Fiqh Ibadah Hukum Pejam Mata Ketika Solat

Hukum Pejam Mata Ketika Solat

  • PDF
(40 votes, average 4.70 out of 5)

Hukum Solat Sambil Memejamkan Mata

Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah hukum solat sambil memejamkan mata? Adakah ia ditegah di dalam Islam dan bagaiaman jika ia dapat menambah rasa khusyuk dalam solat .

Sekian 

Jawapan 

Hukumnya juga terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya makruh kerana ia menyerupai Yahudi, Bagaimanapun hadith yang dijadikan dalil makruh pejam mata ketika solat adalah dho'if menurut Imam al-Bayhaqi. [1]  Imam At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ; Bada'i As-Sonai, 1/216)

Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-

عن أبي هريرة قال أمر رسول الله  بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب

Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa perlu membuka mata jika ingin melaksanakan erti hadith ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang amat jarang ditemui ular dan kala di dalam tempat solat. Hadith ini memberi faham kepada kita akan perlunya membuka mata bagi menjaga keselamatan diri semasa solat.

Imam Ibn Qoyyim berkata : "Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan solat maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yang mengatakan elok pejam adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang me"makruh"kannya."[2]. Imam Izz Bin Abd Salam juga berpandangan demikian.[3]

Saya menyokong pandangan mengharuskan pejam mata hanya dalam keadaan yang benar-benar diyakini dapat menambah kekhusu'kan serta mengelakkan gangguan pandangan dari perkara yang pasti menganggu khusyuk, justeru hukumnya adalah berbeza menurut keadaan seseorang. Selain itu, membuka mata semasa solat adalah lebih utama. Pandangan rajih menurut Imam An-nawawi pula sebagai berikut :-

والمختار أنه لا يكره إذا لم يخف ضررا لأنه يجمع الخشوع وحضور القلب ويمنع من إرسال النظر وتفريق الذهن  

Ertinya : "Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan memejam itu dapat mengabungkan khusyu', hadir hati dan menahan dari liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda" ( Al-Majmu', 3/261 )

Perlu diingatkan bahawa saya tidak ketemui dalil khusus yang menunjukkan Nabi SAW pernah menutup mata tatkala menunaikan solatnya, bagaimanapun intipati kekhusyu'kan Nabi SAW adakalanya lebih perlu diikuti berbanding pergerakkan luaran tanpa ruh. Wallahu 'alam.


 


[1] Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 1/250 (cet dar al-Fikr)

[2] Zad al-Ma'ad, Ibn Qoyyim, 1/285 ( cet Muassasah Ar-Risalah dengan tahqiq Syeikhuna Syuaib Arnaout)

[3] Fatawa Syeikh al-Islam ‘Izzudin Abd Salam, hlm 272 ( cet. Muassasah ar-risalah)



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 14 guests

Komen Terbaru

You are here: Fiqh Ibadah Hukum Pejam Mata Ketika Solat