Lagi Kesilapan Umat Islam Dalam
Bulan Ramadhan & Luar Ramadhan
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Alhamdulillah, sudah hampir seminggu kita berpuasa dan menjalankan pelbagai ibadah di bulan penuh keberkatan dan keampunan ini. Moga kita sama-sama dapat mempergandakan usaha bagi membersihkan hati dan jiwa yang kerap tercemar dengan pelbagai dosa setiap hari.
Jika sebelum ini saya telah mendedahkan beberapa kesilapan kerap umat Islam pada bulan Ramadhan agar ianya dapat dijauhi sebaiknya, kali ini saya berhasrat untuk membuat beberapa penambahan lagi sebagai panduan bagi rakan-rakan umat Islam yang dikasihi sekalian.

Tanpa mengetahui yang salah, umat Islam mudah terjebak melakukan dosa-dosa ini, dan sebahagiannya bukan suatu dosa kecil yang boleh dipandang ringan. Malah jika ia dosa kecil sekalipun, sesungguhnya sebuah gunung terbina dari tanah dan batu yang kecil. Justeru, dengan mengenalinya serta melakukan koreksi segera, InshaAllah, kebaikan adalah untuk kita juga.
Berikut adalah beberapa lagi perkara yang amat perlu dielak di khususnya di bulan Ramadhan ini, malah ia juga adalah suatu kesilapan di luar Ramadhan (namun pastinya ia hanyalah sebahagian kecil dari senarai panjang larangan dan perkara yang perlu dielak):-
1) Berjalan di hadapan orang yang sedang solat ;
Sebagaimana yang kita lihat, di bulan Ramadhan ini ramai individu yang amat jarang menunaikan solat di masjid akan hadir berbondong-bondong ke masjid bagi memperolehi pahala sunat tarawih. Hasilnya, ramailah orang yang kurang ilmu, tidak faham adab dan tatacara di masjid juga telah hadir.
Menurut pengalaman di masjid-masjid dan surau, saya dapati terlalu ramai individu yang lalu lalang di hadapan orang yang sedang solat sunat. Disebabkan masjid yang penuh dan pelbagai ragam manusia, seringkali ada yang keluar masuk.
Sedarlah bahawa lalu di hadapan orang yang solat itu adalah suatu dosa yang amat besar, manakala membiarkan orang lalu tanpa bertindak juga adalah suatu kesalahan.
Nabi s.a.w menegah dengan katanya :-
لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمر بين يديه قال أبو النضر لا أدري أقال أربعين يوما أو شهرا أو سنة
Ertinya : Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah dosanya, nescaya ia berhenti menunggu selama lebih 40 (tahun, hari dana bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang yang solat itu. (perawi berkata : aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) ( Riwayat Al-Bukhari)
Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam An-Nawawi yang berkata :- "hadis ini menunjukkan besar dosa, bagi seseorang melintas di hadapan orang yang sedang solat dan makna hadis ini membawakan larangan keras dengan balasan yang dahsyat, justeru ia tergolong dalam kategori dosa-dosa besar" (Rujuk Fathul Bari, Ibn Hajar )
Ibu bapa kerap membawa anak mereka di masjid di waktu begini. Menjadi kemestian ke atas ibubapa untuk menjaga anak mereka sedaya mampu, agar tidak bertindak berlari di hadapan orang yang sedang solat ini.
2) Membiarkan orang lalu dihadapannya (ketika solat) tanpa di tahan.
Jika lalu di hadapan orang yang sedang solat adalah kesilapan, maka ia juga satu kesalahan bagi bagi orang yang sedang solat itu sekiranya ia tidak bertindak menghalang.
Nabi s.a.w menyebut :-
إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفع في نحره فإن أبى فليقاتله فإنما هو الشيطان
Ertinya : Apabila seorang kamu menunaikan solat dengan telah ada petanda atau penghadang di hadapan kamu dari orang ramai (sebagai isyarat tempat ia solat- ia dinamakan 'sutrah'), tiba-tiba ada orang yang ingin melintas di hadapanmu, hendaklah kamu menahannya dari lalu, sekiranya dia enggan hendaklah kamu lawaninya dengan kuat kerana dia adalah Syaitan.' (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, lafaz di atas riwayat Abu Daud )
Kita perlu menyedari bahawa solat adalah satu munajat berdua-dua dan berhadapan dengan Allah s.w.t, mana mungkin dibenarkan ada orang yang lalu melintas tatkala kita sedang berdua-duaan dengan Allah secara 'face to face'.
Apa pandangan anda jika kita sedang ingin menerima 'scroll' ijazah dari seorang canselor yang juga merupakan seorang sultan, tiba-tiba ada orang mencelah di antara kita dengan sultan tersebut?, Sudah tentu yang lalu tadi akan menerima darjah dan sijil 'pelempang' (penampar) dari sultan tersebut agaknya. Kerana ia adalah penghinaan kepada sultan dan penerima ijazah tadi sekaligus.
Nabi bersabda :-
المصلي يناجي ربه
Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )
Hanya orang yang tidak khusyu' sahaja yang akan membiarkan orang lalu di hadapannya ketika solat. Kerana ia tidak dapat merasakan solatnya adalah suatu majlis yang hebat dan 'grand', tiada perasaan langsung bahawa ia sedang berhadap dengan Allah. Hasilnya, tiada sebarang larangan orang ingin lalu dihadapannya atau tidak. Tiada sebarang rasa terhina atau menghina Allah s.w.t.
3) Meludah di masjid
Maklumlah, hadir ke masjid selepas berbuka dengan perut penuh, di musim selsema dan berkahak ini, ramai kelihatan meludah di sana sini di masjid. Makin ramai makin banyak ragamnya.
Ketahuilah Nabi s.a.w menegah kita meludah sesuka hati di masjid, sebagaimana kata baginda :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم البزاق في المسجد خطيئة وكفارتها دفنها
Ertinya : Meludah di masjid adalah satu dosa (kesalahan), dan sebagai balasannya, hendaklah ia melupuskannya ludahnya tadi dengan menimbusnya" ( Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud )
4) Membiarkan anak bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit berbunyi, menoleh kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat.
Ini adalah satu lagi kesalahan yang berlaku secara kerap di masjid tatkala bulan Ramadhan. Sekali lagi ia adalah disebabkan ramainya menunaikan solat terawih di masjid dan agak ramai juga yang membawa hand phone masing-masing yang tidak di ubah nada deringannya kepada ‘silent mode'.
Menurut pengamatan saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).
Ini kerana :-
a- Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-
إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها
Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )
فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه
Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)
Larangan menoleh ke kiri dan kanan sewaktu solat pula ditegah sebagaimana kata Nabi :-
فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )
Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda nabi s.a.w amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.
b- Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain
Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.
Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-
من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته
Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )
Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.
Pergerakan
Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan
أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )
Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.
5) Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.
Telah banyak kali saya sebut di dalam web ini bahawa wanita ditegah memakai wangian sewaktu bercampur dengan lelaki bukan mahram di tempat umum termasuk masjid. Manakala lelaki pula disunatkan berwangian ke masjid.
Sebagaimana ingatan Nabi :-
من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته
Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )
6) Tidur semula selepas sahur
Telah disebutkan bahawa waktu sahur adalah waktu yang dipenuhi keberkatan dan kemaqbulan doa. Justeru, tabiat tidur semula setelah makan sahur sementara menunggu waktu subuh adalah satu kesilapan. Inilah tabiat yang menyebabkan masjid dan surau tidak penuh di waktu subuh.
Tidur selepas makan sahur menyebabkan tubuh menjadi semakin layu dan mengantuk yang amat sangat. Keadaan ini pastinya menjadi punca solat subuh di rumah berseorangan atau lebih teruk, terlewat subuh.
Amat rugilah mereka yang tidak menjaga waktu sebegini serta tidak mengisinya dengan doa dan istighfar.
Allah berfirman :-
الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأَسْحَارِ
Ertinya : "Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur" ( Al-Imran : 17 )
7) Menunaikan semua solat sunat di masjid dan tiada di rumah.
Tidak dinafikan, di bulan mulia ini ramai yang berusngguh ingin mendapatkan pahala sunat, solat sunat kerap dilakukan sejurus solat fardhu di masjid dan surau.
Cuma orang ramai perlu tahu bahawa, solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah berbanding di masjid dan surau, ia lebih mampu menjaga diri dari perasaan riya, ujub dan takbur. Kecualilah solat sunat terawih dan bagi individu yang jauh rumahnya dari masjid, hingga terpaksa menunaikan solat-solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu di masjid.
Bagaimanapun, adalah satu kesilapan sekiranya tidak dilaksanakan sebarang solat sunat ketika di rumah, seperti solat tahajjud, witir dan lain-lain.
Nabi s.a.w bersabda :-
اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا
Ertinya : jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)" (Riwayat Muslim)
Majority ulama berpendapat solat sunat lebih baik dilaksanakan di rumah disebabkan ia lebih tersorok daripada pandangan ramai ( Syarah Sohih Muslim, Imam An-nawawi )
8) Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah
Saya kira, isu ini telah banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini.
Sedarilah, kegagalan kita untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.
9) Merendah dan 'kondem' wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan.
Saya juga mendapat info bahawa sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk kononnya 'bungkus sebentar' dan macam-macam lagi kutukan.
Buat pihak yang mengutuk, sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-
لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك ووجهك منبسط
Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranay dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )
Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini, kita ditegah untuk memperlecehkannya.
10) Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya
Ini satu lagi penyakit yang menular meluas dalam masyarakat kita, memang amat baik untuk menghafal doa yang sohih dari Al-Quran dan dari baginda Nabi s.a.w, tetapi ia akan tergugat apabila anda tidak memahami apakah doa yang diulang-ulangnya itu.
Saya kerap kali terjumpa tuan imam yang membaca dari buku sahaja doa yang panjang lebar, dengan tergagap-gagap. Selepas tamat saya cuba bertanya adakah beliau faham kandungan doa itu, ia berkata hanya faham 10 % sahaja. Mujurlah ada yang faham, bagaimana jika 0 % faham.
Jika tuan imam hanya 10 % faham, bagaiamana pula dengan makmum dari orang biasa ini?. Bolehkah doa tanpa faham ini menjadi maqbul dengan serta merta ?, bolehkah sesuatu doa yang tidak difahami maskudnya boleh lahir dari hati, jiwa dan penuh perasaan dari orang yang berdoa?. Perbincangannya mungkin seidkit panjang, Cuma cukuplah saya ingin mengingatkan ia adalah salah satu bentuk kesilapan di bulan Ramadhan yang dipenuhi doa ini.
Segeralah mencari terjemahan doa yang anda baca agar kesungguhan meminta apa yang diucapkan sampai kepada Allah s.w.t.
Nabi s.a.w mengingatkan :-
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لا يَسْتَجِيبُ
دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ
Ertinya : "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ianya diterima Allah, dan ketahuilah Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3479 : AlMunziri dan Albani : Sanad & Hadis Hasan )
11) Berterusannya tenggelam dalam syahwat
Bagi sebahagian remaja dan anak muda, mereka meneruskan aktiviti biasa mereka dengan bergayut di telefon bersama pasangan, atau lebih buruk, aktif ‘berdating' di musim Ramadhan ini dan pelbagai aktiviti bersyahwat dan nafsu mereka. Ibu bapa pula seolah sudah habis usaha, buntu aqal untuk mencari jalan terbaik mengelakkan aktiviti buruk si anak dari berterusan. Jika ini berlaku, dosa lebih banyak yang bertambah sejurus keluar dari bulan mulia ini. Selain itu, mereka yang menamatkan Ramadhan dengan dosa yang lebih banyak, pastinya akan semakin menjauh dari Allah swt. Manakan tidak, di bulan bergandanya pahala dan ditutup pintu neraka pun masih ditewaskan oleh nafsu, apatah lagi di ketika Syaitan bebas dari belenggunya. Moga kita dijauhkan Allah.
12) Tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah
Jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunnah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah. Ini kerana ketika solat berjemaah, saf perlu dirapatkan bersumberkan hadis-hadis yang banyak antaranya :
أقِيمُوا صُفُوفَكمُ وَتَراصَوْا فإني أرَاكم مِنْ وَرَاء ظهْري
Ertinya : "Luruskanlah saf kamu (ketika solat) sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku"( al-Bukhari ) [1]
لتسوُنَّ صُفُوفَكُم أوْ لَيُخَالِفَنَّ الله بين وُجُوهِكم
Ertinya : "Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau Allah akan mengalihkan wajah-wajah kamu" (Abu Daud) [2]
Erti bagi pengalihan wajah ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai :
a- Benar-benar wajah akan dialihkan oleh Allah swt kelak.
b- Perpecahan hati dan hilang kesatuan, pergaduhan juga akan semakin subur. Demikian huraian Imam An-Nawawi.
Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Ia menunjukkan besarnya kesalahan tidak melurus dan merapatkan saf, berdasarkan hadis tersebut, para ulama menyatakan hokum wajib bagi merapatkan saf ketika solat jemaah.
Tanpa displin tersebut akibatnya adalah manusia akan berada dalam rasa keegoan masing-masing hingga merasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka, di samping itu ia juga meunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah swt akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini. [3]
Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki, justeru dalam keadaan tersebut, perlu di ingat kadar yang telah diletakkan oleh para ulama di atas.
Bagi memperolehi kualiti yang terbaik dan pahala terbanyak maka pandangan yang disarankan menurut penulis dalam hal jarak antara dua kaki ini adalah seperti berikut :-
Ketika solat berjemaah, jarak yang terbaik adalah, sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain disebelah kita. Ia sekaligus mempertautkan ukhuwwah serta mampu membuang rasa keegoan diri. Terdapat banyak hadith yang menyokong kesimpulan ini, antaranya hadith shohih riwayat al-Bukhari menyebut :
وكَانَ أحَدُنَا يُلزِقُ مَنْكِبَهُ بمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمُه بقدمِه
Ertinya : "Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki" ( Riwayat al-Bukhari) [4]

Akhirnya, semoga kesilapan ini dapat dielakkan di ketika kita menghidupkan Ramadhan dan berterusan dapat dielakkan selepas Ramadhan. Saya izinkan disebarluaskan artikel ini di masjid, surau, fotostatlah sebanyak mungkin demi manfaat rakan muslim kita. Semoga kita dapat sama-sama ke syurga Allah s.w.t ..ameeen.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
6 Ramadhan 1428 H
18 September 2007
885020222
[1] Sohih Al-Bukhari, no 687, 1/253
[2] Rujuk Naylul Awtar, 3/224
[3] Fath al-Bari, Ibn Hajar, 2/207
[4] Sohih Al-Bukhari, no 692, 1/254
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
lagi satu, bolehkah ketika sujud kain telekung melebihi sejadah menyebabkan kita sujud di atas kain telekung. biasa di masjid kipas dipasang laju jd kain telekung akan mengembang sehingga menutup ruang sejadah.
berapakah jarak antara dua kaki bagi perempuan ketika berdiri dalam solat?
Di surau tempat tinggal saya, ada individu beriya2 menyarankan sususan saf jemaaf muslimat mengikut sunnah. Saf depan kanak-kanak perempuan dan ibu mereka dan saf di belakang perempuan dewasa atau remaja.
Masaalahnya sikap kanak-kanak kecil yang tidak solat didepan dapat mengganggu tumpuan para jemaah di belakang kerana mereka tidak boleh duduk diam.
Apa pandangan ustaz tentang hal ini.
Terima kasih
Nak tanya bolehkah membeli emas atau perak secara ansuran? Saya pernah mendengar bahawa ia adalah haram. Benarkah?
Saya harap Allah SWT akan memudahkan ustaz buat satu artikel mengenainya kerana semakin ramai yg meminati pelaburan emas sekarang ni...
perkara sama juga berlaku di kalangan jemaah wanita
sepanjng pengalaman sy berjemaah di masjid bukan sekali dua sy ditegur "terlalu rapat" serta diminta "menjarakkan diri sedikit"
saya faham tiap orang ada ruang selesa masing2 tp rimas sgtkah bersentuh sesama muslim untuk 10 minit?
Suami adik termasuk dlm salah satu kategori normal (kebanyakan lelaki skrag). Dia dah setuju adik pakai tudung tu kira ok le. Maaf yg, cuba check latar belakang pelajaran agamanya.
Ada isteri yg lebih memahami ugama, fasih bacaan quran dr suami. Jgn harap dia, adik kena mulakan: dgn solat2 taubat, hajat, beli quran terjemahan, buku2 agama (minta le duit dia), baca pelan2 kat meja depan tu.
Dan ingat: Sabar, sabar, sabar & senyum & banyak sedekah. Sebenarnya Allah nak hapuskan dosa2 kita & ada hikmah disebalik ujian. Letakkan pergantungan kita pada ALLAH.
Banyak lagi....(belile buku2 ye)
(dah mengalami)
Lagi pun sunat aja. Sedangkan yg fardhu pun Nabi saw menyarankan lebih utama solat di rumah, tapi klu nak ke masjid jgn halang.
Ttg solat raya pun gitu, khutbah bole dengar drp TV. Mungkin bayi umur 2-4 bulan bole bawa, beri susu cukup2, jadi dia tak bising insyaAllah. Wlu bagaimana pun suasana/persekitaran masjid pun kena diteliti/perhatikan.
Correct me if Im wrong, ustaz. Slmt kembali ke tanah air berhari raya.
Saya paham melintas didepan orang yang solat tidak boleh. ttp bagaimana kedudukkan bila baru solat berjemaah dan ada saf yang kosong dihadapan dan cara untuk mengisikannya ilh melintasi orang yang solat?
Terima kasih.
1) Keadaan saf jemaah solat kita amat menyedihkan. Seringkali terjadi apabila saya ingin merapatkan saf seperti yang dianjurkan oleh nas (tambahan pula dibantu dengan gambar di dalam buku Formula solat sempurna), jemaah di sebelah saya akan mengelakkan kakinya dari bersentuhan.Bahkan ada sekali saya terkejut apabila terdapat jemaah saf di belakang menepuk bahu saya ketika saya merapatkan saf sambil menyuruh saya kembali ke tempat asal. Mujur ada seorang jemaah lain yang paham terus mengambil tempat yang saya kosongkan itu. Melihatkan keadaan jemaah yang seringkali tidak ingin merapatkan saf membuatkan saya kecewa dan seterusnya merasakan lebih baik saya memnunaikan solat di rumah termasuk solat terawih.Saya mengakui solat berjemaah adalah lebih abik dan lebih menepati sunnah berdasarkan banyak hadis. Saya amat takut kalau saya menjadi ujub atau riak kerana merasakan saya lebih mengetahui.
2) Ekoran dari keadaan tersebut kadang-kala saya merasakan kesilapan tersebut juga berlaku disebabkan oleh imam yang hanya ingin terus bersolat sahaja tanpa menegur saf-saf makmum dibelakang. Cukupkah hanya menyuruh makmum melurus dan merapatkan saf?
Dengan siapnya masjid di kampus saya baru-baru ini, Ramadhan semakin meriah dengan pelbagai aktiviti. Tetapi terdapat isu yang menjadi pertikaian bilamana ada ustaz/ustazah yang membenarkan pelajar wanita dalam keadaan haid masuk ke masjid dan ada pulak yang menegah.
Masing-masing dengan hujah mereka. Kesian saya tengok budak-budak tu konfius. (Untuk makluman UZAR, masjid tersebut juga digunakan sebagai pusat aktiviti pelajar dimana ruang solat digunakan untuk latihan nasyid, study/discussion etc. Ia juga mendapat tauliah untuk dijalankan solat Jumaat, rekabentuknya adalah sepeti masjid yang biasa).
Saya mohon komen dari UZAR. Terima kasih.
UZAR : Bab membenarkan wanita masuk masjid dlama keadaan haid, ada khilaf di kalangan para ulama. Ada yang larang dan ada yang benarkan seperti mazhab Hanbali. So anak-anak murid boleh ikut ijtihad guru mereka buat sementara waktu..jika guru kata, jangan..maka jangan. Jika guru kata, boleh..masuk sahaja dengan syarat darah telah ditutup dengan sebaik mungkin dan amat kecil kemungkinan untuk mengotorkan masjid.
UZAR : bukanlah dibenarkan, tetapi amat sukar dielakkan kerana terlalu ramai pengunjungnya..elaklah sedaya mungkin.
UZAR : SALAM PERKENALAN, rasanya saya pernah dengar nama tuan tabib, tapi di mana ye..terima kasih atas ziarah dan coretan
saya rasa ibu bapa yg ada anak kecik dan belum akil baliqh x perlulah pergi ke surau dan masjid bersama anak mereka lebih baik solat di rumah. ini menyebabkan mereka hanya membuat bising sahaja.
betul ka macam tu?
UZAR : tu kaffarah dari sudut bahasa, bermaksud hukuman, ia bukan peruntukan khas kaffarah dalam Islam, ye boleh diterima hukuman.
1) bagaimana saf solat barisan yang bercampur dewasa dan kanak2
2) saf solat yang terputus, saya perlu bergerak untuk merapatkan saf, ke kiri atau ke kanan. bagaimana orang di sebelah tidak bergerak untuk merapatkan saf
3) ustaz, kalau suami dan anak lelaki afdal solat berjemaah di masjid, maka perempuan akan dapat pahala yang sedkit sebab solat seorang. kalau berjemaah itu 27 kali gandakan ustaz.
terima kasih.
UZAR :
1) elok diasingkan kanak2 yang tidak tahu duduk diam ke belakang saf, bukan kerana dia budak2 belum sunat, tapi kerana elak dia ganggu orang dewasa solat krn asyik bermain masa solat.
2) ye perlu bergeak merapatkan saf. tak batal solat
3) Wanita yang solat dirumah sendirian pahalanya sama dgn lelaki solat jemaah di masjid. krn itulah arahan nabi, kecuali jika ada kuliah di masjid, boleh solat di masjid juga
UZAR : bACA DOA TU MASA NAK DPT PARKING KE? harus je doa dgn apa2 lafaz selagi yang diminta tu halal
ramai orang mengeluh masjid bising dgn jerit pekik budak. pada pendapat saya budak budak ni boleh dibawa bersama sama ke saf hadapan oleh bapa bapa mereka.dah jadi tradisi masjid di malaysia ni org tua di saf depan dan budak budak di saf belakang. bila budak budak di saf hadapan bersama bapa bapa mereka, maka mereka dapat dikawal oleh bapa masing masing.
minta betulkan saya kalu saya salah kata. terima kasih
Ust, minta maaf kalau soalan ini pernah ditanya. Sy cuba search tp xjumpa.
Berkenaan hadith nabi yg menyebutkan bhw 2ganjaran bg org yg membaca al-quran dengan kepayahan kerana tidak lancar. Adakah ganjaran itu melebihi ganjaran pahala org yg membaca lancar? Biasanya kalau dgr di ceramah2, penceramah selalu menyebut bhw pahala nya melebihi pahala org yg membaca lancar. Tp baru2 ini, sy ada terima email yg memetik dr kitab fadhilat amal dan pendapat yg diberi adalah bertentangan. Mohon penjelasan.
Terima kasih.
UZAR : Memang ada silap nampakanya apa yang disebut oleh penceramah jika itulah yang dicakapnya, Kalau demikian, baiklah tak payah lancar sama seklai baca Quran ye tak..Kesialpan ini biasnaya menimpa pencaramah yang tidak meneyemak hadi synag ingin disebut, adakalanya mereka kesuntukan masa dan tersu sampaikan tanpa semakan. Jadilah kesilapan sebgini.
Sebenarnya Nabi hanya sebutkan, yang tak lancar dapat dua kali ganda (satu kerana kesusahannya dan satu lagi kerana bacaannya),
adapaun bagi yang lancar, nabi sebut, mereka bersama kumpulan yang mulia lagi baik..justeru, nabi tiada buat direct comparison, hanya beritahu kelebihan baca juga walau gagap, dan kemudian beritahu kelebihan yang baca lancar, dalam bentuk lain.
Soalan sy, adakah ckup saiz sutrah itu hnyalh skdr sepasang cermin mata, se'bundle' kunci atau gulungan sejadah? T.kasih
UZAR : cermin mata tidak cukup kerana ia bakal menyebabkan cermin it peah kerana dipijak. segulung sejadah mungkin cukup. Perlu difahami bhw objektif sutrah juga adlah agar DINAMPAK oleh org ramai sempadan kita tu, jika tak nampak, objektif tidak kesampaian
saya merujuk pd komen oleh saudari Iza Khalid. sy juga mghadapi masalah yg sama, susah nak menjaga anak2 sy berusia 2thn dan 3thn setengah di surau.
masalahnya ustaz, di surau selepas selesai solat terawih ada tazkirah Ramadan, setiap malam ada lebihkurang 45min ustaz yg berlainan akan myampaikan tazkirah. Memang byk ilmu yg sy dpt melalui majlis Ilmu mcmni.kalau takde tazkirah memang sy solat terawih di rumah je, tapi sbb sy nak hadir juga ke majlis Ilmu ni sy bawak jugak anak2 datang sbb pembantu rumah br balik bercuti di indonesia. thn lepas sy tinggalkan anak2 dgn pmbantu rumah di rumah.
nasib baik mak sy ada jadi masa ustaz bagi tazkirah sy akan duduk di depan dan anak2 sy akan dijaga oleh opah mereka di belakang.
Macamn yer Ustaz saya tersepit antara solat sunat terawih di surau dan anak2 tak duduk diam VS. kewajipan utk menuntut ilmu di bln Ramadan. Kalau di luar Ramadan agak susah nak hadir majlis sebegini. Lagipun semasa bujang dulu memang rutin sy hadir ke Majlis Ilmu di bln Ramadan setiap malam, bila dah ada suami dan anak takkan nak tinggalkan tazkirah, sayang pulak rasanya.. dahlah ilmu agama kurang..
Kalau nak solat terawih dulu di rumah lepas tu br g surau utk Tazkirah pun tak boleh jugak Ustaz, anak sy yg 2thn tu tiap2 mlm ajak g surau, jarak rumah dan surau pun agak jauh kene g ngn kereta suami.
Harap UZAR boleh bg sedikit pandangan. Terima kasih.
UZAR : Jika demikian keadaannya, kena pertimbang, sejauh mana si anak menganggu jemaah dan cuba kurangkan seminima boleh. kerana dalam kes ini, berlaku pertembungan antara mencari ilmu untuk kebaiakan diri dan keburukan gangguan yang ditimbulkan anak kepda ahli jemaah semasa solat.
Dalam konteks ilmu Usul Fiqh, mengelakkan keburukan kepada yang lebih ramai adalah lebih utama, justeru, jika Dr masih ingin membawa anak, mestilah difikirkan sebaiknay cara mengurnagkan mudarata yang ditimbulkan oleh si anak kepada jemaah solat.
Mungkin dengan memberinya kertas dan pensil untuk menulis, dan sebagainya. Sukar untuk dicadangkan kerana tabiat & kecergasan serta minat anak-anak berbeza. Cari minat anak2 yg boleh mendiamkannya dan sesuai dibawa ke surau.
Kalau kita nak buat "Suthrah" dapan solat...Berapa Jauhkah Jaraknya dengan orang solat itu???
T.kasih Ustaz.
UZAR : sekadar cukup untuk ruang dia sujud.
RSS feed for comments to this post