Catatan Buku Buku & Sebaran Ilmu : Satu Ulasan

Buku & Sebaran Ilmu : Satu Ulasan

  • PDF
(2 votes, average 5.00 out of 5)
 

Mari Sebar Ilmu Melalui Buku

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Segala puji bagi Allah swt, memberikan sedikit kekuatan buat saya untuk menyiapkan buku 'Formula Solat Sempurna' dan 'Wang, Anda dan Islam'. Terima kasih kepada Telaga Biru Sdn Bhd dan True Wealth Sdn Bhd yang sudi menjadi penerbit. Apatah lagi pihak telaga biru menerbitkannya dalam bentuk dan kualiti fizikal yang cemerlang. Ramai yang kagum dengan kualiti fizikal buku formula solat sempurna, diharapkan mereka turut dapat banyak manfaat dari kandungan buku tersebut.

bukuilmu.jpg

 

Melalui buku ini saya sebenarnya berharap agar dapat merapatkan sedikit jurang pembaca daripada terlalu  kosong ilmu dalam bidang ibadah solat kepada faham lebih daripada kebiasaan orang ramai.

PRESTASI JUALAN

Mulai Mac 2009, akan genaplah setahun buku 'Formula Solat Sempurna' ini di pasaran.

Jualan buku ini juga menunjukkan respon yang baik dari rakyat Malaysia. Menurut statisk yang diberikan kepada saya oleh pihak Telaga biru, jualan buku ini bermula Mac 2008 sehingga December 2008 adalah berjumlah 13,755 buah.

Jangan bimbang saya tidaklah sampai merasa ujub dan riak dengan pencepaian sederhana ini. Namun tidak dapat saya sembunyikan rasa syukur dan gembira kerana tersebarnya ilmu berkaitan solat kepada lebih ramai pembaca, lebih baik untuk akhirat saya.

Cuma saya berharap agar tergolong dalam kategori yang disebutkan Nabi s.a.w :-

  من سرته حسناته وساءته سيئاته ، فذلك المؤمن

 

Erti : Barangsiapa yang gembira dengan satu kebaikan yang dilakukan, dan berasa sempit dengan kejahatan yang dilakukan, itulah dia seorang mukmin. (Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)

Bagi menambahkan lagi manfaat buat umat Islam, saya dan rakan telah menyiapkan terjemahan buku ini kepada bahasa inggeris, sesuai bagi pembaca yang selesa dengan rujukan Inggeris. Saya telah menghantar manuskrip English buku ini kepada pihak telaga biru, namun sudah hampir 3 minggu mereka masih memberi keputusan sama ada ingin menerbit atau tidak, buku formula solat sempurna versi English.

Jika pihak Telaga biru menolak, saya akan mula membuka peluang  kepada penerbit-penerbit lain yang berminat. Apapun, ia masih terikat dengan keputusan Telaga Biru Sdn Bhd terlebih dahulu, itu adalah berdasarkan kontrak antara kami.

KULIT BUKU

Setelah berlalu hamper setahun, saya telah meminta pihak Telaga Biru untuk mengubah reka bentuk kulit buku ini jika cetakan ketiga dibuat kelak. Paling utama, wajah saya yang begitu besar di hadapan buku perlu ditiadakan bagi mengelakkan rasa kurang selesa ketika buku ini berada di masjid dan surau.

Saya sendiri kini merasa kurang selesa apabila sebuah buku ibadah solat dihiasi gambar penulisnya dengan cukup besar. Memang dahulunya saya bersetuju dengan konsep buku ini, namun setelah difikir dengan lebih mendalam, rasa kurang selesa mula timbul. Mungkin cukup gambar kecil di sebelah belakang buku.

Namun demikian, keputusan akhir tetap di tangan pihak penerbit, kerana sebarang perubahan tentunya melibatkan kos dan masa.

BUKU WANG, ANDA DAN ISLAM

Buku sulung saya, Wang, Anda dan Islam telah genap usianya setahun pada akhir bulan Disember 2008 yang lalu.

Ia juga menunjukkan sambutan yang baik. Namun saya tidak punyai statistik lengkap dan tepat berkenaan jumlah jualannya. Apa yang pasti ia tidak sebanyak jualan buku formula solat, anggaran kasar saya mendapati jualannya sekitar 7,000 ke 9,000 naskhah sahaja yang berjaya dijual dalam tempoh setahun penerbitannya.

Versi englishnya turut berada di pasaran. Namun saya tiada maklumat berkenaan prestasi jualannya. Bagi mereka yang ingin membelinya di Malaysia, boleh membuka DI LINK INI . Adapun mereka yang berada di luar Negara dan ingin mendapatkannya, boleh membeli DI PAUTAN INI PULA .

 

Terima kasih juga kepada pihak penerbit True wealth Sdn Bhd yang sudi menerbit. Juga sudi untuk memperbaiki reka bentuk kulit hadapan buku ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli dan pembaca kedua-dua buku terawal saya ini. Yang nyata, tiada sebuah buku pun yang boleh terselamat dari kesalahan dan kelemahan kecuali Al-Quran.

Sekian, Terima kasih

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Safar 1430 H

21 Feb 2009 M



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #15 nabi berselawat dalam tahiyat?tanya 2009-03-05 05:03
salam ustaz Zaharuddin. maaf kalau saya bertanya di tempat yg salah.. maaf juga kekecohan di ruang bicara bbrp hari ini..

soalan saya ini ditimbulkan oleh sahabat muallaf sy, soalannya: Adakah Nabi Muhammad SAW juga berselawat dan melakukan syahadah ke atas dirinya ketika baginda solat dulu..

sy agak terkesima mendengar soalan ini.. tapi sdg mencari jawapan paling bernas supaya muallaf ni lebih yakin dgn keRASULan dan keNABIan junjungan kita.
kalau ada kesudian UZAR menolong Alhamdulillah..wassalam.

UZAR : NABI AJAR KITA BERSELAWAT DALAM TAHIIYAT, DAN kita hanya perlu ikut arahan dan ajaran nabi dalam hal ini bukan ikut cara nabi baca untuk diri baginda sendiri atau sibuk bertanya macammana Nabi baca selawat. Ia tidak lagi relevn untuk ditanya kerana Nabi ajar sahabat dan semua umatnya untuk baca dengan cara tertentu.

Dalam solat formula solat sempurna karangan saya, ada dinyatakan.
Quote
0 #14 salamazam 2009-02-26 19:02
alhamdulillah buku berkaitan solat yg agak lengkap bg saya.byk kesilapan yg saya lakukan sebelum ini.melalui buku ini sedikit sebyk mengajar saya cara solat yg betut.terima kasih di ucapkan kepada ustaz.
Quote
0 #13 SalamHaidar 2009-02-25 02:38
sanadat dan takmin 3ala hayat
Quote
0 #12 Mari Sebar ilmu Melalui BukuRafei 2009-02-25 01:11
Ustaz,

Saya sedikit terkilan sebab buku tersebut tiada komen tentang doa qunut. Semua bacaan sembahyang lain lengkap tetapi doa qunut tiada langsung. Semoga boleh di tambah dan kalau sudah ditambah mungkin boleh di tambah sekali qunut nazilah.

Maka senan untuk dijadikan rujukan pada satu buku.
Quote
0 #11 GuruWan Mohd Zul 2009-02-24 20:50
Jawapan ustaz mengesahkan apa yang saya fahami tentang cara yang tidak betul yang dibuat oleh Proton .Permintaaan ana Kalau ust ada kelapangan dan kesempatan mungkin ustaz boleh buat sedikit sebanyak ulasan tentang cara Syarikat Proton berniaga untuk menyedarkan Pengurusan Syarikat dan jua orang ramai agar tidak terlibat dengan perkara yang gharar ini .

Jazakallah.
Quote
0 #10 SalamHaidar 2009-02-24 20:09
Salam..ustaz terima kasih atas segala ilmu yang ustaz curahkan bagi membetulkan kekhilafan yang melanda umat akhir zaman nih..ustaz ana nak tanya boleh x ustaz ceritakan pendapat2 ulama'2 mu3asiroh tentang 3F/'* dgn *#EJF 9DI 'D-J')..?
Quote
0 #9 Terima kasihPadimalinja 2009-02-23 18:34
Salam UZAR.Terima kasih atas ilmu yang di curahkan samada dari buku atau dari web UZAR ni.Saya dah pun membli kedua2 buku tersebut. Amat bermanfaat.Terima kasih.
Quote
0 #8 GuruWan Mohd zul 2009-02-22 16:49
Salam Ustaz ,

Nk minta ustaz ulas sedikit pasal Syarikat Proton yang telah membuka tempahan untuk MPV Proton sedangkan rupa belum dipamirkan dan harga belum ditetapkan.Sahkah urusan macam ni.

Syukran

UZAR : Tidak sah dan gharar dalam Islam.
Quote
0 #7 terjemahan English buku Formula solatal-muhami 2009-02-22 06:47
Salam Ustaz. Memang betul cara muamalat ustaz. Kena utamakan penerbit asal dahulu untuk sebarang terjemahan buku asal. biasanya perkara itu tersebut dalam kontrak penerbitan. Terbuktilah kita orang Islam berpegang pada janji.Tak rugi orang yang memenuhi janji. tak untung orang yang melanggar janji. Selamat maju jaya.
Quote
0 #6 syukransyauqina 2009-02-22 04:30
salam ustaz,

terima kasih untuk ilmu yang dapat dikongsi bersama. Buku tu memang bagus sampai dipinjam tak dipulang kembali.
Kena mencari yang baru ni. Apepun tahniah ustaz. :-)
Quote
0 #5 ALHAMDULILLAHZAINUDIN 2009-02-22 01:57
SALAM USTAZ. SEMOGA SEMUA USAHA UZTAZ DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T

UZAR : Wa'alaikumussalam, ameen
Quote
0 #4 Tertinggal link.Azri Amin Bin Che Din 2009-02-22 01:32
Salam ustaz. Sihat hendaknya. Ni nak bagitahu yang ustaz tertinggal link bagi kenyataan ini "Bagi mereka yang ingin membelinya di Malaysia, boleh membuka di link ini. Adapun mereka yang berada di luar Negara dan ingin mendapatkannya, boleh membeli dari link ini."

Ok... Akhirnya, bulan 4 dah semakin hampir. Apa kata putus ustaz dengan lamaran kami warga Malaysia di Maghribi? :-) Sekarang ni ana masih tgh exam. Akhir bulan 2 baru habis. Sehingga ketemu nanti.

Wassalam.

ABCD
Fes, Maghribi

UZAR : YA, OK.. cuma ana belum beli tiket. tolong beri link untuk beli tiket kerana tak sempat nak mencari
Quote
0 #3 xde pn link nk bli buku...altaaf 2009-02-21 22:27
salam..utz just nak bagitau, link tak da pun kat artikel tu..anyway, memang kedua2 buku utz tu susah nak ditandingi dengan buku kontemperori zaman sekarang ni...sebab utama, utz kupas megikut semua pendapat keempat2 imam mazhab & menekankan pndapat imam syafie untuk meraikan rakyat malaysia dan senang untuk difahami oleh orang awam.tu yang membuatkan buku2 utz sangat2 istimewa..semoga Allah berkati usaha murni utz.

uzar : Terima kasih. ALhamdulilalh dah masukkan link yang tertinggal.
Quote
0 #2 Alhamdulillah!naji 2009-02-21 20:50
Buku hijau (WADI) juga telah bertukar rupa seperti kulit buku MYDI (versi Inggeris).
Quote
0 #1 Terima kasihabuMAH 2009-02-21 17:27
Salam Ustaz,
Dua2 buku sudah saya miliki, cuma yg satu tu belum abis dibaca.

Apapun, terima kasih kerana memberi.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 84 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Catatan Buku Buku & Sebaran Ilmu : Satu Ulasan