustaz.Kalau ada sambungan terbitkanlah sambungannya lagi.Kekalkan pengunaan bahasa yang mudah untuk pembaca/bakal pembaca yang makin kurang masa untuk menyelak walaupun sebentar.
Bagi saya maklumat itu dapat dimanfaatkan sekiranya berjaya disampaikan tidak hanya kepada kumpulan sasar seperti saya tetapi kepada semua lapisan masyarakat.
Wasallam.
UZAR : OK inshallah
UZAR : boleh dapatkan di kedai buku mph dan kedai2 buku agama. jika tiada juga.. boleh hubungi telagabiru.
UZAR : CARI DI KEDAI YANG JUAL BUKU TELAGA BIRU
Assalammulaikum Ustaz,
Saya nak beli buku "Formula Solat Sempurna" sebanyak 3o naskhah berharga RM 21.50 senaskhah dan RM 3 bagi kos pengendalian dan pos setiap naskhah.
Soalan saya adakah RM 3 itu termasok kos pengendalian dan pos ke Brunei Darussalam juga.Harap maklum.Sekian.
Wassalam
UZAR : TIDAK, BRUNEI BERBEZA. SILA EMAIL TEMPAHAN SEGRAA KE tibyan2008@gmai l.com. nanti mereka maklumkan berapa harga pos dan pengendalian ke Brunei.
ustaz.syabas bt ustaz kerana telah berjaya berkongsi ilmu dgn kami semua dgn pelbagai method dan topik2 yg menark.ismi za.pensyarah law di ipt.
Ana ingin bertanya.bolehkah ana mempromote buku2 ustz yg terkini untuk di kongsi ilmu bersama dgn staff2 dan para plajar di sini...bagi mereka yg berminat utk memilikinya.moga Allah memberkati sgala amalan kita.amin.
UZAR : SUDAH TENTU BOLEH.. PENSYARAH LAW..? BAGUS BOLEHLAH BANTU-BANTU NASIHAT SAYA JIKA-JIKA ADA ARTIKEL SAYA YANG BOLEH DIPERBAIKI DENGAN MASUKKAN UNSUR LAW.
MACAM ARTIKEL KUTU..
UZAR : NAMPAKNYA BUKAN REZEKI SDRI..HARGA PESERTA ITU VALID DI KURSUS ITU SAHAJA.
ITUPUN PENERBIT DAH TEGUR SAYA KERANA JUAL MURAH SANGAT KATA MEREKA...
Saya rasa, buku ni bukan sahaja berkualiti dari segi intipati dan bahan2 di dalamnya, tetapi berkualiti dari segi kulit buku, helaian kertas2 muka surat yang cantik dan gambar2 yang jelas serta penerangan nya... Semoga Allah mempermudahkan ustaz n the gang menyebarkan dakwah ke semua umat manusia di dunia ini.. Wallahu'alam..
kami pun nak beli juge buku ustaz ni
UZAR : EMAIL KE tibyan2008@gmai l.com berikan alamat lengkap, nanti akan disemak di pejabat pos
Page 57 " Harus untuk membaca ...."
soalan saya, Sunat atau Harus membaca surah, (irrespective of panjang atau pendek).Maaf kerana ilmu saya yg cetek, bukan untuk mempertikaikan penulisan UZAR.
Uzar : ye irrespective panjang dan pendek...sunat hukumnya.
Ust muda-muda banyak komitmen lain terutama bisnes, lagipun siapalah pendakwah muslim yang sanggup 'turun padang' di pedalaman begini. Pendakwah kristian yang ramai ke tempat-tempat begini menjalankan misi mereka.
Kadang-kala yang tiada 'title' ust pula terpaksa membantu mengimarahkan masjid, anjur kursus-kursus agama tetapi adakalanya banyak masalah untuk mendapatkan khidmat ahli-ahli agama.
Saya ada beli buku pertama ust, tentang kewangan Islam dan beli satu kemudian sebarkan ilmunya melalui lisan. Untuk jual susah sikit sebab minta beli buku tulis anak harga 50 sen sebuah pun ramai yang tidak mampu, yang mampu pun susah juga kalau tidak mahu beli dan ada juga yang buta huruf walaupun dewasa.
Saya harap ust redha jika saya menyampaikan ilmu-ilmu tersebut setakat yang saya faham, kalau yang susah-susah untuk dijelaskan, saya hanya tawakkal kepada Allah semoga memudahkan kefahaman mereka.
ALHAMDULILLAH ramai di kalangan sahabat-sahabat sudah mendapatkan pembiayaan melalui sistem Islam dan takaful. Hanya di kalangan masyarakat sekitar, masih ada yang tidak begitu berminat tetapi kita akan terus berusaha.
Pemimpin-pemimpin daerah pernah juga ke masjid, buat majlis di masjid, terutama majlis 'Maal Hijrah' dan 'MaulidurRasul' dan kalau solat, solat dua hariraya. Solat lima waktu selalunya imam dengan seorang atau dua orang makmumnya.
Tahniah ust kerana menghasilkan sesuatu untuk manfaat umum, dan terima kasih kerana menyebarkannya di web ini. Hanya saya selalu sangat berharap agar media utama iaitu saluran tv yang lebih dekat kepada masyarakat di sini, dapat memberikan ruang kepada ust untuk menyebarkan ilmu-ilmu tentang solat dan kewangan Islam. InsyaAllah.
uzar : alhamdulillah, moga jasa anda akan dibalas kebaikan oleh Allah swt.
saya ikuti seminar ustaz anjuran JAKIM kat sabah hari tu.. alhamdulillah. ye pasal perbankan. memang banyak ilmunya.. kami yg ada latar blkg agama pun tercengang-cengang mendengarnya... nampak sgt banyak lg yg x tahu..jadi bila ustaz kata kursus solat ini (30 mac) yg terakhir...kecewalah juga saya.
Wassalam
UZAR : SILA EMAIL jemputan ke zaharuddin@yaho o.com
Dah dapatkan buku tersebut. Dah baca sepintas lalu. Cuma ada kemusykilan berkenaan Qunut. Kenapa Ustaz tidak memasukkan perbincangan berkenaan Qunut dalam buku ini.
Thanks
Alhamdulillah saya dapat beli buku nie dan saya nak war warkan siapa-siapa yang takde lagi sila dapatkannya dengan segera..banyak manfaat yang dapat diperolehi dari buku ini, lain dari buku solat yang biasa kita tengok tu..penuh dengan gambar dan ada rujukan di setiap dalil.
Jazakallah Uzar sebab keluarkan buku seperti ini, moga menjadi saham yang berharga buat Uzar kelak, ameen.
Sudah terima buku secara pos. Terima kasih.
Menarik, siap colour lagi bahagian dalam. Untuk buku2 ustaz lain kali buat dengan Telaga Biru je la.
UZAR : INSYAALLAH TERLIBAT, DAN AKAN ADA PROMOSI BUKU SAYA NANTI DI SANA..JOM JUMPA DI SANA..6 APRIL 08 JAM 1.30 PM..SILA LIHAT JADUAL DI WEB NI YE
dah beli buku uzar best, nak tanya uzar pasai angkat jari masa tasyhud dlm buku uzar m/surat 94, kenapa ader 4 pendapat jer bukan ker seingat saya masa uzar ajar waktu kursus solat ader lagi satu pendapat ahli hadis masa mula2 baca tasyahud
moga study uzar dipermudahkan...salam
tahniah ustaz diatas usaha menghasilkan sebuah buku yang bermanfaat utk semua. utk pengetahuan ustaz,saya bakal memiliki buku ini hari ini. kawan isteri saya kerja di telaga biru.so mudahlah utk saya memilikinya.alhamdulillah.
saya setuju dengan ustaz utk memboikot barang belanda dan filem akhirat. dan saya hairan kemana perginya ulama2/mufti2 di malaysia dalam hal ini(filem akhirat).dimana suara mereka?beginikah sikap mereka?hanya berdiam diri,tidak melakukan sesuatu agar agama tidak dipermain kn oleh pihak2 yg dangkal ilmu agama islamnya?
Ya Allah,selamatka n agama-MU ini.
sarjantulang
UKM
omaQ.org | True your Life...
www.omaQ.org
b4 ni nk bli kat popular, xde pn..mcm byk hlgn pulak..heheh.
Harap2 xhabis stok lg la ye..wslm.
UZAR : INSYAALLAH DIPERMUDAH. DI KEDAI BELUM SAMPAI KOT.
saya bangga ngan kejayaan Uzar menerbitkan buku2 yang memberi faedah kepada rakyat....
TERUSKAN!!
Ya Ustaz, alamat email semasa beli VCD ialah tibyan2006@gmai l.com. Adakah ianya sudah ditukar kpd tibyan2008@gmai l.com utk proses pembelian buku ini?
Terima kasih.
UZAR : DUA-DUA EMAIL ADALAH BOLEH DIGUNA,
RSS feed for comments to this post