Catatan Buku Buku Ketiga Saya Sudah Di Pasaran

Buku Ketiga Saya Sudah Di Pasaran

  • PDF
(3 votes, average 4.33 out of 5)

Kemunculan Buku Ketiga Saya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Buku ketiga saya telah berada di pasaran, kali ini adalah buku berbahasa Inggeris bertajuk "Money, You and Islam".

Ia adalah terjemahan buku WANG ANDA DAN ISLAM tetapi mempunyai sedikit perbezaan dalam kandungannya. Anggaran saya perbezaan dengan versi Bahasa Malaysia adalah sekitar 20 %.

buku ketiga
 

Bagi mereka yang selesa dengan penulisan berbahasa inggeris atau ingin menghadiahkannya kepada individu korporat di dalam dan luar negara yang selesa dengan bahasa korporat dan business ini. Maka buku ini mungkin sesuai untuk tujuan itu.

Hasrat saya dari buku ini adalah agar mesej yang ingin disampaikan menembusi sempadan pembaca muslim di Malaysia.

info

InshaAllah, beberapa lagi buku saya dalam bahasa Malaysia dan bahasa arab dalam format ringan dan berat, akademik dan santai akan menyusul beberapa bulan lagi.

CARA BELI

Kali ini, saya tidak menjual buku ini secara online di sebabkan keberadaan saya di UK. Dan oleh kerana buku ini masih baru di pasaran, ia masih belum sampai ke kedia-kedai buku MPH dan lain-lainnya.

Justeru, bagi mereka yang berhasrat mendapatkannya bolehlah terus ke web site penerbit dan memesannya terus di sana. Dapatkannya di sini.

Harganya adalah RM 39.90 senaskhah tetapi biasanya pembelian secara banyak akan melayakkan anda dengan beberapa peratus diskaun.

Jika anda merasakan harganya mahal, maaf saya tidak terlibat sama sekali dalam penentuan harganya.

PASARAN UNITED KINGDOM

Amat sukar buku yang diterbit di Malaysia untuk menembusi pasaran luar Negara, demikian tegas Jutawan Azizi Ali kepada saya.

Bagi mengusahakannya tembus juga, saya telah memesan beberapa ratus buah buku ini dari penerbit dan akan sampai ke rumah saya di UK dalam sebulan dua lagi. Jika akan rakan-rakan di UK yang berminat untuk membelinya, inshaAllah bolehlah menghubungi saya di zaharuddin@yahoo.com. Harga dan kos pos akan saya maklumkan melalui email, namun sudah pasti harganya berbeza dengan harga Malaysia kerana saya terpaksa memasukkan kos pos dari Malaysia dan kos pos di UK.

Selain itu, saya juga sedang merangka beberapa startegi dalam usaha menyebarluaskan pasaran buku ini di UK. Doakan saya Berjaya dan mampau menyedarkan warga Muslim di Uk berkenaan halal haram dalam transaksi kewangan mereka.

Moga ia tergolong dalam timbangan amal soleh saya, isteri, keluarga dan mereka yang terlibat dalam penghasilan buku ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

16 Nov 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #17 Solat Jumaat tidak boleh utk tahanan ISAsarjantulang 2008-11-25 08:08
salam

ustaz, perkara ni sbnarnya dibincangkn di forum TKO..so ada gak dalam tu perkataan2 yg tak molek utk dibaca..so saya bg link pada ustaz utk baca...pastu bolelah ustaz ulas...

tranungkite.net/.../...

terima kasih ustaz..terlerai sedikit kekusutan saya tentang perkara ni...kami menunggu artikel berkenaan perkara ni..

tq

sarjantulang

UZAR : Ok terima kasih, nanti saya baca inshaAllah.
Quote
0 #16 sarjantulang 2008-11-22 01:16
salam,

terima kasih ustaz...syukran di atas penjelasan...last question...

Adakah banduan/tahanan dikira hamba sahaya???

tq..semoga ustaz terus memberi kami panduan...

sarjantulang

UZAR : Tidak sama tahanan dengan hamba sahaya, kerana hamba sahaya dalam Islam dimiliki manfaatnya oleh tuannya, adapaun tahanan di penjara mereka tiada tuan..


Malah hamab sahaj dalam Islam juga mesti dilayan dengan baik, diberi makan dan pakai dari apa yang dimakan dan pakai oleh tuannya. Banduan tidak demikian

Boleh saya tahu, siapa dan di mana tulisan yang menyamakan tahana dengan hamba?..nak baca lanjut hujjah orang yang mendakwa..manalah tahu kot saya overlooked apa-apa point penting.
Quote
0 #15 MHafiz 2008-11-21 12:42
Assalamualaikum Ustaz;

Tak Sabar rasenya nak dapatkan buku baru nih..bila agak2 masuk bookstore ye?

Apa Kata Ustaz tulis satu artikel mengenai RESCHEDULEMENT atau penjadualan Semula pembiayaan dalam Islam. Sejak lewat ini banyak bank tawarkan reschedulement tp diaorang charge new rate dan ade kena proces fee.Boley ke?Puas saya cari reference tp x jumpa yg jelas la ustaz.Harap dapat membantu beri penjelasan.

SAya juga nak minta kebenaran untuk ambil skit2 tulisan ustaz utk blog saya di www.greatiqraa.blogspot.com.

TKasih.
Quote
0 #14 sarjantulang 2008-11-21 01:37
salam,

terima kasih uzar diatas jawapan..

seperkara lagi, jika tahanan dalam itu tidak cukup 40 orang, adakah dibenarkan utk solat zuhur???jika kerajaan tidak menyediakan tempat utk solat jumaat, bagaimana pula???

saya bercerita tentang kem tahanan ISA di kemunting..

terima kasih dan maaf jika byk bertanya...

sarjantulang

UZAR : SAYA DI WALES, ni setiap minggu jumaat tak cukup 40 orang ..40 orang itu hanyalah pendpaat mazhab syafie..namun dalam keadaan tertentu kita dibenarkan kelaur dari pendapat itu kepada mazhab lain yang mewajibkan solat jumaat walau kurang dari 40 orang.

isu ini nanti saya cuba tuliskan artikel khusus.

Jadi wajib kerajaan sediakan tepat banduan solat jumaat. sama macam mereka solat fardhu yang lain
Quote
0 #13 sarjantulang 2008-11-21 01:08
salam,

ustaz, adakah benar seorang tahanan penjara beragama islam, dibenarkan utk tidak solat jumaat???ini mengambil dari contoh si PET yg kata Mufti Perak mengeluarkn kenyataan bahawa tahanan tidak perlu solat jumaat...

saya bukan mahu mengatakan bahawa tahanan itu menunjuk baik, tp adakah ia dibenarkan dalam islam???adakah sebarang peristiwa dalam islam perkara seperti ini??

terima kasih...

sarjantulang

UZAR : patutnya mereka solat jumaat dalam tahan tu bersama tahanan Islam yang lain. Tidak perlu le pergi masjid sebab jika pergi masjid mudaratnya lebih.
Quote
0 #12 abu luqman 2008-11-20 01:36
mabruk ya ustaz
Quote
0 #11 mohd syahid 2008-11-19 02:13
version inggeris ni lebih lawa cover dia berbanding version melayu. kalau ustaz nak mintak tolong promotekan, boleh gak.
Quote
0 #10 SHAHRIZAL 2008-11-19 02:10
Tahniah UZAR atas usaha yang begitu besar ini. Moga terus mendapat keberkatan hidup..Amin!
Quote
0 #9 yusuf 2008-11-18 09:15
ustaz ade bincang tak pasal dinar emas dlm buku ustaz nie?

UZAR : Tiada, mungkin buku akan datang inshaAllah
Quote
0 #8 MFM 2008-11-18 09:07
Salam, tahniah atas kelahiran buku ini..semoga dapat dimanfaatkan..

Maaf ustaz, memandangkan musim cuti sekolah dah mula. Mesti ramai yang nak buat kenduri kawin, aqiqah, cukur rambut. Boleh tak ustaz tuliskan sedikit artikel berkenaan ape yang haram, yang boleh yang harus dalam kenduri. Maklumlah orng melayu ni banyak adatnya. mcm contoh bersanding, potong rambut bayi.

Maafla kalau saya salah ruang untuk bertanya...sekadar mohon panduan daripada ustaz. sekian wassalam. Semoga Ustaz dan keluarga sentiasa dirahmati Allah..
Quote
0 #7 abu umar 2008-11-18 09:05
salam uzar,

saya dah beli dan baca buku versi melayunya....jadi saya sangat2 curious nak tau apa yang 20% dalam versi inggeris yang takde dalam versi melayu, agak2 apa yer....:-) kot2 la uzar boleh preview skit...hehe..

agak2 berbeza sangat, bole beli lagi..
Quote
0 #6 ct_aisyah 2008-11-17 23:30
Alhamdulillah...tahniah UZAR! wp dah beli buku WADI, saya akan dapatkan buku YMI sbg koleksi. :D
Quote
0 #5 madidlife 2008-11-17 23:22
perbezaan 20% tu bab ape ustaz?
Quote
0 #4 naji 2008-11-17 23:20
Mabruk Ust! No. of pages lebih kurang dak?
Quote
0 #3 mujahidhisyam 2008-11-17 23:11
insya ALLAH, semoga usaha murni uZAR dipermudahkan, dan semoga uZaR terus diberi peluang menghasilkan lagi buku2 ilmiah bermanfaat utk tatapan kami yang dahagakan ilmu ini. :-)

ek. saudara abdullah az-Zubair promosikan tu di mana ye? :roll: :-?
Quote
0 #2 Suhaila 2008-11-17 23:09
Ustaz, salam....tahniah di atas kelahiran buku yang ketiga ini. Mudah-mudahan dapat membuka mata lebih ramai umat Islam untuk memahami konsep perbankan Islam khususnya.

Saya juga sedang membaca buku ustaz Wang, Anda & Islam. Alhamdullilah, ianya banyak memberikan ilmu yang tidak ternilai... terima kasih. Insha-Allah, selagi terdaya saya akan kongsikan ilmu yang telah ustaz perturunkan melalui buku itu dan mempromosikan laman web ustaz yang juga sangat tinggi dengan nilai pengetahuan itu kepada saudara-mara, sahabat taulan dan individu. Semoga usaha ustaz mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. Amin.
Quote
0 #1 abdullah az-zubair 2008-11-17 07:08
Salam,uzar.
saya pernah mempromosikan hasil tulisan TGNA , TGHA dan ilmuan yang lain , tapi biasala orang kita lebih melihat politik dari ilmu yang hendak disampaikan, insyaallah saya cuba promosikan laman web ustaz biar 23 juta rakyat malaysia ni mengenali uzar (kepakaran dalam fiqh muamalat).

UZAR : Terima kasih. Tak kenal saya siapa pun tak mengapa, yang penting mereka tahu hukum hakam dalam transaksi kewangan
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 84 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Catatan Buku Buku Ketiga Saya Sudah Di Pasaran