Catatan Buku Buku ‘Formula Solat' Disambut Baik & Pembetulan

Buku ‘Formula Solat' Disambut Baik & Pembetulan

  • PDF
(9 votes, average 5.00 out of 5)

Buku ‘Formula Solat'

Disambut Baik & Pembetulan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Segala puji bagi Allah s.w.t atas kurniaanNya yang tidak terkira. Terima kasih juga kepada pembeli yang budiman, moga ia mampu memberi manfaat kepada pembaca, jika tidak banyak, sedikit pun cukuplah. Terima kasih semua yang memberi sokongan dan dokongan. Terutama isteri dan anak-anak saya yang sentiasa menyokong dan memberikan inspirasi untuk terus berusaha melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.

 

Telagabiru

 

 

 

Tidak lupa kepada Telaga Biru Sdn Bhd yang mempersembahkan buku dalam bentuk menarik. Juga promosi-promosi yang diberikan. Termasuk promosi di Pesta Buku 2008. Namun malang, saya tidak membawa kamera pada hari tersebut.

 

buku solat

 

 

Dari setiap lembaran buku tersebut, jika terdapat sebarang fakta yang anda tidak setujui, tinggalkanlah ia dan ambillah yang anda setujui.

Imam Malik r.h berkata :-

كل أحد يؤخذ من كلامه ويردّ عليه إلا صاحب هذا القبر صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Tiada dari seorang pun kalangan kita ( Ulama dan ilmuan ) kecuali boleh diterima dan ditolak pendapatnya kecuali tuan maqam ini (sambil Imam Malik menunjukkan isyarat ke arah kubur Nabi s.a.w)

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi mengatakan bahawa "mengelakkan khilaf (perbezaan pendapat) adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku, malah ia adalah yang tidak dituntut dalam Islam, kerana sebab-sebab berlakunya perbezaan tadi sentiasa wujud dan pasti berterusan" (Ummutuna Bayna Qarnain, hlm 223 : rujuk huraian lengkap dalam As-Sahwah Al-Islamiyyah Baina Al-Ikhtilaf Al-Masru'.. oleh Al-Qaradawi)

Ia tidak dituntut kerana ia adalah hampir mustahil dan Allah tidak akan menugaskan kita melakukan sesuatu yang tidak mampu dibuat oleh kita. Demikian fakta yang pernah ditegaskan oleh Imam As-Syatibi ( wafat 790 H) di dalam kitabnya "Al-Muwafaqat"

Sambutannya

Secara umumnya, menurut Telagabiru Sdn Bhd, buku saya yang bertajuk "Formula Solat Sempurna" telah menerima sambutan yang amat amat baik semenjak keluarannya 28 Mac 2008 yang lalu.

Menurut rekod mereka dari tempoh 28 Mac sehingga tamat pesta buku 2008 yang lalu (13 April 08), jualan keseluruhan buku telah pun mencecah 5000 naskhah. Alhamdulillah. Doakan saya agar jumlah-jumlah ini tidak mengelabui mata saya dan juga penulis lain sehingga dihinggapi penyakit ‘riya', bangga diri dan lupa daratan.

Jangan bimbang, royalti yang diperolehi tidak mungkin boleh mengkayakan saya di dunia pun, tidak juga boleh melalaikan saya hingga lupa daratan dan terpesong dari niat yang sebenar. InshaAllah.. Doakan, justeru anda tidak perlu berbisik,

"wa kayalah ustaz ye"

Oo, tidak perlu. Hanya beberapa sen sahaja untuk saya di dunia ini dari setiap jualan.

Namun saya amat berharap isi dan manfaatnya dapat mengkayakan saya di alam barzakh dan akhirat saya..ya Jutawan di Planet Akhirat!.. itu maha penting. Ameeen Ya Rabb.

Cetakan Kedua

Pihak Telagabiru menjangkakan cetakan kedua akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan hanya tinggal sedikit cetakan pertama yang berbaki. InshaAllah, cetakan kedua tidak akan ada sebarang perubahan kecuali pembetulan kecil terhadap satu kesilapan saya dalam ‘naqal' (petikan) fakta di halaman 69. Bermula dari ayat :

"pakar hadith kontemporari seperti Syeikh Syuaib al-Arnout juga mentarjihkan pandangan ini"

Ayat ini akan dipadamkan bagi cetakan kedua kerana saya tersilap menaqalkannya, Untuk info, Syeikh Syuaib mentarjihkan hadis ‘turun tangan dahulu'. Moga tidak sebarang mudarat jatuh ke atas Syeikh Syu'aib dengan kesilapan kecil saya ini.

Demikian juga pada halaman 121, pada zikir ke-9, terjemahan yang betul adalah membacanya 10 kali dan bukan seratus kali. 

Oh ye, jika ada sesiapa yang sudi membuat semakan lagi atau terjumpa kesilapan lain-lain, bolehlah memberitahunya kepada saya dengan kadar segera sebelum cetakan kedua dibuat. Usaha anda amat dihargai demi manfaat terbaik untuk semua. Namun perlu saya ingatkan, tidak semua yang anda rasa silap adalah silap, demikian juga sebaliknya.

Mungkin akan ada yang berkata :- 

"tapi ustaz, kesilapan yang ditemui ini dalam bab dalil hadis yang digunakan..dhoif ni"  

Anda perlu ketahui, urusan penilaian sesuatu hadis itu sohih dan dhoif juga adalah perkara ijtihadiyyah yang tidak dapat dielakkan berlakunya perbezaaan penilaian dan pendapat para ulama hadis silam dan kontemporari, Justeru tidak perlulah terlalu rigid dengan satu pendapat ulama hadis. Kecualilah ia disepakati hadis rekaan (Maudu'), atau sangat dhoif dan yang sepertinya.

Lihatlah bagaimana Syeikh Nasiruddin Albani, seorang ilmuan hadis kontemporari yang terulung juga banyak melakukan semakan semula ke atas hadis yang telah dinilainya sebelum ini, sehingga hadis-hadis ini dikumpulkan oleh anak muridnya dan diletakkan di dalam sebuah kitab. Berikut gambar kitabnya.

 

Buku Albani Menarik Balik Penilaian Hadis2

  Terjemahan Tajuk Kitab : Albani Menarik Balik Dalam Penilain Sohih dan Dhoif

 

Jika anda inginkan buku saya tiada silap langsung dan tepat seratus peratus, maka saya tidak dapat menjaminnya. Teringat saya pernah membaca kata-kata salah seorang antara anak murid Imam Syafie yang paling utama kepada gurunya iaitu Imam As-Syafie. 

وَقَالَ الْمُزَنِيّ قَرَأْت كِتَابَ الرِّسَالَةِ عَلَى الشَّافِعِيِّ ثَمَانِينَ مَرَّةً فَمَا مِنْ مَرَّةٍ إلَّا وَكُنَّا نَقِفُ عَلَى خَطَإٍ فَقَالَ الشَّافِعِيُّ : هِيهِ أَبَى اللَّهُ أَنْ يَكُونَ كِتَابٌ صَحِيحًا غَيْرَ كِتَابِهِ

Ertinya : "Berkata Al-Muzani : Aku telah membaca kitab "Ar-risalah" di depan As-Syafie sebanyak 80 kali, dan tiada sekali pun kecuali  mesti kami akan menemui adanya kesilapan (dalam karangan itu).

Lalu Imam Syafie berkata : "Ehh, Allah SWT enggan membenarkan ada satu kitab yang sempurna kecuali kitabnya (Al-Quran)"

Soalan Lanjutan

Telah banyak soalan-soalan susulan diutarakan dari pembaca buku saya ini. InsyaAllah jika ada kemampuan dan kesempatan, saya akan memberikan jawapannya. Teringat saya kata-kata Imam As-Syafie dalam bab disoal ini :-

الشافعي يقول : العالم يسأل عما يعلم وعما لا يعلم ، فيثبت ما يعلم ، ويتعلم ما لا يعلم ، والجاهل يغضب من التعلم ، ويأنف من التعليم

Ertinya : "Orang yang alim ditanya perkara yang diketahuinya dan juga yang tidak diketahuinya. Maka apa yang telah diketahuinya telah sabit manakala dia akan belajar pula dari apa-apa (soalan) yang tidak diketahui. Adapun (sifat) orang jahil adalah sering marah untuk belajar (apabila cuba diajar atau tegur), dan membesar diri ketika memberi pengajaran"

Semoga kita semua terpelihara dari sifat si jahil yang disebut oleh Imam As-Syafie tadi.

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 April 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #48 http://www.colex-rowery.plAkcesoria Rowerowe 2010-08-25 06:07
menarik
Syukur alhamdulillah, buku yang melapangkan jiwa & fikiran saya berkaitan solat fardhu kerana rata-rata kebanyakan buku di pasaran yang saya teliti terlalu taksub kepada satu aliran sahaja.
Quote
0 #47 cadanganAuni 2010-04-02 08:45
salam,

harap ustaz boleh tambah tentang solat berjemaah, solat Jumaat dan doa qunut untuk edisi yang akan datang, termasuk khilaf mazhab dalam isu2 itu. sebab kerap juga berlaku kekeliruan dalam masyarakat kita. cthnya takut solat jumaat tak sah, malah kadang-kadang sampai ke peringkat membidaahkan orang (dalam isu qunut). sekadar cadangan

terima kasih
Quote
0 #46 Formula solat sempurnawan 2010-03-23 05:08
salam UZAR..

Pada halaman 11 buku ini berkaitan rukun solat yang terdapat perbezaan, UZAR menuliskan salah satunya sebagai "Duduk tahiyat awal sehingga selawat nabi" . Bukankah sepatutnya "duduk tahiyat akhir?" harap UZAR dapat perbetulkan.

UZAR ; TERIMA KASIH
Quote
0 #45 enciknordin othman 2009-10-07 09:08
UZAR... terima kasih sebab ustaz banyak beri komen dan pendapat dalam banyak media. mf sebab buku ustaz belum saya beli. tapi kebanyakan buku panduan dalam bab ibadah masih belum jelas tentang solat.

1. contoh dalam solat berjemaah. mungkin ada yg perasan atau tidak. lepas imam baca surah Alfatihah, imam akan ucap AMIN. selepas itu, makmum sambut AMIN tetapi makmum akan ulang baca surah Alfatihah ini. Betul ke ustaz? Ia seolah2 sindir imam mcm imam baca x betul...

2. Dalam bacaan Alfatihah, juga disebutkan dalam ayat ke 4 (kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami mohon pertolongan) dan ayat ke 5 (tunjukilah kami jalan yang lurus). jika diteliti terjemahannya, ada perkataan "kami" yang kalau dalam bahasa maksudnya ramai. tetapi dalam solat individu ayat ini diulang baca. Adakah solat individu ini sah seperti dalam solat fardu dan solat sunat.

jika soalan saya betul, kena cepat2kan perbetul keadaan sekrang ini kerana nak pahala banyak, solat pun lintang pukang.
mf jika pertanyaan saya ini akan menyebabkan individu tertentu tidak selesa. terima kasih.

UZAR : bab ibadah bukan boleh ikut logik aqal spt pandangan yang sdr berikan dalam hal makmum baca fatihah tu, ia kena ikut nas . jsuteru, carilah nas hadis dan al-quran nescaya akan memahami sebaiknya.
Quote
0 #44 Doa Iftitahmohdshukur 2009-08-26 16:55
Slm...kalo merujuk buku ustaz itu dlm bab doa iftitah ustaz menyatakan Imam Syafi'i menukar ayat yg terakhir "awwalul" kepada "minal"....Boleh ustaz berikan hujah mengapa Imam Syafi'i mengubah perkataan tersebut?sbb didlm Al Quran & hadis ianya adalah "awwalul"?adakah Imam Syafi'i tersilap?????

UZAR : tidak tersilap, namun penerangannya agak panjang. Ruangan dan masa tidak mengziinkan saya mengulasnya di sini
Quote
0 #43 minta tunjuk ajarhonest 2009-07-29 01:21
Salam..Ustaz saya telah membeli buku ustaz ini. Ianya amat berguna dan banyak membantu saya memantapkan lagi solat saya.namun ada satu kemuskilan tentang bacaan Bismillah..'Arroh ma nir roh him' ke atau 'arroh ma nir ro him'. Tolong la ustaz bantu saya yang lemah ini..TQ

UZAR : tiada sabdu pada huruf 'ha'
Quote
0 #42 salamrosmainie 2009-03-16 13:19
ustaz buku ustaz sama tak dengan buku solat nabi oleh albani

UZAR : Tentulah tidak sama, jika sama namanya 'ciplak'. dan jika sama mana boleh nama pengarangnya zaharuddin
Quote
0 #41 Shameel 2008-09-03 04:32
Tahniah juga Ustaz. Buku ni memang menarik dan mudah difahami. Nak tanya ustaz, bagaimana dengan kedudukan hadis dan fakta-fakta dalam kitab Minyatul Musolli(Sheikh Daud Abdullah Fatani)
Quote
0 #40 maslina mohd 2008-05-31 14:16
salam,

sy dah membaca buku ini, kandungannya mmg bagus tp ada satu kemusykilan sy yg tidak di nyatakan di dlm buku tersbut.
mengenai angkat jari telunjuk semasa membaca tahiyat adakah jari telunjuk perlu di angkat sehingga selesai baca tahiyat atau habis selawat kena jatuhkan semula?

terima kasih
Quote
0 #39 Mang 2008-05-28 17:28
Assalamualaikum Ustaz... boleh pos ke UK tak buku tu ? Kalau boleh, saya tambah beberapa lagi buku karangan ustaz...
Quote
0 #38 faizul said 2008-05-20 16:26
(DELETED BY ADMIN : KESILAPAN TEKNIKAL TU TELAH DIBETULKAN DALAM CETAKAN KEDUA)
Quote
0 #37 zamry 2008-05-07 14:48
Assalamualaikum
Tak patut betul la buku macam ni rm 25.90...
Jarang jumpa buku macam ni harganya rm 25.90
ISI KANDUNAG DISUSUN CANTIK, PENERANGAN MENARIK, PERSEMBAHAN CANTIK, KERTAS BERKUALITI: 25.90 je?
Syabas, ustaz... Menunjukkan bukan 'duit dunia' yang ustaz kejar tetapi 'duit akhirat' lebih dipentingkan...
Tak Sabar menanti buku seterusnya :D
Quote
0 #36 Albanna 2008-05-02 04:51
Petikan dari kata UZAR:
"Teringat saya pernah membaca kata-kata salah seorang antara anak murid Imam Syafie yang paling utama kepada gurunya iaitu Imam As-Syafie. Namun maaf, saya terlupa sumbernya.

"Setiap kali aku mengulangi pembacaanku terhadap kitabmu ( Ar-Risalah) nescaya akau akan menjumpai satu kesalahan"

As-Syafie membalas : "Jika engkau inginkan sebuah kitab yang sempurna dari sebarang kesilapan ia adalah Al-Quran sahaja"

Saya ada jumpa kata-kata ini dalam Kitab: Kasyful Asrar, teksnya:

وَقَالَ الْمُزَنِيّ قَرَأْت كِتَابَ الرِّسَالَةِ عَلَى الشَّافِعِيِّ ثَمَانِينَ مَرَّةً فَمَا مِنْ مَرَّةٍ إلَّا وَكُنَّا نَقِفُ عَلَى خَطَإٍ فَقَالَ الشَّافِعِيُّ : هِيهِ أَبَى اللَّهُ أَنْ يَكُونَ كِتَابٌ صَحِيحًا غَيْرَ كِتَابِهِ

Wallahu a3lam

UZAR : ALHAMDULILLAH YE TEPAT SEKALI. INILAH TEKS YANG SAYA MAKSUDKAN. TERIMA KASIH.
Quote
0 #35 IAS78 2008-04-30 23:00
Assalamualaikum Ustaz,

Semalam saya ada mengikuti Kurus Penghayatan Kesempurnaan Solat oleh Ustaz di pejabat saya di Lembaga Getah Malaysia. Ternyata kursus tersebut telah meleraikan segala kemusykilan dan kekeliruan yang selama ini bermain dalam fikiran kita tentang perihal solat sedang kita tahu akan kepentingan solat ini. Walaupun hanya sehari tapi pengisiannya cukup mantap dengan hujah yang bersandarkan Al-Quran dan Hadith serta hujah 4 Mazhab. Saya akan simpan kertas kerja Ustaz untuk rujukan saya kerana ianya amat membantu. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada Ustaz.
Quote
0 #34 Sa\aidan 2008-04-30 20:07
UZAR, buku tuan saya beli 4 hari lepas.

Syukur alhamdulillah, buku yang melapangkan jiwa & fikiran saya berkaitan solat fardhu kerana rata-rata kebanyakan buku di pasaran yang saya teliti terlalu taksub kepada satu aliran sahaja.

Saya cadangkan tuan hasilkan pula buku bahagian II yang menerangkan formula kesempurnaan untuk segala jenis solat-solat sunat.
:D
Quote
0 #33 bobok 2008-04-28 01:11
Asm Ustaz, saya dah beli buku edisi pertama. Saya cadangkan supaya ustaz dapat kumpulkan semua kesilapan dalam edisi pertama dan kemudian buat pembetulan dan keluarkan risalah yg dipanggil "ralat" atau "pembetulan" dalam format pdf . Dan poskan dalam blog ustaz supaya boleh dimuatturun dan dicetak. Jadi kami boleh lekatkan kpd buku edisi pertama yg telah dibeli.
Quote
0 #32 TasbihPutih 2008-04-26 01:41
Terima kasih UZAR kerana menerbitkan buku yang sungguh bermanafaat ini, saya telah memilikinya.
Quote
0 #31 naji 2008-04-21 22:01
lepas departure ust nanti, dah tak boleh beli onlinela? dah takda special price la? atau tibyan akan teruskan? ke guano?

UZAR : YE, SEKITAR DUA MINGGU DEPAN, SEMUA PEMBELIAN TERPAKSA DITUTUP..TIBYAN PUN TUTUP.

SEMUA PEMBELIAN HANYA BOLEH DI MPH, TELAGA BIRU DAN KEDAI BUKU SAHAJA. NO MORE DISCOUNT FROM THE AUTHOR
Quote
0 #30 ano 2008-04-21 21:43
Assalamualaikum UZAR,

Rasa macam tak lengkap je buku ni sebab bab "qunut" tak di masukkan. Ana cadangkan bab qunut ini dimasukkan dalam next version. Tks.

Uzar : qunut tu lain kali ye
Quote
0 #29 b281282 2008-04-20 21:01
I am really excited. Keep up the great work. Good resources here.
Quote
0 #28 masri 2008-04-20 01:30
aslm wbt

ada yg bertanya knp ust dhaifkan hadith2, shaikh muqbil antara yg dhoifkan hadith2, gi2 gak shaikh syuaib al-arnouth. sbb hadith2 bertentgn dgn hadith2 lain yg xsebut pun gerakkan jari, atau dlm istilahnya mudhtarib.


mmg al-albani sahihkan hadith2 sbb sanadnya elok.

so rasanya sesape yg belajar pengkhususan hadith x patut tanya soklan ni sbb dorg patut tahu kt mana titik beza ulama2 tu wkt wat penilaian, sbb apa dorg berbeza, n benda ni dah ma'ruf bg org yg dok kaji isu gerak atau xgerak jari.

bab kata uzar, itu ijtihad ulama dan uzar pilih ijtihad yg lbih diyakini.

bukak buku sifat solat shaikh al-albani, shaikh bin baz, shaikh muqbil, shaikh at-torifi pas2 akan jmpa perbezaan antara satu sama lain. sume pegang pd nas tp dorg berbeza sama ada nas2 sahih atau x. tu shj.

wallahu'alam

wslm wbt
Quote
0 #27 Muhammady7 2008-04-18 18:41
ustaz,jangan marah ya,sekadar bertanya,syeikh ghumari yg dlm buku ni syeikh ghumari yg mana satu ek?

lagi satu,ustaz Arif,memberi komentar tentang hadith gerak jari,katanya kenapa ust Dhaifkan?
Quote
0 #26 HMH 2008-04-18 05:00
Assalamuialaiku m..saya raya ada kesilapan sedikit dalam buku tu ustaz..Pada halaman 103, ustaz membentangkan hadis yang membuktikan Nabi s.a.w ketika memberi salam tiada menambah di belakangnya "wabarakatuh"..Matan hadis tu betul tapi terjemahan hadis dalam buku tu ada perkataan "wabarakatuh"..so confius bagi pembaca yang baca terjemahan je..

UZAR : OK BETUL-BETUL...TERIMA KASIH..
Quote
0 #25 ano 2008-04-18 01:55
Assalamualaikum UZAR,

Alhamdulillah saya dah memiliki buku Formula Solat Sempurna ni. Cuma saya musykil sikit, dalam bab ketika sujud di mana ditunjukkan gambar cara sujud yang betul ialah dengan merapatkan kedua-dua belah kaki. Ustaz tak ada berikan penerangan secara terperinci(sumb er2).

UZAR : ada kesilapan sikit, gambar kaki yang tak rapat tu patutnya tak disekalikan dengan kaki yg lain. Ia tidak salah cuma kurang sempurna
Quote
0 #24 SHAHRIZAL 2008-04-18 01:41
Alhamdulillah....byk yang respon tentang buku UZAR ni yek? Moga kalian beroleh manfaat...amin. Bagus btul saudara "abu luqman". =) UZAR..nk tanye sikit..UZAR sambung PhD kat mane yerk?
Quote
0 #23 nora 2008-04-18 01:39
Assalamualaikum ,

Saya amat berminat dengan buku 'Formula Solat Sempurna', dimanakah saya boleh dapati? adakah di kedai2 buku yang besar sahaja atau pun dimana2 kedai buku pun ada.

Teruskan perjuangan demi islam tercinta.
Quote
0 #22 puteri islam_77 2008-04-17 23:38
salam.

Uzar , saya x dapat memiliki buku uzar ini semasa ke pesta buku d pwtc kerana di beritahu sudah kehabisan stok !! aduhh...hampa dan sedih betul rasanya.....
Quote
0 #21 PakLong 2008-04-17 22:32
Assalamu?laikum,

PakLong sarankan sesiapa yang belum dapatkan buku ni, segera dapatkan....Memang sangat sesuai untuk semua peringkat umur... :D

Jangan lupa dapatkan juga buku "WANG, ANDA DAN ISLAM".

Alhamdulillah, PakLong dah dapatkan kedua-duanya. :-)
Quote
0 #20 84 2008-04-17 21:12
Assalamualaikum ...

waaa jutawan akhirat la UZAR ye? :-) (bila ramai yang ambil manfaat dari buku ni)

Ada tak tips yang boleh uzar kongsi untuk jadikan saya dan orang lain sebagai 'milionare in hereafter' jugak? jeles la...

Syabas sekali lagi UZAR...
Harap lepas ni menyusul buku2 menarik lagi ya.... Selamat berusaha dan berjaya.
Wassalam.....

UZAR : INSHAALLAH, MUNGKIN LEPAS INI SAYA AKAN BUAT MODUL KURSUS ATAU BUKU TAJUK "JUTAWAN PLANET AKHIRAT"

BAGI MENJAWAB SOALAN SAUDARA 84 INI..
Quote
0 #19 abu luqman 2008-04-17 21:01
Assalamualaikum Ustaz,

Sekadar pencerahan untuk point (2) dari respond Ustaz

Muka surat italic iii tu pada muka surat IsiKANDUNGAN

Muka surat italic x tu pada KataPENGARANG, di halaman terakhir di bawah sub tajuk "Buah Tangan untuk Dewasa" perenggan ke-3

Wallahu'alam bissawab.

UZAR : OK ALHAMDULILLAH, TELAGBIRU PUN DAH CALL MINTA SAYA HARI INI JUGA BERIKAN SEBARANG PEMBETULAN.

BOLEHLAH SAYA FORWARDKAN KOMEN ABU LUQMAN..THANKS A LOT CREDIT GOES TO YOU..BARALAH FIKA WA AHLIKA WA MALIKA
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 87 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Catatan Buku Buku ‘Formula Solat' Disambut Baik & Pembetulan