Fiqh Ibadah Makmum Lewat 3 rukun, Batalkah?

Makmum Lewat 3 rukun, Batalkah?

  • PDF
(9 votes, average 5.00 out of 5)

Soal Jawab Majalah-I keluaran November 2006

 

Hukum Makmum Terlambat Dari Imam

 

 

Ustaz. soalan ini tentang ibadah. kalau dlm solat jika sudah sama takbiratul ihram bersama imam sudah dikira berjemaah. Jika dlm solat itu,cth rakat ke-3 kita lambat baca alfatihah hingga imam melebihi 3 pergerakan fardhu dlm rakaat itu.adakah kita masih dlm jemaah lagi walaupun bacaan al fatihah kita lambat melebihi 3 pergerakan fardhu imam .

Jawapan Ust Zaharuddin Abd Rahman:

Seorang makmum telah dikira mendapat pahala jamaah dan bersama imam jika ia sudah dapat takbiratul ihram atau berdiri tegak bersama imam ( Rawdah At-Tolibin, hlm 153).

Imam An-Nawawi menyebut ; kiranya makmum terlewat satu rukun tanpa uzur, tidak batal solatnya, tetapi jika terlewat dua rukun panjang (seperti sujud dan rukuk) maka solatnya batal secara pasti. (Rawdah al-Tolibin, hlm 165)

Maka dalam hal makmum lambat membaca fatihah, mazhab Syafie dalam ijtihad ( menurut solat Rasulullah SAW ketika di ‘Usfan) mereka meletakkan syarat agar si makmum tidak terlewat sebanyak 3 rukun dari imam (iaitu rukuk dan dua sujud), jika ia merasakan masih mungkin terlewat, hendaklah si makmum memutuskan apa jua bacaannya dan terus rukuk agar tidak ketinggalan 3 rukun dari imam.  Jika tidak, solat si makmum akan terbatal. Sebagai contoh, si makmum masih lagi berdiri dalam bacaan fatihahnya tanpa uzur dan imam sudah bangun dari sujud, maka solatnya boleh terbatal.

Bagaimanapun sekiranya terlewat dari 3 rukun itu dengan sebab uzur yang diterima, seperti imam terlampau cepat, makmum takut akan sesuatu, keadaan terlampau sesak, makmum sakit, lupa dan lain-lain yang diterima, maka Imam An-Nawawi menyebut, si makmum boleh memutuskan dirinya dengan imam (mufaraqah) atau yang terpilih menurutnya adalah ;  solat tidak batal dan boleh terus sahaja bersama imam (dengan menuruti tertib solat yang asal) dan menggantikan rakaat selepas imam tamat solat. (Rawdah at-Tolibin, hlm 166)



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #6 SolatAzmi 2010-08-31 16:12
Salam Ustaz,

Saya ingin bertanya bagi masalah terlupa bacaan Al-Fatihah telah dibaca atau belum ketika solat berjamaah. Mungkin disebabkan oleh kita terlena seketika. Bagaimanakah status solatnya yea ustaz. Mohon Penjelasan.
Quote
0 #5 ahmad 2008-08-23 00:33
saya ingin bertanya seperkara yang musykil ustaz..bab sujud sahwi..satu keadaan dilakukan selepas salam dan satu keadaan yang lain selepas salam.. Syak dalam bilangan rokaat dan ditambah serokaat lagi kemudian sujud sahwi dengan dua sujud,seandainy a teringat waktu sedang membaca tahyat akhir,adakah ditambah satu rokaat tersebut seleas salam atau sebelum? Dan yang kedua, sekiranya tertinggal perkara rukun dalam solat seperti rukuk dan sujud, nak buat macam mana?
Quote
0 #4 zuhairi 2008-05-20 16:17
Assalamualaikum ustaz..

Berkenaan jawapan ustaz, bermakna, kalau kita rasa tidak sempat habiskan al-Fatihah, kita harus memutuskan bacaan dan ruku sebelum ketinggalan tiga rakaat. Soalan saya:

1) Duduk antara dua sujud itu termasuk rukun yg panjang atau tidak?

2) Katakan kita masih membaca al-Fatihah, tetapi imam masih ruku, bagaimana kalau kita sengaja memutuskan bacaan dan turut ruku bersama imam sedangkan kita yakin boleh habiskan al-Fatihah tanpa ketinggalan dua rukun yg panjang, adakah batal sembahyang atau tidak?

Terima kasih.
Quote
0 #3 habib 2008-04-13 06:37
salam..
ustaz..ana pelajar ipt...boleh x ustaz kemukakan satu kolum khas dalam blog ustaz berkenaan motivasi kpd pelajar2 ipt muslim..kerana pada zaman mutakhir ini ana melihat khususnya di Malaysia, terlalu banyak cubaan dan usaha2 dakyah non-muslims@oreanta lis@sesiapa sahaja yg sewaktu dgnnya utk merosakkan akidah,mentalit i serta fikrah mereka..jd,ana memandang adalah sgt elok rasanya ustaz mengambil kesempatan ini utk 'turun' ke medan jihad ini..
dan..jikalau boleh..sertakan beberapa panduan2 atau kitab2 rujukan yg khusus utk kami selaku pelajar(remaja) ISLAM berkenaan dgn hal ini..semoga gernerasi yg diharapkan dapat mengembalikan zaman kegemilangan islam ini bersiap sedia..syukran...salam..
Quote
0 #2 mohammad 2007-11-24 01:55
ustaz boleh terang camne nak mufaraqah, perluka
Quote
0 #1 MUHAMMAD IRZAN ISWATT BIN ZAIN 2007-10-05 14:20
JAWAPAN JELAS DAN TERANG
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 83 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Fiqh Ibadah Makmum Lewat 3 rukun, Batalkah?