Buku Panduan Perbankan Islam : Kontrak & Produk
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Alhamdulillah buku saya yang ke-8 kini berada di pasaran.!
Sempena 10 Terakhir Ramadhan tahun ini, saya tampilkan buku ini, moga aktiviti kewangan kita akan mampu dibersihkan dari Riba dan seterusnya menyumbang ke arah pembentukan ibadah yang mantap, maqbul dan membenihkan sifat taqwa dalam diri. Perbincangan hal kesempurnaan ibadah tanpa berhati-hati di dalam bab urusan kewangan akan membantutkan proses taqwa.
Dalam beberapa dekad yang lalu, kita telah dapat menyaksikan peningkatan luar biasa di dalam sector Perbankan dan Kewangan Islam, sama ada di dalam penghasilan produk-produknya, juga di dalam bentuk penulisan buku dan jurnal.
Walaupun demikian, topik ini masih kelihatan sangat asing bagi pengguna khidmat perbankan, khsusunya di kalangan warga Muslim. Asalnya perbankan Islam memfokuskan golongan Islam sebagai kumpulan sasaran mereka, namun berdasarkan statistik semasa yang dikeluarkan, terbukti golongan bukan Islam lebih meraikan produk-produk bank Islam berbadning warga Muslim. Mengapakah ini berlaku? Salah satu sebabnya adalah dihalangi oleh tembok kejahilan hingga gagal dalam memahami konsep perbankan dan kewangan Islam, ditambah pula dengan rasa kurang sensitif mereka di dalam hal ehwal halal haram.
Banyak buku ditulis di dalam topik ini sebenarnya, namun sukar dinafikan topik ini memerlukan kesungguhan yang lebih untuk memahaminya. Rasa berat ditambah lagi apabila kebanyakan buku ditulis di dalam bahasa inggeris yang dipenuhi dengan istilah-istilah kewangan, perbankan, kiraan matematik yang tentunya amat sukar difahami oleh orang kebanyakan. Walaupun kesemua tulisan ini amat baik dari sudut akademik dan ilmunya, namun majoritinya seolah ditulis khususnya buat pengamal perbankan dan individu yang ingin menjadi pakar sahaja, ia amat kurang sesuai ditatap oleh orang awam.
Akibatnya, jumlah umat Islam yang mampu memahami ilmu ini terus berkurangan dan tidak meningkat dari tahun ke tahun, malah jumlah mereka yang semakin bersangka buruk dan keliru dengan aplikasi perbankan Islam pula yang bertambah. Akhirnya, semua mereka menjauhkan diri dari perbankan Islam dan tidak mengetahui bagaimana khidmat perbankan Islam mampu memberikan manfaat yang besar buat urusan kewangan mereka di dunia dan urusan pahala serta dosa di akhirat.
Saya mengakui bidang ilmu ini masih baru, dan memerlukan usaha berterusan dari mereka yang mengetahui untuk membantu dan mengajar semua pihak. Banyak pihak yang sudah menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang ini sama ada dari kalangan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam, pelajar universiti dan sebagainya.
Walaupun demikian, tidak begitu mudah untuk mencari sebuah buku berbahasa Malaysia yang sesuai dicadangkan untuk pembacaan golongan yang berminat ini sebagai ‘buku permulaan' yang menerangkan konsep asas kontrak menurut Islam dan diikuti oleh cara aplikasi semasanya oleh perbankan Islam.
Bertitik tolak dari keperluan itu, lahir buku ini sebagai satu usaha kerdil saya untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik. Saya cuba tampilkannya ia dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal sehingga akhir.
Saya juga mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya di kalangan para ilmuan Syariah khususnya. Selain itu, buku ini juga mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.
Saya amat berharap, buku ini mampu menjadi salah sebuah sumber bermanfaat dalam memahami konsep dan aplikasi perbankan dan kewangan Islam.
Di kesempatan ini juga saya menghukurkanj utaan penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam pembikinan buku ini, khususnya isteri saya Noraslina Bt Jusin dan anak-anak saya yang tidak putus memberikan sokongan moral dan fizikal buat saya.
Akhirnya, saya menadah tangan berdoa ke hadrat Allah swt agar usaha kerdil ini diterima olehNya sebagai salah satu amal soleh saya dan keluarga, serta mampu membantu penyebaran ilmu kebaikan berkenaan urusan kewangan secara Islam kepada umat. Saya juga mengakui, sehebat mana pun usaha kami untuk mengelakkan sebarang kesilapan, namun ia pasti akan wujud juga dan saya meminta keampunan kepada Allah swt atas segala kesilapan yang mungkin wujud di dalam buku ini.
Terima kasih buat penerbit yang sudi menerbitkannya walau menyedari tajuk sebegini bukanlah satu tajuk popular untuk terjual laku, berbeza dengan tajuk popular seperti novel cinta, isu cinta dan keluarga. Namun atas dasar tanggungjawab mereka menerbitkannya juga..
SILA DAPATKAN BUKU INI SEGERA, MOGA IA MEMBUKA JALAN AGAR TERGERAKNYA HATI UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DAN KELUARGA DARI URUSAN PERBANKAN HARAM.. KLIK SINI
Zaharuddin Abd Rahman
20 Ramadhan 2009
10 Sept 2009
BERIKUT KANDUNGAN BUKU INI
Kandungan Buku
___________________________________________________________________
BAB PERTAMA : BANK & KONTRAK DALAM MUAMALAT ISLAM
Pertama : Definisi Aqad
1) Erti umum
2) Erti khusus
Kedua : Rukun dan syarat bagi kontrak dalam Islam
1) Syarat Sighah
2) Pihak terbabit
3) Barang atau item yang menjadi tumpuan aqad
Ketiga : Kaedah Asas Dalam Fiqh Mu'amalat
Keempat : Ringkasan fakta sejarah dan urusan perbankan
BAB KEDUA : KONTRAK PERTUKARAN BERBALAS PEMILIKAN HARTA
Pertama : Murabahah
1) Definisi
2) Kontrak dan aplikasi Murabahah yang asal
3) Produk Pembiayaan Secara Murabahah
i. Pembiayaan Murabahah antara tiga pihak (Tri-partied Murabahah)
ii. Penerbitan sukuk Murabahah
Kedua : Bai al-inah
1) Definisi
2) Hukum Bai al-‘Inah
3) Produk Pembiayaan Secara Bai al-Inah
Ketiga : Jualan Tangguh Bayaran (BBA)
1) Definisi
2) Hukum
3) Nilai Masa (Time Value of Money) Dalam Jualan BBA
4) BBA Sebagai Produk Perbankan
i. Produk Pembiayaan aset secara BBA
ii. Terbitan sukuk BBA
5) Perkembangan Semasa Produk BBA
6) Isu Bank Lelong Aset Tuntut Baki
Keempat: Istisna Definisi
1) Hukum
2) Perbezaan Istisna, Ijarah, Jualan biasa dan As-Salam
3) Beberapa ketetapan hukum dan syarat berkenaan Istisna
4) Pembiayaan kewangan Islam melalui konsep Istisna
i. Produk Pembiayaan : Istisna Selari (istisna mawazi)
ii. Produk Pembiayaan : Istisna Selari secara al-inah
iii. Produk Pembiayaan : Istisna Campuran (hybrid)
iv. Produk Pasaran Modal : Sukuk Istisna
Kelima: Jualan as-salam
1) Definisi
2) Hukum jualan As-Salam
3) Beberapa ketetapan hukum dan syarat jual beli as-Salam
4) Pembiayaan kewangan Islam melalui konsep as-Salam
i. Pembiayaan Salam secara campuran (Hybrid)
ii. Pembiayaan Salam bagi modal kerja (working capital)
iii. Pembiayaan as-Salam secara selari (parallel salam)
Keenam : Ijarah (sewaan)
1) Definisi
2) Jenis Ijarah
· Ijarah ‘Ain
· Ijarah ‘AmaL
· Ijarah Mawsufah Fi Az-Zimmah3)
3) Jenis pembiayaan secara Ijarah
· Ijarah secara operasi (Operating lease)
· Pembiayaan secara Ijarah (Financial lease)
4) Produk Pembiayaan Secara Ijarah
i. Struktur pembiayaan berdasarkan Operating lease
ii. Struktur Ijarah dengan pembiayaan (Financing lease)
iii. Financial lease untuk pelanggan memperolehi aset.
iv. Financial lease untuk pelanggan mendapat tunai.
v. Sukuk Ijarah
5) Isu dalam Ijarah jenis Financial lease
6) Isu bank lelong aset Ijarah sambil menuntut baki
BAB KETIGA : KONTRAK PARTISIPASI (AQAD ISHTIRAK)
Pertama : Mudarabah
1) Definisi
2) Hukum Mudarabah
3) Rukun, syarat dan beberapa ketetapan hukum
4) Mudarabah dalam produk kewangan Islam
i- Akaun Semasa Mudarabah
ii- Akaun Pelaburan Umum (Mudarabah General Investment Account - MGIA
iii- Pembiayaan Secara Mudarabah
iv- Terbitan Sukuk Mudarabah (Sukuk Mudarabah Issuance)
v- Produk Takaful berasaskan Mudarabah
Kedua : Musharakah
1) Definisi
2) Hukum
3) Jenis Musharakah Dan Pecahannya
4) Beberapa ketetapan hukum Musharakah
5) Musharakah dalam produk kewangan Islam
i. Pembiayaan pembelian rumah atau aset secara Musharakah Mutanaqisah
ii. Pembiayaan korporat atau projek berdasarkan Musharakah Mutanaqisah
iii. Pembiayaan melalui terbitan Sukuk Musharakah
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
1) ape alternatif lain bagi sukuk musyarakah sekiranya para pelabur mahukan jaminan bhwa mereka akan mendapat kembali modal mereka?
2) apakah purchase undertaking & sale undertaking blh dilakukan dlm sukuk musyarah?
ni merupakan soalan dari kawan saya:
""macam mana dengan perniagaan money changer yang kebanyakan dijalankan oleh india muslim & jarang jumpa samada melayu, cina atau india (hindu) yang menjalankan perniagaan ini, soalan saya.... macam mana perniagaan ini berjalan? macam mana dengan hal riba? adakah kita sebagai pengguna terbabit dengan riba? sebagai contoh mak ayah kita pegihaji, masa nak pegi tuko rm kepada riyal.. munkin masa tuko tuh harga dia lebih murah so dpt beli banyak riyal bila balik mekah nak tuko riyal kepada RM mana tau harga RM jatuh merudum dari harga riyal... apakah hukum keatas keuntungan / kerugian yang kita perolehi dari penjualan balik riyal tu?""
harapa ustaz dapat jelaskan dgn terperinci..
tq
sarjantulang
tahniah ustaz atas kejayaan2 yang telah diraih selama ini.
InsyaAllah saya akan menyertai satu ujian untuk menjadi pengurus unit amanah di bawah naungan sebuah bank yang dimiliki non-muslim. Namun saya hanya memilih untuk memasarkan produk islam sahaja, yang saya dimaklumkan dipantau oleh majlis penasihat syariah terdiri daripada ulama dan pakar ekonomi islam.
Persoalannya: RAMAI MERAGUI SAYA KERANA DANA AMANAH INI MASIH BERNAUNG DI BAWAH SEBUAH BANK NON-MUSLIM, MEREKA TIDAK MAHU MENAMBAH KEKAYAAN NON-MUSLIM. Apa yang perlu saya lakukan? Memilih bank produk bank lain untuk dipasarkan atau berhujah mempertahankan produk sekarang? apa hujahnya?
pergh ust..bertambah-tambah buku ust..
ada orang cakap buku pertama mmg payah nak kuar tapi bile dah keluar mudah pulak nak kuarkan yang seterusnya...betul ke?rasa ghibtoh pulak
SEMOGA SUKSES....
UZAR : ada betulnya juga pendapat tu..lepas buku pertama..memang mudah untuk terus mengeluarkan lagi buku. Cuma yang susah nak balance antara akademik dan awam punya level.
Saya ingin kepastian daripada Ustaz hukum menjual produk fizikal di ebay tetapi sebenarnya penjual tersebut tidak ada pun simpanan stok. Caranya adalah memesan produk yang ditempah oleh pelanggan ebay daripada supplier rahsia atau dropshipper dan semuanya akan diuruskan oleh supplier tersebut sehingga ke penghantaran produk tersebut.
Soalan saya adakah transaksi tersebut sah dari segi hukum jualbeli secara Syariah contohnya Bai as Salam? Adakah penjual tersebut boleh dianggap sebagai orang tengah semata-mata?
Mohon Ustaz berikan penjelasan berkaitan hal ini.
Terima kasih Ustaz.
UZAR : boleh rujuk artikel saya berkenaan ebay di sini (www.zaharuddin.net/.../72)
saya tertarik dengan buku baru UZAR ni. insyaAllah saya akan beli, sbb ia amat2 berkait dengan kertas ilmiah yang sedang saya buat sekarang. cuma saya nk tanya UZAR, tau tak kat mana saya nk cari info berkenaan dengan garis panduan kepatuhan syariah yang diamalkan di timur tengah? sebab ia berlainan kan dengan Malaysia. ini kerana ia berkait dengan kajian yang sedang saya lakukan sekarang iaitu tajuknya..PENERIMAAN PRODUK PERBANKAN ISLAM - PERBANDINGAN ANTARA MALAYSIA DAN TIMUR TENGAH. terima kasih terlebih dahulu kiranya UZAR ada info berkenaan dengan apa yg dijelaskan di atas.
SYUKRAN.
UZAR : keptahuan shariah versi Timur Tengah boleh dapat buku Shariah standard keluar AAOIFI. boleh beli di www.ibfim.com (www.ibfim.com/.../shastan.pdf), cuma harganya agak mahal ..
moga dengan terbitnya buku ini akan menambahkan lagi pengetahuan dan sensiviti kita dalam menjalankan urusan kewangan yang amat diingini dalam Islam.
Usaha UZAR amat saya hargai dalam membentuk satu masyarakat Islam yang betul-betul memahami urusan yang berkaitan dengan kewangan Islam.
Terima Kasih.
Tahniah ustaz, i.Allah saya akan beli.
Baca & rujuk internet ni cukup sakitkan mata..tapi buku ustaz yg lepas2 pun, saya x sempat nak beli lg
UZAR : terima kasih, tak pe, beli dan baca sikit-sikit dulu. Atau jadikan rujukan bila perlu pun ok.
UZAR : sila rujuk kandungan keuda-dua buku. Nescaya akan dapati perbezaannya.
berkenaan status bai' tawarruk individu ('DA1/ )dgn sistem perbankan('DEF8E 'DE51A) ada berbeza ye ustaz? baru2 ni mjlh Iktisod Islami dari Bank Kuwait ada bhskan bab ni..yg bai' tawarruk sistem perbankan tidak patuh syara'..helah kpd riba, tidak dibenarkan kpd bank2 islam mggunakan instrument trsebut..
btul tu ustaz?
UZAR : EJAAN betul Tawarruq ( dengan huruf q mewakili Qaf bukan kaf 'k')
Saya x dpdt baca tulisan arabic yang ditulis dalam komen krn enjin web ni tak compatible dgn huruf arabic dlm sistem komennya dalam sesetengah keadaan.
Dapatkan buku saya untuk baca bab bai enah , BBA dan lain-lain beserta gambarajah.
Subhanallah, dah keluar buku yang ke 8 dah. Baru je baca 1 buku (WADI).Tupun baru sampai muka surat 36.Apa-apapun TAHNIAH untuk UZAR.
istimewanya buku-buku nukilan uzar ini ialah kerana isu yang dibahaskan ialah isu yang amat jarang disentuh, sedangkan isu-isu tersebut sangat penting kerana melibatkan urusan harian umat islam khususnya.
mungkin barakah doa para pembaca web dan buku uzar supaya uzar terus diberi kelapangan menghasilkan karya-karya sebegini.
seeru 'ala barakatillah...
p/s: banyak lagi sebenarnya buku uzar yang belum sempat saya dapatkan (apatah lagi baca!) insya ALLAH sedang berusaha mendapatkannya.
UZAR : alhamdulillah, terima kasih atas sokongan..jangan lupa doakan saya..
RSS feed for comments to this post