Fiqh Ibadah Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan

Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan

  • PDF
(119 votes, average 4.65 out of 5)

Kesilapan Kerap Muslim

Dalam Bulan Ramadhan


Oleh

 Zaharuddin  Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

 

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

 

 

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

 

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

 

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

 

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Oktober 2006

( Ulang siar pada 11 Sept 07 )

(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )

   



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #119 MrHalim 2011-08-18 09:41
mohon copy
Quote
0 #118 mohon sharemujahid 2011-08-16 05:47
mohon share di blog ana ye :)
Quote
0 #117 mohon sharemujahid 2011-08-16 05:46
assalamualaikum ussalam, ustaz.. mohon share di blog ana ye :)
Quote
0 #116 mohon share..suebellviva 2011-08-10 10:49
assalam ustaz..saya nk copy paste n letak kat blog saya..terima aksih yer..:)
Quote
+4 #115 bleh ker?? izin??zulhusni 2011-08-09 01:24
Assalaamua'alaikum ustaz,

Saya baca kat atas banyak betol yang nak minta izin utk share artikel ustaz. Kebanyakkan artikel ustaz memang dari sudut susunan ayat mudah difahami dan kaya dengan ilmu. Saya cadang, bleh ker saya atau pembaca lain x perlu minta izin utk share (hakikatnya memang nak mintak izin), dan ustaz declare awal2 semua artikel ustaz yang dipublish dan boleh dibaca di mata umum, semua orang boleh share dan amik sebagai rujukan. Maknanya x perlu lah banyak sangat msg/komen pasal nak share ini. Ini pandangan saya jer.. Terima kasih ustaz...
Quote
-1 #114 Kesilapan kerap muslim dalam bulan ramadhankakza 2011-08-08 10:47
Assalamualaikum ...

Bestnya cara Ustaz hurai...saya pun nak simpan kat blog saya untuk rujukan kemudian hari...syukran Ustaz.
Quote
0 #113 mohon sharehanisah 2011-08-07 03:15
salam ustaz. saya mohon copy artikel ini untuk disampaikan kepada teman2
Quote
0 #112 mohon izin ustazanna 2011-08-05 04:05
assalamualaikum ustaz, mohon izin ustaz untuk di copy article ni dan dikongsikan infonya,shukran jazilan ustaz..
Quote
0 #111 mohon copyain 2011-08-04 08:24
salam ustaz. saya mohon copy artikel ini untuk disampaikan kepada yang lain2.

terima kasih.
Quote
0 #110 minta izinHamdan 2011-08-04 07:09
Assalamualaikum ustaz....artikel ini begitu menarik sekali. Mohon untuk share ye ustaz
Quote
0 #109 mohon shareazahra 2011-08-03 12:52
salam..ustaz..sye nak copy yerk artikel nie tuk dijadikan perkongsian..Syukran ustaz
Quote
+2 #108 La TahzanMahani Ibrahim 2011-08-03 09:34
Ustaz, Izinkan saya mengubah sedikit tajuk tentang artikel ini kepada Kesilapan Muslim dalam bulan Ramadan. Tajuk kesilapan kerap muslim di Ramadhan, dari segi tatabahasa Bahasa Melayu tidak tepat.Jangan marah ustaz..

UZAR : ok dah ubah, thanks
Quote
0 #107 shareabdullah 2011-08-02 09:24
mohon share
Quote
0 #106 mohon share--> farahainmasharr farahainmasharr 2011-08-02 09:23
Assalammualaiku m ustaz..?
mohon share ya..?
trima kasih..
Quote
0 #105 shareSyafiq Fadeli 2011-08-02 07:47
salam,
mohon nak copy paste di blog ana ye.
syukran.
Quote
0 #104 mohon shareharis hasan 2011-08-01 21:59
salam ustaz...mohon share artikel d blog saya...syukran
Quote
+2 #103 Mohon sharesamihah 2011-08-01 15:00
mohon share ustaz =)
Quote
0 #102 BUKA PUASAJerwin234 2011-08-01 12:30
Assalamualaikum Ustaz..

Soalan saya: Bagaimana kedudukan berbuka puasa? - Mksud sya bolehkah berbuka setelah mendengar beduk sahaja..atau menunggu azan dilaungkan?
Quote
0 #101 Mohon IzinTajul 2011-08-01 09:20
As salam Ustaz,

Mohon izin untuk salin artikel.
Quote
+1 #100 encikfauzi 2011-08-01 09:09
Salam,
mohon kebenaran untuk diedarkan kepada sahabat-sahabat pejabat saya.
Quote
0 #99 mohon shareshahir 2011-08-01 02:07
salam ustaz,sy mohon share ye,syukran
Quote
0 #98 kad kredit Bank Islam...apa hukum menggunakannyanor 2011-07-31 22:33
Assalamualaikum ...ustaz saya nak tanya tentang penggunaan kad kredit Bank Islam? adakah ia masih ada unsur riba??..saya jugak mohon share artikel ustaz ni...syukran
Quote
0 #97 Mohon SHAREPerniagaan Internet 2011-07-31 14:28
Quoting Najmatulhaya:
Salam..mohon copy dan sebagai bahan tazkirah sepanjang Ramadhan..syukran


Ya ustaz, mohon copy jua artikel menarik ini. :)
Quote
0 #96 sharing is caringadam 2011-07-31 09:53
mohon share ya..jazakallahu khair
Quote
+1 #95 Niat sebulanAmir 2011-07-31 09:23
Quoting Guest:
Assalamualaikum ustaz

Saya ingin bertanya bilakah waktu terakhir kita masih boleh niat puasa(puasa ramadhan)?.Kerana saya ada mendengar orang cakap,waktu imsak atau sebelum waktu subuh atau semasa azan subuh masih boleh lagi niat puasa.

Terima Kasih


UZAR : ye betul..sebelum azan subuh masuk atau dilaungkan


Perlukah kita niat setiap hari jika pada awal puasa kita sudah berniat untuk sebulan?
Quote
+1 #94 hukum tak ganti puasa akibat uzur bg perempuandiyana 2011-07-31 08:56
assalamualaikum ...
ustaz, apakah hukumnya bg perempuan yg tidak sempat menggantikan puasa setelah bertemu ramadan seterusnya?
apakah yg perlu dilakukan untuk menggantikan puasa tersebut?
Quote
-1 #93 penuntut ilmuahmad zafri 2011-07-31 07:22
mohon share
Quote
+3 #92 Conventional Hire Purchaseitbauni 2010-09-28 06:52
Bismillahirrahm anirrahim,..
Salam Ya Ustaz,
Sebelum membuat pembelian kereta, saya telah berniat & memohon kpd pihak bank supaya pembiayaan dibuat secara sistem islamic,.. Akan tetapi apabila loan telah diluluskan saya mendapati tiada akad dibuat,.. Justeru, saya menghubungi pihak bank utk mendapatkan kepastian,.. Amat malang bg saya, pihak bank menyatakan pembiayaan saya dilulus secara conventional,.. apabila saya ingin menukar system tersebut, pihak bank menghendaki saya membayar sekian wang & kereta tersebut akan menjadi 2nd hand,..
Soalan:
Apa hukum & tindakan yg sewajarnya dilakukan bg pihak saya? dan apakah hukumnya wang hasil jualan kereta tersebut dpt digunakan atau sebaliknya?!!

UZAR : Buat aduan kepada bank negara..sebutkan sdr ditipu oleh bank terbabit.
Quote
0 #91 nak kongsi artikle iniSuri Jaafar 2010-09-03 01:51
salam UZAR, saya juga nak share dgn kawan2 di FB saya, T kasih.
Quote
+5 #90 keuzuran wanitaAnis Anisa 2010-08-21 04:36
Assalamualaikum ust. Bagaimana pula jika perempuan uzur ktk sedang berpuasa. adakah dia perlu berbuka terus ketika itu atau hendaklah diteruskan berpuasa untuk menghormati ramadhan atau bagaimana?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 82 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Fiqh Ibadah Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan