• PDF
(1 vote, average 5.00 out of 5)

Kursus Intensif Kewangan & Perbankan Islam  

( Huraian Yang Dipermudah Bagi Orang Awam ) 

T a r i k h   d a n   M a s a

24 Februari 2007 (Sabtu)

06 Safar 1427 H

O b j e k t i f

1- Mendedahkan displin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal.

2- Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di Institusi kewangan semasa.

3- Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal.

4- Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya.

5- Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan konvensional.

6- Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti kadar di perbankan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional dan lain-lain.

7- Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam.

8- Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam.

A n j u r a n

Pusat Pengajian At-Tibyan.

T e m p a t

Dewan Seminar, Masjid Sayyidina Umar,

Bukit Damansara, Kuala Lumpur

H a d   B i l a n g a n   P e s e r t a 

Seramai 300 orang sahaja.

Y u r a n  

RM 75 sahaja ( Harga Pengenalan)

* Untuk pengetahuan pembaca, menurut kebiasaan di Malaysia, yuran kursus kewangan sebegini dianggap amat komersial dan yuran paling rendah adalah di sekitar RM 150-200 ( bagi satu sesi dalam beberapa jam) dan yang paling tinggi adalah sekitar RM 20,000 seorang untuk satu kursus 3-4 hari dengan topik dan isu yang hampir sama malah adalakalanya lebih ringkas.

* Justeru harga sebegini adalah khas untuk memudahkan masyarakat Malaysia di samping kos-kos kertas kerja, dewan dan makanan. Tiada sijil disediakan kerana kursus ini lebih cenderung kepada penyebaran ilmu untuk amalan sendiri sahaja, dan tiada peperiksaan.

* Pembayaran yuran mestilah dibuat sebelum kursus. Pembayaran semasa kursus tidak dibenarkan.

* Pembayaran boleh dibuat menggunakan 'bank in' melalui internet banking atau di kaunter bank dan sebagainya ke akaun :

1) Bank Islam Malaysia Berhad ( 14041010047603 )

 atas nama Pusat Pengajian At-Tibyan

2) Maybank ( Wadiah ) - ( 164017071347 )

atas nama Zaharuddin Abd Rahman

P e n d a f  t a r a n 

Sila hubungi 019-388 5486 , 019-6096 117 atau 017-681 7810  atau email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

pendaftaran ditutup pada 22 Februari 2007

P e m b e n t a n g   M o d u l

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

  • Bekas Konsultan Shariah, Ingress Corporation Bhd
  • Bekas Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad
  • Ketua (Pengurus Kanan), Jabatan Shariah, Asian Finance Bank Berhad (anak syarikat Qatar Islamic Bank- Sekarang)
  • Kolumnis mingguan bagi ruangan Shariah (An-Nur) di akhbar METRO AHAD.

Kelulusan

  • B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
  • M.A, Shari'ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan
  • Tawliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Rujukan pmwp/600/2 klt.6(138)

T a j u k   &   P e n g i s i a n

Semua pembentangan dan kertas kerja dibuat dalam Bahasa Malaysia.

Topik 1             :           Displin Islam Dalam Bab Kewangan.

  • Pengenalan kepada Riba, Gharar, Zalim dalam kewangan.
  • Beberapa unsur haram lain dalam jual beli, perniagaan dan kewangan semasa.
  • Bentuk Riba dalam konteks semasa
  • Beberapa panduan dalam perniagaan semasa seperti MLM, Pernigaan Internet dan lain-lain.

Topik 2             :           Perbezaan Perbankan Islam & Konvensional

  • Pengenalan beberapa jenis produk utama perbankan Islam.
  • Simpanan, pembiayaan perumahan, kereta, industri, pasaran modal Islam, Takaful.

Topik 3             :           Pelbagai Isu Perbankan & Kewangan Islam.

  • Harga mahal dan tidak kompetetif.
  • Cerminan produk konvensional.
  • Implementasi menyalahi konsep.
  • Isu dalam pembiayaan perumahan.
  • Isu perbezaan pandangan Shariah antara Malaysia dan Timur Tengah.
  • Isu modal asal perbankan Islam & Takaful.
  • Kesilapan kerap di dalam implementasi produk di perbankan Islam.

T e n t a t i f   P r o g r a m

07.30 pagi                    : Pendaftaran peserta

08.30 pagi                    : Diskusi Topik 1                                                               

10.30 pagi                    : Sesi Soal Jawab

11.00 pagi                    : Rehat dan Minum Pagi

11.30 pagi                    : Diskusi Topik 2

12.30 tgh                      : Sesi Soal Jawab

01.15 tgh                      : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari

02.15 ptg                     : Diskusi Topik 3

03.30 ptg                     : Sesi Soal Jawab

05.00 ptg                     : Jamuan Ringan dan Kursus Tamat

P e n u t u p 

Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat berguna buat seluruh peserta dan juga dapat melahirkan generasi yang cintakan urusan kewangannya selamat dan halal. Kesan dari harta yang halal pastinya mampu menjadi nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam tulen. InsyaAllah

Sekian,

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 18 guests

Komen Terbaru

You are here: Home