Buku Ke 11 : Mutiara Akidah & Ibadah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Segala puji bagi Allah ta'ala, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam, ahli keluarganya, para sahabat dan tabien dan mereka yang mengikuti lurus sehingga hari kiamat.
Ilmu aqidah dan ibadah merupakan dua cabang ilmu Islam yang maha penting dalam kehidupan seharian umat Islam. Di situlah letaknya perbezaan utama antara Islam dan kafir, mukmin dan munafiq, destinasi neraka dan syurga.
Kedua-duanya adalah tunggak amalan seseorang muslim dan muslimah. Tanpa penumpuan dalam bidang ini, seseorang muslim bakal menghadapi kepincangan ibadah yang amat serius.
Justeru, menyedari peri pentingnya ilmu aqidah dan ibadah bagi umat Islam, menginsafi pelbagai soalan kontemporari kerap timbul di minda masyarakat hari ini. Buku ini disediakan, bagi membantu umat Islam untuk kembali menilai soalan-soalan berkait aqidah dan ibadah yang kerap di kalangan masyarakat.

Soalan-soalan yang dimuatkan di dalam buku ini tidaklah merangkumi semua topik ilmu aqidah dan ibadah yang begitu panjang dan terperinci, namun ia lebih berbentuk soalan-soalan pilihan dan kerap.
Selain soal-jawab, kedua-dua bahagian saya mulakan dengan penerangan beberapa maklumat asas, padat lagi ringkas. Dengan itu, sebelum pembaca mula memahami dfan membaca bahagian soal jawab, adalah diharap semua dapat terlebih dahulu membaca pengenalan Aqidah dan Ibadah ini agar setiap jawapan di bahagian soal jawab dapat difahami dengan lebih sempurna lagi.
Hampir semua jawapan yang diberikan disertakan dengan dalil dan nas sandarannya. Namun begitu, tidak semua nas dan dalil dimasukkan bagi mengelakkan terlalu panjang dan kebosanan di kalangan pembaca awam. Perlu difahami, kandungan buku ini ditulis di tahap sederhana dan bukan disasarkan untuk bacaan pihak yang telah mahir serta ingin menambah ilmu baru yang lebih mendalam, khususnya di kalangan ilmuan Islam (ulama). Walaupun demikian, saya yakin jika mereka ingin turut mencari mutiara ilmu dari buku ini, InshaAllah, mereka turut boleh memanfaatinya melalui cara yang pelbagai.
Buku ini juga sesuai untuk para pendakwah yang ingin mencari idea dan pendekatan sesuai menjawab soalan-soalan yang dilontarkan kepada mereka. Jika tidak memperolehi ilmu baru sekalipun, mereka masih boleh mendapat ide-ide pendekatan yang baru.
Saya amat berharap agar setiap soalan dan jawapan yang terkandung di dalam buku ini tidak disalahfahami oleh mana-mana golongan pembaca sebagai menyerang mereka secara individu, khusus ataupun secara umum. Penulisan ini tidalah dibuat kecuali mengkehendaki kebaikan di sisi Allah, sebuah usaha dari manusia kerdil yang berusaha melaksanakan tugasan dan amanah yang digalas selaku khalifah Allah.
Jika terdapat kesilapan, saya beristighfar kepada Allah ta'ala, ia atas kelemahan saya selaku manusia biasa yang tidak maksum.
Akhirnya sekali, ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada isteri (Noraslina Jusin) dan anak-anak saya yang menjadi cahaya mata, pembawa ketenangan yang menjadi salah satu faktor penyebab yang memungkinkan buku ini diselesaikan.
Terima kasih juga buat penerbit yang tidak putus-putus memberi sokongan. Juga kepada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan tulisan-tulisan saya ini sehingga menjadi sebuah buku.
Semoga semua pembeli dan pembaca buku ini mampu mencapai objektif yang dihajati dan amat berharap buku ini akan ditimbangi oleh Allah sebagai sebuah amal soleh saya yang bakal memanfaatkan saya di dunia dan akhirat. Doakan saya ..
HARGA BUKU : RM 13 SAHAJA
HALAMAN : 280 HALAMAN
BOLEH DIDAPATI : HANYA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010 SAHAJA. KERANA BARU SANGAT KELUAR DARI KILANG.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
20 Mac 2010Add this page to your favorite Social Bookmarking websites




























Comments
Terima kasih kerana ustaz telah menulis buku yang menjawab berbagai persoalan saya terutamanya hukum Murtad dan Hukum nama Allah swt. Sungguh sukar mencari ilmu yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis semata-mata tanpa campur aduk pandangan penulis.
lifemualaf.blogspot.com/
sekarang, buku ini dah available kat kedai buku ke belum? kalu belum, sy nak order on-line, cam ner caranya?
UZAR : dah sampai di kedai rasanya. order online boleh ke web www.alaf21.com.my
UZAR : ok thanks. For info en Faizal ni adalah dari syarikat alaf 21
alhamdulillah dan syukran pada ustaz atas penghasilan satu lagi buku untuk kami pembaca.
nampaknya kenalah berkunjung ke gerai Alaf 21 untuk dapatkan buku ustaz.
pada semua pembaca, gerai Alaf 21 terletak di Dewan Tun Hussein Onn berdekatan Pentas Utama PWTC.
jika tidak jumpa boleh bertanyakan pada Duta PBAKL 2010 yang berbaju merah atau kuning. kalau tidak pun, boleh ke Information Counter untuk dapatkan maklumat.
ps - Saya telah mempunyai 2 buku Ustaz yang sebelum ni, dan 1 buku Ustaz saya hadiahkan kepada rakan saya sebagai panduannya, dan insyaAllah, saya akan dapatkan juga buku ini.
Tahniah di atas penghasilan buku ini. Saya akan cuba mendapatkannya nanti. InsyaALLAH.
Jika ustaz ada masa terluang, saya harap ustaz dapat memberi komen terhadap teater yang bertajuk 'Antara' yang diilhamkan oleh pengarah Erma Fatima. Daripada bacaan saya, teater ini mengisahkan tentang nabi adam dan siti hawa yang dicampakkan oleh ALLAH ke dunia setelah digoda oleh syaitan. Ada sumber(komen dari wartawan) yg menyatakan bahwa semasa pementasan, dilakonkan juga watak nabi adam dan siti hawa sedang berlari-lari kegembiraan sebelum syaitan datang menggoda. Persoalan saya adalah bolehkah watak nabi itu dilakonkan oleh pelakon tertentu sedangkan apa yang saya ketahui watak nabi tidak boleh dilakonkan oleh sesiapa jua. Harap ustaz boleh komen supaya menjadi tauladan kepada umat islam seluruhnya terutama di Malaysia. Untuk cerita lebih lanjut dan lebih tepat mungkin ustaz boleh google di internet.
Sekian terima kasih
UZAR : NAMA penerbit : Alaf 21 sdn bhd.
ISBN, yang confirmed kena tengok dekat buku, kerana saya sendiri tak tengok buku fizikal tu lagi kerana saya berada di UK.
cuma jika tak salah saya, setakat dari cover yang diberi oleh penerbit adalah ISBN buku tu adalah 978 967 86 034 30
Tahniah kerana berjaya menulis buku mutiara berharga untuk dunia dan akhirat...
saya doakan ustadz terus berjuang menulis buku di samping menyediakan blog sebagai wadah perjuangan islam...doakan kami juga supaya dapat mencontohi ustadz sebagai pendakwah melalui media..
semoga ustadz tabah mengharugi cabaran dan rintangan yang tidak berhenti2 untuk memperjuangkan islam...
RSS feed for comments to this post