Catatan Buku Buku Terbaru Saya : Ilmu Maqasid & Jual Beli

Buku Terbaru Saya : Ilmu Maqasid & Jual Beli

  • PDF
(3 votes, average 5.00 out of 5)

 

Buku Keempat Saya Berkenaan

Maqasid Shariah & Hukum Jual Beli

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Alhamdulillah, setelah terbitnya buku pertama saya di dalam bahasa Inggeris pada bulan lepas, kini tercapai pula hasrat saya untuk melihat buku pertama saya di dalam bahasa arab.

maqasid2.jpg
 

Buku ini diterbitkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia setelah disemak oleh panel penilai mutu yang terdiri dari kalangan professor-professor Usul Fiqh dan Fiqh yang pakar dalam bidang masing-masing.

Sebagai makluman juga, buku ini akan dilancarkan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hj Hassan, Presiden UIAM bersama buku-buku lain, info pelancaran adalah seperti berikut :-

Tarikh dan masa : Friday, 19th December 2008 at 2.30 pm

Tempat : Banquet Hall, Level 5, Central Complex, IIUM

Namun, saya masih belum pasti cara untuk membelinya. InshaAllah dari masa ke semasa akan dimaklumkan di web ini. Jika anda berkunjung ke pesta buku antrabangsa pada bulan April 2009 kelak kemungkinan anda boleh mendapatkan buku ini juga. Namun saya sendiri belum pasti di gerai mana, mungkin di gerai UIAM Press.

Sebagai makluman, cover buku yang disiarkan ini kemungkinan akan berubah sedikit bergantung kepada keputusan penerbit sebelum tarikh pelancaran kelak.

Berikut pula ringkasan info berkenaan kandungan buku ini, buku ini mengandunigi sekitar 450 halaman.

 

ULASAN RINGKAS KANDUNGAN BUKU

Buku bertajuk "Maqasid as-Syari'ah Fi Ahkam al-Buyu' " (Hikmah Syari'ah di dalam hukum-hakam Jual Beli) dua objektif terbesar iaitu :

1)     Mendedahkan kehebatan Syari'ah Islam dalam setiap hukum hakam yang berkaitan dengan jual beli, di mana setelah diteliti, seseorang akan mendapati bahawa setiap hukum yang diwartakan oleh Islam melalui Al-Quran & As-Sunnah, tersirat dan tersurat  padanya seribu satu macam hikmah dan rahsia. Penulis yakin setiap hikmah ini jika didedahkan, pastinya dapat menambah keyakinan umat Islam terhadap kecantikan, kesyumulan dan kehebatan hukum Islam, dan sekaligus dapat menangkis tohmahan-tohmahan daripada pihak yang membenci Islam dan yang mereka yang kerap menimbulkan keraguan masyarakat tentang relevansi Islam di zaman ini. Maka melalui kajian buku ini, saya cuba mendedahkan rahsia dan hikmah daripada beberapa intipati hukum jual beli Islam demi mencapai matlamat yang dinyatakan tersebut. 

2)     Kajian ini juga berperanan membuat kajian hukum secara terperinci tentang beberapa isu baru yang melibatkan jual beli, seperti hukum Islam dalam hal menjual alat muzik, jual beli secara elektronik (e-dagang), jual beli beserta riba dengan kafir harbi di negara perang, Jula beli hak ma'nawi (seperti hak cipta, hak nama syrarikat dan sepertinya), Jual beli moden secara ‘As-Salam'. 

Maka selepas mendedahkan pelbagai ijtihad para ulama tentang hukum jual beli perkara di atas tadi, pertimbangan secara ilmiah untuk mengeluarkan satu pandangan yang terkuat berdasarkan penelitian terhadap dalil setiap kumpulan.

Akhirnya, saya melengkapkan pusingan kajian, dengan berusaha memaparkan hikmah serta rahsia di sebalik hukum yang dipilih, dengan demikian diharapkan ia dapat menambahkan lagi keyakinan setiap pembaca tentang kemantapan dan kehebatan Syari'ah Islam. Manakala hukum yang terkuat (Rajih) pada hemat pengkaji dalam isu yang tersebut di atas adalah :-

1)     Hukum Jual Beli Alatan Muzik - Haram kerana majoriti masyarakat hari ini tidak menggunakan alatan muzik kecuali pada tempat yang diharamkan, hukum haram ini juga dapat menjamin si penjual agar tidak terlibat sama dalam hal dosa.

Allah SWT secara terang telah melarang sebarang kerjasama dalam hal dosa. Selain itu, ‘uruf hari ini juga memaparkan bahawa alatan muzik hanyalah mainan orang-orang fasik, justeru adalah menjadi suatu aib orang-orang mukmin tulen terjebak dalam hal ini, kerana Nabi SAW pernah mengingatkan :

"Sesiapa yang meyerupai sesutau kaum (secara sengaja dan berbangga dengan penyerupaan tadi) maka mereka adalah termasuk dari kalangan kaum itu".

Dalam mencapai pandangan terkuat untuk hal ini, hukum lagu dan muzik dibahas secara terperinci terlebih dahulu di dalam bab ini.

Banyak lagi hujjah yang diutarakan dan artikel ringkas ini bukanlah ruang yang sesuai untuk dinukilkan semua di ruangan terhad ini. Bolehlah mendapatkan buku ini bagi sesiapa yang inginkan huraian terperinci.

2)     Hukum jual beli hak cipta atau harta yang tidak berjisim seperti hak pemikiran kritis, hak cipta tulisan, hak nama syarikat terpelihara dan lain-lain yang sepertinya. - Setelah kajian dibuat, mendapati bahawa Islam mengiktiraf hak ini sebagai suatu jenis harta yang boleh diperdagangkan, dan Islam juga mengiktiraf ianya suatu hak yang tidak harus dicerobohi oleh pihak lain.

Kebanyakan ulama kontemporari Islam telah berbincang berkenaan hal ini, dan mereka bersepakat tentang hukum Haram keatas jualan setiap barangan cetak rompak, sama seperti larangan menisbahkan sesuatu pandangan (dalam hal kajian ilmiah) kepada diri sendiri sekiranya ia adalah disadur dan dipetik dari pandangan penulis lain.

Bab ini juga mendedahkan bantahan beberapa ulama dan penulis berkenaan hak cipta di dalam Islam yang pada pandangan mereka tidak wujud. Dalil-dalil yang mereka bawakan juga dinilai dalam buku ini.

Manakala, Hikmah Syariah dalam pengiktirafan hak ini antara lain adalah, memaparkan pengiktirafan Islam terhadap perkara-perkara yang membawa manfaat besar, juga menunjukkan bagaimana Islam memandang serius hal pencerobohan hak individu kerana ia adalah suatu kezaliman yang jika tersebar boleh mengakibatkan pengaduhan, pertambahan sikap malas dalam diri, kerana boleh bersenang lenang dengan hasil usaha orang lain dan lain-lain.

3)     Hukum Islam dalam urusan jual beli dengan Riba di antara Muslim dan Kafir Harbi di Negara Kafir, adalah tetap Haram tanpa sebarang pengecualian. Adapun pandangan mazhab Hanafi  yang dikatakan membolehkan riba diantara Muslim dan Harbi adalah dalam konteks berlainan.

Maka hasilnya, tidak harus bagi seorang Muslim sengaja menyimpan wang simpanannya di bank di negera barat dengan niat untuk sengaja mendapatkan lebihan riba. Turut dihukumkan tidak harus adalah sebarang urus niaga yang terlibat dengan riba walaupun dengan bukan Islam. Antara hikmahnya, adalah Islam mencela sifat hipokrasi dalam diri muslim, iaitu tidak berurus niaga dengan riba di kalangan muslim, tapi menerima dan memberi riba apabila berurus niaga dengan non-muslim, ia adalah sifat hipokrasi tercela dalam Islam.

4)  Hukum Islam dalam hal menangguh serahan barang dan mendahulukan pembayaran kepada peniaga (dinamakan dalam Islam Ba'y as-Salam) adalah harus demi memudahkan umat Islam memacu pertumbuhan ekonomi dan perniagaan. Kaedah bay As-Salam ini telah dapat dimanfaatkan dalam urusniaga moden dalam pelbagai bentuk.

5)     Hukum Islam secara ‘am dalam hal e-dagang adalah harus dengan pelbagai syarat yang wajib diketahui bagi sesiapa yang ingin terlibat dalam industri jual beli melalui internet ini. Perbincangan tentangnya adalah agak panjang dan sukar untuk dimuatkan di ruangan terhad ini.

KANDUNGAN LAIN

Di samping isu-isu tersebut tadi, buku ini juga mendedahkan beberapa kaedah yang diterima para ulama untuk menetapkan sesuatu ‘Maqasid Hukum', antara kaedah yang diutarakan adalah berikut :-

  • 1. Penelitian terperinci ke atas dalil Al-Quran dan Sunnah yang jelas.
  • 2. Kajian menyeluruh terhadap tindakan Syari' dalam bab hukum hakam.
  • 3. Meneliti kefahaman para sahabat dalam memahami nas.
  • 4. Menggunakan aqal yang sihat dengan menjaga had-had yang dibenarkan. Peranan aqal dan lain-lain.

Untuk makluman, setiap kaedah ini punyai huraian terperinci dan pembhagaian yang pelbagai, yang mana ianya perlu dihadamkan oleh pembaca agar dapt memahaminya dengan baik. Jika tidak, pembaca mungkin akan terjerumus dalam silap faham.  

Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri tercinta dan anak-anak saya atas bantuan, sokongan dan kesabaran mereka. Juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pelawat web ini, semoga anda diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus maju dan cemerlang dalam ilmu dan amal. Ingatlah jalan kepada kejayaan adalah usaha dan menempuh kesukaran.

Penyair Arab silam ada mengungkapkan:

ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها         إن السفينة لا تجري على اليبس

Ertinya : "Kamu mengharapkan kejayaan sedangkan kamu tidak menuruti jalannya, Sedarah sesungguhnya Kapal tidak boleh belayar di atas daratan." 

Juga ingatlah mutiara ilmu dari Imam Hasan Al-Basri ketika mentafsirkan ayat surah Shod: 28 dengan katanya

:إن قوماً خرجوا من الدنيا ولا عمل لهم وقالوا نحسن الظن بالله , وكذبوا , لو أحسن الظن لأحسنوا العمل

Ertinya : Terdapat satu jenis kaum yang ketika matinya ( meninggalkan dunia) , tiada amalan yang dibawa bersamanya, maka tatkala ditanya , mereka menjawab : "Sesungguhnya kami BERSANGKA BAIK dengan Allah SWT ( untuk mengampun dan menghadiah syurga kepada mereka walaupun tanpa amal yang wajar)" Sesungguhnya mereka TELAH BERBOHONG, kerana kiranya merka bersangka baik kepada Allah SWT nescaya pastilah mereka memperkemas dan mempercantikkan amalan mereka."

Semoga buku ini diterima sebagai amalan soleh saya dan keluarga di sisi Allah swt. Moga ia juga mampu memberikan manfaat yang baik buat semua pengkaji ilmu Maqasid Shariah dan fiqh muamalat khususnya dan ilmu Islam amnya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

11 Disember 2008

 


kandungan penuh buku

 

 

الفصل التمهيدي  : أضواء  على حقيقة المقاصد والبيوع

المبحث الأول : حقيقة المقاصد
المطلب الأول : تعريف المقاصد لغة واصطلاحاً

المطلب الثاني : المقاصد والمصطلحات ذات الصلة

أولاً  : الحكمة

ثانياً : العلة

ثالثاً : المصلحة

المبحث الثاني : حقيقة البيوع

المطلب الأول : تعريف البيع لغة واصطلاحاً

المطلب الثاني : الحكم التكليفي للبيع

المطلب الثالث : تقسيم البيع

المطلب الرابع : أركان البيع وشروطه إجمالا

المطلب الخامس : مقاصد الشريعة في مشروعية البيع

المقصد الأول : سد الحاجة البشرية

المقصد الثاني : تحقيق الرواج المالي

المقصد الثالث : تلبية الفطرة الإنسانية

المقصد الرابع : اجتناب المنازعات في الأموال

المقصد الخامس : تحقيق العدالة في الكسب والأموال

الفصل الأول : إثبات  مقاصد الشريعة  في  الأحكام   الشرعية

المبحث الأول : الشريعة إنما وضعت لمصالح العباد في العاجل والآجل

المطلب الأول : المراد بـ "المصلحة"

المطلب الثاني : المراد بـ "الشارع" و "الشريعة"

المطلب الثالث : الأدلة الدالة على أن الشريعة إنما وضعت لمصالح العباد

المطلب الرابع  : هل يلزم أن تكون المصلحة الناشئة عن الأعمال في الدنيا؟  

المبحث الثاني : الأصل في المعاملات الالتفات إلى المعاني

المطلب الأول : تحليل القاعدة "الأصل في المعاملات الالتفات إلى المعاني"

المطلب الثاني : الأدلة الدالة على أن الاصل في المعاملات الالتفات إلى المعاني

المطلب الثالث : صلة القاعدة بأحكام البيوع

المبحث الثالث : طرق اثبات المقاصد الشرعية

المطلب الأول : أدلة القرآن والسنة الصريحة

أولاً  : استخلاص المقاصد من ظواهر النصوص الصريحة

ثانياً : استخلاص المقاصد من ظواهر الأمر والنهي الصريحة

ثالثاً :  النظر إلى علل النص الصريح بطرق مسالك العلة النصية

المطلب الثاني : استقراء تصرفات الشارع

المطلب الثالث : الاهتداء بالصحابة في فهمهم لأحكام الكتاب والسنة

المطلب الرابع  : دور العقل في تحديد المقاصد وإثباتها

الفصل  الثاني : أحكام  البيوع  ومقاصدها الشرعية

المبحث الأول : الدراسة المقاصدية  في كتاب البيوع من كتاب "الإختيار لتعليل المختار" في    الفقه الحنفي

المطلب الأول   : التعريف بالمؤلِّف والكتاب

المطلب الثاني  : مقاصد الشريعة في أركان البيع

المطلب الثالث : مقاصد الشريعة في شروط البيع

المطلب الرابع  : مقاصد الشريعة في أحكام البيع

الأول   : بيع الجزاف

الثاني     : في شمول المبيع لتوابعه

الثالث    : بيع الثمرة قبل صلاحها

الرابع    : دفع الثمن أولاً ثم استلام المبيع

الخامس : بيع المنقول والعقار قبل قبضه

السادس  : الزيادة والحط في الثمن والسلعة

السابع  : بيع الكلاب والفهود والسباع

الثامن  : الإقالة

التاسع  : خيار الشرط

العاشر  : يسقط الخيار بمضي المدة وبما يدل على الرضا

الحادي عشر :  خيار الرؤية

الثاني عشر  : بيع الفضولي

الثالث عشر : خيار العيب

الرابع عشر  : بيع الميتة , والدم , والحر , والخمر , والخنزير

الخامس عشر  : بيع الغرر

السادس عشر : البيع عند أذان الجمعة

السابع عشر   : بيع الحاضر للبادي , وتلقي الجلب , والبيع على بيع أخيه , وبيع النجش

الثامن عشر   : الربا

المبحث الثاني : الدراسة الفقهية المقاصدية في أحكام البيوع المعاصرة

المطلب الأول : بيع الحقوق المعنوية

أولا : حقيقة الحقوق المعنوية

التعريف بـ "الحق " لغة واصطلاحاً

ب) تقسيم الحقوق

جـ) التعريف بالحقوق المعنوية

د) الحقوق المعنوية : هل هي حق الملكية ؟

ثانياً : الأدلة الدالة على اعتبار الحقوق المعنوية ووجوب مراعاتها

ثالثاً : تفصيلات الحقوق المعنوية وأحكامها

أ)   حق الابتكار : حق التأليف

ب) حكم بيع حقوق التأليف

جـ) حكم بيع الاسم التجاري

رابعاً : أهمية المقاصد ودورها في المسألة

أ)   الاستعانة بالمقاصد على تعزيز الأدلة

ب) الاستعانة بالمقاصد على تحريم الاعتداء على الحقوق المعنوية

جـ) الاستعانة بالمقاصد على فهم النصوص

د) الاستعانة بالمقاصد على تحقيق التوازن بين الأحكام

خامساً : مقاصد الشريعة في الحكم

المقصد الأول  : صيانة الأموال النافعة من الضياع والهلاك

المقصد الثاني  : الوفاء بحق العامل وتحقيق العدالة

المقصد الثالث : تشجيع العمل والاختراع النافع ومنع الكسل

المقصد الرابع  : منع الخداع والغش في المجتمع

المطلب الثاني : بيع السلم

أولاً : تعريف بيع السلم ومشروعيته

ثانياً : تفصيلات السلم وصوره المعاصرة

أ)   أركان السلم وشرائطه إجمالا

ب) بعض صور التطبيقات المعاصرة لبيع السلم

1-              السلم في التجارة

2-              السلم في الزراعة

3-              السلم في الصناعة

4-              السلم في تمويل التجارة الخارجية

5-              السلم الموازي

6-              السلم المقسط

ثالثاً  : أهمية المقاصد ودورها في المسألة

أ)  التعليل بالمقاصد في مشروعية السلم

ب) الاستعانة بالمقاصد على ترجيح المسائل المختلف فيها

جـ) الحرص على تحقيق المقاصد من خلال الشروط 

رابعاً : مقاصد الشريعة  في مشروعية السلم 

المقصد الأول  : الاعتراف بالحاجة البشرية ورفع الحرج عن المسلمين

المقصد الثاني  : الحث على العمل والتجارة تقوية للأمة الإسلامية

المقصد الثالث : الحرص على تحرير الاقتصاد من الربا والمرابين

المطلب الثالث : البيوع الإلكترونية ( التجارة الإلكترونية )

أولاً    : التعريف بالوسائل الإلكترونية

ثانياً   : تفصيلات البيوع الإلكترونية وحقيقتها

أ)  تعريف التجارة الإلكترونية ونشاطاتها

ب) أهمية التجارة الإلكترونية وفوائدها

جـ) كيفية التعامل بالتجارة الإلكترونية

ثالثاً   : التجارة الإلكترونية وأحكامها الشرعية

أ)   القواعد والضوابط العامة للتجارة الإلكترونية

ب) الموازنة بين المصالح والمفاسد : المناقشة والحلول

جـ) حكم البيع والشراء عن طريق الكاتلوجات الإلكترونية

د) حكم التعاقد بالكتابة الإلكترونية

هـ) مسألة التقابض والتأجيل في التجارة الإلكترونية

و) شراء الذهب والفضة المصوغة في التجارة الإلكترونية

ز) خلاصة الأحكام المتعلقة بالتجارة الإلكترونية

رابعاً   :  أهمية المقاصد ودروها في المسألة

أ) الاستعانة بالمقاصد على تطبيق فقه الموازنات

ب) اهتمام القانونيين والمختصين بالمقاصد

جـ) مبادرة التجّار الإلكترونيين لإيجاد الحلول لمحو المخاطرة وتحقيق المصالح

خامساً : مقاصد الشارع في الحكم

المقصد الأول  : الترحيب بالعلم الجديد النافع

المقصد الثاني  : تحسين فرص التجارة وتوسيع مداها

المقصد الثالث : التشجيع على المنافسة في ترويج السلع النافعة للأمة

المطلب الرابع : البيع بالربا بين المسلم والحربي في دار الحرب

أولاً : التعريف بالتعامل بالربا بين المسلم والحربي

أ) التعريف بالمصطلحات المتعلقة بالموضوع

ب) صور من التطبيقات الربوية المعاصرة بين المسلم والكافر

ثانياً : تفصيلات البيع والتعامل بالربا بين المسلم والحربي وأحكامها

أ)  حكم التعامل بالربا في حالة عدم الأمان بين المسلم والحربي

ب) حكم التعامل بالربا في حالة الأمان بين المسلم والحربي

1- التعامل في دار الإسلام

2- التعامل في دار الحرب

* الأدلة والمناقشة

* الراجح في حكم التعامل في دار الحرب مع الأمان

جـ ) حكم البيع و التعامل بالربا بين المسلم والكافر في واقعنا المعاصر

 د)  الراجح في حكم البيع والتعامل بالربا مع الكافر في واقعنا المعاصر

ثالثاً   : أهمية المقاصد ودورها في المسألة

أ)   التعليل بالمقاصد والاستعانة بها على ترجيح المسائل

ب) الاستعانة بالمقاصد على فهم النصوص وتوجيهها

جـ) الاستعانة بالمقاصد على تطبيق فقه الواقع

رابعاً   : مقاصد الشريعة في الحكم 

المقصد الأول : منع المسلم من التعاون على الإثم

المقصد الثاني : تأكيد حرمة الربا وتحقيق العدالة للكل

المقصد الثالث : منع الازدواجية والانتهازية في نفس المسلم

المقصد الرابع : سد ذريعة انتشار الربا في بلاد غير الحرب

المطلب الخامس : بيع الآلات الموسيقية و المعازف

أولاً : التعريف بآلالات الموسيقية والمصطلحات ذات الصلة

أ) تعريف المصطلحات ذات الصلة

ب) أنواع الآلات الموسيقية وتقسيمها 

ثانياً    : الغناء والآلات الموسيقية تفصيلاتها وأحكامها

أ) حكم الغناء واستعمال الآلات الموسيقية

ب) الأدلة والمناقشة 

جـ) الراجح في حكم استعمال الآلات الموسيقية والغناء

د) حكم بيع الآلات الموسيقية والمعازف

هـ) الراجح في حكم بيع الآلات الموسيقية والمعازف

ثالثاً  : أهمية المقاصد ودروها في المسألة

أ)   الاستدلال بالمقاصد والاستعانة بها على ترجيح المسائل

ب) الاستعانة بالمقاصد على فهم النص وإجراء القياس

جـ) الاستعانة بالمقاصد على تطبيق فقه الواقع

رابعاً  : مقاصد الشريعة في الحكم

المقصد الأول  : تقبل الإسلام كل طيب نافع

المقصد الثاني  : الحرص على ترويح الأنفس تقوية للعبادة

المقصد الثالث : الحرص على تحسين صورة الإسلام وتنويع وسيلة الدعوة

الخاتمة

فهرس الآيات 

فهرس الأحاديث النبوية

فهرس الأعلام المترجم لهم

فهرس المصادر والمراجع

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Catatan Buku Buku Terbaru Saya : Ilmu Maqasid & Jual Beli